CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ip_lepat

◄► KUIZ FLORIA / UCAPAN ◄►

   Close [Copy link]
Post time 7-9-2017 03:27 PM | Show all posts
bianglala replied at 5-9-2017 07:29 AM
ASSALAMUALAIKUM - SELAMAT PAGI.

KUIZ 29/2017

KUIZ 29/2017

1- Pegaga


bersifat sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.


2- Ulam Raja

mampu merawat diabetes mellitus type 2 berdasarkan kajian yang dibuatoleh penyelidik dari UPM. Selain itu, ulam raja juga mampu menambahkan kandungan oksigen dalam darah, sekaligus melancarkan peredaran darah dan memberi keanjalan kepada kulit.


3- Daun ceylon/selom

Dalam perubatan Cina, daun selom boleh mengubati demam kuning (jaundice), demam panas, melawas kencing, merawat sembelit dan membantu dalam meningkatkan selera makan. Kebiasaannya, daun selom dihidangkan dalam jus atau direndam dalam air panas dan diperah untuk mendapatkan jusnya. Ia kemudian dihidang panas-panas untuk diminum.
Daun selom atau Western celery juga sesuai untuk orang yang selalu stress. Orang stress ni biasanya sukar tidur (insomnia) dan selalu sakit-sakit kepala, berpunca daripada masalah organ dalaman iaitu hati. Mereka yang ada simptom ini digalakkan untuk amalkan makan celery dengan kerap ataupun amalkan minum secawan jus celery yang dicampur dengan susu. Ia dapat membantu menenangkan sistem saraf sekaligus memudahkan proses untuk korang tidur.
4- Pucuk Gajus
Khasiat pucuk gajus dipercayai boleh mengelakkan terkena penyakit kanser, membantu penghadaman dan sesuai untuk mereka yang menghidap darah tinggi
5- Kacang Botol
Khasiatnya termasuklah melambatkan penuaan, memastikan kandungan dalam keadaan sihat, membantu masalah penglihatan dan membantu dalam mengurangkan berat badan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2017 09:28 AM | Show all posts
Salam Jumaat Warga HT

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 10:14 PM | Show all posts
Salam Jumaat HT

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 10:35 PM | Show all posts
salam jumaat warga HT

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 08:10 AM | Show all posts
Edited by bianglala at 12-9-2017 09:53 AM

ASSALAMUALAIKUM

Kuiz 30/2017 Hari Malaysia

Tempoh  menjawab :
12 September (Selasa) - 16 September 2017 (Sabtu)



Soalan :

Sempena Hari Malaysia pada 16 September,
berikan LIMA GAMBAR yang begitu sinonim
dan mencerminkan identiti negara kita, MALAYSIA.


Anda juga boleh membuat ucapan Selamat Hari Malaysia
(di post yang berasingan).

TERIMA KASIH.


SELAMAT MENJAWAB.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:18 PM | Show all posts
LIMA GAMBAR yang begitu sinonim
dan mencerminkan identiti negara kita, MALAYSIA.

1). Rakyat berbilang kaum



2). Makanan



3).  Pelbagai Agama



4).  Perayaan



5). Pelbagai budaya



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2017 09:46 PM | Show all posts
bianglala replied at 12-9-2017 08:10 AM
ASSALAMUALAIKUM

Kuiz 30/2017 Hari Malaysia

wa'alaikumsalam

1. Menara Berkembar Petronas


2. Makanan


3. Kereta buatan tempatan


4. Perdana Menteri Malaysia


5. Keramahan rakyat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 09:47 PM | Show all posts
Selamat Hari Malaysia
diucapkan kepada semua rakyat Malaysia
dan selamat bercuti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2017 10:51 AM | Show all posts
Kuiz 30/2017 : Hari Malaysia

1. Bendera Malaysia



2. Bunga Raya Bunga Kebangsaan



3. Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj - Bapa kemerdekaan



4. Logo dan Tema Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-60 (2017)



5. Sea games 2017 - Kita berjaya anjurkan dengan aman walaupun banyak kecaman luar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 10:53 AM | Show all posts
Selamat Menyambut Hari Malaysia Semua!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 01:18 PM | Show all posts
Edited by anniez08 at 14-9-2017 01:38 PM

Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada warga Malaysia di CARI forum..


Penubuhan Malaysia 16 September 1963


Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi.


Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.


Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen.


Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia.


Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi.


Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.


Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.


Sepanjang Februari-hingga April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan.


Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong kepada penubuhan Malaysia. Sokongan rakyat ini jelas dibuktikan melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangas Bersatu. Selain itu, laporan itu juga memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang diterimanya.


Pada 21 Jun 1962 laporan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan bersetuju menerima hampir semua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya tersebut. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu juga menerima laporan Suruhanjaya Cobbold.


Beliau telah membentuk sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang telah dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom).


Kata sepakat telah dicapai oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut telah berlangsung selama 2 minggu. Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London.


Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah di peroleh untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963. Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.


Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.


credit to: www. arkib.gov.my




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 05:04 PM | Show all posts
bianglala replied at 12-9-2017 08:10 AM
ASSALAMUALAIKUM

Kuiz 30/2017 Hari Malaysia

Kuiz 30/2017 Hari Malaysia

1- Menara berkembar Petronas, pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia



2- Kepelbagaian Kaum



3- Berkongsi pelbagai menu dari berbilang kaum



4- Peristiwa keramat Pengisytiharaan kemerdekaan Tanah Melayu 1957



5- Slogan Malaysia Boleh, sememangnya satu frasa membakar semangat "Anak Malaysia"

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 05:09 PM | Show all posts

Selamat Hari Malaysia untuk anak MALAYSIA. Pada tarikh ini kita menjadi 1 negara..di Borneo atau di tanah besar, kita adalah 1 bangsa, bangsa Malaysia...

