CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

tiupan sepi (U)

  [Copy link]
Post time 16-10-2010 01:01 AM | Show all posts
Reply 176# fazss


    pon ok gak klu lisa ngan reza.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2010 08:49 AM | Show all posts
Ingatkan dah ada n3...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2010 02:54 PM | Show all posts
lamanya nak tunggu senin...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 10:02 AM | Show all posts
salam semua.....

maaf lambat... hari ni ada audit.. penat yer.. jumpe isnin depan...

:b ...
fazss Post at 15-10-2010 16:49



    menuntut janji... mana n3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 10:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by fazss at 18-10-2010 16:46

morning semua... N3 baru..
*****************************************************************

Dengan bantuan dari Shah dan Kira, Lisa mula mengganti langsir rumah Mak Yah, dengan langsir baru. Perancangan nya dengan Shah kini berjalan lancar, mereka ingin membuat satu kejutan buat Mak Yah. ketiadaan Mak Yah sejak awal pagi ke perjumpaan Datin2 adalah satu peluang yang baik untuk mereka.

masing2 mempunyai tugas sendiri, baik Shah, Kira dan Lisa. Lisa memanjat kerusi untuk menggantung langsir , Shah dan Kira membantu menyusun semua langsir2 mengikut tempat nya. Tanpa sedar, Lisa telah tersalah langkah, kaki nya menapak di udara. Badan nya yang kurus melayang jatuh, keadaan itu di lihat oleh Shah, lantas menyambut nya.

Mujur tangkapan nya kemas, Lisa merangkul leher Shah, masih lagi terkejut. Mata mereka bertemu kembali, untuk kali kedua hari ini. Masing2 tergamam dalam situasi itu.
Shah yang menyedari kehadiran Mak Som pantas melepaskan Lisa perlahan.

“are u ok?” nada yang perlahan seakan berbisik lembut tepat di telinga Lisa.

“ermmm…thanks” lisa masih menahan debar, bukan debaran ekoran jatuh tadi, tapi panahan mata itu. sesuatu yang telah lama tidak di rasai.

Shah mengangguk, lantas dia terus mengambil alih tugas Lisa tadi. Kini Lisa adalah mandur, mengarah kuli nya mengantung. Seronok juga hati kalau mendapat kuli sebaik ini, boleh di usik2, arah la apa saja dia hanya menurut. Best!. Senyum nya meleret.

Tepat pukul 1 semua nya telah selesai, Kira bersama Mak Som hilang ke taman. Shah sudah tersadai di atas permaidani di ruang tamu. Lisa masih meneliti dan mengubah kedudukan langsir baru itu. Lisa rasa tenang, nasib baik cantik jahitan nya. maklum la, sejak butik nya mempunyai pekerja jarang2 dia menjahit.

Lisa mengikuti Shah, tapi dia berasa tidak sopan berbaring cukup la dia duduk di sofa. Air orange juice yang di buat tadi dihulurkan pada Shah. Sekelip mata, Shah meneguk senafas, mug itu kosong semula.

“mug ni bocor yer…” Lisa mengusik.

“u hidang mug bocor, I report kat mama!” Shah sedia bermain permainan yang dimulai oleh Lisa.

“anak mak!”

“memang la…jeles ker”

“mana ada!” shah bangun duduk di sebelah Lisa tanpa menoleh Shah menuang lagi air ke mug nya.

“jeles…jeles…”Dagu Lisa di cubit manja. Shah ketawa. Muka Lisa bertukar masam, sakit yer dagu….

“habis dagu mahal i! teruk betul la….” Lisa bersuara seakan merengek.

“tu ada lagi…” Shah masih dalam tawanya, geli hati. Tidak di sangka, Lisa yang nampak seperti keibuan dan matang, punya banyak kemanjaan yang memikat hatinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 10:12 AM | Show all posts
Perlahan jari2 Shah mengusap perlahan dagu Lisa, segera Lisa menepis. Mata Shah pula memain peranan, di jegilkan..

“haip..! jangan degil..!” Shah masih ingin mengusik. Cemberut muka Lisa.
Kepulangan Mak Yah yang awal dari dijangka telah menyelamatkan Lisa dari terus di usik oleh Shah.

