CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HazelNut

Cadangan utk memajukan bolasepak Malaysia

[Copy link]
Post time 18-12-2010 11:14 AM | Show all posts
Bola Shebbie : Kita sudah bangkit !



bolashebbie@hmetro.com.my


PEMBACA kolum ini sudah pasti menyedari setiap pasukan bola sepak harus mempunyai tulang belakang yang kukuh. Setiap pasukan dibina dengan posisi penjaga gol, bek tengah, pemain perancang serta pemain penyerang.

Inilah posisi yang memberi asas untuk beraksi mantap. Skuad negara bertuah kerana miliki tulang belakang kental di bahagian pertahanan, jentera tengah kreatif serta tajam di bahagian serangan.


Setiap pemain beraksi menentang Vietnam mempersembahkan aksi terbaik dan keyakinan setiap pemain harus dipuji.

Penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat tenang dan sentiasa memberi arahan kepada pertahanan dan komunikasi penting dalam keadaan tertekan.


Kedua-dua bek tengah, Mohamad Muslim Ahmad serta Mohamad Fadhli Shas seperti pasangan kembar kerana memahami pergerakan satu sama lain. Mereka juga begitu selesa memenangi bola tinggi yang dihantar lawan.


Satu pasangan unik menerajui bahagian tengah dengan ketua pasukan, Safiq Rahim bertindak sebagai perancang utama manakala Amar Rohidan tenang sebagai ‘ holding midfielder ’. Kualiti Amar memberi keyakinan buat Safiq untuk mara membantu bahagian serangan.

Akhirnya, tulang belakang ini diterajui dua penyerang terbaik Asia Tenggara iaitu Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha. Safee menyerlah sebagai ‘ penyerang utama ’ bijak mencari ruang tepat manakala Norshahrul pula lincah menggelecek lawan.


Mujurlah kedua-dua pemain ini menunjukkan persefahaman serta kombinasi telepatik.

Selepas menyaksikkan kedua-dua separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF, saya berpendapat pasukan negara mampu menjadi juara tetapi biarlah pembangunan pasukan ini diatur selangkah demi selangkah.


Inilah kali pertama pasukan kita menghadapi tekanan kerana memiliki kelebihan dua gol ketika mengunjungi Hanoi tapi saya yakin kelebihan ini memberi kesempatan buat jurulatih, K Rajagobal menyediakan taktik tepat.


Buat sekian lama, kita kini mempunyai jurulatih yang berjaya mengelirukan lawan dengan formasi fleksibel di padang. Pasukan kita kelihatan selesa dengan formasi 4-4-2, 4-2-3-1, 4-5-1 dan 4-1-4-1 sepanjang tempoh 90 minit aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


Apa jua keputusan di Hanoi, kita harus bangga dengan potensi dan corak permainan dipamerkan dan akhirnya saya rumus kita kini sudah bangkit di arena antarabangsa.



- Harian Metro -



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2010 03:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 01:48 PM | Show all posts
'Bagi 4 tahun untuk takluk Asia'
Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2010/12/21
SUBAHAN (kiri) bersama Rajagobal berpeluang merakam sejarah baru negara dalam saingan Piala Suzuki.
SUBAHAN (kiri) bersama Rajagobal berpeluang merakam sejarah baru negara dalam saingan Piala Suzuki.
Saya tidak mahu kita terbawa-bawa dengan kejayaan ketika ini: Subahan

SKUAD bola sepak negara yang bakal berdepan Indonesia dalam final Piala Suzuki AFF dianggap mentah tetapi bakal menggegar dalam tempoh empat tahun lagi untuk cuba menakluki Asia.
Firasat itu diluahkan pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal yang meminta peminat tanah air usah cepat gembira sebaliknya segera memberi sokongan moral secara konsisten sehingga tempoh berkenaan.
“Ini hanyalah permulaan. Sasaran sebenar kita adalah membentuk pasukan benar-benar mantap dalam tempoh tiga sehingga empat tahun lagi,” katanya, semalam.

“Saya tidak mahu kita terbawa-bawa dengan kejayaan ini sehingga kita lupa matlamat utama adalah untuk kembali menjadi negara kuasa bola sepak di rantau Asia Tenggara dan juga Asia satu hari nanti. Harap rakyat Malaysia akan terus menyokong barisan muda ini, baik ketika berjaya atau pun ketika waktu sukar.”

Pengurus berkenaan yang menikmati kejayaan merangkul pingat emas Sukan Sea 2009 dan kali ini berpeluang merakam sejarah baru dalam Piala Suzuki bersama jurulatih, K Rajagobal, mendedahkan rahsia kejayaan skuad negara ketika ini.

“Kita menerapkan suasana kekeluargaan dalam pasukan, barisan pemain muda yang dididik penuh disiplin oleh Rajagobal dan saya mengambil pendekatan lebih lembut dengan menjadi tempat mereka mengadu masalah,” kata Subahan.
Malaysia menentang Indonesia dalam perlawanan akhir pertama pada Ahad ini sebelum berkunjung ke Jakarta bagi perlawanan kedua 29 Disember ini.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 01:49 PM | Show all posts
lagi 4 tahun tuh......... tgk next year boleh menten x pingat emas sukan sea pastu baru cakap lain.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.063427 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list