CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abuzar

Golongan anti hadis = sesat

[Copy link]
Post time 17-1-2011 08:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 17-1-2011 08:35
Mengikut kamu Nabi Adam TERLUPA amaran/perintah KEDUA  Allah (kesalahan yang tidak sengaja) lalu memakan buah khuldi.
ramsys Post at 15-1-2011 01:04


Kamu ni nak menang sangat kah sampai TAK NAMPAK? Dan membuat TUDUHAN! Beginikah sikap kamu memalingkan apa yang saya sampaikan demi menujukkan kamu ni berpegang kepada Al-Quran?

Mari kita lihat apa yang kamu kata:

N. Adam tidak LUPA dengan amaran Allah tentang pohon khuldi tetapi N. Adam LUPA amaran Allah bahawa Iblis/setan adalah musuhnya yg nyata.

Dan akhir sekali Tuhan mengingatkan N. Adam DUA laranganNya itu.
Q7:22"……….."Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: ""Sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?"""   


SILA RUJUK POST #274:
Nabi Adam terlupa amaran Allah (kesalahan yang tidak sengaja):
"Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?" (Al-A'raf, 22)

   
Saya sudah sampaikan yang Nabi Adam terlupa itu, adalah SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA! Maka selepas Nabi Adam terlupa hal tersebut, baginda melakukan kesalahan mendekati pohon yang dilarang. Sila baca dengan TENANG dan FAHAMKAH, BUKAN BUAT TUDUHAN DAN FITNAH!

Setelah terlupa amaran ALLAH, lantaran itu terlajak melakukan kesalahan mendekati Pohon yang dilarang, maka wajarlah bertaubat. Allah meninggikan lagi martabat Adam AS (memilihnya) menjadi Nabi dan juga Rasul setelah Allah terima taubat Nabi Adam AS.

Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk. (To-Ha, 122)


WALLAHU 'ALAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2011 08:48 AM | Show all posts
Sekiranya sy menulis “rujuk kepada email saya dan soalan saya”, adakah ianya DUA benda yg berbeza?? Tentu tidak sekali.

Dan sekiranya ’alkitaba waalhikmata’’ merujuk kepada DUA benda yg berbeza maka dengan mengikut logic kamu pada ayat Q57:25 kita ada satu lagi kitab yg diturunkan olih Allah. Sebab didalam ayat itu Allah menyebut “alkitaba waalmeezana”.                        


Tuhan juga berkata kepada N. Isa:-
Q5:110…… AAallamtuka alkitaba waalhikmata waalttawrata waalinjeela ....…

Q5:110 ……..; dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil,                  

Q3:48   WayuAAallimuhu alkitaba waalhikmata waalttawrata waalinjeela

Q3:48  Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil.

Adakah ayat2 diatas bermakna Allah mengajar N. Isa 4 perkara yg berlainan dan berbeza??
Tentu tidak sekali. Kumpulan ayat2 diatas digunakan hanya untok menerangkan SATU benda dan bukan MEMBEZAKAN. Al Kitab, dan Hikmah adalah huraian/perihal kepada Taurat dan Injil.
ramsys Post at 15-1-2011 01:18


Telah diteragnkan terlebih dahulu dalam post #275. Sila fahamkan di post tersebut. Kamu sudah keliru antara Al-Hakeem dan Al-Hikmah


Contoh Al-Hikmah yang disebut dalam Al-Quran (Al-Isra, 30-37):
Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (32)
Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah [membunuhnya], melainkan dengan suatu [alasan] yang benar.
Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan.
Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik [bermanfa’at] sampai ia dewasa dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggunganjawabnya.
Dan sempurnakanlah takaran apabila kamu menakar dan timbanglah dengan neraca yang benar. Itulah yang lebih utama [bagimu] dan lebih baik akibatnya.
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya.
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung. (37) Semua itu kejahatannya amat dibenci di sisi Tuhanmu. (38)

Itulah sebahagian Al-Hikmah yang diwahyukan Tuhan kepadamu... (Al-Isra, 39)

Contoh Al-Hikmah di atas itu adalah dalam bentuk contoh perbuatan yang perlu diteladani. Al-Quran sebagai Al-Hakeem diturunkan menjelaskan HUKUM bukan dalam bentuk contoh praktikal seperti perbuatan. Perbuatan itu adalah Sunnah Nabi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 08:58 AM | Show all posts
Tuhan berfirman:-
Q10:1  Alif Laam Raa. Inilah ayat-ayat Al Qur'an yang mengandung hikmah.

Q36:2  Demi Al Qur'an yang penuh hikmah,

Q43:4  Dan sesungguhnya Al Qur'an itu dalam induk Al Kitab (Lohmahfuz) di sisi Kami, adalah benar-benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandung hikmah. (Sebahagian “Hikmah”nya disebut pada ayat Q17:23-38)

“Al Hikmah” itu merujuk kepada Al Quran itu sendiri kerana ianya mengandungi penuh dengan Hikmah.
ramsys Post at 15-1-2011 01:18


Nampaknya kamu macam tidak ambil peduli apa yang disampaikan.

Terjemahan:
Q36:2  Demi Al Qur'an yang penuh hikmah,
وَٱلۡقُرۡءَانِ ٱلۡحَكِيمِ

Yang sebenarnya merujuk kepada Al-Quran sebagai Al-Hakeem. SILA BACA DALAM BAHASA ARAB, BUKAN TERJEMAHAN MELAYU YANG RINGKASKAN Al-HAKEEM SEBAGAI HIKMAH.

Seluruh kandungan Al-Quran mengandungi AL-HAKEEM, iaitu penerangan yang tiada kesilapan, diterjemahkan sebagai Hikmah (bahasa Melayu), bukan Al-Hikmah.

Sedangkan AL-HIKMAH itu adalah ilmu berkaitan perbuatan yang dicontohi, diturunkan kepada Nabi.
   
...yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka (1) Al-Kitab dan (2) Al-Hikmah....(Al-Jumu'ah, 2)

Contoh Al-Hikmah diberikan dalam Surah Al-Isra ayat 30-37.

Sebab tu saya minta kamu jawab soalan saya pada post #276. Kamu suka mempertikaikan, tetapi tidak mahu menjelaskan!
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 09:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 17-1-2011 09:06
Allah berfirman lagi:-
Q18:1 "Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al Qur'an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya;"  

Kalimah ‘IWAJ’ (bengkok) dalam ayat ini bermaksud distorted atau deviate dalam Bahasa Inggeris. Sekali lagi kita dapati Allah mengakatakan ayat2Nya tidak ‘kabur’, terang/jelas dan tidak susah difaham maknanya. Apakah Tuhan bercanggah dengan ayat2Nya sendiri?? Nauzubillah.

Mengenai kalimah Hadith dan Sunnah ianya banyak digunakan didalam Quran tetapi tidak satupun ianya merujuk kepada “perkataan” ataupun “perbuatan” Nabi.

Q33:62  Sebagai sunah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum (mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah.

Q48:23  Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunatullah itu.

Q45:6  "Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya; maka dengan Hadith (perkataan) manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah dan keterangan-keterangan-Nya."   

Q39:23  Allah telah menurunkan Hadith (perkataan) yang paling baik (yaitu) Al Qur'an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang…………………..

ramsys Post at 15-1-2011 01:18


Kenapa ayat Al-Quran juga disebut Hadith? Kerana PERIWAYATAN melalui LISAN, bukan melalui helaian seperti kertas

Di dalam Al-Quran dinyatakan bahawa:

....Sehingga apabila mereka datang kepadamu untuk membantahmu, orang-orang kafir itu berkata: "Ini tidak lain hanyalah dongengan orang-orang dahulu". (Al-An'aam, 25)

Orang-orang kafir menuduh Al-Quran itu adalah dari dogengan orang-orang dahulu..... Bagi Ahli Kitab yang mengetahui kebenaran Al-Quran, menerusi persamaan periwayatan tertentu yang terdapat dalam kitab terdahulu, tetapi degil dan tidak mahu menerima kebenaran, mereka membuat alasan menuduh Al-Quran tu diciplak dari Kitab Taurat dan Injil.

