CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hantukiller

Alam Jin bersama Hantukiller

   Close [Copy link]
Post time 7-5-2010 12:04 PM | Show all posts
serius ke gurau? boleh gak buat lawak huuhuu...nape takut aku takut ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2010 12:08 PM | Show all posts
serius ke gurau? boleh gak buat lawak huuhuu...nape takut aku takut ke?
pinktriangle Post at 7-5-2010 12:04

Aku takut ko takut, betul lah tu.... tapi ko ok kan? peduli lah hantu apapun....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 12:14 PM | Show all posts
Reply 228# hantukiller

ok je insyaAllah...hari2 aku duk sorang laki aku balik keja sampai mlm.jiran2 pun xde.kadang2 mlm kuar lagi keja balik kul 1,2 pagi.out station pun dah berapa kali aku duk sorang2 seminggu.terpaksalah nak bt camne laki bz giloss anak lak xde lagi..duklah hamba sorang2..tapi ada hikmah gak bikin aku makin berani...syukur.tpi jadi penakut kalo duk kat hotel/resort
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 12:14 PM | Show all posts
Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t dengan satu tujuan yang besar dan diberi kemampuan yang besar oleh Allah s.w.t. Kalau manusia ini terpesong daripada ibadat, daripada dakwah, digunakan untuk benda-benda, maka nilai benda-benda akan meningkat. Sebaliknya kedudukan manusia akan hilang.
Sekarang ini manusia telah terpesong dari usaha nabi-nabi. Mereka telah usaha atas benda-benda sehingga mereka telah yakin terhadap benda-benda. Sekarang ini, usaha atas Islam sendiri tidak ada, telah hilang.
Manusia telah diberi satu kerja dan kerja itu telah diengkar oleh manusia sendiri. Bila manusia digunakan bukan untuk usaha atas manusia, maka yakin manusia telah rosak. Apabila usaha manusia rosak, maka yakin juga akan rosak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 12:15 PM | Show all posts
Usaha dilakukan oleh manusia dan manusia yakin bahawa dia akan berjaya dengan usahanya. Dia telah tetapkan usaha tertentu. Usaha sebenarnya untuk manusia telah diberitahu oleh Allah s.w.t. Allah kata, “Kamu adalah sebaik-baik umat”.
Umat ini bukan untuk jadi kerajaan, bukan untuk jadi pegawai, umat ini bukan untuk perniagaan. Umat ini diketahui tujuan maksud oleh penjadinya sendiri. Dialah yang tahu apa yang diciptakan. Apabila manusia ini terpesong daripada jalan nabi-nabi, buat usaha atas benda-benda, maka bermulalah kerosakan aqidahnya.
Mula masuk cinta dunia kepadanya dan mula hilang ibadat daripadanya. Kerugiannya, kebinasaannya, lahir daripada perkara ini iaitu bila dia tukar usahanya. Oleh kerana itu, perkara pertama, tanpa perkara ini, manusia tidak akan betul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2010 12:21 PM | Show all posts
Reply  hantukiller

ok je insyaAllah...hari2 aku duk sorang laki aku balik keja sampai mlm.jiran2 ...
pinktriangle Post at 7-5-2010 12:14

Hehe, sian juga tak berjiran tu... baru kawen ke,anak lum ada?  aku anak dah 5
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2010 12:24 PM | Show all posts
Hehe, sian juga tak berjiran tu... baru kawen ke,anak lum ada?  aku anak dah 5
hantukiller Post at 7-5-2010 12:21

Sekarang ini, peniaga dengan perniagaannya, petani dengan pertaniannya, pemerintah dengan pemerintahannya, apa sahaja usaha yang sedang mereka lakukan dan mereka telah yakin dengan usaha-usaha mereka sehingga begitu sekali mereka yakin kepada usaha mereka, mereka tidak yakin dengan usaha orang lain.
Semua kerja tersebut bukan kerja umat ini. Kerja umat ini adalah untuk seru manusia kepada Allah s.w.t, ajak manusia kepada perintah Allah s.w.t, menghalang umat daripada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. Inilah kerja umat ini. Dengan kerja inilah insaniah, kemanusiaan, sifat-sifat kemanusiaan akan kekal dalam ummah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 12:29 PM | Show all posts
Reply 232# hantukiller

