CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4790|Reply: 21

Dato Shake tak lupa asal usul, bahasa ibunda masih boleh tulis dan boleh baca bahasa Jawi

[Copy link]
Post time 22-11-2023 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Burong_Hantuk at 22-11-2023 02:59 PM

KUALA LUMPUR: Berpuluh tahun berkelana di bumi perantauan tidak sesekali membuatkan penyanyi legenda, Datuk Shake, 73, melupakan asal usul dan bahasa ibunda.

Berhijrah ke Paris, Perancis pada usianya 22 tahun, kemudian menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat selama 24 tahun, Shake atau nama sebenarnya, Sheikh Abdullah Ahmad Bakhbereh tetap anak Johor Bahru yang pernah mendapat pendidikan di sekolah agama.

"Saya anak Johor dan bersekolah Jawi hingga Darjah Tiga, kemudian barulah saya ke sekolah Inggeris.

"Jadi, mana mungkin saya lupakan bahasa ibunda, Melayu. Saya juga masih boleh tulis dan baca bahasa Jawi," katanya ketika ditemui pada sesi fotografi khas di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Masih aktif menyanyi di Perancis dan fasih dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis, Shake berkata, isterinya yang juga model dan pelakon teater berketurunan Czechoslovakia, Datin Melina Shake Abdullah juga mengetahui beberapa perkataan bahasa Melayu.

"Justeru tak mungkin bahasa Melayu hilang daripada ingatan.


"Namun sukar buat saya kembali menetap di Malaysia memandangkan anak, cucu dan aset-aset di Perancis," katanya kepada BH Online.

Hasil perkahwinan Shake dan Melina, mereka itu dikurniakan empat cahaya mata, Mina, 52, Natacha, 45, dan sepasang anak kembar, Nicholas serta Amaro, 42. Pasangan bahagia itu juga dikurniakan tujuh cucu.

Namun, penyanyi yang popular menerusi lagu Kau Bungaku, Lina, Umi dan Anugerah Dari Kegagalan berkata, perasaan sayang terhadap tanah air tidak pernah luntur, namun keluarga juga keutamaan terutama anak dan cucu.

"Bukan tak nak duduk atau tak suka Malaysia tapi anak, cucu dan harta benda dimiliki, semua ada di sana.

"Sudah tentu saya tak boleh tinggalkan, terutama anak dan cucu. Takkan saya nak berada jauh dari mereka. Memang tak boleh, ini pun saya sudah rindu, jadi ia mustahil," katanya.

Shake yang sudah dua bulan berada di Malaysia sempena Konsert Dato Shake di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Disember depan itu berkata, dia selalu pulang ke tanah air kerana masih ada keluarga dan saudara mara di Johor.

Berkongsi mengenai anaknya, Shake berkata, anaknya mempunyai minat dalam bidang seni tanpa dipaksa.

"Semuanya menceburi bidang seni, anak perempuan saya pelakon dan penyanyi, namun tidak menyambung karier seni apabila berkahwin.

"Namun, kedua-dua anak lelaki saya masih bekerja dalam bidang seni ini.

"Seorang adalah pengarah filem dan seorang lagi pelakon dan melakukan kerja dalam bidang penerbitan. Nicholas dan Amaro memilih menceburi bidang seni ini," katanya.

Berbicara mengenai konsertnya, Shake mengakui, sudah lama menantikan kesempatan menghiburkan peminatnya di Malaysia.

Jadi, katanya, dia berterima kasih kepada penganjur, InTour Live Events dengan kerjasama iMe Entertainment Group.

"Ia sudah lama dirindui dan dijanjikan untuk peminat saya.

"Pada 2019, saya berada di Malaysia pada Ramadan, kemudiannya kembali ke Paris pada Syawal. Ketika itu, saya sudah merancang mengadakan jelajah satu Malaysia pada 2020. Ketika itu, saya baru sahaja menjayakan Akademi Fantasia (AF), jadi mungkin ada peminat baharu yang kenal saya.