Ada juga orang yang mengaku Islam tapi tuduh Hadith Nabi diciplak dari orang terdahulu..... Itu adalah hujjah yang sama untuk tolak samada Al-Quran atau Hadith Nabi

Dan ini adalah kitab yang Kami turunkan, yang diberkati, maka ikutilah ia dan bertaqwalah agar kamu diberi rahmat,
Supaya kamu tidak mengatakan: Bahawa Kitab itu hanya diturunkan kepada dua golongan (Yahudi dan Nasrani) dahulu sebelum kami dan sesungguhnya kami lalai (tidak faham) akan apa yang dibaca dan dipelajari oleh mereka. (Al-An'aam, 155-156)


Dia menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepadamu dengan sebenarnya, membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil, (Aal-e-'Imran, 3)

Sedangkan Al-Quran dan Hadith Nabi itu diriwayatkan dengan cara yang sama dari Nabi Muhamaad SAW kepada para sahabatnya. Allah tidak menurunkan Kitab Allah secara bertulis:
Dan kalau Kami turunkan kepadamu tulisan ( كِتَـٰبً۬ا ) di atas kertas  ( قِرۡطَاسٍ۬ ), lalu mereka dapat memegangnya dengan tangan mereka sendiri, tentulah orang-orang yang kafir itu berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata". (Al-An'aam, 7)

Ayat Al-Quran juga disebut sebagai Hadith dalam ertikata Mesej Periwayatan, Surah Al-Waqi'ah:
Sesungguhnya Al Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia, (77)
pada kitab yang terpelihara (Lauh Mahfuz), (78)
tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan. (79)
Diturunkan dari Tuhan semesta alam. (80)
Maka apakah kamu menganggap remeh saja Periwayatan ini? ( ٱلۡحَدِيثِ yakni periwayatan Al Quran) (81)

Begitu juga Sunnah Nabi, tidak diturunkan secara helaian kertas. Kesemuanya dari periwayatan dan contoh teladan. Maka kita diperintah untuk Ittiba' (IKUT) Rasul:
Barangsiapa yang menta’ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta’ati Allah... (An-Nisa, 80)
Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mahu mengIKUTi peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihat-Nya... (Ya-Seen, 11)
IKUTilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Ya-Seen, 21)


Nabi juga menyampaikan Riwayatan Hadith selain dari Al-Quran (Hadith Nabi), contohnya:
Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya akan suatu Hadith... (At-Tahrim, 3)

Al-Quran dan Hadith disampaikan oleh Nabi dengan cara yang sama iaitu melalui periwayatan. Al-Quran dan Hadith yang dijadikan dalam bentuk kitab seperti buku adalah dari usaha orang soleh yang terkemudian dari Nabi, supaya tidak ketinggalan kepada yang tidak menghafal. Barangsiapa yang tolak Hadith Nabi, maka sebetulnya juga dia menolak sebahagian dari Al-Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 09:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 17-1-2011 09:10
Kalimah “Hadith” dan “Sunnah” tidak mungkin digunakan didalam Al Quran untok merujuk kepada Hadith dan Sunnah Nabi (seperti dalam kitab Bukhari). Ini kerana didalam Quran kalimah2 Hadith dan Sunnah digunakkan hanya untok Allah.ramsys Post at 15-1-2011 01:18


Adakah kamu tidak beriman dengan ayat ini:
Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya akan suatu Hadith... (At-Tahrim, 3)

Lihat bagaimana kamu telah salah faham di sini:
http://mforum2.cari.com.my/viewt ... page%3D1&page=5

DAN MASIH UNGKIT PERKARA YANG SAMA?

Soalan LAMA saya masih anda belum jawab.
Bagaimana anda Ruku' dan siapa yang anda ikut dalam Ruku' anda?

Q77:50  Maka kepada Hadith apakah selain Al Qur'an ini mereka akan beriman?

Q7:185  …………………Maka kepada Hadith manakah lagi mereka akan beriman selain kepada Al Qur'an itu?



Baca dan fahamkan post 284

Melalui ayat2 diatas Allah bertanya kepada kita  adakah “Hadith2” yg lain kita nak beriman ???
Barangkali ada orang yg akan berkata ADA, seperti didalam kitab Bukhari.

Tetapi Tuhan menegaskan Hadith disisi Allah hanya lah Qurannya sahaja.


Nabi juga menyampaikan Riwayatan Hadith selain dari Al-Quran (Hadith Nabi), contohnya:
Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya akan suatu Hadith... (At-Tahrim, 3)

Soalan LAMA saya masih anda belum jawab.
Bagaimana anda Ruku' dan siapa yang anda ikut dalam Ruku' anda?

Al-Quran perintah kita Ruku' bersama orang yang Ruku'?

Bagaimana anda laksanakan PERINTAH ALLAH ITU?

JIKA ANDA HANYA GUNA AL-QURAN, SILA JAWAB SOALAN DENGAN KONTEKS AL-QURAN ITU SENDIRI DAN JANGAN BERI ALASAN SERTA MENGELAT DAN MEMFITNAH LAGI!

WALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 10:17 PM | Show all posts
salam,

Yang sebenarnya merujuk kepada Al-Quran sebagai Al-Hakeem. SILA BACA DALAM BAHASA ARAB, BUKAN TERJEMAHAN MELAYU YANG RINGKASKAN Al-HAKEEM SEBAGAI HIKMAH.
Seluruh kandungan Al-Quran mengandungi AL-HAKEEM, iaitu penerangan yang tiada kesilapan, diterjemahkan sebagai Hikmah (bahasa Melayu), bukan Al-Hikmah

Memang pembendaharan kata Bahasa Melayu tidak cukup bagi menterjemahkan Bahasa Arab dengan tepat sekali. Walau bagaimana pun kita masih bolih merujuk terjemahan Bahasa Inggeris. Ianya lebih lengkap kalau dibandingkan dengan bahasa Melayu.

Perkataan Hikmah dan Hakeem datang dari ‘root word’ yg sama. Jadi ianya berkongsi  makna yg hampir serupa. Sementara ‘AL’ dihadapan menunjukkan keunikkannya. Hikmah diterjemahkan kepada ‘Wisdom’ Dan Hakeem diterjemahkan kepada ‘Wise’. Dan tidak adapun terjemahan Arab yg menterjemahkan AL-HAKEEM, sebagai  penerangan yang tiada kesilapan.
Walau bagaimana pun kalimah ‘Hakeem’ samada digunakan sebagai ‘wise’ ataupun ‘wisdom’ bergantung samada ianya digunakan sebagai ‘noun’ ataupun ‘adjectives’.
The term hakeem-which, when qualifying an animated being, may be translated as "wise" as here the connotation of a means of imparting wisdom.(Q10:1)
Q10:1   Aliflamra tilka ayatu alkitabi alhakeemi
Q10:1   A.L.R. These are the ayats of the Book of Wisdom.


Untok ayat diatas, walaupun ‘hakeem’ bererti ‘wise’ tetapi apabila ianya digunakan untok Book/Kitab kita tidak bolih mengatakan ‘Book of Wise’ ataupun ‘a Wise Book’ kerana ianya menyalahi grammar (irab) atau penyusunan ayat2 tersebut. Jadi bila ianya merujuk kepada kitab maka hakeem itu diterjemahkan kepada ‘wisdom’.

Q27:9   …………………. ana Allahu alAAazeezu alhakeemu
Q27:9 …………………… I am Allah, the exalted in might, the wise!.... (adjectives)


Bila merujuk kepada Tuhan maka hakeem diterjemahkan kepada ‘wise’.


...yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka (1) Al-Kitab dan (2) Al-Hikmah....(Al-Jumu'ah, 2)

“Itulah sebagian hikmah yang diwahyukan Tuhan kepadamu.” (17:22-39)”.

