CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ccdj

AKASIA : DEJAVU DI KINABALU [TV3 SETIAP ISNIN-KHAMIS 7PM][TIZ ZAQYAH-AQASHA-NAZI

   Close [Copy link]
Post time 19-6-2012 06:30 AM | Show all posts
Reply 237# cikara

Haha. Emonya ko ni.  Takpe la bgi peluang dorg muncul. Wakakaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2012 06:59 AM | Show all posts
Kita nantikan epi hari ni lak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 08:02 AM | Show all posts
suka ngn lakonan aqasha n tiz of coz.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 08:24 AM | Show all posts
Jiwa romantis Erma
Oleh Nor Hatina Shuib
hatina@bharian.com.my

ERMA bersama pelakon drama Dejavu di Kinabalu.


ANDAI sebelum ini naskhah pengarah, Erma Fatima sering dilabel 'berat' seperti Tahajud Cinta atau Aku Bukan Maryam, kali ini buah tangan terbaru tulisan dan arahan insan seni ini lebih ringan bertemakan cinta.

Erma mengakui kali ini dia mahu meneroka dunia cinta dan tanpa disangka, dalam hati rupanya masih banyak kasih dan sayang yang tidak diluah malah dirasakan boleh menjadi bahan segar drama cinta.
   
“Kisah Dejavu di Kinabalu ini adalah sebuah drama yang ringkas dan penuh rasa cinta. Istimewanya drama 28 episod ini tidak berpandukan skrip sebaliknya hanya menggunakan treatment iaitu pelakon melontarkan dialog secara spontan.
Saya melihat kejayaan drama ini lebih kepada semangat produksi dan pelakon kerana tanpa mereka, ia akan menjadi drama yang gagal. - Erma Fatima, Pengarah
   “Saya tidaklah rasa tertekan menyediakan skrip ketika penggambaran kerana apa yang penting adalah jadual. Kami berada di kaki gunung itu selama dua hari dan satu hari saja untuk mengambil visual puncak gunung. Itu pun cuma lebih kurang empat jam saja kerana waktu cukup terbatas.

   “Saya agak terkilan kerana banyak visual tidak dapat diambil. Malah beberapa orang penting produksi seperti jurugambar, pembantu pengarah, pengarah seni dan seorang pelakon tidak berdaya lagi naik ke atas membuatkan saya menggagahkan diri naik ke puncak,” katanya.

   Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad mengakui pertama kali mendaki Gunung Kinabalu. Dia berjanji untuk kembali ke gunung tertinggi Asia itu bagi merakamkan lebih banyak visual menarik.

   “Saya melihat kejayaan drama ini lebih kepada semangat produksi dan pelakon kerana tanpa mereka, ia akan menjadi drama yang gagal. Kami dapat daki Gunung Kinabalu pun disebabkan semangat untuk meneruskan perjuangan ini,” katanya.
   Erma berkata, dia jatuh cinta kepada hero dan heroin drama arahannya kali ini iaitu Aqasha dan Tiz Zaqyah.

   “Mereka cukup serasi dan saya teruja melihat mereka mampu menjadi pasangan yang begitu selesa di set penggambaran,” katanya.

   Dejavu di Kinabalu mengisi slot Akasia. Drama bersiri ini menemui penonton setiap Isnin dan Khamis jam 7 malam, mulai malam tadi.

   Naskhah terbaru Erma ini membariskan pelakon popular seperti Aqasha; Tiz Zaqyah; Nazim Othman; Aishah Ilias; Meor Ariff; Sharifah Nadia Yusnita; Rebecca Nur Islam dan Fadhilah Mansor.

   Drama bersiri ini mengisahkan kehidupan Nadira selepas melalui proses pemindahan jantung dari seorang penderma organ. Kesan dari prosedur pemindahan jantung itu, tanpa disedari, Nadira  menerima sebahagian daripada sifat penderma organ berkenaan.

   Takdir kemudian menemukan Nadira dan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung terbabit. Pertemuan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah, membawa 1,001 kisah antara mereka berdua.

kredit: bharian online
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 09:02 AM | Show all posts
Reply 227# mijot


   betul2..housmate aku pun ckp camtu jgk...teringat drama GK...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 09:34 AM | Show all posts
first episod cam best..boleh layan pasni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2012 09:38 AM | Show all posts
scene ni lawak aku rasa.. dah lah guna self-timer... beriya-iya buat gaya ala-ala kat ob ...
reddots Post at 18-6-2012 23:51



    cantik gambar tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 09:42 AM | Show all posts
Pian sgt aqasha time nak last semalam..nakal!

episod 1 best. part sedey pon menjadi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2012 09:56 AM | Show all posts
1st episod semalam best...harap2 episod yang akan dtg pun best sampai habis... Tak sabar nak tgk ptg nie...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 10:03 AM | Show all posts
best....confirm melekat depan tv hari2 nih...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 10:45 AM | Show all posts
best citee niee.....i loike ammar....sooo sweetttt.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 12:30 PM | Show all posts
Pian sgt aqasha time nak last semalam..nakal!

episod 1 best. part sedey pon menjadi..
amemiya Post at 19-6-2012 09:42



   kita berjumpa balik di sini kerana pian.. eh, aqasha
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 01:06 PM | Show all posts
not bad for 1st epi... watak aqasha pun nakal2x juga mcm GK. so sweet bila dia usik Tiz...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 01:15 PM | Show all posts
sebijik citer drama korea.. SUMMER SCENTS...



Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 02:15 PM | Show all posts
cam besh citer nih....tempah seat jgk la kat umah ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 02:43 PM | Show all posts
kita berjumpa balik di sini kerana pian.. eh, aqasha
fukadaminchi Post at 19-6-2012 12:30



kannnn..pian gak dpt nama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2012 02:44 PM | Show all posts
sebijik citer drama korea.. SUMMER SCENTS...
Hana_Hirokawa Post at 19-6-2012 13:15



tu la..nape la tk ckp je adaptasi dr cite ni kan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 02:54 PM | Show all posts
kannnn..pian gak dpt nama..
amemiya Post at 19-6-2012 14:43



   ko tengok ke nok? lama x nampak kat twitta
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 03:33 PM | Show all posts
ko tengok ke nok? lama x nampak kat twitta
fukadaminchi Post at 19-6-2012 14:54



tgk le..rindu kt pian hokkay...motip sgt sebut nama pian kt sini kan..

ade je kt twitta tu..cuma timing tweet tk same kot..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 03:44 PM | Show all posts
sebijik citer drama korea.. SUMMER SCENTS...
Hana_Hirokawa Post at 19-6-2012 13:15


Yup sebiji. SANGAAAT SAMA, hampir semua scene. Dari dkt airport, hilang kat hutan, terseliuh kaki,  bedah jantung dah 3 thn, n kene bermalam sdkt hutan, kawan dia risau dkt chalet sbb heroin ? blk, heroin tipu hero ckp dh kawin. Apa lagi? Pokoknya mmg 100% sama. Tp pengarah mengaku tu idea asal dia. Takkan idea boleh sama 100%?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30629 Replies : 227
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6823 Replies : 108
แทงบอล ออนไลน์ ราคาน้ำดีที่สุด LINE:@UFADEAL ทางเข้าแทงบอล ขั้นต่ำ10บาท
ufadeal-websiteแทงบอล ออนไลน์ ราคาน้
Views : 101 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205752 Replies : 4936
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7475 Replies : 55
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41651 Replies : 255
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12385 Replies : 10
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3517 Replies : 10
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10828 Replies : 44
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.068104 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list