CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Merged] Norman masih lagi BERHUTANG hantaran kawen dengan Abby

  [Copy link]
 Author| Post time 16-9-2010 07:34 AM | Show all posts
'Saya tak hutang Abby'
Oleh Amir Abd Hamid

2010/09/16

KUALA LUMPUR: “Tidak timbul langsung soal hutang wang hantaran kerana saya dan Abby sudah berbincang dan bersetuju bersama membelanjakan wang terbabit untuk majlis perkahwinan,” kata aktor Norman Hakim, 34, mengenai dakwaan bekas isterinya yang juga pelakon, Abby Abadi, 32, yang disiarkan Harian Metro semalam bertajuk ‘Norman hutang hantaran RM11,111.11’.

Menurut Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nor Hakim Zaidon, wang berkenaan dipersetujui bersama untuk kos majlis persandingan pada 31 Ogos 2002 di Perdana Grand Ballroom, Dewan Felda, Jalan Semarak, di sini, selepas mereka selamat bernikah pada 8 Januari tahun yang sama.


“Kami (merujuk kepada dia dan Abby) sudah belanjakan wang itu atas persetujuan bersama untuk membuat majlis perkahwinan besar. Apabila terjadi perselisihan faham tiba-tiba dah jadi hutang. Kami saja yang tahu masa mula-mula nak kahwin dulu.


“Apapun saya sebenarnya tidak mahu mengeruhkan lagi hubungan kami dengan mengeluarkan macam-macam kenyataan. Cuma saya sedih sebab isu ini timbul ketika saya masih belum masuk kerja kerana dalam mood raya dan bertunang,” katanya.


Ditanya adakah dia akan melayani tuntutan hutang hantaran didakwa bekas isterinya itu, Norman yang kesal, kecewa dan sedih dengan dakwaan berkenaan menyatakan dia tidak berhutang apa-apa pun dengan Abby.


“Keperluan ada dua iaitu material dan kasih sayang. Janganlah segala kasih sayang tak nampak langsung hingga saya seolah-olah kejam, tak pernah memberi sumbangan dan tak berfungsi kepada keluarga.


“Selama ini apa jua kenyataan (Abby), saya cuma tunggu dan lihat sebab nak jaga hubungan baik dengan bekas isteri. Bagaimanapun jika terus tunggu dan lihat, orang akan memperkatakan ia betul walaupun hakikatnya jelas bias (berat sebelah).


“Anak-anak telefon saya tanya saya ok ke? Bagaimana dengan maruah dan hati keluarga dan saudara mara apabila keluar dakwaan sebegini,” katanya.


Norman berkata, selama ini dia mengandaikan Abby takkan terlalu berkira dengannya kerana dia juga bersikap sama terhadap bekas isterinya itu.


Tiba-tiba, katanya, dia langsung tidak menyangka dan sungguh terkejut apabila membaca laporan semalam apabila Abby meminta dia menjelaskan hutang hantaran kahwin RM11,111.11 yang realitinya sudah dibelanjakan bersama.


Seperkara lagi dikesalkan Norman ialah apabila Abby mengungkit jumlah sen perbelanjaan untuk tiga cahaya mata mereka iaitu Mohamed Danish Hakim, 7, Marissa Dania Hakim, 5 dan Maria Danisha Hakim, 2. “Takkanlah saya nak beritahu secara tepat segala jumlah nafkah anak dalam media. Janganlah jadikan anak-anak umpama perisai dijaja aib merata tempat.

“Benar, perbelanjaan anak ada orang serah duit bulat-bulat kepada isteri. Tetapi saya beri ikut tahap kemampuan dan saya rekodkan supaya ia mencukupi untuk keperluan. Dalam hal ini perlulah lebih fleksibel serta bersama tunai tanggungjawab.


“Selepas itu dakwa pula saya tak meluangkan masa untuk anak umpama saya macam dah meninggal dunia dan tak wujud...padahal saya beraya dengan mereka,” katanya.


Apapun, Norman berkata dia memberikan kenyataan kali ini adalah untuk menjernihkan status bahagian dirinya yang digambarkan seolah-olah sangat kejam, bersifat tidak adil dan tidak bertanggungjawab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2010 07:35 AM | Show all posts
hutang kena bayar.....
wajib.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2010 07:35 AM | Show all posts
kalau laa air liur normiang boleh ditukar dengan duit....

:re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2010 07:36 AM | Show all posts
bukan dah MEMANG ker?

Apapun, Norman berkata dia memberikan kenyataan kali ini adalah untuk menjernihkan status bahagian dirinya yang digambarkan seolah-olah sangat kejam, bersifat tidak adil dan tidak bertanggungjawab.