Hikmah ialah ayat2 Tuhan iaitu Quran, dan Quran itu lah Hikmah. Kerana ianya adalah kata2 dari yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Yang telah mencipta kitab yg sempurna, ‘(inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana (Hakeemin) lagi Maha Tahu’ (Q11:1)

Q2:231  ………………….anzala AAalaykum mina alkitabi waalhikmati yaAAithukum bihi ……………

Kalimah ‘bihi’ (with it) yg terdapat dihujung ayat ini menunjukkan ianya bersifat  ‘singular’ SATU. Sekiranya kalimah ‘Al Hikmah’ dan ‘Al Kitab’ merujuk kepada Quran dan Sunnah, iaitu DUA perkara yg berbeza maka penghujung ayat tersebut sepatutnya berbunyi ‘bihima’ (with them),( the plural mode of ‘bihi’)

Atas sebab itulah ‘Al Hikmah’ dan ‘Al Kitab’ mesti merujuk kepada SATU perkara sahaja dan bukan dua, kecuali  jika kita beranggapan  yg Tuhan membuat kesilapan ‘Grammar’.


...yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka (1) Al-Kitab dan (2) Al-Hikmah....(Al-Jumu'ah, 2)

Dan sekiranya ’alkitaba waalhikmata’’ merujuk kepada DUA benda yg berbeza maka dengan mengikut logic kamu pada ayat Q57:25 kita ada satu lagi kitab yg diturunkan olih Allah.
Sebab didalam ayat tersebut Allah menyebut “(1)Alkitaba dan (2)Almeezana”. (Q57:25)            
Dengan itu kita bolih buat kesimpulan bahawa Nabi Muhammad ada menerima 3 KITAB.
(1) Al-Kitab (2) Al-Hikmah dan (3) Al-Meezana.            

Tuhan juga berkata kepada N. Isa:-
Q5:110…… AAallamtuka alkitaba waalhikmata waalttawrata waalinjeela ………
Q5:110 ……..; dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil,                  
Q3:48   WayuAAallimuhu alkitaba waalhikmata waalttawrata waalinjeela

Q3:48  Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil.

Adakah ayat diatas bermakna Allah menurunkan 4 buah kitab yg berbeza kepada Nabi Isa??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2011 10:32 PM | Show all posts
salam,

Nabi juga menyampaikan Riwayatan Hadith selain dari Al-Quran (Hadith Nabi), contohnya:
Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya akan suatu Hadith... (At-Tahrim, 3)

Inilah satu tafsiran yg paling mengarut yg pernah sy dengar. Sy pernah dengar Hadith Sahih, Hadith Hasan dan Hadith Da’if tapi tak pernah sy dengar Hadith ‘Rahsia’ yg ditujukan khas untok salah seorang isteri Nabi.

Beginilah yg sy katakan kamu mengambil sebahagian dari ayat  dan meninggalkan yg lain sehingga kamu mengubah makna asal ayat2 tersebut. Kenapa tak tunjukkan kesemua ayat Q66:3 ??

Q66:3  "Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahasia kepada salah seorang dari istri-istrinya (Hafshah) suatu peristiwa. Maka tatkala (Hafshah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Allah memberitahukan hal itu (semua pembicaraan antara Hafshah dengan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahukan sebagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebagian yang lain (kepada Hafshah). Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan pembicaraan (antara Hafshah dan Aisyah) lalu Hafshah bertanya: ""Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?"" Nabi menjawab: ""Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal""."   

Q66:3 (Sahih International): And [remember] when the Prophet confided to one of his wives a statement; and when she informed [another] of it and Allah showed it to him, he made known part of it and ignored a part. And when he informed her about it, she said, "Who told you this?" He said, "I was informed by the Knowing, the Acquainted."

Q66:3 (Yusuf Ali): When the Prophet disclosed a matter in confidence to one of his consorts, and she then divulged it (to another), and Allah made it known to him, he confirmed part thereof and repudiated a part. Then when he told her thereof, she said, "Who told thee this? "He said, "He told me Who knows and is well-acquainted (with all things)."

Siapa saja yg ada sedikit akal dan bolih berfikir sudah pasti akan tahu apa yg ingin Tuhan sampaikan bila membaca keseluruhan ayat Q66:3 itu.
Sekiranya dengan sepotong ayat saja sudah cukup untok Tuhan menerangkan sesuatu kepada kita maka tak perlulah ayat2 yg selebihnya.

Malah kisah ayat Q66:3  ini bersambung sehingga ke ayat Q66:5

Q66:4  "Jika kamu berdua bertobat kepada Allah, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (untuk menerima kebaikan); dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik; dan selain dari itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula."  

Q66:5  Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan istri-istri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertobat, yang mengerjakan ibadah, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan.

Disini sy  sertakan tafsir yg dibuat olih Sy. Maududi berkenaan ayat Q66:3

In it we are told that the Holy Prophet (upon whom be peace) confided a secret to one of his wives, and she told it to another. Allah informed the Holy Prophet of this secret. Then, when the Holy Prophet warned his particular wife on the mistake of disclosure and she said:"Who has informed you of this mistake of mine" he replied: "I have been informed of it by Him Who knows everything and is All Aware."

Different things have been reported in different traditions, saying that the Holy Prophet had told such and such a thing to one of his wives in confidence, which she disclosed to another wife. But for us, in the first place, it is not right to investigate it, for it is on the disclosure of a secret that Allah is taking a wife to task it cannot therefore be right for us to inquire into it and try to uncover it.

Secondly, in view of the object for which this verse was sent down, it is not at all important to know what the secret was. Had it any connection with the object of the discourse, Allah would Himself have mentioned it The real object for which this incident has been related in the Qur'an is to warn the Holy Prophet's wives and. through them, the wives of the responsible people among the Muslims not to be careless in the matter of guarding secrets.

Had it been only a private and personal affair, as is generally the case between the husband and the wife in the world there was no need that Allah should have directly informed the Holy Prophet of it through revelation, and then did not rest content only with giving the information, but should also have recorded it in the Holy Book which the whole world has to recite forever. The reason why it was given such importance was that this wife was not the wife of an ordinary husband but of that illustrious husband, whom Allah had appointed to the office of the highest responsibility, who was locked in an incessant battle with the disbelievers, polytheists and hypocrites at all times and under whose leadership a fierce conflict was going on for establishing Islam in place of paganism. In the house of such an illustrious man there could be countless things which if not kept secret but disclosed before time, could harm the great mission which he was performing.

Therefore, when a lady of the house happened to show this weakness for the first time in that she disclosed a secret that had been told her in confidence, to another (a member of her own household), the weakness was immediately pointed out to her, not secretly but openly in the Qur'an, so as to impart training in the guarding of secrets not only to the wives of the Holy Prophet but also to the wives of all responsible people of the Muslim community.

In the verse the question whether the secret disclosed pertained to a matter of any consequence or not, and whether its disclosure could cause any harm to the mission or not, has been altogether ignored. What has been disapproved and pointed out in particular is that the secret was disclosed to another. The higher the position of responsibility a person holds the more dangerous would be the leakage of secrets from his house. No matter whether a thing is of any consequence or not, once a person becomes careless in the matter of guarding secrets, he may reveal important things as well as trivial matters.

Disini kita bolih lihat bahawa ulama Tafsir ini pun tidak sedikit mengatakan bahawa pada ayat Q66:3 Nabi ada menyampaikan ‘Hadith Nabi’ (seperti dalam kitab Bukhari) kepada isterinya. Sebaliknya ia menceritakan bagaimana ‘rahsia’ yg Nabi ceritakan kepada salah seorang isterinya telah di ceritakan kepada isteri Nabi yg lain dan ini (menceritakan rahsia) menjadi satu kesalahan yg amat besar sehingga perlu bertaubat kepada Allah (Q66:4).