jiran ada sebenarnya tpi cam xde je...ada sorang tpi hari2 baliknya tgh mlm sefamily.lgi sorang bru pindah tapi selalu xde umh n xkuar2 umh.sunyii je.sbb aku duk apartmnt.emmm kawin dah lama masuk 4 tahun lah tahun ni.tgk anak ko pun dah 5..bestnyaa yalah rezki masing2..tu yg lagi sunyi n sepi gituu bila dah selalu kena tinggal ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2010 12:42 PM | Show all posts
Reply  hantukiller

jiran ada sebenarnya tpi cam xde je...ada sorang tpi hari2 baliknya tgh  ...
pinktriangle Post at 7-5-2010 12:29

Selalunya kalau lambat dikurniakan anak ada beberapa sebab, pertama sebab faktor jasad kita sendiri spt kesuburan dll.. yg ni kene jumpa doktor

Yg kedua akibat gangguan jin(terutama saka)  yg kerjanya memusnahkan benih manusia

Yg ketiga disebabkan penyakit : Aku nak ulas yg ini

Penyakit wanita seperti keputihan akibat senggugut adalah disebabkan kitaran haid yg tak lancar, iaitu darah yg sepatutnya keluar semua, tapi ada yg tertinggal sedikit. Darah tersebut darah yg kotor dan beracun dan menjadi punca utama sesaorang sukar mendapat zuriat.

Ada kaedah yg berkesan tetapi mudah untuk diperaktikkan kepada yg menghadapi masaalah keputihan in, antaranya banyakkan memakan pucuk muda (ulaman)... yg termudah ialah meminum air kelapa muda yg benar benar muda(tak ke kat kedai) kena cari sendiri dipokok. Kelapa itu hendaklah yg belun ada isi langsung (ingusnya pun lum ada) bahasa kasar..hehe baru tempurung aje..

Kene amalkan beberapa kali... gunanya untuk membersihkan darah kotor yg tertinggal dan mengubat keputihan.. dipersilakan mencoba bagi yg menghadapi masaalah tsb
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 12:47 PM | Show all posts
terima kasih hantu for d very good info...jasamu ku kenang..
oklah selamat menunaikan solat jumaat ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 01:43 PM | Show all posts
Selalunya kalau lambat dikurniakan anak ada beberapa sebab, pertama sebab faktor jasad kita sendir ...
hantukiller Post at 7-5-2010 12:42


nak cuba jugak pasal kelapa muda tu...
tp aku b4 kawen senggugut teruk...
nikah jek terus peknen... senggugut pon ilang...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 03:11 PM | Show all posts
Reply 237# nagaijau

itulah kelapa tu nak try tapi susah pulak nak carik mcm tu kat bandar nih huhu...sy pulak xde senggugut.tapi xpelah usaha yg penting.. xrugi pun kalo buat kan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 03:24 PM | Show all posts
tertinggal lagi satu.... bahasa JIN..... JIN mempunyai gaya bahasa dan juga bangsa mereka yang tersendiri.... ada bahasa cina, india, russia, english, melayu klasik, melayu pasar, jawa, bugis dan lain2..... dan ada diantara JIN yang bertaraf rendah tidak mempunyai bahasa pon.... hanya mengerang, mengaum atau mengeluarkan sesuatu bunyi khas sama ada marah menangis dan juga mendengus....

JIN juga terdapat dalam pelbagai agama termasuk Islam, yahudi dan Nasrani.... selain tuhh yang tidak menganut2 apa2 agama pon ada....

peradaban mereka sesetengahnya sangatlah maju dan terkehadapan dari kemajuan manusia dan sesetengahnya juga masih mengamalkan sistem kampung atau istana macam bunian tuhh laa....

yang lain2... dah ada kannn...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 03:26 PM | Show all posts
dalam hadith beritahu, “Manusia itu sendiri seumpama lombong-lombong”. Bila dia usaha atas satu perkara, perkara itu akan terbuka di depannya. Nabi tidak kata, bukit-bukit itu lombong, lombong biasanya tempat orang buat usaha.
Nabi kata manusia itu sendiri lombong. Manusia ada sifat-sifat yang mana sifat-sifat yang hebat itu akan terserlah, akan zahir apabila diusahakan atas mereka. Ketakutan atas senjata bila usaha atas senjata dibuat. Bumi akan keluarkan bijirin, bila manusia buat usaha atas bumi.