Senyum Mak Yah melebar tatkala kaki nya melangkah masuk ke rumah. Ada dua perkara yang begitu diharapkan telah pun berlaku. Keakraban Shah dan Lisa ,dan tentu lah langsir baru.. Dia tahu ini langsir yang di minta Lisa jahitkan, cantik dan amat sesuai paten yang di buat dengan tema nya.

Langkah nya di ayun dari satu panel ke satu panel langsir yang telah bertukar, jelas dua makhluk yang asyik usik mengusik tadi tergamam. Malu mungkin. Tidak dipedulikan oleh Mak Yah, langkah di terus, matanya hanya merenung ke langsir. Senyuman tidak putus di bibir .

“macam mana?” Lisa membuntuti Mak Yah.

“cantik sangat, terima kasih… mesti mahal kan?” Mak Yah berpaling kepada Lisa.

“of coz la.. upah nya ialah dinner seminggu, boleh?” bahu nya di tepuk lembut.

“selamanya pun tak per…” laung Shah dari jauh. Nyata sangat dia mengikuti perbualan 2 wanita itu. Lisa mencebik..

“tak payah la.. Lisa tolong jahit jer..” Lisa menutup kekeliruan Mak Yah.

“ye ker ni.. nanti rugi butik Lisa pulak..” Mak Yah tidak sampai hati melihat Lisa begini, menolak bayaran, tak ada la income.

“really…Lisa kena balik dulu, Lisa ada hal malam ni.” Cepat di capai beg tangan nya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-10-2010 10:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by fazss at 18-10-2010 10:15

Sejambak bunga ros merah telah pun menghiasi meja nya. Ada kad,

Special to my sunshine..with all my heart..


From,
MS

Walau siapa pengirimnya, Lisa tidak peduli. Yang pasti dia suka jambangan itu, lebih2 lagi dengan 3 kuntum bunga ros putih di tengah. Pasti ada maksud tertentu. ‘MS’?? sapa yer..?
Mungkin ke salah orang. Bunga yang cantik dan tentu sekali mahal harganya itu di masukkan ke dalam pasu jernih.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 10:16 AM | Show all posts
jgnlah erkkk...
shahrinas Post at 15-10-2010 17:28



      hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2010 10:17 AM | Show all posts
memang ada taman di hati shah...
mijot Post at 15-10-2010 19:11



    taman bunga....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 10:18 AM | Show all posts
baru sempat baca tq faszz,...
bb_75 Post at 15-10-2010 21:12



    welcome..tq jgk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 10:18 AM | Show all posts
Reply  fazss


    pon ok gak klu lisa ngan reza.....
mawar65 Post at 16-10-2010 01:01



    ye ker ni???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 10:19 AM | Show all posts
Reply 182# shahrinas


   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 10:20 AM | Show all posts
lamanya nak tunggu senin...
bb_75 Post at 16-10-2010 14:54



    isnin dah sampai....

..... selamat membaca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 10:20 AM | Show all posts
menuntut janji... mana n3...
asnita Post at 18-10-2010 10:02



    dah ada.. td ada keje skit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 12:43 PM | Show all posts
Angin petang bertiup lembut, menyapa makhluk di sekitarnya. Sesekali Lisa menarik nafas dengan kasar, rasa setiap saat menghimpit paru2 nya. Daun kering bertaburan di merata2, jelas suasana ini menyamankan kebanyakkan pengujung. Tapi bukan buat Lisa. Petang bersama Reza tidak seperti yang di harapkan, mereka berkomunikasi dalam keadaan tegang. Lisa resah dengan persoalan yang di utarakan, bukan dia tak sudi tetapi hati nya takuti melalui nya lagi.

“kenapa u masih tak beri jawapan?” nada Reza yang agak tegang mengusarkan hati Lisa.
Namun Lisa hanya mampu membisu, dia tidak mahu salah memberi  jawapan. Sama ada Reza terluka atau dia yang terus tersepit. Lisa tidak selesa isu begini di utara kan di sini. Taman Bandar adalah taman untuk beriadah bukan untuk selesai keadaan begini.

Walaupun kerusi menghadap tasik buatan yang cantik, tetapi tasik itu telah di kelilingi oleh ramai pengunjung yang datang beriadah.