Walau bagaimana pun pada ayat Q66:3 Tuhan ada berkommunikasi dengan Nabi yg bukan melalui ‘wahyu’ . Kerana bila isteri Nabi bertanya kepadanya, ""Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?"" Nabi menjawab: ""Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal""."
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 03:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 27-2-2011 08:52
Perkataan Hikmah dan Hakeem datang dari ‘root word’ yg sama. Jadi ianya berkongsi  makna yg hampir serupa. Sementara ‘AL’ dihadapan menunjukkan keunikkannya. Hikmah diterjemahkan kepada ‘Wisdom’ Dan Hakeem diterjemahkan kepada ‘Wise’. Dan tidak adapun terjemahan Arab yg menterjemahkan AL-HAKEEM, sebagai  penerangan yang tiada kesilapan.


ramsys Post at 25-1-2011 22:17


Salam

Adakah ini satu permainan bahasa? Sudahkah periksa SEMUA terjemahan? Adakah anda seorang yang pakar dalam bahasa ARAB?

Nah lihat bagaimana orang yang mahir Bahasa Arab serta ilmu tafsir (Imam Ibn Kathir) menjelaskan!

Surah Ya-Seen, ayat 2:
وَالْقُرْءَانِ الْحَكِيمِ
Demi Al-Quran yang mengandungi Al-Hakeem

Tafsir Ibn Kathir Bahasa Arab:
وَالْقُرْآن الْحَكِيم " أَيْ الْمُحْكَم الَّذِي لَا يَأْتِيه الْبَاطِل مِنْ بَيْن يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفه

Terjemahan Inggeris:
http://www.tafsir.com/default.asp?sid=36&tid=43311
By the Qur'an, full of wisdom means, Al-Muhkam (perfect) which falsehood cannot come to from before it or behind it.

Al-Hakeem di situ bermakna penerangan yang MUHKAM dan tidak mungkin ada kepalsuan/kesilapan/kesalahan darinya. Ia boleh diterjemah sebagai hikmah atau wisdom, NAMUN bukanlah UNIK sebagai Al-HIKMAH seperti ilmu perbuatan yang diturunkan kepada para Nabi dan orang yang terpilih.

Q2:231  ………………….anzala AAalaykum mina alkitabi waalhikmati yaAAithukum bihi ……………

Kalimah ‘bihi’ (with it) yg terdapat dihujung ayat ini menunjukkan ianya bersifat  ‘singular’ SATU. Sekiranya kalimah ‘Al Hikmah’ dan ‘Al Kitab’ merujuk kepada Quran dan Sunnah, iaitu DUA perkara yg berbeza maka penghujung ayat tersebut sepatutnya berbunyi ‘bihima’ (with them),( the plural mode of ‘bihi’)

Atas sebab itulah ‘Al Hikmah’ dan ‘Al Kitab’ mesti merujuk kepada SATU perkara sahaja dan bukan dua, kecuali  jika kita beranggapan  yg Tuhan membuat kesilapan ‘Grammar’.


Mari kita lihat analisa ayat tersebut dalam Bahasa Arabnya, berkaitan bilangan dan gender:

وَمَآ أَنزَلَ عَلَيۡكُم مِّنَ ٱلۡكِتَـٰبِ وَٱلۡحِكۡمَةِ يَعِظُكُم بِهِ

WAMA: Dan apa [conjuction, relative pronoun]
ANZALA: diturunkan [singular masculine]
'ALAI-KUM : ke atas [preposition] kamu [plural]
MIN: dari [preposition]
Al-KITAB: Al-Kitab [noun: masculine]
WA: dan [preposition]
Al-HIKMAT: Al-Hikmah [noun: feminine]
YA'IZU-KUM: Dia Mengarahkan [singular masculine] kamu [plural]
BIHI: dengannya [singular masculine]


Kamu kata:
Kalimah ‘bihi’ (with it) yg terdapat dihujung ayat ini menunjukkan ianya bersifat  ‘singular’ SATU. Sekiranya kalimah ‘Al Hikmah’ dan ‘Al Kitab’ merujuk kepada Quran dan Sunnah, iaitu DUA perkara yg berbeza maka penghujung ayat tersebut sepatutnya berbunyi ‘bihima’ (with them),( the plural mode of ‘bihi’)


BIHI tu boleh dipecahkan kepada dua bahagian, HURUF/HARF JAR 'BI' yang bermaksud 'DENGAN' dan diikuti dhamir 'HI' yang bermaksud 'NYA' (kata ganti singular masculine). Secara grammar, Harf Jar memerlukan Muta'alliq (kata kerja atau kata nama perbuatan yang dirujuk kepada), di sini merujuk kepada YA'IZU (Dia mengarahkan: singular masculine). Maka 'BIHI' itu merujuk kepada yang perbuatan Mengarahkan, iaitu SATU ARAHAN Allah, sebab itulah mengikut grammar adalah singular walaupun dalam arahan itu terkandung 2 perkara yang diturunkan dari Allah.

Anda suka terjemahan bahasa Inggeris? Cuba lihat di sini:
http://corpus.quran.com/treebank ... se=231&token=37

Lihat contoh dalam Al-Quran bagaimana Harf Jar bersama Majrur membentuk 'BIHIMA' merujuk kepada perbuatan 'dia berjalan-jalan antara kedua-duanya' (yakni Safa dan Marwah).
http://corpus.quran.com/treebank ... se=158&token=12

Dan sekiranya ’alkitaba waalhikmata’’ merujuk kepada DUA benda yg berbeza maka dengan mengikut logic kamu pada ayat Q57:25 kita ada satu lagi kitab yg diturunkan olih Allah.
Sebab didalam ayat tersebut Allah menyebut “(1)Alkitaba dan (2)Almeezana”. (Q57:25)            
Dengan itu kita bolih buat kesimpulan bahawa Nabi Muhammad ada menerima 3 KITAB.
(1) Al-Kitab (2) Al-Hikmah dan (3) Al-Meezana.         


Masalahnya bila saya kata berbeza, kamu masih kata semua KITAB. Cuba fahamkan betul-betul.

Al-Kitab, Al-Hikmah dan Al-Meezan adalah 3 perkara yang berbeza, BUKAN 3 KITAB berbeza!!!

Al-Kitab adalah KALAM/AYAT ALLAH
Al-Hikmah adalah ILMU BERKAITAN PERBUATAN/SUNNAH NABI, juga diturunkan kepada orang tertentu atas pilihan Allah seperti LUQMAN.
Al-Meezan adalah KEADILAN (yang dibawa menerusi NABI)

Q5:110…… AAallamtuka alkitaba waalhikmata waalttawrata waalinjeela ………
Q5:110 ……..; dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil,                  
Q3:48   WayuAAallimuhu alkitaba waalhikmata waalttawrata waalinjeela

Q3:48  Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil.

Adakah ayat diatas bermakna Allah menurunkan 4 buah kitab yg berbeza kepada Nabi Isa??



Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab dan Al-Hikmah, Taurat dan Injil. (Aal-e-'Imran, 48)

Bermakna:
Secara umumn ayat tersebut merujuk kepada Al-Kitab dan Al-Hikmah (dua perkara yang berbeza)
Lebih spesifik, terdapat 2 Kitab yang Allah Ajarkan Nabi Isa AS, dijelaskan satu Kitab Taurat dan satu lagi Kitab Injil.
Di tempat yang lain, Al-Quran juga disebut Al-Kitab, tetapi tidak diajarkan kepada Isa AS sebab itu tak disebut dalam ayat di atas

Kalau kamu kata semua tu SATU, adakah sama TAURAT dan INJIL tu?

Berbalik kepada Al-HIKMAH:

وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا لُقۡمَـٰنَ ٱلۡحِكۡمَةَ

Dan sesungguhnya telah Kami berikan Al-Hikmah kepada Luqman ... (Luqman, 12)

Masih nak kata Al-Hikmah itu Al-Quran/Al-Kitab? Adakah kamu masih tegar nak mempertahankan Al-Hikmah dan Al-Quran itu SATU? Dan TEGAR NAK kata LUQMAN juga terima Al-Quran dari Allah???!!!

