CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15981|Reply: 106

[Tempatan] Ada H ada gaya :Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic

  [Copy link]
Post time 13-3-2024 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 13-3-2024 12:33 AM

Menjadi satu perkara biasa apabila individu sudah mendapat pekerjaan pertamannya, banyak hajat yang mahu ditunaikan kerana sudah lama dipendam. Namun, ada antara mereka yang sanggup mengambil risiko dengan membeli kereta idaman yang tidak setara dengan gaji yang diterima.




Satu hantaran tangkap layar di X memaparkan seorang guru muda telah meminta pendapat orang ramai mengenai kereta yang sesuai dengan gaji bulanannya. Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di platform tersebut.

Guru lepasan Institut Perguruan (IPG) itu memberitahu dirinya sudah bekerja pada usia 23 tahun dan menerima gaji bulanan sebanyak RM3,100 termasuk elaun dan lain-lain. Kini, dia tinggal di rumah keluarganya kerana jarak rumah tersebut dengan sekolah hanyalah 23 kilometer.

Dia terfikir mahu membeli kereta yang tidak menggunakan minyak yang banyak kerana ia akan dibawa pada setiap hari. Dalam masa yang sama, dia juga mahu kereta tersebut selesa untuk dibawa dan kabin kereta itu tidak bising.

“Saya terfikir nak beli kereta yang saya boleh guna setiap hari. Jadi, saya nak kereta yang jimat minyak tapi nak selesa dan kabin kereta tak bunyi bising,”kongsinya.

Bagaimanapun, dia telah membuat perbandingan harga kereta baharu dan terpakai dan meminta pendapat orang ramai tentang pilihannya. Dia juga sudah mempunyai simpanan sebanyak RM6,200 untuk deposit pembelian kereta dan tidak mahu bayaran bulanan melebihi RM1,100.

Berikut merupakan senarai pilihan kereta yang sedang dipertimbangkan:-

1. 2018 Honda Civic TC 1.5 (terpakai) (RM94 ribu: RM1,100-RM100 bulanan)
2. 2023 Toyota Vios J Variant (baharu) (RM90 ribu: RM900 bulanan)
3. 2023 Proton Saga 1.3 Premium S AT (baharu) (RM45 ribu: RM650 bulanan)
4. Nissan Almera (baharu)

Dia juga memberitahu dirinya bukanlah daripada keluarga yang senang jadi dia tidak pernah menaiki kereta mahal seperti jenama Honda dan Mazda.

Di ruangan balas dalam hantaran tersebut, ramai netizen meminta untuk guru muda tersebut mempertimbangkan semula impiannya untuk memiliki kereta mahal dengan gaji RM3,100 sebulan.

Guru tersebut juga dinasihatkan untuk mengambil kira tentang kos servis kereta, insurans, cukai jalan dan lain-lain sebelum mahu membeli kereta idaman.

Malah, ramai agak terkejut kerana dia tampak tidak berminat dengan kereta buatan tempatan walhal kos pemilikan jauh lebih berpatutan berbanding dengan kereta import.

SUMBER
X themillenial

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2024 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak jimat minyak ambil bezza aje la. Gaji byk tu pun dah berangan civic bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 03:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Better ambil axia, jimat banyak…
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 03:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pun ambil keta second hand je
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 03:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Vios 90k, bulanan 900.

Saga 45k, bulanan 650? Kenapa bukan 450?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 06:32 AM | Show all posts
cikgu, tapi tak boleh fikir.. malang la anak muridnya...

nak sembang, duduk rumah sendiri sewa atau beli dahulu, makan sendiri tanggung, baru tau mampu atau tak..

jangan nyemak dok free kat rumah makpak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2024 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli je la nak oii..
Janji loan byr tiap bolan tanpa gagal, tiap thn konsisten renew rodtek insurance & jg mentenen.
Paling pentingggg... Masuk tgh bolan jgn meminjam sana sini sbb terhimpit tersepit
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai org beli kete, yg diorang tgk tang bayar bulan2 je
Igt kete elok sedia mcm tu je ke hari2
Tu belum setahun skali bayar road tax insurans bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2024 07:38 AM | Show all posts
X twitter cilok dari Reddit


ada jumpa hari tu


mostly memang nasihat suruh amik Bezza or Saga baru, paling tidak Myvi


tak tahu dia baca ke tidak lepas ramai nasihat simpan duit situ


hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah dia beli biar dia rasa perit nak bayar dgn insurance bagai sbb nak bergaya punya pasal nak cabin yg sound proof la bagai kan.
Kereta dah lunyai rupa kau still tak habis bayar loan dekkk.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 08:02 AM | Show all posts
beli rumah dlu lah..itu lbh penting..rumah dh yahudi mahal skrg
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 08:03 AM | Show all posts
ni sah tarik 9 tahun...

pakai axia jer dik....jimat..murah..senang parking...

axia maintanance pun boleh tahan...beli kereta bukan takat mampu byr bulan2..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
entahla, tp kalau gaji manja manja ni, party kot lain jele holiday ke ape ke. sbb kereta ni dia berangkai duit blanje nye
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 08:27 AM | Show all posts
kenapa la org nak fikir kereta tu sbgai 1 pencapaian besar dlm hidup?

i am from humbe family and never got the chance to experience car like civic, mazda, etc


apa benda ni? aku umur dulu kagum2 la tapi takde terfikir pun nak beli kete mahal sbb nk merasa. benda tak penting pun.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah dia nak beli. Aku dulu pun masa awal2 kerja gaji 3k pakai vios. Sebab I peminat Britney, masa tu Britney wajah untuk iklan vios Ko beli apa nak beli dik. Nanti dah ada anak nak beli baju untuk diri sendiri pun sayang duit
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih baik beli saga 4at. Rendah bulanan. Masa muda2 ni pakailah kereta biasa2 je sebab gaji rendah. Bila gaji dah cukup besar, belilah kereta yang kau nak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2024 08:37 AM | Show all posts
Dia boleh beli. Sbb dia duduk dgn parents.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
aina_shaira replied at 13-3-2024 03:20 AM
Tak pun ambil keta second hand je

First car better kereta baru. Ambil pengalaman sebagai empunya kereta. Kalau ada saudara pakar/mekanik kereta takpelah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nikaido at 13-3-2024 08:46 AM

Masa survey x50 dulu, SA proton ckp gaji perlu >rm3500 utk kereta rm100000. Kereta yg dlm list ni - civic second, vios, almera harga sekitar rm90000 so susah nak lepas gaji rm3000 dgn deposit rm6k je
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 08:45 AM | Show all posts
better axia or bezza..tp more pada bezza kot..gaji baru 3100 kot..kalau 6,7K sebulan bole la consider..tak yah gopoh sgt.iouls pon pakai honda baru lepas 6 tahun bekerja..dapat la merasa keta idaman Jazz GE baru dulu lepas menyabar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.279135 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list