CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5430|Reply: 25

Biar Terus Di Sisi [U]

[Copy link]
Post time 12-2-2013 11:28 PM | Show all posts |Read mode
PROLOG

Aku melabuhkan punggung di tangga masjid. Jika terlewat, aku pasti akan ketinggalan bas untuk pulang ke rumah. Waktu berlalu sepi. Masjid juga sudah lengang. Sebentar lagi, rumah Allah ini akan penuh semula dengan kehadiran orang tua untuk solat Maghrib. Hairannya, yang muda pergi mana? Asal nama masjid, penuh dengan insan rambut putih.

  Laju saja aku mencapai sandal. Nafas dihela panjang. Keletihan yang berlarutan. Alangkah indahnya jika sekarang ini aku sudah berada di rumah.

  "Assalamualaikum…”

  Wajahku diangkat. Seorang wanita yang berpakaian lusuh dengan segaris senyuman nipis berdiri di hadapanku. Berkerut-kerut dahiku melihatnya. Sesaat kemudian, mataku jatuh pada wajah anak kecil di sisinya. Cantik!

  Namun, mengapa dia menegurku?

  “Wa’alaikumsalam. Ya?” Lembut saja aku berbicara.

  Lambat-lambat wanita itu melangkah. Aku masih keliru. Rasanya, dia tidak menegurku untuk meminjam telekung atau bertanyakan di mana tempat mengambil wuduk.

  Ada resah di wajahnya.

  “Boleh bantu akak?”

  “Bantu apa?” soalku.

  Jemarinya yang sedari tadi melekat di pergelangan tangan anak kecil itu jatuh. Aku hanya memerhati tanpa sebarang kata. Adakah mereka ingin meminta sedikit wang untuk membeli makanan? Ah! Tidak aku tahu apa yang dia inginkan. Segala-galanya tidak dapat aku tebak melalui wajah itu.

  Wanita itu melutut di hadapanku. Tanganku disapa lembut.

  “Tolong jaga anak akak,” pintanya.

  Air liurku terasa berpasir.

  “Jaga anak akak?”

  Laju saja dia mengangguk.

  Huissy! Mana mungkin aku mampu menjaga anaknya. Aku hanya gadis yang berusia 18 tahun yang menunggu keputusan SPM. Lagipun, aku tidak mengenalinya.

  “Saya…”

  “Tolong. Akak dah tak ada banyak masa. Semua kelengkapan ada di dalam beg dia. Hanya adik yang mampu tolong akak.”

  Sudah!

  “Saya…” Aku kehilangan kata.

  Apakah yang akan terjadi sekiranya aku membantu dia? Kelihatannya, pertolonganku amat diperlukan. Mustahil juga aku mampu menjaga anak kecil ini. Aku tidak punya harta atau apa-apa. Terlalu sukar.

  Namun jika ini yang terbaik, siapalah aku untuk menidakkannya.

  Ya Allah, moga keputusanku ini benar.


  “Baiklah. Saya tolong.”

  “Terima kasih. Hanya Allah yang boleh balas jasa adik. Jangan biarkan ayah dia rampas dia dari akak.”

  Dia berjeda.

  “Biar dia terus di sisi adik.” Wanita itu kembali bersuara.

  Tanpa sempat aku berkata-kata, wanita itu pergi  meninggalkan aku. Anak kecil itu berdiri kaku tanpa berkata-kata.

  Aku bingkas bangun. Cuba untuk mengejar wanita itu. Lupa bertanya satu soalan. Sampai bila aku harus menjaga anak kecil ini? Sehari? Dua hari? Atau sebulan? Mana mungkin untuk selama-lamanya.

  Terburu-buru aku melangkah keluar dari kawasan masjid. Mataku melingas kiri dan kanan. Langkahku mati tatkala melihat sekujur tubuh yang terbaring kaku di atas jalan raya. Terasa duniaku gelap seketika. Adakah apa yang aku lakukan tadi satu kesilapan? Menerima anak kecil ini bukan perkara yang mudah.

  Bahuku melurut jatuh. Aku menggeleng. Adakah tadi merupakan pertemuan yang terakhir?

  “Biar dia terus di sisi adik.” Kata-kata itu terngiang-ngiang di telingaku.

  Biar anak kecil itu terus di sisiku bukan?