"Bagaimanapun, perancangan ini tergendala disebabkan pandemik COVID-19, jadi seolah-olah putus harapan. Saya juga kurang menjaga badan memandangkan banyak duduk di rumah ketika pandemik.

"Macam nak bersara pun ada ketika itu. Di Perancis ramai artis juga terkesan teruk," katanya.

Tambah Shake, anak-anaknya sudah berumah tangga dan banyak menghabiskan masa bersama cucu, jadi lama kelamaan jadi malas menyanyi.

"Bagaimanapun, saya lihat ramai artis kembali mengadakan konsert, jadi saya terpanggil untuk meneruskan impian belum kesampaian.

"Saya ada bertemu kawan yang bertanya sama ada nak buat konsert atau tidak, saya katakan mengapa tidak. Tetapi, saya katakan pilih lokasi kecil kerana saya tak tahu peminat masih ada atau tidak. Jadi, sekarang saya mahu 'test market' sama ada saya masih mempunyai peminat atau sebaliknya," katanya.

Shake berkata, dia memang menaruh harapan besar konsert solonya di Zepp Kuala Lumpur dapat mengumpulkan peminatnya.

"Apa yang saya fikirkan adalah peminat, sama ada mereka datang atau tidak. Saya akan menyanyikan lagu dalam tiga bahasa, Inggeris, Melayu dan Perancis.

"Saya akan menyanyikan lagu yang diterbitkan di Amerika Syarikat kerana pernah menetap di sana selama 24 tahun.

"Saya sudah menyediakan 30 lagu, tapi tengok kepada durasi konsert. Dan tentunya saya akan menyanyikan lagu bahasa Melayu seperti Pulanglah.

"Apapun, saya akan tampilkan persembahan terbaik untuk peminat yang terus memberi sokongan kepada saya sejak dahulu," katanya yang merancang mengadakan siri jelajah pada tahun hadapan.

Bakal berlangsung selama 90 minit, Shake berkongsi, dia sudah menyenaraikan kira-kira 30 lagu. Antaranya, Umi, Anugerah Dari Kegagalan, Lina, Kau Bunga Ku dan You Know I Love You (Tu Sais Je T'aime).

Kali terakhir Shake mengadakan konsert solo di tanah air pada 1984. Justeru, Shake menjanjikan persembahan yang memuaskan pada konsertnya yang juga akan diiringi tujuh pemuzik yang dibawakan dari Paris dan Malaysia.

Konsert Dato Shake ini juga akan menjadi medan penceritaan perjalanan dan kronologi karier muzik yang sudah dibukukan Shake.

Pada 2026, Shake akan meraikan ulang tahun ke-50 pembabitannya dalam dunia seni di Perancis.

Shake berkata, kembara dan pengalaman sejak 1970-an itu cuba dikumpulkan dalam satu naskhah untuk peninggalan anak cucu.

"Saya kembali ke Malaysia pada 1983, lantas menjadi popular dan tahun ini juga genap 40 tahun kerjaya seni saya di Malaysia.

"Pada 2026 genap 50 tahun saya berkecimpung dalam kerjaya di Perancis kerana saya ke sana pada 1976. Jadi, saya mahu melakukan banyak perkara seperti siri jelajah dan melancarkan buku, tahun depan," katanya.

Selain itu, Shake pernah mencipta sejarah artis Asia pertama yang meraih populariti dengan menyanyikan lagu dalam bahasa Perancis, termasuk rakaman bersama pelakon aksi terkenal, mendiang Bruce Lee pada 1976.

Pada 1983, penghibur terkenal ini membuat rakaman pertama dalam bahasa Melayu dan pantas mencipta populariti dengan nama Shake.

Antara pencapaian Shake yang sukar ditandingi adalah menerima Chevalier des art et Lettre (Knight of the Order of Arts Letters and Merits), iaitu penghargaan berprestij daripada Kerajaan Perancis atas sumbangan mempromosikan bahasa dan budaya negara itu di seluruh Asia.

Shake mula menyanyi ketika usia remaja di kelab malam dengan lagu-lagu Tom Jones, Stevie Wonder, Elvis Presley dan The Beatles.

