CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6622|Reply: 53

[Tempatan] Populasi Korea Selatan diramal pupus menjelang tahun 2750

  [Copy link]
Post time 5-3-2024 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Populasi Korea Selatan diramal pupus
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... atan-diramal-pupus/


Oleh KOSMO!
4 Mac 2024, 9:04 am


WANITA memakai hanbok ketika berjalan di Istana Gyeongbokgung, Seoul pada 23 Oktober 2023. – AFP

SEOUL –  Populasi Korea Selatan berisiko pupus menjelang tahun 2750 berikutan trend penurunan kadar kelahiran, demikian menurut satu kajian seperti dilaporkan akhbar Daily Star semalam.

Menurut akhbar The Times, pada tahun ini, wanita Korea Selatan secara purata mempunyai 0.72 anak dalam hidupnya.

Pada tahun lalu, Korea Selatan mencatatkan pengurangan 19,000 bayi berbanding 2022, atau bersamaan penurunan 7.7 peratus kadar kelahiran.

Ia angka  terendah pernah dicatatkan sejak rekod kadar kelahiran bermula 54 tahun lalu. Dalam masa sama, meskipun bilangan kematian turut berkurang sebanyak 5.4 peratus berbanding 2022, ia masih tidak mencukupi untuk mengimbangi jumlah populasi.

Kadar kematian juga lebih tinggi berbanding kadar kelahiran di Korea Selatan bagi tempoh empat tahun berturut-turut.

Sekiranya trend itu tidak berubah, rakyat terakhir Korea Selatan dijangka mati menjelang tahun 2750.

Keadaan itu menyebabkan negara berkenaan terdesak untuk meningkatkan kelahiran bayi, manakala wanita perlu mempunyai kadar purata seumur hidup sebanyak 2.1 bayi. Ia adalah tiga kali ganda berbanding paras semasa.

Pakar-pakar  sebelum ini mengunjurkan bahawa walaupun dengan kadar kelahiran 1.19 iaitu hampir dua kali ganda berbanding paras semasa, negara itu akan menyaksikan penurunan populasi 12 juta orang dalam tempoh 32 tahun.

Terdapat banyak sebab mengapa wanita Korea Selatan enggan mempunyai anak, antaranya kos pendidikan dan penjagaan anak yang jauh lebih mahal berbanding sebelum ini.

Kerajaan cuba menangani isu tersebut dengan menawarkan insentif kepada wanita seperti manfaat berjumlah 1 juta won (RM3,565) sebulan untuk setiap anak yang dilahirkan. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Lambert lagi tu..
Takpe...
Kos hidup makin tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 06:11 PM | Show all posts
rohingya tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaambattt lagi. Bumi pun ntah bertahan sampai bila.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 06:34 PM | Show all posts
Terdapat banyak sebab mengapa wanita Korea Selatan enggan mempunyai anak, antaranya kos pendidikan dan penjagaan anak yang jauh lebih mahal berbanding sebelum ini.

Kerajaan cuba menangani isu tersebut dengan menawarkan insentif kepada wanita seperti manfaat berjumlah 1 juta won (RM3,565) sebulan untuk setiap anak yang dilahirkan.


sampai umur brp? 18thn? kalau kat Malaysia, banyak tuh rm3.5k sebulan utk sorg anak. Tak tahulah kalo berdasarkan kos idop korea selatan, jumlah tuh celah gigi jah
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh beri kewarganegaraan kepada Rohingya dan Syria.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2024 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 5-3-2024 10:34 AM
sampai umur brp? 18thn? kalau kat Malaysia, banyak tuh rm3.5k sebulan utk sorg anak. Tak tahulah k ...

Kalau aiol ummaĥ Korea pun aiol tamau beranak. Korea bukan tempat yang baik untuk besarkan anak2. Malaysia better hokeh, much much much much better.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lambat lagi... tak sempat menyaksikan kepupusan itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 5-3-2024 07:52 PM
Kalau aiol ummaĥ Korea pun aiol tamau beranak. Korea bukan tempat yang baik untuk besarkan anak2. ...

Mana tau ticer..atas kesedaran ummah kpop makin pupus ni...mungkin lebih byk perks akan diberi utk families..skang rsnya taska pree...kot dah beranak dpt elaun beranak lg...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 5-3-2024 12:44 PM
Mana tau ticer..atas kesedaran ummah kpop makin pupus ni...mungkin lebih byk perks akan diberi utk ...