Fikirkanlah!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2011 03:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 27-1-2011 10:46
Inilah satu tafsiran yg paling mengarut yg pernah sy dengar. Sy pernah dengar Hadith Sahih, Hadith Hasan dan Hadith Da’if tapi tak pernah sy dengar Hadith ‘Rahsia’ yg ditujukan khas untok salah seorang isteri Nabi.

Beginilah yg sy katakan kamu mengambil sebahagian dari ayat  dan meninggalkan yg lain sehingga kamu mengubah makna asal ayat2 tersebut. Kenapa tak tunjukkan kesemua ayat Q66:3 ??
ramsys Post at 25-1-2011 22:32


Hadith Sahih, Hasan, Dhaif tu STATUS HADITH berdasarkan kekuatan sanad periwayatannya. Setiap hadith ada sanad (periwayatan) dan matan (lafaz) yang mengandungi isi dan maksud. Hadith yang dibincangkan dalam ayat tersebut isinya menyebut tentang Rahsia, kita tak bincang sanad periwayatannya kerana sememangnya Al-Quran itu sahih dan mutawatir lafzi dari segi periwayatannya. ADA FAHAM?

Tu la, asyik dok tolak hadith tapi istilah-istilah dalam ilmu hadith tu pun belum kenal lagi! Lain kali jangan memperlekehkan dengan kata-kata MENGARUT jika belum faham!!

Tiada masalah untuk lihat keseluruhan ayat tu. Kamu yang berbelit-belit menuduh saya dan MEMFITNAH SAYA. Lihat di sini bagaimana tuduhan kamu itu berbalik kepada anda sendiri:
http://mforum2.cari.com.my/viewt ... page%3D1&page=5

Kemudian kamu PUTAR-BELIT ATAS NAMA TAFSIR ULAMA pulak!

Disini sy  sertakan tafsir yg dibuat olih Sy. Maududi berkenaan ayat Q66:3

In it we are told that the Holy Prophet (upon whom be peace) confided a secret to one of his wives, and she told it to another. Allah informed the Holy Prophet of this secret. Then, when the Holy Prophet warned his particular wife on the mistake of disclosure and she said:"Who has informed you of this mistake of mine" he replied: "I have been informed of it by Him Who knows everything and is All Aware."


Ayat pertama bergaris tu JELAS menunjukkan NABI PERNAH MENYAMPAIKAN SESUATU HADITH SECARA RAHSIA (kepada salah seorang dari isterinya)

Disini kita bolih lihat bahawa ulama Tafsir ini pun tidak sedikit mengatakan bahawa pada ayat Q66:3. Nabi ada menyampaikan ‘Hadith Nabi’ (seperti dalam kitab Bukhari) kepada isterinya. Sebaliknya ia menceritakan bagaimana ‘rahsia’ yg Nabi ceritakan kepada salah seorang isterinya telah di ceritakan kepada isteri Nabi yg lain dan ini (menceritakan rahsia) menjadi satu kesalahan yg amat besar sehingga perlu bertaubat kepada Allah (Q66:4).


Di sini tidak timbul isu riwayat Bukhari pun. Kita bincang pasal ayat Al-Quran YANG JELAS menunjukkan Nabi sampaikan Hadith. Samada Rahsia itu disebarkan atau tidak, Nabi Dah sampaikan HADITH menurut ayat itu. MASIH TAK FAHAM KAH?

Kenapa anda tidak melihat yang ayat berikutnya itu menunjukkan dan menguatkan lagi MEMANG NABI DAH SAMPAIKAN HADITH, jika tidak bagaimana rahsia itu boleh diceritakan kepada isteri yang lain? Keseluruhan kisah itu JELAS menunjukkan Nabi menyampaikan hadith, sebaliknya anda cuba PUTAR-BELIT untuk buat kesimpulan yang TERBALIK!!!!

Jikalau kamu TAK PERCAYA HADITH NABI, BAGAIMANA KAMU TAAT PERINTAH ALLAH UNTUK RUKU' BERSAMA-SAMA ORANG YANG RUKU'?

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُواْ مَعَ ٱلرَّٲكِعِينَ
Dan dirikanlah Solat, tunaikanlah Zakat dan Ruku’lah beserta orang-orang yang Ruku’. (Al-Baqarah, 43)

SELAGI ANDA MENGELAT, PUTAR-BELIT DAN MEMFITNAH, SELAGI ITU HUJJAH ANDA UNTUK TOLAK HADITH TIDAK TERPAKAI.

WALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 01:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by cilijeruk at 3-2-2011 14:09

Salam,

Para pencinta riwayat sipolan sangat berpegang kepada hadis. Dan mereka mendakwa apa yang dimaksudkan dengan hadis itu adalah seperti berikut;

   
Hadith atau hadis (bahasa Arab: alhadīth “الحديث” mufrad, ahādīth “أحاديث” jamak); adalah perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya.


Untuk menegakkan dan mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap hadis atau riwayat sipolan, mereka kemudiannya mendakwa perkataan al-hikmah yang terdapat di dalam Al-Quran merujuk kepada hadis atau sunnah Nabi Muhamad. Misalnya ramai di antara mereka menggunakan ayat 3:164 sebagai dalil melalui kaedah penterjemahan yang licik.

  
3:164 Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.


Bagaimanapun, selepas membuat semakan mudah terhadap perkataan al-hikmah di dalam Al-Quran, saya dapati perkataan itu sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan apa yang didakwa sebagai hadis atau sunnah Nabi Muhamad kerana al-hikmah bukan saja diperolehi oleh Nabi Muhamad atau sesiapa yang mempercayai Al-Quran, tetapi ia juga telah sampai kepada nabi-nabi sebelum Muhamad.

Selain itu saya juga mendapati perkataan al-hikmah yang sebelum ini saya cenderung menterjemahkannya sebagai “kebijaksanaan” sebenarnya lebih sesuai jika diterjemahkan sebagai common sense. Mari kita lihat antara nabi atau mereka yang telah diberikan al-hikmah atau common sense sebelum Nabi Muhamad.

Al-hikmah dan Nabi Isa:

   
–> 43:63 Apabila Isa telah datang dengan ayat-ayat yang jelas, dia berkata: Sekarang aku telah datang kepada kamu dengan common sense yang banyak dan untuk menjelaskan kepada kamu apa yang kamu perselisihkan maka takutilah Tuhan dan ambil perhatian kepadaku.

    –> Transliterasi 43:63 Walamma jaa AAeesa albayyinati qala qad jitukum bibialhikmati waliobayyina lakum baAAda allathee takhtalifoona feehi faittaqoo Allaha waateeAAooni

Al-hikmah dan Lokman:

   
–> 31:12 Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan Lokman common sense: “Tunjukkan penghargaan kepada Tuhan. Sesiapa yang menghargai melakukannya untuk keuntungan dirinya sendiri tetapi sesiapa yang tidak menghargai, sesungguhnya Tuhan tidak memerlukan apa-apa, memiliki segala pujian.

    –> Transliterasi 31:12 Walaqad atayna luqmana alhikmata ani oshkur lillahi waman yashkur fainnama yashkuru linafsihi waman kafara fainna Allaha ghaniyyun hameedun


Al-hikmah dan Nabi Daud:


   
38:20 Kami telah menguatkan kerajaannya dan Kami telah berikannya common sense dan berwibawa dalam ucapan dan keputusan.

    Transliterasi 38:20 Washadadna mulkahu waataynahu alhikmata wafasla alkhitabi


Dari ayat-ayat di atas adalah jelas bahawa Al-Hikmah yang disebut di dalam Al-Quran bukan merujuk kepada riwayat mana-mana Nabi yang dibawa oleh sipolan dan sipolan. Semua nabi-nabi selain dari Muhamad juga menerima Al-Hikmah.