Mencuba nasib ke Eropah apabila mendapat galakan rakan artis Eropah pertengahan 1970-an dan London menjadi perhentian pertama.

Pada 1976 berhijrah ke Perancis dan single pertamanya, Tu Sais Je T'aime (You Know I love You) dipasarkan


.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2023 02:49 PM | Show all posts
Edited by Burong_Hantuk at 22-11-2023 02:52 PM
Namun, kedua-dua anak lelaki saya masih bekerja dalam bidang seni ini.

"Seorang adalah pengarah filem dan seorang lagi pelakon dan melakukan kerja dalam bidang penerbitan. Nicholas dan Amaro memilih menceburi bidang seni ini," katanya





sembang!!!!!!!!Anak2 lelaki dia pun sendu..bukan pengarah @ pelakon terkenal pun
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 03:07 PM | Show all posts
masalahnya bukannya acik2 risau atau heran pun kalau heshe lupa bahasa ibunda dan negara...

lagi risau kaka kalau acik2 semua yang lupakan dia...

iols memang who are yusss tak kenal ko sape nyahhh...

iolss terlalu muda yach untuk kenal retis2 lama ni...

yang kenal heshe dah boleh start ke kaunter estee lauder esok untuk beli advanced night repair... titik la tiap2 malam supaya muka kekal anjal dan muda... jangan kata iols tak nasihat...

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik minuman tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 3chanceno at 22-11-2023 03:54 PM

Meols cam nampak tok gelang dgn bini dia kat gambar 1st tu  ada gambar dekat cos tak tahu yg rambut putih tu kat gambar no.2 tu  pompuan ke laki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2023 03:59 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2023 04:40 PM | Show all posts
standard la tu bela anjing..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 22-11-2023 03:41 PM
Menarik minuman tu

terus iols tgk balik gambar air minuman tu..kickapoo kan kan kan..,
gambar binatang berbulu tu pun mesti kucing baka maincoone
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2023 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
jihyomelly replied at 22-11-2023 05:07 PM
terus iols tgk balik gambar air minuman tu..kickapoo kan kan kan..,
gambar binatang berbulu tu pun ...

Haaaaaaa bijak bijak
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyolah tu tok shake oi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiols ingatkan dia nak cakap juga dia x lupakan agama rupanya tulis jawi dgn bahasa ibunda jah
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasberk sejuk menyegarkan
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 04:04 AM | Show all posts
Be yourself je lah tok shek oii...nak jual tiket konsert jual aje lah...ni gigih pulak nak ingatkan rakyat malaysia kau x lupa asal usul...pandai solat la, pandai baca jawi la, pandai mkn belacan la...whats the point? Nak buat konsert je pun, habis konsert terus bye2 Msia
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 22-11-2023 03:07 PM
masalahnya bukannya acik2 risau atau heran pun kalau heshe lupa bahasa ibunda dan negara...

lagi ri ...

Rindu ayat keramat titik estee lauder tu hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Da cerai ke dgn wife ..selambe je minum..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 07:41 AM | Show all posts
bangsa saja Melayu....

yg lain2 dah jauh dah berubah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Islam kah?  Anak tu ada nama sheikh jg ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 07:54 AM | Show all posts
Tulipss replied at 23-11-2023 06:07 AM
Da cerai ke dgn wife ..selambe je minum..

rambut putih tu bini dia la kan

selamba sembang pasal skola agama tapi sempat menayang air tin hijau

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 22-11-2023 02:49 PM
sembang!!!!!!!!Anak2 lelaki dia pun sendu..bukan pengarah @ pelakon terkenal pun

Anak dia produce iklan. Nmpk berseni iklan dia untuk jenama besar mcm sothys.

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
3chanceno replied at 22-11-2023 03:53 PM
Meols cam nampak tok gelang dgn bini dia kat gambar 1st tu  ada gambar dekat cos tak tahu y ...

uols tgk katne? ada vid ke kat artikel ni apsal aku xnmpk pun.. nk gak tgk tok shek ni umur 73 tuadh tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.061678 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list