.

Pupuk dan sayang lah negara kita, tingkatkan jati diri, semangat cintakan negara...biar berbeza agama, bangsa, mahupun politik..jangan sesekali kita merendah-rendahkan negara kita...

.


"Sekali Merdeka, selamanya Merdeka"




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 10:05 PM | Show all posts
1. MAS - Malaysia Airlines



2. Nasi Lemak



3. Dataran Merdeka



4. Rakyat berbilang bangsa



5. Minyak Petronas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 10:12 PM | Show all posts
Selamat Menyambut Hari Malaysia


buat semua rakyat Malaysia



Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.


Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman membacakan Pemasyhuran Malaysia di Stadium Merdeka pada pagi 16 September 1963. Berikut ialah teks pemasyhuran yang dibaca beliau:


Pemasyhuran Malaysia
Dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dan selawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad dan bagi sekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya.
Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapuramaka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor,Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan NegeriMelaka dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan “Malaysia”.
Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam Perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah Negeri itu;
Dan bahawasanya oleh kerana telah dimasyhurkan suatu Perlembagaan bagi Malaysia yang akan menjadi kanun yang muktmmad didalamnya;
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah diadakan syarat bagi menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan-keutamaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan bagi mengekalkan keamanan dan kemesraan di dalam Malaysia sebagai Kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen;
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah disahkan oleh suatu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan Parlimen United Kingdom maka telah berjalanlah kuatkuasa Perlembagaan itu pada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga;
Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua Negara Sabah dan Yang Terutama Gabenor Negeri Sarawak dengan ini mengistihar dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga bersamaan dengan Dua Puluh Lapan hari bulan Rabiul Akhir tahun Hijrah Seribu Tiga Ratus Lapan Puluh Tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul–Alamin akan kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 08:59 AM | Show all posts
salam jumaat warga HT


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam jumaat warga floria

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 09:34 PM | Show all posts
Salam Jumaat HT

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Lima perkara mencerminkan negara malaysia..

1) Bendera malaysia..


2)Lagu Negaraku


3)Tugu negara


4)Buah buahan tempatan


5)Keramahan dan sikap tolenrasi berbagai kaum


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
SELAMAT HARI MALAYSIA SEMUA..


Asal-Usul Nama MALAYSIA, dan Apa Maknanya?

Kita semua tahu bahawa MALAYSIA ialah nama negara kita setelah berlaku percantuman antara 11 negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Sebelum penubuhan Malaysia, kita di Semenanjung Tanah Melayu memanggil negara kita Persekutuan Tanah Melayu. Semasa negara kita merdeka dari British pada tahun  1957, nama negara kita pada masa itu ialah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh penjajah British, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan UMNO(United Malays National Organisation). Sebelum itu, negeri-negeri yang tergabung di dalam Persekutuan Tanah Melayu di panggil negeri-negeri TANAH MELAYU sahaja. Di dalam bahasa Inggeris, negeri-negeri Tanah Melayu dipanggil ‘Malay States’, sementara Persekutuan Tanah Melayu di panggil ‘Federation of Malaya’, atau ‘Malaya’ sahaja.

Persoalannya, bagaimana timbul nama MALAYSIA, iaitu gabungan nama-nama MALAYS dan ‘IA’. Dan kenapa pemimpin-pemimpin kita terdahulu menamakan nama negara kita MALASIA. Apakah dengan pertukaran nama dari Persekutuan Tanah Melayu kepada MALAYSIA, terhapuslah kata asal MELAYU sebagaimana dalam nama Persekutuan Tanah Melayu?

Kalau kita kaji nama-nama negara-negara di dunia, terdapat nama-nama utama negara dunia, iaitu yang berakhir dengan  ‘land’ , ‘tan’ dan ‘ia’. Semuanya membawa maksud yang hampir sama, bermaksud ‘tanah’. ‘Land’ ialah dari bahasa Inggeris/Eropah, ‘tan’ dari bahasa Farsi, dan ‘ia’ dari bahasa Latin.

Antara nama-nama berakhir dengan ‘land’ ialah England(Tanah bangsa Angels), Iceland(tanah air batu atau ‘ice’), Scotland(tanah bangsa Scots), Swaziland(tanah bangsa Swazis), Finland(tanah bangsa Finns) dan sebagainya. Tidak lupa juga nama Thailand(tanah bangsa Thai).

Antara nama-nama negara berakhir dengan ‘tan’ ialah Pakistan(tanah suci), Tajikistan(tanah bangsa Tajik), Afghanistan(tanah bangsa Afghan) dan Kirgyztan(tanah bangsa Kysgyz). Lain-lain nama termasuk Baluchistan, Kazakhstan, Turkemanistan.

Hampir separuh nama-nama negara dunia berakhir dengan perkataan ‘ia’. Antaranya termasuk Russia(tanah bangsa Ross), Somalia(tanah bangsa Somali), Algeria(tanah bangsa Algiers), Bolivia(tanah bangsa Bolivars), India(tanah sungai Indus), Columbia(tanah Columbus), Mongolia(tanah bangsa Mongols), Ethiopia(tanah bangsa kulit hitam) dan sebagainya.

Dari paparan di atas, jelaslah nama MALAYSIA adalah versi ‘latinised’ berpangkalkan perkataan MALAYS, ungkapan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan MELAYU. Jadi MALAYS-IA bermakna LAND OF THE MALAYS, atau lebih tepat, TANAH BANGSA MELAYU.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 2.554133 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list