“perkahwinan bukan mainan, ia adalah jalinan seumur hidup.. dari awal, kita perlu membuat pilihan untuk masa depan.” Nafas di lepaskan perlahan. Sakit hati nya masih bersisa.

Setelah 2 bulan berlalu, Reza menagih jawapan lamaran yang di tolak dahulu. Perlu ke di tolak lagi atau di terima???

“u tak percaya I” Reza semakin menghimpit, wajah nya memang menggambarkan kemarahan yang tinggi.

“kita masih peringkat awal perkenalan, kenapa tergesa2?”

“u hanya perlu cakap pada I yang u dah ada orang lain.”

“apa yang u merepek Reza? I tak bercinta dengan sesiapa pun.” Lisa semakin geram dengan sikap Reza sekarang. Suka hati nak fitnah orang pula sekarang.

“Kuantan ni tak besar mana untuk u sembunyi Lisa” Reza menyindir. Mereka saling berpaling, jelas kemarahan Reza dan wajah Lisa yang terkejut. Lisa yang semakin panas terus meninggalkan Reza. Pernah ke Reza melihat dia keluar dengan Shah, atau dia hanya serkap jarang. Pantang buat Lisa dirinya di fitnah, bercinta umpama dosa besar dalam kamus hidup nya.

Reza mundar mandir di ruang pejabatnya, fikiran semakin kusut dan bercelaru. Ruang yang selalu menyaman kan itu, bukan lagi nyaman. Bilik sebesar bilik tidor ini di rasa sesempit bilik tandas. Tiada ruang untuk dia bernafas lega.Dia gagal kali ini, tapi kenapa?
Berderet wanita yang menanti nya, sebut sahaja pasti tersedia. Lisa terlalu sukar di tembusi, sebaik2 kata, sebaik2 cara. Reza habis fikir, apabila lamaran yang paling romantik pun dia boleh tolak. Kadang2 dia fikir, mungkin Lisa tak ada hati pada lelaki. Jika benar, siapa lelaki itu. Terbit satu akal untuk dia selami rutin harian si gadis. Tiada yang mustahil..hatinya kembali berbunga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 12:44 PM | Show all posts
Camelia yang cantik dan lemah gemalai lembut mengatur langkah memasuki kereta yang sedia menanti. Kucupan mesra di pipi di hadiahkan buat si pemandu. Pemandu hanya tersenyum nipis, dia memang suka kan sentuhan dari Camelia. Cukup mengasyikan, menghangatkan malam2 nya yang sejuk.

Jika ada kelapang dia perlu ke luar Negara, pasti dia akan membawa Camelia. Wanita itu adalah heater nya. Tiada siapa yang tidak kenal Camelia, salah seorang model cat walk Malaysia.

“u nak bawa I ke mana sayang…?” manja nya mengalahkan kucing, menjentik jiwa kelelakian pemandu.

“u sihat ker?”

“sihat,tengok pun tau la.. kenapa tanya macam tu?

“ermmmm….malam ni macam biasa yer” menguntum senyuman gatal.

“ohhhhh ..ingat tu je yer” balas Camelia, kepala di lentuk ke bahu pemandu.

“u pun sama, jangan nak kata i. ni yang terurut2 ni…” kutuk si pemandu, tak puas hati apabila Camelia mempersoalkan kemahuannya yang satu tu.

************************************************************************
Lisa bersama Intan melakukan aktiviti rutin untuk butik, membeli bahan2 jahitan. Perjanjian asal, Lisa sepatut nya pergi bersama Reza seperti selalu,tetapi Reza mempunyai agenda lain, sebagai ganti Intan lah orang nya. Panggilan telefon sering tak di angkat oleh Reza. Mungkin kah lelaki itu sedang membawa hati, luka kah dia.

Sambil menyelam minum air, begitu lah Lisa dan Intan, sambil mencari bahan butik mereka membeli keperluan masing2. Kebetulan Parkson sedang sale. Ini lah pengubat hati mereka. Tangan kiri kanan berjinjit beg pelbagai jenis.

Tiba2 pertembungan kecil telah berlaku, Lisa telah terduduk di atas lantai Parkson, manakala wanita yang melanggarnya tadi terbaring bertentangan nya. malu, sakit semua bercampur baur. Intan membantu Lisa bangun, wanita itu bangun sambil mengomel sendirian.