Selain dari itu, Tuhan juga memberi beberapa contoh atau petunjuk untuk kita memahami apa yang dimaksudkan perkataan al-hikmah. Dan yang jelas ia langsung tidak sesuai dengan dakwaan-dakwaan para pencinta riwayat sipolan yang kononnya al-hikmah itu riwayat sipolan. Antara contoh-contoh yang Tuhan beri tentang al-hikmah boleh kita renungkan melalui ayat-ayat berikut.

  
17:39 Ini adalah antara common sense yang banyak yang Pemeliharamu telah inspirasikan kepada kamu. Dan jangan sekutukan Tuhan dengan apa-apa objek/berhala kecuali kamu mahu dicampak ke neraka, bersalah dan ditolak.

    Transliterasi 17:39 Thalika mimma awha ilayka rabbuka mina alhikmati wala tajAAal maAAa Allahi ilahan akhara fatulqa fee jahannama malooman madhooran


   
16:125 Ajaklah kepada jalan Tuhan dengan common sense yang banyak dan ucapan yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan jalan yang terbaik dan paling sopan. Sesungguhnya Pemeliharamu amat mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan siapa yang mendapat petunjuk.

    –> Transliterasi 16:125 OdAAu ila sabeeli rabbika bialhikmati waalmawAAithati alhasanati wajadilhum biallatee hiya ahsanu inna rabbaka huwa aAAlamu biman dalla AAan sabeelihi wahuwa aAAlamu bialmuhtadeena


   
2:269 Dia kurniakan common sense kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan kepada sesiapa yang dikurniakan common sense sesungguhnya menerima manfaat yang melimpah-ruah, tetapi tiada siapa yang menyedarinya kecuali mereka yang berkefahaman.

    Transliterasi 2:269 Yutee alhikmata man yashao waman yuta alhikmata faqad ootiya khayran katheeran wama yaththakkaru illa oloo alalbabi

Satu lagi perkataan yang digandingkan dengan Al-Kitab, selain dari Al-Hikmah adalah Al-Mizan. Al-Mizan bermaksud penimbang. Berikut adalah contoh ayat:

   
57:25 Dan Kami telah mengutuskan sebelum ini para utusan Kami dengan tanda-tanda yang jelas dan menurunkan bersama mereka Kitab dan Penimbang supaya manusia menegakkan keadilan dan Kami menurunkan besi yang di dalamnya terkandung kehebatan dan pelbagai manfaat untuk manusia, supaya Tuhan dapat menguji siapa yang akan membantu Tuhan dan rasulNya walaupun tidak melihatnya. Sesungguhnya Tuhan Kuat Berkuasa ke atas segala-galanya.

    Transliterasi 57:25 Laqad arsalna rusulana bialbayyinati waanzalna maAAahumu alkitaba waalmeezana liyaqooma alnnasu bialqisti waanzalna alhadeeda feehi basun shadeedun wamanafiAAu lilnnasi waliyaAAlama Allahu man yansuruhu warusulahu bialghaybi inna Allaha qawiyyun AAazeezun


Pada pendapat saya perkataan Al-Mizan atau penimbang pada dasarnya selaras dengan perkataan Al-Hikmah atau common sense. Bezanya Al-Hikmah atau common sense adalah perkataan yang lebih umum dan luas maksud aplikasinya sedangkan Al-Mizan atau penimbang lebih merujuk kepada konteks keadilan.

Contoh keadilan di dalam urusan perniagaan - di mana kita perlu membuat timbangan atau memberi spesifikasi yang betul atau meletakkan harga yang berpatutan dalam setiap urusniaga dengan pelanggan. Atau pun keadilan dalam konteks benar atau salah – di mana dalam apa juga ketika dan keadaan – kita mestilah bersifat adil tanpa sebarang prejudis atau bias kepada sesiapa saja tanpa mengira kedudukan, keturunan, bangsa, agama dan sebagainya.

Pendek kata, dengan menggunakan Al-Kitab sebagai petunjuk kita akan menjadi manusia yang mempunyai common sense dan adil dalam apa saja urusan kehidupan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 12:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 7-2-2011 13:12
Misalnya ramai di antara mereka menggunakan ayat 3:164 sebagai dalil melalui kaedah penterjemahan yang licik.
cilijeruk Post at 3-2-2011 13:28


Salam...

Saudara cilijeruk, anda ni clone RAMSYS ka? Tiba-tiba saja muncul masuk sambung perbincangan saya dengan Ramsys pasal Al-Kitab dan Al-Hikmah!

Kalau anda ni bukan klon Ramsys, baik baca balik betul-betul post yang lepas sebelum membuat tuduhan demi tuduhan macam Ramsys dok buat tu! Memalukan saja!!

Bagaimanapun, selepas membuat semakan mudah terhadap perkataan al-hikmah di dalam Al-Quran, saya dapati perkataan itu sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan apa yang didakwa sebagai hadis atau sunnah Nabi Muhamad kerana al-hikmah bukan saja diperolehi oleh Nabi Muhamad atau sesiapa yang mempercayai Al-Quran, tetapi ia juga telah sampai kepada nabi-nabi sebelum Muhamad.


Al-Hikmah tu ilmu berkaitan perbuatan, yang diturunkan kepada manusia terpilih. Apabila ilmu tersebut ditunjukkan secara PRAKTIKAL, dan DICONTOHI maka jadilah ia SUNNAH. Apabila yang dicontohi itu Para Nabi, maka ia jadi SUNNAH NABI.

Al-Hikmah juga diturunkan kepada bukan Nabi, seperti kepada Luqman. Maka apabila ia dicontohi, kita boleh sebut Sunnah Luqman. Begitu juga Sunnah Nabi Ibrahim AS yang ada dalam Syariat Islam harini termasuk amalan Haji, yang juga Sunnah Nabi Muhammad SAW.

ALLAH Yang menurunkan ILMU berkaitan amalan Haji kepada Ibrahim AS. Apabila dipraktikkan dan dicontohi, ia menjadi Sunnah Nabi Ibrahim AS. Dan apabila ia juga dicontohi Nabi Muhammad SAW, maka ia juga Sunnah Nabi Muhammad SAW.

Selain itu saya juga mendapati perkataan al-hikmah yang sebelum ini saya cenderung menterjemahkannya sebagai “kebijaksanaan” sebenarnya lebih sesuai jika diterjemahkan sebagai common sense.


Pendapat anda kan?

Pada pendapat saya perkataan Al-Mizan atau penimbang pada dasarnya selaras dengan perkataan Al-Hikmah atau common sense


Juga pendapat anda kan? Kamu ni banyak guna pendapat 'common sense'. Setiap manusia ada standard 'common sense' yang tersendiri. Dan common sense yang kamu pakai tu hanya pendapat kamu semata-mata.

Pendek kata, dengan menggunakan Al-Kitab sebagai petunjuk kita akan menjadi manusia yang mempunyai common sense dan adil dalam apa saja urusan kehidupan.


Baiklah, sekarang, saya nak lihat COMMON SENSE KAMU DENGAN SEBAIK-BAIKNYA menggunakan Al-Kitab. Saya dah tanya Ramsys banyak kali tapi dia tidak mahu jawab. Kalau kamu juga tak jawab, maka kamu ni berkemungkinan besar spesis Ramsys juga:


وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُواْ مَعَ ٱلرَّٲكِعِينَ
Dan dirikanlah Solat, tunaikanlah Zakat dan Ruku’lah beserta orang-orang yang Ruku’. (Al-Baqarah, 43)

Menerusi Al-Quran, Allah perintah supaya dirikan Solat, tunaikan Zakat, dan Ruku' beserta orang-orang yang Ruku'. Bagaimana CARA Ruku' tersebut DAN SIAPAKAH yang dimaksudkan dengan orang-orang yang Ruku'?

Sila jelaskan common sense anda wahai saudara cilijeruk...

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 01:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by cilijeruk at 7-2-2011 13:39
Salam...