  





Last edited by Julieanne on 12-2-2013 11:29 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2013 02:26 PM | Show all posts
hoooo panjangkanlaa citer lagi... hihihi prolog yg best dan mendebarkan
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 07:25 PM | Show all posts
best2... sambung lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2013 09:58 PM | Show all posts
yamapi posted on 13-2-2013 02:26 PM
hoooo panjangkanlaa citer lagi... hihihi prolog yg best dan mendebarkan

nanti ai panjangkan lagi. *muahahaha. nanti-nantilah ya*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2013 10:01 PM | Show all posts
misssakura posted on 13-2-2013 07:25 PM
best2... sambung lg

terima kasih. Nanti ai sambung
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 05:38 PM | Show all posts
best...cepat la sambung
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-2-2013 10:34 PM | Show all posts
TJ2 posted on 15-2-2013 05:38 PM
best...cepat la sambung

ngehngehngeh. Thank you. Nanti ceq sambung
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 10:42 AM | Show all posts
jgn lupa sambungan dia ye...pmulaan citer yg best...harap2 citer ni x sekerat jalan mcm yg ada kat bod ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2013 03:18 PM | Show all posts
stars83 posted on 16-2-2013 10:42 AM
jgn lupa sambungan dia ye...pmulaan citer yg best...harap2 citer ni x sekerat jalan mcm yg ada kat b ...

ngehngehngeh, insya-Allah. Thank you. Nanti ceq sambung.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes ade citer br..so kne smbung tau but take ur time br idea mncurah2 kn..be the best..ooo lalala
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2013 05:10 PM | Show all posts
kakZue posted on 16-2-2013 11:21 PM
Yes ade citer br..so kne smbung tau but take ur time br idea mncurah2 kn..be the best..ooo lalala

cerita yang baru : tuan yang tak baru. Muahahaha. Insya-Allah nanti sambung. Buat tu senang ja tapi kind busy with study. Hikss.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Julieanne posted on 17-2-2013 05:10 PM
cerita yang baru : tuan yang tak baru. Muahahaha. Insya-Allah nanti sambung. Buat tu senang ja tap ...

Wah cm senang..uihhhh..xper la,utamakn study lu..tp klu de ms smbung la yer...sian kt kami nie..huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2013 10:15 PM | Show all posts
kakZue posted on 17-2-2013 09:47 PM
Wah cm senang..uihhhh..xper la,utamakn study lu..tp klu de ms smbung la yer...sian kt kami nie..hu ...

malas itu yang susah. Kekekeke. Nanti bila dah senang, bila dah boleh goyang kaki sambil berangan jadi pemes writer, sambung punya. Muahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 04:06 PM | Show all posts
Weh ....mana sbg ni intro dah menarik........
meriah dah board bakat dan ruangan penulisan dgn kehadiran penulis2 baru....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 05:39 PM | Show all posts
qimi08 posted on 20-2-2013 04:06 PM
Weh ....mana sbg ni intro dah menarik........
meriah dah board bakat dan ruangan penulisan dgn keha ...

ngehngehngeh. Sambungan hujung minggulah ya. Sekarang ni busy sikit. Kerja sekolah banyak. hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 08:16 AM | Show all posts
prolog dah best...mana sambungan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2013 11:05 AM | Show all posts
Julieanne posted on 20-2-2013 05:39 PM
ngehngehngeh. Sambungan hujung minggulah ya. Sekarang ni busy sikit. Kerja sekolah banyak. hehehee ...

Weh budak sekolah lagi ke??? atau cikgi he he he he
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 04:28 PM | Show all posts
nallepooh posted on 21-2-2013 08:16 AM
prolog dah best...mana sambungan..

nanti hanna letak ya. Minggu ni sibuk dengan sekolah sikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 04:35 PM | Show all posts
qimi08 posted on 21-2-2013 11:05 AM
Weh budak sekolah lagi ke??? atau cikgi he he he he

hahahaha. Memang syiok ar kalau ai cikgu. Budak sekolah yang baik tu saya :p
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 09:20 PM | Show all posts

Biar Terus Di Sisi 1

Bab1

  Jam bertali hitam pada pergelangan tangan aku kerling. Sudah pukul 1 petang. Aku bingkas bangun dan menolak kerusi. Zainina merenungku dan mengorak senyuman manis. Aku membalas senyumannya. Mencapai handbag milikku sebelum mengatur langkah ke arahnya.

  “Nak pergi dah?”

  Aku angguk.

  “Kalau bos dah balik, beritahu dia ya.”

  “Wokeh! Drive elok-elok. Aku takut nanti ada hamba Allah yang tercium dashboard sebab hang bawak kereta laju,” ujarnya nakal.

  Bibirku dicebik. Ada saja modal untuk menyakatku. Tapi ada yang dikatakannya benar-benar belaka. Aku memang suka memandu laju.