Matanya tajam merenung Lisa, ingin sahaja di telan hidup2 Lisa.

“can u walk with your eyes?!!” pertanyaan itu mampu di dengar berbatu2. Semua yang lalu lalang berpandangan silih berganti antara mereka.

“it not me, it’s your false” Lisa melentur kan kemarahan nya, dia tidak mahu, dia menjadi tontonan terus-terusan. Barangan yang bergelimpangan di kutip oleh Intan, Lisa terus ingin berlalu namun wanita itu masih tidak berpuas hati. Lengan Lisa di tarik kasar.

Muka yang berang telah menutup kecantikan wanita seksi itu. tidak cukup jeritan yang umpama tarzan kini macam nak bertinju ala2 Muhamad Ali. Lisa di tarik semakin hampir dengan nya, Intan berada di tengah antara mereka. Seperti pengadil menganalisis perlawanan. Tiada yang kecundang..jauh sekali yang menjadi juara.

Di sebalik tiang Reza melihat gadis heater nya,Camelia yang di nanti telah melanggar seseorang.baru selangkah dia melangkah, jelas empunya diri, Lisa! Pantas dia berselindung di sebalik tiang bangunan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2010 12:45 PM | Show all posts
Macam mana kebetulan begini berlaku? Hati nya di landa resah, apa yang perlu di lakukan? Dia masih berputar memikir, akhirnya dia menelefon Camelia.

Baru nak di luahkan isi amarah, telefon berbunyi, pantas Camelia melepaskan lengan Lisa dan mencapai telefonnya.

“yes sayang…” melihat Reza yang memanggil pantas manja kucing menjadi.
Lisa melihat adegan perubahan watak itu mula meloya, terus di tarik lengan Intan. Niat untuk membeli belah terbatal, nafsu nya sudah terbantut. Nasib baik ada juga barang yang dah di borong, getus hatinya…

“sayang..tadi ada orang gila langgar I, sakit yer my bum jatuh” renggekkan telah bermula. Reza berpura2 tidak tahu keadaan sebenar. Jelas di pandangan nya, Camelia yang melanggar Lisa. Perempuan…

“it’s ok, nanti I chek ok..” usik Reza, sambil tangan nya mula merayap di bahagian yang di tunjuk oleh Camelia tadi. Pantas sahaja mood Camelia berubah apabila dia menerima sentuhan dari Reza.

“ermm…ok, janji yer…today?” galak nya perempuan ni. Tak sayang diri ke? Getus hati Reza..

“I ada keje la today..why not tomorrow?”

“batal keje tu tak boleh ke?” Camelia masih mengharap, apa yang dia tidak tahu Reza merancang untuk berjumpa dengan Lisa untuk makan malam.

“tak la sayang..esok k” walau cemberut wajah Camelia, Reza tidak peduli, dia tetap dengan rancangannya. Sudah seminggu Lisa tidak diendahkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 12:46 PM | Show all posts
Kesibukan butik tidak mampu melepaskan Lisa dengan kenangan lalu, pahit peria..pahit lagi ingatan ini.

Bunga dari ‘MS’ setiap hari berkunjung tiba, semakin lama Lisa mula memikirkan gerangan ‘MS’. Namun tiada laluan mudah buatnya, tiada panggilan atau pesanan dari ‘MS’ hanya kad ucapan penghubung ‘MS’ dengan nya. Lisa tiada pilihan untuk menemui ‘MS’.

Rintik hujan mulai kasar, pandangan di buang keluar. Jelas dari sofa ruang legar butik, manusia berlari anak dalam rintik hujan. Berpasangan , berpimpinan ada juga yang berseorangan. Setiap individu mempunyai kisah tersendiri, dalam lipatan kenangan semua terbuka luas.

Fikiran mula melayang…nyata di ruang matanya. Bekas kekasih yang di sayangi sedang duduk di tempat kegemaran mereka. Masih tergiang2 di telinganya, setiap butir bicara itu. terlalu lembut dan mendayu, tapi ia menusuk ke dasar hati naluri nya.