Amal manusia itu sendiri lebih kuat daripada segala sesuatu yang ada diantara langit dan bumi. Amal yang keluar daripada badan manusia. Tetapi sekarang ini kekuatan manusia digunakan di tempat yang lain, salah tempat, maka zahir kekuatan daripada benda-benda. Sedangkan benda-benda ini telah ditundukkan untuk khidmat pada manusia.
Benda-benda yang sepatutnya tunduk pada manusia telah menguasai manusia.
Sekarang ini, benda-benda ini tidak lagi jadi benda yang bagi kesenangan pada manusia, sebaliknya ia menjadi benda yang merosakkan manusia kerana manusia telah lupa usaha yang sebenarnya. Nabi kata, “Manusia ini adalah seumpama lombong emas dan perak”. Apabila diusahakan ke atasnya maka akan zahir amal daripada mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 03:45 PM | Show all posts
thx..dpt gak ilmu pasal jin..so UFO tu jin punye la ek?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 03:55 PM | Show all posts
Reply  nagaijau

itulah kelapa tu nak try tapi susah pulak nak carik mcm tu kat bandar nih huhu.. ...
pinktriangle Post at 7-5-2010 15:11


pink... mintak la hantukiller tgk2kan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2010 03:55 PM | Show all posts
best la blog ko tt..tp yg xbestnye..aku dh mula takut-takut duk bilik aku sowang2
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 04:00 PM | Show all posts
Maulana Yusuf rah. kata, “Sesiapa yang menambahkan sifat-sifat Islam dalam diri dia, maka dialah yang akan jadi sumber hidayat untuk umat”. Kita hendak usahakan sifat-sifat nabuwah dalam diri kita.
Sifat-sifat ini akan datang berkadar dengan iman. Iman akan datang berkadar dengan usaha. Bukan dengan perniagaan, bukan dengan pertanian, bukan dengan kerja-kerja pejabat. Iman tidak akan datang dengan perkar-perkara ini. Iman akan datang dengan kerja dakwah.
Semua nabi-nabi datang dengan kerja dakwah kerana keistimewaan dakwah itu sendiri untuk membina iman. Dakwah bukan hanya untuk memperkenalkan Islam atau untuk memperkenalkan amal Islam tetapi keistimewaan dakwah adalah untuk membina yakin. Semua orang perlu pada dakwah supaya dia dapat bina iman dan yakin.
Orang yang paling baik pun tidak terlepas daripada keperluan dakwah. Siapa yang buat kerja dakwah, dia akan buat untuk dia diterima.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 04:24 PM | Show all posts
peratusan jin yg mati merempit kurang aku sokong100%
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 04:29 PM | Show all posts
Sebab dia baca bukan ikhlas kerana Allah tapi baca agar diberi perlindungan Allah! tu yg aura bacaan bukan berwarna putih...yg memanggil jin kononnya untuk melindungi mamat ni huhu


Tuan rumah, hantu killer, saya sangat tak faham dengan tulisan yang ni.habis kita nak melindungi dr jin macam mana?bukankah ada ayat zikir dan alquran yg dibaca agar dijauhi dr jin mcm surah an-naas?ayatul kursi?kenapa sedara tak bagitahu ayat apa yg ahli tabligh tu baca?saya rasa ayat kursi kan?kalau baca ayat ni pun jin datang, jadi macammana nk elak perkara ni dr berlaku?mohon penjelasan.sbb mmgla kita baca tu mahu mohon dr allah, minta pertolongan darinya.iapun ikhlas.allah sendiri ajar cara kita meminta perlindungan dgn namanya seperti berta'awuz menyebut aku berlindung dgn nama allah dr syaitan yg direjam.adakah bacaan ni dikira tidak ikhlas dah berniat semata mahu minta perlindungan?

mohon penjelasan sbb saya rasa sgt keterlaluan uutk kata org yg baca ayat meminta perlindungan tu dikira tak ikhlas.sbb kita minta dgn Allah, bukannya dgn mereka (jin)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196656 Replies : 4557
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7079 Replies : 50
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30146 Replies : 220
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.072890 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list