CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Bangunan2 Kerajaan tiada Kualiti -Latest:Paip Pecah Banjir DiKlinik Kesihatan

 Close [Copy link]
Post time 12-6-2007 12:14 AM | Show all posts
What a joke. Unbelievable. Its like next week or so we can expect another burst about to happen.

This is what happen when you mix business & politic where everyone involved wants to maximized profit while minimize cost with quality of work neglected.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2007 12:25 AM | Show all posts
Sebenarnya kalau ikut aku kerja dulu kan... part2 utilities dikendalikan m&e (kecuali external works out of the building), pastu part finishing macam tiles, ceiling, window frame etc... itu semua di bawah t/jwb arkitek. Engineer biasanya hanya akan supervise structurally... dari segi concreting, rebar, foundation, site clearing, roof truss etc. Tapi masalah skarang nie, dalam JKR sendiri mereka dah campur adukkan. Org arkitek jaga the whole progress (padahal diorang takder pon belajar pasal jangkamasa utk civil works), org civil engineer pulak disuruh jaga architectural stuff. Jadi skarang dah tonggang tebalik. Sbb tu bab2 ceiling bocor, leak etc... mereka cenderung salahkan civil engineer... padahal kalau internal works, utilities adalah di bawah t/jwb mechanical (spt aircon duct, water reticulation, gas pipe etc). Mmg civil engineer share some responsibilities lar, especially bila dari segi nak pasang conduit, manhole atau service pit, tapi dari segi nak pasang benda tu, it's none of their business.

Apa yg perlu dilakukan skarang ialah, beri tanggungjawab kepada mereka yg berkelayakan. Kalau paip dalaman bangunan tu mgkin masih ok lagi kalau civil engineer nak supervise, tapi kalau tile finishing, painting, brickwalling, plastering, ceiling pun nak suruh diorang jaga gak? It's quite ridiculous lar. Sia2 jer bebudak arkitek belajar benda2 nie dulu tapi last2 civil engineer gak yg buat. Tapi aku tak kisah ler... bila aku buat kerja architecture nie, aku boleh tambah ilmu aku. Cuma bila disuruh liable dan responsible... ada susah sikit lar nak terima.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2007 03:55 AM | Show all posts
Lagi masalah menimpa Hospital Sultan Abdul Halim
Oleh OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI 11 Jun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2007 05:51 AM | Show all posts
Tidak wajar salahkan kontraktor

KUALA LUMPUR 24 Mei
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 06:46 AM | Show all posts
napa Pak Bodolah taknak sack itu menteri yg bertanggungjawab..:@ dah terbukti si sami tu incompetent, lagi mau simpan ka?... ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 07:20 AM | Show all posts

Reply #280 dexa's post

The Works Ministry will be taking a tougher stance on contractors following the various "bocor" and ceiling debacles that arose from shoddy "finishing work", Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu said.


problem ni dh lama giler

baru nk nk wat keje ker?

cmni ler naseb rakyat dpt menteri yg tau mkn duit jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2007 08:33 AM | Show all posts
Next GE, pepakat pangkah AMENO lagik....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 09:03 AM | Show all posts

Pulihkan maruah JKR - Samy Bello

KUALA LUMPUR 11 Jun.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu yang malu dengan beberapa siri kerosakan di bangunan kerajaan sejak akhir-akhir ini mengeluarkan arahan tegas agar kejadian tersebut tidak berulang serta memulihkan maruah Jabatan Kerja Raja (JKR)
Beliau berkata, maruah JKR tercemar teruk di mata orang ramai dan dunia yang menyebabkan kontraktor dari negara ini sukar mendapatkan kontrak baru di luar negara.
憫Saya perlu mengeluarkan arahan-arahan tegas dan keras ini memandangkan saya malu untuk berhadapan dengan Kabinet, rakan-rakan di luar negara dan orang ramai yang kini memandang rendah terhadap keupayaan JKR,拻 katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi perjumpaan khas dengan pegawai-pegawai kanan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kerja Raya di sini hari ini.
Samy Vellu memberitahu, selama 135 tahun JKR ditubuhkan sejak tahun 1872, agensi itu telah menjadi penasihat teknikal kepada kerajaan yang menyaksikan banyak projek infrastruktur yang kini berdiri megah sebagai simbol kemegahan negara.
Malangnya jelas beliau, sejak akhir-akhir ini akibat kecuaian pegawai-pegawai menyebabkan maruah JKR tercalar dan ia sukar untuk dipulihkan.
Katanya, bagi mengelakkan kejadian bumbung dan syiling runtuh dan bumbung bocor berulang, kementeriannya akan menubuhkan dua jabatan iaitu Bahagian Juruukur Bangunan dan Jabatan Penyelenggaraan Pusat.
Tegasnya, Bahagian Juruukur Bangunan akan memeriksa keadaan semua bangunan kerajaan selepas ia disiapkan.
憫Bahagian ini bertanggungjawab mengesan sebarang kecacatan walaupun terdapat hanya satu paku yang tercabut dan kalau bahagian ini mengesan ada kecacatan, surat kelulusan tidak akan diberikan kepada kontraktor terlibat sehingga ia diperbaiki dan berada dalam keadaan terbaik,拻 jelas beliau.