  “Ya, nenek.”

  “Siapa nenek hang?”

  “Tak lain dan bukan,hang!”

  Laju saja aku menggeleng sebelum melangkah keluar dari agensi pelancongan ini. Pandanganku diluruskan. Tanganku diletakkan di batang leher.Menghirup udara segar memang satu perkara yang bagus.

  Bekerja di saatpenyaman udara terpasang bukan satu perkara yang bagus.

  Aku menghayun langkah ke kereta. Seorang lelaki yang memakai t-shirt putih dan jeans hitam terlanggar bahuku. Terus aku jatuh terduduk. Dia merenungku. Lama! Bibirnya digerakkan seolah-olah berkata sesuatu. Sepasang mata kuyu itu jatuh pada wajahku lama. Ciptaan Allah yang tampan. Ah! Apa yang aku mengarut ni?

  Terkial-kial aku cuba bangun. Jemarinya dihulurkan kepadaku. Ingin membantuku berdiri namun aku tetap berdiri dengan kekuatanku sendiri.

  “Maaf!”

  Aku menggeleng. “Tak apa.”

  “Err… nak tanya boleh?”

  “Apa?”

  “Cik kerja kat agensi pelancongan ke?”

  Aku angguk tiga saat. Dia menggaru kepalayang tidak gatal. Senyuman yang terukir di bibirnya seolah-olah hanya palsu belaka. Tidak pernah aku lihat lelaki ini. Tampan namun senyuman yang begitu palsu!

  “Ya. Kenapa?”

  “Saya cadang nak pergi London. Err…”

  Bibirku mengoyak senyuman nipis. “Saya memang kerja kat situ tapi saya tak urus bahagian tu.”

  “Oh. Okey. Terima kasih.”

  “Sama-sama.”
*****

  Syahrain menarik muncung. Melompat masuk kedalam kereta dan meletakkan beg sekolahnya di belakang. Jemarinya membetulkan tudung yang sudah senget. Aku menggeleng. Ada-ada saja anakku ini. Salah aku juga kerana lewat mengambilnya. Ini semua kerana lelaki yang bertanyakan soalan kepadaku sebentar tadi.

  Aku meneruskan pemanduan. Memandang dia sekilas.

  “Kenapa mama lambat ni?”

  “Tadi pergi dating dengan pakwe dulu,”gurauku.

  “Pakwe? Siapa? Tak kenalkan kat Rai pun.”

  Tawaku meletus. Aku menggeleng. Nurul Syahrain terlalu polos. Percaya saja dengan kata-kata insan lain.

  Sudah lama aku menjaga Syahrain. Meskipun dia bukannya darah dagingku, aku tetap menyayanginya. Ya! Terlalu mustahil dia anakku. Aku baru berusia 25 tahun dan tidak mungkin punya anak yang berusia 10 tahun. Persetankan soal itu. Dia tetap anakku walau apa pun terjadi. Tiada siapa mampu mengambilnya dariku.

  Kerana dia, aku sanggup dibuang keluarga. Perit namun itu kenyataannya. Aku terpaksa menjaga anak ini dan mak tidak mahuaku menjaga anak ini. Dia memberi dua pilihan kepadaku. Menjaga anak ini atau terus di sisinya.

  Dan aku memilih untuk menjaga Syahrain. Sejakaku berusia lapan belas tahun aku tidak bertemu dengan mak. Selama ini, akumenumpang di rumah Abang Saifullah. Berkali-kali dia memaksaku untuk kembali ke rumah namun aku degil.

  Aku tersentak di saat bahuku digugahberkali-kali.

  “Ma, siapa pakwe mama?” soal Syahrain manja.

  “Mama tak ada pakwe, sayang.”

  “Kenapa tak cari?”

  “Malas!”

  “Kalau mama malas, nanti Rai tak ada ayah.” Dia merungut.

  Nurul Syahrain punya ayah namun aku tidak pasti di mana dan aku tidak boleh membiarkan ayahnya mengambil dia semula. Ibu kandungnya sudah berpesan kepadaku. Biar dia terus di sisiku. Ya! Biar terus disisi.

  Keretaku berhenti di hadapan rumah Abang Saifullah. Sepanjang aku bekerja, Syahrain akan duduk di sini. Kak Haifa akan menjaga dia.

  “Dah sampai!”

  Dia mengangguk. Membuka pintu kereta. Menjulurkan kaki keluar dari kereta. Dia merenungku lama.

  “Ma, mama perlukan suami dan Rai perlukan ayah.”

Last edited by Julieanne on 21-2-2013 09:33 PM

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.072028 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list