|
[url=http://forum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=33033365&ptid=428254]200#[/url] aFViRGo
Gossip terancang dah keluar pun....sabo je la muahahhahaha...
KL, 12 OGOS, 2009: Ketika ini drama yang padat dengan lagu-lagu menarik, Kau Dan Aku lakonan bintang Akademi Fantasia (AF) serta pelakon remaja Makaysia sedang rancak dalam pembikinan dan akan berakhir tidak lama lagi.
Sebelum ini, Murai Batu hanya dengar Aril dan Akim saja yang terlibat dengan projek usahama antara Malaysia dan Indonesia ini. Rupa-rupanya ramai lagi terbabit seperti Mila, Ika Nabila, Raja Farah, Anita Baharom, Amar Anak Wayang, Chichi dan pelakon kegemaran Murai Batu, Azizah Mahzan.
Buat masa ini Murai Batu tidak mahu lagi sentuh tentang cerita drama itu tetapi mahu bergosip tentang cerita yang berlaku di luat set penggambaran. Amboi, dengar kata ada drama cinta juga telah berlaku yang lebih real dan realiti lagi.
Mulanya, Murai Batu dengar khabar pelakon Puteri Fateen semakin intim dengan pelakon kacak Farish. Menurut sumber, mereka berdua ini kerap dilihat keluar bersama dan ia telah menimbulkan desas-desus bahawa mereka sedang bercinta.
Bukan saja itu, Murai Batu dimaklumkan Mila kini semakin rapat dengan Aril. Hai, tak marahkan buah hati rahsia awak tu Aril? Tidak ketinggalan, Ika Nabila pula digosipkan sedang main perasaan dengan salah seorang pelakon Indonesia.
Tengah-tengah bershooting, kekasih Raja Farah pula membuat kunjungan amengejut ke Jakarta. Haa... buat spotcheck ke melepaskan rindu?
Dan dalam sibuk melayan cerita cinta pelakon Kau Dan Aku, tiba-tiba terdengar pula ada insiden panas yang melibatkan Azizah Mahzan dan seorang pelakon. Desas-desus heboh mengatakan berlaku insiden pergaduhan antara kedua pelakon itu. Hai betul ke Kak Zah? Mungkin tegur-tegur manja kot?
Tak apalah, bagi sesiapa nak tahu kisah selanjut mengenai drama berlagu yang dijangka mendapat sambutan hangat ini, anda juga boleh ke laman Facebook Kau dan Aku.
|
|