Saudara cilijeruk, anda ni clone RAMSYS ka? Tiba-tiba saja muncul masuk sambung perb ...
mnm77 Post at 7-2-2011 12:17


Salam mnm77,

Saya bukan Ramsys. Baiklah tentang 2:43. You kena lihat konteks ayat ini dari 2:40.

2:40   Wahai Bani Israel, ingat restuKu yang telah Aku restukan ke atas kamu. Dan kamu wajar memenuhi perjanjian denganKu - Aku akan penuhi perjanjian dengan kamu. Dan kepada Aku kamu akan kembali.

2:41 Dan percayalah kepada apa yang telah Aku turun - untuk mengesahkan kebenaran yang apa yang telah ada dengan kamu - dan janganlah menjadi yang pertama tidak percayakannya dan jangan memperdagangkan ayat-ayatKu dengan murah dan kepada Aku kamu wajar beri perhatian.

2:42 Dan jangan mencemarkan kebenaran dengan kepalsuan dan jangan juga menyembunyikan kebenaran.

2:43  Dan tegakkanlah komitmen-komitmen kamu dan jagalah kemurniannya dan hormatilah diri kamu bersama bersama-sama orang yang memberi hormat.

Jelas sekali suruhan supaya menegakkan komitmen dalam ayat 2:43 ditujukan secara khusus kepada Bani Israel. Dan siapa pula orang-orang yang memberi hormat? Siapa sajalah yang berada dalam kategori itu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 04:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 7-2-2011 17:03
2:43  Dan tegakkanlah komitmen-komitmen kamu dan jagalah kemurniannya dan hormatilah diri kamu bersama bersama-sama orang yang memberi hormat.

Jelas sekali suruhan supaya menegakkan komitmen dalam ayat 2:43 ditujukan secara khusus kepada Bani Israel. Dan siapa pula orang-orang yang memberi hormat? Siapa sajalah yang berada dalam kategori itu.
cilijeruk Post at 7-2-2011 13:38



Salam....

Boleh saya tahu terjemahan mana yang menterjemahkan:

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُواْ مَعَ ٱلرَّٲكِعِينَ

Kepada yang anda berikan di atas?

Yang menurut anda bermakna:
As-Solat = Komitmen-komitmen ?
Az-Zakat = Kemurnian ?
Irka'u (Ruku') = Hormatlah diri kamu ?
Raaki'een = Orang2 yang memberi hormat ?

Bagaimana irka'u boleh diterjemahkan kepada hormatilah diri kamu? Sila jelaskan.


Dan sekalipun anda guna terjemahan di atas, anda masih tidak menjawab siapa orang-orang yang memberi hormat (Ruku'), TETAPI anda kata: "Siapa sajalah yang berada dalam kategori itu."
Adakah memberi hormat seperti cara orang-orang di TOKONG atau di KUIL atau di GEREJA atau di SYNAGOGUE boleh masuk dalam kategori di atas?

Sila jelaskan.....

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 05:13 PM | Show all posts
ape nk jd ngan golongan anti hadis nie..x abis2 ngan kontroversinye..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 07:11 PM | Show all posts
Salam....

Boleh saya tahu terjemahan mana yang menterjemahkan:

وَأ ...
mnm77 Post at 7-2-2011 16:44


Salam mnm77,

Orang-orang yang mengamalkan ritual menyekutukan Tuhan tentulah bukan dari kalangan mereka yang rukuk. Tak kiralah mereka melakukannya di dalam tokong atau kuil atau gereja atau masjid atau synagogue dan sebagainya. Menyekutukan Tuhan adalah perbuatan mengada-adakan sesuatu atau sesiapa untuk disandarkan kepada Tuhan padahal Tuhan tidak menetapkan yang seumpamanya. Misalnya ramai manusia menyekutukan Tuhan dengan batu - baik dalam bentuk patung-patung, dinding-dinding atau bangunan-bangunan. Antaranya seperti yang boleh dilihat melalui gambar-gambar di bawah.

  


Mungkin sebab itulah Tuhan kata bahan api di neraka adalah terdiri dari manusia dan batu.

66:6. Wahai orang-orang yang percaya, lindungilah diri kamu dan keluarga kamu daripada Api yang bahan bakarnya manusia dan batu, dan di atasnya malaikat-malaikat yang kasar, keras, yang tidak mengingkari Allah pada apa yang Dia memerintahkan mereka, dan membuat apa yang mereka diperintahkan.

2:24. Dan jika kamu tidak buat, dan kamu tidak akan buat, maka takutilah Api, yang bahan bakarnya manusia-manusia dan batu-batu, disediakan bagi orang-orang yang tidak percaya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 12:36 AM | Show all posts
Orang-orang yang mengamalkan ritual menyekutukan Tuhan tentulah bukan dari kalangan mereka yang rukuk. Tak kiralah mereka melakukannya di dalam tokong atau kuil atau gereja atau masjid atau synagogue dan sebagainya. Menyekutukan Tuhan adalah perbuatan mengada-adakan sesuatu atau sesiapa untuk disandarkan kepada Tuhan padahal Tuhan tidak menetapkan yang seumpamanya. Misalnya ramai manusia menyekutukan Tuhan dengan batu - baik dalam bentuk patung-patung, dinding-dinding atau bangunan-bangunan. Antaranya seperti yang boleh dilihat melalui gambar-gambar di bawah.
cilijeruk Post at 7-2-2011 19:11


Salam....

Pertama sekali saya menghargai usaha anda membawa contoh gambar.

Keduanya, saya nak tanya, apakah orang yang menjadikan Ka'bah itu sebagai QIBLAT dalam amalan Solat dikira SYIRIK? Adakah anda anggap mereka sembah batu? Sedangkan anda sendiri mengubah PERINTAH ALLAH tentang AS-SOLAT, dengan membuat terjemahan komitmen-komitmen? Menurut kefahaman anda, apakah komitmen-komitmen yang mesti dilaksakan?

Ketiganya, anda tidak menjawab soalan saya, sebaliknya anda menambah isu dengan gambar KAABAH pula sebagai contoh mensyirikkan Allah. Saya sudah menduga perkara ini akan berlaku dari orang yang ANTI-HADITH, sebab tu saya TANYA AWAL-AWAL:

Boleh saya tahu terjemahan mana yang anda pakai untuk menterjemahkan:

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُواْ مَعَ ٱلرَّٲكِعِينَ

Yang menurut anda bermakna:
As-Solat = Komitmen-komitmen ?
Az-Zakat = Kemurnian ?
Irka'u (Ruku') = Hormatlah diri kamu ?
Raaki'een = Orang2 yang memberi hormat ?

Bagaimana irka'u boleh diterjemahkan kepada hormatilah diri kamu? Sila jelaskan.

Jika anda hanya membuat terjemahan sendiri, dan mengatakan umat Islam melakukan Syirik di depan Ka'bah, itu hanya FITNAH kerana KEJAHILAN orang yang memfitnah.

Orang-orang yang mengamalkan ritual menyekutukan Tuhan tentulah bukan dari kalangan mereka yang rukuk


Saya tanya SIAPA YANG WAJAR KITA CONTOHI DALAM PERINTAH RUKU' bersama orang yang RUKU'? Anda tidak memberi jawapan, sebaliknya hanya BUAT PENAFIAN. SIAPA YANG RUKU' TU ANDA TIDAK JAWAB.

TOLONG JAWAB SOALAN SUPAYA SAYA TIDAK PERLU ULANG BERKALI-KALI. TERIMA KASIH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2011 01:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 8-2-2011 01:41

Memandangkan saudara cilijeruk akan hanya guna hujjah Al-Quran, maka saya pun akan guna Hujjah Al-Quran, Insya-Allah.

