Namanya Mohamad Kamil Paimin, anggota Polis dari Terengganu yang ditugaskan di KL semasa BERSIH 3.0. Dia adalah yang bertanggungjawab dalam insiden 'kemalangan' di hadapan SOGO hingga meragut nyawa rakyat.
Merujuk pada satu temuramah khas pemandu kereta polis di SOGO yang telah melanggar lebih lima orang peserta BERSIH tempoh hari:
Anggota berkenaan, Mohamad Kamil Paimin berkata beliau "keliru" setelah kehilangan banyak darah akibat dipukul di bahagian kepala dengan objek keras. Ditemui pemberita di katil wad di Hospital Kuala Lumpur hari ini, Mohamad Kamil (kiri) berkata beliau kemudiannya tidak sedarkan diri dalam kejadian tersebut hanya sedar semula ketika selepas menerima rawatan.
Dengan kata lain, mengikut kenyataan Mohammad Kamil Paimin itu:
1. Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri sewaktu merempuh
2. Kepala nya tercedera sehingga berdarah
3. Beliau telah berdarah begitu banyak sehingga tidak sedarkan diri
Mari kita nilai kenyataan Mohammad Kamil Paiman ini:
1. Gambar di bawah menunjukkan Mohd Kamil dalam keadaan sedar dan boleh keluar sendiri dari kereta tanpa perlu diangkat oleh orang ramai. Kiranya benar dia tidak sedarkan diri, sudah tentu dia perlu diangkat keluar dari kereta:
2. Kalau benar kepala beliau berdarah, sudah tentu baju dan tengkuk Mohammad Kamil dipenuhi darah. Tapi, gambar di bawah menunjukkan yang sebaliknya:
3. Gambar di bawah menunjukkan bahagian belakang kepala Muhammad Kamil. Jelas, tiada kesan darah atau luka seperti yang didakwa oleh beliau:
Dengan kata lain, segala dakwaan Mohd Kamil Paiman sehari selepas kejadian itu tidak dapat disokong dari video kejadian yang dapat ditonton oleh semua rakyat Malaysia. Dari video tersebut, Mohammad Kamil didapati dalam keadaan sedar, tidak cedera dan tidak berdarah. Mohammad Kamil Paiman telah diberi skrip untuk diungkapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Skrip yang mengandungi 1001 pembohongan dan penipuan. Syukurlah ini zaman Youtube dan Facebook. Segala pembohongan terdedah dengan mudah.
KERETA TERSEBUT TELAH DIPANDU DENGAN CARA BAHAYA
Mengikut seorang saksi yang berada di tempat kejadian, kereta polis tersebut dipukul dan ditendang kerana telah dibawa laju dalam keadaan jalan di depan SOGO itu dipenuhi manusia. Sebelum itu, banyak kereta polis lain yang melalui kawasan SOGO itu namun tidak dikacau oleh para peserta BERSIH. Dengan kata lain, kalau kereta tersebut dipandu oleh Anwar Ibrahim sendiri pun pasti akan ditendang dan disepak sebegitu rupa. Isunya bukan kereta polis tetapi kereta yang dipandu dengan cara bahaya dalam kawasan yang dipenuhi manusia. Tujuan mereka mahu pemandu kereta tersebut memperlahankan kereta beliau dan berhenti membahayakan para pejalan kaki. Soalnya yang paling penting adalah mengapa sanggup berbohong sebegini rupa? Apa yang hendak disorok oleh pihak berwajib ini?
Korang tengok sendiri la rakaman yang bersepah kat Youtube tu.
Sape yang melihat depan bijik mata dia, korang nilai sendiri!
|