View: 3035|Reply: 20
|
[Tempatan]
"Ingat Silap Masuk" - Keluar Balik Tengok, Tak Sangka Ada Makanan, Minuman Dan Aiskrim!
[Copy link]
|
|
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/06/Pejabat-pos-macam-convinence-store.jpg)
Kebanyakan pejabat urusan atau kaunter perkhidmatan kerajaan mahupun swasta akan mempunyai reka bentuk dan susun atur yang kelihatan sama.
Jika anda teliti, pasti akan melihat ruangan menunggu dengan susunan barisan kerusi untuk para pelanggan duduk dan meja-meja kaunter berada di hadapannya.
Pun begitu, lain pula dengan kaunter perkhidmatan di sebuah pejabat pos ini apabila tular di media sosial kelihatan seperti sebuah kedai serbaneka (convenience store).
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mhdaimanhakimii, perkara itu dikongsikan oleh pengguna media sosial terbabit yang mengakui dirinya juga terkejut apabila kali pertama melihatnya.
Pelanggan sangka salah masuk kedai, rupanya memang pejabat pos
Menurutnya, dia juga pada mulanya menyangka telah tersilap memasuki kedai lain namun apabila diperiksa dengan teliti, ternyata tempat itu sememangnya pejabat pos.
Difahamkan, pejabat pos yang mempunyai kedai serbaneka itu terletak di Temerloh, Pahang.
Dalam video tersebut, kelihatan pejabat pos terbabit menjual pelbagai jenis makanan dan minuman serta aiskrim sama seperti Family Mart dan CU Mart.
“Ingat silap masuk, keluar balik tengok. Betul dah rasanya Pejabat Pos Temerloh,” tulisnya di dalam video.
Netizen teruja lihat pejabat pos seperti mini mart
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terkejut melihat pejabat pos terbabit yang sangat berbeza dengan kebiasaan kaunter perkhidmatan dilihat mereka.
Tidak hanya itu, ada juga yang berpendapat bahawa klinik-klinik kerajaan mahupun swasta seharusnya melakukan perkara sama dengan menyediakan pelbagai makanan dan minuman yang boleh dibeli. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kedai apa ni
dulu ingat g
pejabat pos juasseh, dalam laman tu siap ada kedai minum
pastu dlm pejabat pos da mcm kedai singer siap ada motor lagi pamer
skang xtau la lama xpergi da |
|
|
|
|
|
|
|
Ada je pejabat pos kehabisan setem.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pejabat pos sekarang tak semeriah dulu.![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Dulu2 nk keluar duit,bayar bil elektrik/telefon semua dekat situ. .
Sekarang semua dihujung jari.tinggal tekan je. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah bagusnya. Idea yg bijak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lama dah tak gi mana2 pejabat pos.
Takkan kat Temerloh aje? PPos kat tempat lain takkan takde add value camni kan? Ke tempat lain takde tiktoker masuk Pej Pos? |
|
|
|
|
|
|
|
Baru semalam pergi pejabat pos besar kuantan, terkejot masuk. Nk masuk family mart ke apa ni nntt. Xsabar tggu siap sebab akan berulang alik ke situ.mmmg hbis laa duit sis nnt..hahaha tggu no bantai belinya makanan |
|
|
|
|
|
|
|
Adik iols pos ar rahnu..skrg pos Malaysia X dapat Jana income..so management decide utk buat posmart.. okaylah Kan utk elakkan pembuangan pekerja |
|
|
|
|
|
|
|
amboiii lajunyaaa komennn ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Petronas Pendang terpaling best. Macam2 hado. |
|
|
|
|
|
|
|
Manjahati replied at 13-6-2024 05:25 PM
Wah bagusnya. Idea yg bijak..
Betul. SG pon setuju. Idea bijak. Kalau urusan tu laama, at least x perlu keluar beli makanan. Dpt makan alas perut mcm roti pon ok. Ada kopi panas ke. Lagi elok diorg letak meja. Sambil tunggu turn, boleh buka laptop buat keje sesambil tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 13-6-2024 07:18 PM
amboiii lajunyaaa komennn
Haha![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|