Samy Samy..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2007 09:13 AM | Show all posts
c samy bersuara lagi...........
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 09:17 AM | Show all posts
Saluran paip HSAH pecah
Saluran paip HSAH pecah

SUNGAI PETANI: Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini yang menghadapi masalah apabila lebih 20 keping silingnya runtuh akhir bulan lalu, ditimpa masalah lagi semalam apabila saluran paip di kafeteria pula bocor.

Kejadian pada kira-kira jam 2.30 petang itu menyebabkan air bergenang di kafeteria berkenaan.

Sejurus selepas itu beberapa kakitangan kontraktor membaiki kerosakan paip di bahagian atas siling kafeteria berkenaan bagi membaiki kebocoran itu.

Pada akhir tahun lalu, kafeteria itu digenangi air apabila ada saluran paip yang tersumbat menyebabkan air kumbahan melimpah, manakala seminggu selepas itu bahagian forensik turut digenangi air kerana berlaku kebocoran paip.

Pada akhir bulan lalu lebih 20 keping siling di Wad Pembedahan Lelaki, Wad Kanak-Kanak dan Bahagian Pemakanan Unit Rawatan Bayi (NICU) serta ruang legar hospital runtuh.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Fong Chok Gin kecewa dengan kejadian yang berlaku di hospital itu.

"Saya hairan kenapa Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak memeriksa terlebih dulu keadaan hospital itu sebelum menerimanya daripada kontraktor.

"JKR perlu memastikan sesuatu bangunan itu berada dalam keadaan baik dan mengikut spesifikasi supaya ia selamat digunakan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau juga mahu JKR dan kontraktor memastikan hospital itu selamat digunakan bagi mengelak sebarang masalah seumpama itu berulang.

HSAH setinggi lapan tingkat mempunyai 498 katil yang lengkap pelbagai kemudahan terkini dibina pada 2000 dan siap sepenuh pada 2006 dengan kos RM450 juta dan beroperasi akhir tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 09:18 AM | Show all posts
sape tgok statemnt samy vellu dlm berita malam tadi.. pasal kepala besar.. kelakar gile.. apa la samy nie jadi sami kat kuil lagi bagus la...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 09:20 AM | Show all posts
Ini macam la samy..lu berhenti la jadi mantari JKR.....kasi lain orang yg boleh kasi bersih itu JKR punya kakitangan..sana sini orang cakap pasal JKR, cakap pasal JPS..terok oooo..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 09:22 AM | Show all posts
Kalau JKR nak tubuhkan Building Surveyor, diorang kena rekrut ramai2 Building Surveyor... sbb setau aku tak ramai yg JKR hire, mgkin ramai kat HQ jer. Dan setau aku jugak, tak ramai graduate dalam bidang nie. Mostly diorang mgkin selesa jadi surveyor biasa yg gajinya mencecah RM4000-5000 sebulan di sektor swasta.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 09:33 AM | Show all posts
quote kata2 samy vellu telah diedit oleh wartawan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 10:09 AM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 12-6-2007 09:20 AM
Ini macam la samy..lu berhenti la jadi mantari JKR.....kasi lain orang yg boleh kasi bersih itu JKR punya kakitangan..sana sini orang cakap pasal JKR, cakap pasal JPS..terok oooo..


AN, JPS bukan under Datuk Sammy la,

JPS under Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar, Menteri Datuk seri adzmi khalid.

sian sammy, kementerian lain buat silap pun, kite tuduh,under kementrian die ..

tapi mmg padan muke ko sammy
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 10:14 AM | Show all posts
kalau tak silap lampualam pernah Dr M keluar statement yang dia pun tak berani nak pecat uncle samy ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2007 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by king_kenny at 12-6-2007 10:09 AM


AN, JPS bukan under Datuk Sammy la,

JPS under Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar, Menteri Datuk seri adzmi khalid.

sian sammy, kementerian lain buat silap pun, kite tuduh,under  ...


KK..tau JPS tu dibawah Mantari Azmi Khalid..tapi..sana sini, sini sinun mana2 kedai kopi pun cakap pasal ini 2 kementerian..JKR, JPS.

Sapa staff JKR, JPS jangan mara aaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 10:23 AM | Show all posts
tapi obvious sangat...hari-hari ada berita syiling runtuh...bocor la...bannir dalam bangunan la...pelik kan! dulu tak de pun macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 10:30 AM | Show all posts
Samy ni saja wat cakap2 kosong..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 10:46 AM | Show all posts
Sapa berani pecat Samy ni. India Malaysia=Samy, Samy=India.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203145 Replies : 4835
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12577 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6278 Replies : 39
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 7918 Replies : 2
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7618 Replies : 41
Memperkenalkan......mesin pengesan hujan!!!!
ChairmanMemperkenalkan......mesin pengesan hujan
Views : 10860 Replies : 81
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10710 Replies : 42
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7103 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 1.283158 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list