:re:
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 07:39 AM | Show all posts
move on la abby .... apa yang direbut norman hakim tuh ....ramai lagi lelaki datuk yang kaya raya .......... cuba belajar dengan Zizie Ezet
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 07:44 AM | Show all posts
mahap ckp la.. abby ni gaya mcm x tentu arah bl bercerai ,, konon mcm benci sgt kt norman tp aku ni nmpk mcm giler talak pon iye.. sudah2 la wei.. ko kawen cpt ngn bf pulis gerak khas tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2010 07:51 AM | Show all posts
duit hantaran berbini baru ada...
duit bayar hutang, tak da... :re:
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 07:56 AM | Show all posts
tak heran norman akan kata gini sbb sy mengalami perkara yg lebih kurang sama.
belum cerai dulu ex-asben pinjam dari sy, jumlahnya boleh beli myvi sebijik tapi bila dah cerai, dia leh kata, apsal nak bayar balik kan dah cerai. susah nak claim balik sbb takde black & white. cuma doa banyak2 agar dia terbukak ati nak bayar balik. berserah pada Allah je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2010 08:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by bayieng at 16-9-2010 08:16

abby update lg fb dia

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 08:16 AM | Show all posts
itulaa akibatnyer pakai cek replica...har har har...ada saper2 lagi lepas nih nak kawen pakai cek replica...?

Nasib baik dua2 ekor nih bukan org kelantan...kalo kat kelantan...hantaran nih convert ke mas kawen...mmg wajib dibayar... kalo tak bayar...tak boleh duduk bersama...itulaa kelebihan undang2 klate....yg umno dok kondem2 selama ini  
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 08:21 AM | Show all posts
bayarrrrrrrrrr la...r
nk kawin ngan si memey lagi...habis la memey
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 08:24 AM | Show all posts
norman nak kahwin baru nak mintak duit.......cehhhhhhhhhhh.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 08:30 AM | Show all posts
Kesian abby..sabo je lah abby.. Kalau dia takmoh bayar tu biar tuhan ke yang membalasnya. Jangan lupa, zaman sekarang kadang2 tuhan bayar cash terus
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 09:01 AM | Show all posts
Reply 5# suyfea


    itu tandanya abby masih sayangkan norman
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 09:21 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR - Pelakon Abby Abadi menyifatkan dirinya mangsa yang teraniaya dan dianiayai selepas berkahwin dan kemudian bercerai dengan pelakon Norman Hakim yang baru melangsungkan pertunangan dengan pelakon Memey Suhaiza Suhaimi Isnin lepas.

Abby, 32, yang mengahwini Norman, 34, pada 8 Januari 2002 mendakwa bekas suaminya itu belum menjelaskan hutang wang hantaran perkahwinan mereka sebanyak RM11,111.11.


Malah Abby juga mendedahkan Norman masih ada beberapa hutang tertunggak dengannya.
tongkatwaran75 Post at 16-9-2010 07:07



   

Astagaaaaaaaaaaaaaaaa....... hmy3:

Mane letak nye maruah seorang yg bernama lelaki? :re:    hutang tak mo bayar...   
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 09:32 AM | Show all posts
Astagaaaaaaaaaaaaaaaa.......  

Mane letak nye maruah seorang yg bernama lela ...
Lina66 Post at 16-9-2010 09:21


bagus la...dengar cite sati pihak jer!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2010 09:34 AM | Show all posts
duit hantaran berbini baru ada...
duit bayar hutang, tak da...
faraway1 Post at 16-9-2010 07:51


sbb duit tu dia nk byr utk memey lak..kalau dia byr nti tangguh lagi hasrat hati nk berbinikan memey...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 09:36 AM | Show all posts
Tu la melayu nak sangat ikut adat.Sedangkan adat tu adat hindu.Bersanding dan hantaran adat hindu.Islam ada mas kahwin jer.Kalau isteri dapat mas kahwin riban2 kan bagus.Ada backup  future.Kena hantaran membazir jer
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 09:38 AM | Show all posts
Tu la melayu nak sangat ikut adat.Sedangkan adat tu adat hindu.Bersanding dan hantaran adat hindu.Islam ada mas kahwin jer.Kalau isteri dapat mas kahwin riban2 kan bagus.Ada backup  future.Kena hantaran membazir jer
alien3d Post at 16-9-2010 09:36



Bolehkan mintak mas kahwin riban2....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 09:44 AM | Show all posts
theyols dulu kawen tunjuk cek ke???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 1.252472 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list