Baca komen2 netizens Koreans dan non Koreans yang tinggal di SK, mental health meka tak bagus. Budaya bully sangat prevalent jauh lagik teruk dari Malaysia. Hapa yang deols selalu tunjuk (kena buli teruk) dalam drama tu memang betul2 jadik irl. Tu tak masuk budaya kompetitif meka yang buat meka depresi teruk. Tu pasal SK macam Jepun - kuat bunuh diri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 5-3-2024 09:02 PM
Baca komen2 netizens Koreans dan non Koreans yang tinggal di SK, mental health meka tak bagus. Bud ...

Kan, klu tgk kdrama tu rakyat korea sendiri berdepan cabaran hidup yg dasyat, lagi2 netizen biasa2 ni.. persaingan dlm segala serba serbi tu tinggi betul.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bolehla set2 rohinyok duduk situ and fill up the void
Mereka kan breeding like rats
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorang ada movement 4B, tak ingat B stand for what. Tapi keluhan2 wanita2 Korea tu iols rasa wanita bujang lain seluruh dunia pun rasa camtu. Rasa kalo kawen, banyak privilege hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya ada lagi ke bumi ni pada tahun tersebut?
Org melayu ramai dok kata akhir zaman sejak tahun 80an lagi. Takkan la bumi ni masih wujud lg 700++ tahun
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 5-3-2024 07:00 PM
Boleh beri kewarganegaraan kepada Rohingya dan Syria.

Bangla indon paki myanmar prc yg masuk cara haram kt sini pun boleh htr kat sana dah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 5-3-2024 07:52 PM
Kalau aiol ummaĥ Korea pun aiol tamau beranak. Korea bukan tempat yang baik untuk besarkan anak2. ...

Malaysia pun bakalan jd mcm sk. Dgn kos sara hidup makin meninggi. Kena bersaing dgn pati.
Malaysia pun bukan tmpt yg sesuai utk beranak ramai dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 5-3-2024 02:14 PM
krustykrab replied at 5-3-2024 01:54 PM
Malaysia pun bakalan jd mcm sk. Dgn kos sara hidup makin meninggi. Kena bersaing dgn pati.
Malaysi ...


Sebab makin maju taraf hidup makin meningkat. Tempat aiol, 20-30 tahun lepas kereta tak banyak sangat. Sekarang ini, satu rumah hada at least satu kereta. 20-30 tahun lepas takda jem. Sekarang, tiap pagi tiap petang boleh jem.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
lucky_peace replied at 5-3-2024 01:24 PM
Kan, klu tgk kdrama tu rakyat korea sendiri berdepan cabaran hidup yg dasyat, lagi2 netizen biasa2 ...

Itulah sebab marhaen meka gigih juga buat plastic surgery. Sedih jika sebab rupa pun boleh buat ko susah dapat kerja, susah bersosial, etc. Malaysia ni yang kasik selamat tak jadik macam SK sangat, agama jah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 10:15 PM | Show all posts
kena nuklear jiran tak sempat 2750
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 10:21 PM | Show all posts
krustykrab replied at 5-3-2024 09:54 PM
Malaysia pun bakalan jd mcm sk. Dgn kos sara hidup makin meninggi. Kena bersaing dgn pati.
Malaysi ...

Itulah sepatutnya apa yang kita akan terfikir bila baca pasal populasi korea ni.

Ianya masalah yang tinggal tunggu masa akan menimpa malaysia nanti.

Cadangan bilangan penduduk 70 juta itu cakap syok sendiri sahaja, baru 30 juta pun dah huru-hara. dah tak boleh maintain dah harmoni tahun 80an 90an.

Kos sara hidup, tempat tinggal, tanggungan anak semuanya memerlukan kos yg semakin meningkat. banyak lagi yang mana ini mula menunjukkan semakin susah meneruskan kehidupan, walaupun pada kasta m40.. dan salah satu yang menarik ialah policy yang dsukai oleh pemimpin malaysia iaitu policy pekerja asing, yang akhirnya dah makan diri sampai masalah yang dibawa bersama memberi kesan kepada emosi penduduk asal.. hahah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.528534 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list