Surah Aal-e-'Imran:
Sesungguhnya rumah (ibadat) yang mula-mula dibangun untuk manusia, ialah di BAKKAH yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia (96)
Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, MAQAM IBRAHIM, barangsiapa memasukinya  menjadi amanlah dia, mengerjakan HAJI adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang mampu membuat perjalanan ke Baitullah, barangsiapa kufur (engkar kewajiban Haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatu) dari sekalian 'aalamin (makhluknya). (97)


Tempat yang disebut Maqam Ibrahim itu berada berdekatan Ka'bah (BAITULLAH) di kota MAKKAH, spesifik tempatnya dikenali sebagai BAKKAH. Ini tanda yang nyata dari Al-Quran. Jika anda mengengkari hal ini, nyatakan di mana TANDA MAQAM IBRAHIM yang anda ketahui.

Sungguh Kami melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke QIBLAT yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah MASJIDIL HARAM. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Al Kitab memang mengetahui, bahawa itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.
(Al-Baqarah, 144)

Dalam Al-Quran, terdapat perintah QIBLAT dengan memalingkan muka ke arah MASJIDIL HARAM. Ummat Islam memang bersolat ber QIBLATKAN BAITULLAH yang terletak di MASJIDIL HARAM, sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Jika anda mengingkari hal ini, sila nyatakan QIBLAT ANDA DI MANA? Atatupun anda nak terjemah QIBLAT tu sebagai apa pulak?

Sekian untuk kali ini harap anda jawab soalan-soalan di atas. Elakkan bawa isu TUDUHAN TANPA selesaikan perkara ASAS di atas yang disebut Al-Quran.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 01:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by cilijeruk at 8-2-2011 03:13
Salam....

Pertama sekali saya menghargai usaha anda membawa contoh gambar.

Keduanya, saya ...
mnm77 Post at 8-2-2011 00:36

Salam mnm77,

Saya bawakan ayat-ayat berikut supaya tuan memikirkannya.

18:51.  Aku tidak menjadikan mereka untuk mempersaksikan (memberhalakan) ciptaan di langit dan di bumi, tidak juga ciptaan diri mereka sendiri, tidak juga Aku mengambil mereka yang membawa kepada kesesatan sebagai pembantu.

18:52.  Dan pada hari di mana Dia akan berkata: Panggillah mereka yang kamu anggap sebagai sekutu kepadaKu. Maka mereka memanggil tetapi mereka tidak menjawabnya. Dan Kami akan meletakkan pemisah di antara mereka.
            
18:53.  Dan yang bersalah akan melihat Api, maka mereka tahu mereka akan dihumban ke dalamnya dan mereka tidak akan menemui tempat untuk mengelak darinya.
            
18:54.  Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan di dalam Quran ini pelbagai contoh untuk manfaat manusia tetapi kebanyakannya mahu berbalah.

18:55.  Tiada apa yang menghalang manusia dari mempercayai apabila Petunjuk sampai kepada mereka kecuali mereka terpedaya dengan sunnah orang-orang terdahulu, atau adakah wajar hukuman di bawa ke depan muka mereka?
            
18:56. Dan Kami tidak mengutuskan rasul-rasul kecuali sebagai pembawa berita gembira dan mereka yang tidak percaya membuat bantahan palsu supaya mereka menafikan kebenaran dan mereka mengambil ayat-ayatKu dan amaran yang telah diberikan sebagai olok-olokkan.


Perhatikan 18:51. Tuhan menjadikan manusia bukan untuk mempersaksikan atau dengan kata lain memberhalakan:

1.  Apa-apa ciptaan Tuhan baik yang ada di langit mahupun di bumi.
2.  Apa-apa ciptaan yang dibuat atau dibina oleh manusia sendiri.
3.  Orang-orang yang kononnya dekat dengan Tuhan dan mampu memberi petunjuk kepada manusia lain sedangkan mereka sebenarnya adalah orang-orang yang sesat.

Jika begitu apakah sandaran kita untuk berada di jalan yang benar-benar lurus?

Jawapannya dalam 18:56. Iaitu Al-Quran. Petunjuk Tuhan yang Tuhan sendiri yakinkan pada kita bahawa semua contoh yang diperlukan untuk kita berada di jalan yang lurus sudah ada dalam Kitab itu. Malangnya kebanyakan manusia suka membantah apabila pentunjuk Al-Quran dikemukakan kepada mereka. Mereka lebih cenderung untuk memilih percaya kepada sunnah orang-orang terdahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 01:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 8-2-2011 01:50
Jawapannya dalam 18:56. Iaitu Al-Quran. Petunjuk Tuhan yang Tuhan sendiri yakinkan pada kita bahawa semua contoh yang diperlukan untuk kita berada di jalan yang lurus sudah ada dalam Kitab itu. Malangnya kebanyakan manusia suka membantah apabila pentunjuk Al-Quran dikemukakan kepada mereka. Mereka lebih cenderung untuk memilih percaya kepada sunnah orang-orang terdahulu.
cilijeruk Post at 8-2-2011 01:43


Salam...

Nampaknya anda masih guna taktik yang sama seperti Ramsys, iaitu tidak menjawab soalan sebaliknya MEMBUAT TUDUHAN! Sila baca post yang lepas...Dalam Al-Quran ada perintah Taat Allah dan Taat Rasul. Taat Rasul itu ikut Perintah Allah dengan mencontohi Sunnah Rasul.

Sebelum anda meneruskan hujjah ulangan dan tuduhan serta fitnah yang berterusan, sila fokus dan jawab soalan pada post #296 dan #297.

Terima kasih

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 01:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by cilijeruk at 8-2-2011 03:00
Salam....

Pertama sekali saya menghargai usaha anda membawa contoh gambar.

Keduanya, saya ...
mnm77 Post at 8-2-2011 00:36

Salam mnm77,

Tentang rukuk dan sujud. Siapakah mereka? Pada pendapat saya begini.


Perkataan sujud secara umumnya ditafsirkan sebagai perbuatan membongkokkan diri di atas lutut dengan muka menyentuh lantai. Kononnya ia satu manifestasi kepatuhan kepada Tuhan. Tetapi adakah perbuatan seperti itu yang Tuhan suruh kita amalkan?

Saya melihat maksud perkataan sujud  mudah saja, iaitu merendah diri. Apabila Tuhan suruh para malaikat sujud kepada Adam, ia bukan bermakna mereka perlu membongkokkan-diri-di atas-lutut-dengan-muka-menyentuh-lantai kepada Adam. Ia juga tidak bermakna mereka perlu patuh kepada Adam. Adam bukan Tuhan mereka. Jadi apa yang berlaku sebenarnya adalah mereka telah merendah diri kepada Adam. Mereka mengakui anggapan mereka terhadap Adam sebelum itu adalah salah.


Sepertimana yang kita diberitahu, sebelum itu para malaikat telah beranggapan bahawa mereka adalah makhluk yang lebih baik dari Adam dan tidak nampak mengapa Allah mahu menjadikan dia khalifah di bumi. Namun selepas Tuhan membuktikan di hadapan mereka perihal kelebihan Adam, mereka sedar kesilapan mereka dan terus merendah diri apabila Tuhan menyuruh mereka berbuat demikian.

Bagaimanapun Iblis memilih untuk terus dengan kesombongannya dan tidak mahu merendah diri kepada Adam. Akibat kesombongannya itu Tuhan melaknat Iblis. Berikut adalah apa yang diceritakan Tuhan kepada kita:

2:34 “Dan apabila Kami katakan kepada para malaikat: Rendahkanlah diri kepada Adam (lalu) mereka telah merendah diri - tetapi Iblis - dia menolak dan dia sombong dan dia adalah antara mereka yang tidak percaya”.

17:61 “…Dia berkata: Patutkah aku merendah diri kepadanya yang Engkau telah perbuat dari tanah?”

Lawan sifat sombong adalah merendah diri. Dan orang yang merendah diri sentiasa mempunyai rasa hormat. Jadi sujud adalah merendah diri dan rukuk adalah tunduk/hormat. Siapakah mereka? Mereka boleh jadi sesiapa saja. Asalkan mereka sentiasa merendah diri kepada Tuhan, kepada sesama makhluk dan mempunyai sifat hormat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.064670 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list