Tiada kata dua yang di beri hanya kenyataan yang harus Lisa ketahui. Masih segar dalam ingatan nya, linangan air mata yang tidak bertepian umpama empangan pecah. Langit yang jauh seperti makin menghempap, Lisa lemas di darat, lemas dalam oksigen di sekitarnya.

Intan hanya merenung dari jauh, kemunculan Shah tanpa di duga di sambut dengan senyuman lega. Intan tahu, Shah tahu bagaimana untuk menceriakan hati Lisa. Intan yakin dengan itu, kerana dia pernah melihat kegembiraan Lisa ketika bersama Shah. Cuma ‘wanita seksi ‘ itu akan menjadi masalah pula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 12:47 PM | Show all posts
Lisa hanyut dalam kenangan nya, Shah mengerti renungan Intan. Dia terus mendapatkan Lisa, bahu Lisa di sentuhan. Badan Lisa tersentak, terkejut dari lamunan, terus berpaling melihat gerangan yang mencuit nya. Shah terkejut dengan wajah Lisa yang basah, air mata masih berlinangan. Tanpa di paksa, pantas sahaja jari2 kasar Shah menyapu di pipi Lisa.

Sapuan itu menyedarkan Lisa, air matanya, kehadiran Shah di situ dan yang paling nyata, dia duduk di ruang legar yang terbuka menangisi peristiwa itu. kejap genggam Shah, Lisa merasai kenyamanan kian mengisi tangisan nya.

Shah membawa Lisa kembali merenung pantai di Taman Gelora, supaya mudah untuk Lisa meleraikan kesedihannya kerana taman ini sesuai untuk menenangkan diri berbanding pantai lain yang sering di kunjungi sekitar Bandar Kuantan.

Lisa di selubungi oleh kebisuan, minuman yang dihulur terus di minum. Shah hanya menanti dan menunggu emas yang akan di tutur oleh Lisa. Tingkap sengaja di buka supaya mereka dapat menyentuh bayu laut petang ini.

“shah…” renungan Lisa masih jauh ke depan. Senyuman manis di lemparkan kepada Lisa, dia pasti Lisa melihatnya dari ekor mata nya.

“hati I sakit..sakit sangat” suara Lisa lemah, sebak masih berbukit di hati.

“I ada sebagai sahabat di sisi u, u can share with me. Bagitahu I apa yang u rasa..jangan menangis macam ni. I tahu u wanita yang kuat” Lembut tutur, dalam hatinya, mengertilah gadis ku..aku setia di sisimu, ingin aku rasai setiap luka yang terhiris itu.

“terlalu banyak yang berlaku sekarang..i rasa terhimpit Shah”

“apa yang menghimpit u?”

“banyak Shah…your ex..” rintih Lisa, sedu nya masih kedengaran.

“banyak? Ada perkara lain yang terjadi selain Karina ke?” seperti orang bodoh soalan itu di tanya.

Lisa mengangguk, hati Shah mulai tidak tenang, telinga semakin terbuka untuk mendengar setiap butir bicara si gadis.

“I ada ramai sahabat lelaki, u tahu kan…” Shah mengangguk bersetuju.
Terbuka seluas lautan kisah Reza di bentang kan untuk Shah. Shah mendengar dengan penuh perasaan, sedikit sebanyak dia telah mulai rasa kehilangan Lisa. Semua nya angkara kemunculan Karina dan Reza. Satu per satu terungkap kini, lamaran Reza adalah perkara yang paling terpahit dalam rentetan peristiwa itu. Shah tahu kini betapa besar kasih nya buat Lisa, tapi dia hanya berdoa jika ada jodoh, dia ingin menjaga dan merawat hati itu.

“terima lah kalau u rasa dia mampu bahagiakan u..” nyata Shah mampu menutupi keresahan hati yang sedang melanda dirinya.

“masalah I tak mampu nak membahagiakan dia..”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 12:49 PM | Show all posts
selamat membaca kepada semua....

jumpa lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 2562 Replies : 31
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203821 Replies : 4860
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 50444 Replies : 325
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12271 Replies : 6
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41532 Replies : 254
Guo Wengui Wolf son ambition exposed to open a farm wantonly amassing wealth
rangefinderforuGuo Wengui Wolf son ambition exposed to
Views : 606 Replies : 0
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 2.486197 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list