CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

◄☺☺ Nabil - Juara Raja Lawak 2☺☺►

[Copy link]
Post time 18-2-2009 04:48 PM | Show all posts
Jawablah!: Bukan anak emas

    Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my               

     NABIL nafi tamak dan menjadi hak eksklusif stesen televisyen milik Media Prima.

                   Bagi Nabil, setiap tawaran adalah rezeki dan tak wajar ditolak

ENTAHKAN kerana tuah ataupun berkat usaha sendiri tanpamengenal erti jemu, kerjaya seni pemenang program Raja Lawak musimkedua, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil semakin bersinar sejak kebelakanganini.

Biarpun usia Nabil masih lagi hijau dalam bidang seni, namunpopulariti jejaka kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini semakinmemuncak dan sering menjadi rebutan pelbagai pihak yang inginmendapatkan khidmatnya sebagai pelakon ataupun sebagai pengacara.
        
    Sejak bergelar juara, Nabil tidak putus-putusmenerima tawaran berlakon. Ketika ini, satu demi satu filem lakonannyamenunggu masa untuk ditayangkan. Lebih mengujakan, wajah pemuda berusia26 tahun ini bakal menghiasi saluran televisyen milik Media Primaapabila ada beberapa produk mereka mengetengahkan Nabil sebagaipengacara seperti Ewah Ewah, Studio Nabil dan Pondok-Pondok.

Dan, disebabkan itu timbullah cakap-cakap nakal yangmenyatakan Nabil kini tamak apabila mengaut seberapa banyak tawarantanpa memikirkan kesan kepada reputasi dirinya sebagai seorang artis.Tidak cukup dengan itu Nabil juga didakwa melebihkan kumpulan MediaPrima berbanding Astro yang mula-mula mencungkil bakatnya terlebihdulu.

Begitupun, saat diajukan pertanyaan ini kepada si empunyadiri, Nabil cukup tenang serta tidak cepat melatah kala menjawab soalanitu. Tanpa ada niat untuk bersikap kacang lupakan kulit, tegas Nabilsemua itu disifatkannya sebagai rezeki yang tidak harus ditolak olehmana-mana artis sepertinya.
                          
NABIL kini semakin popular sebagai pengacara.
                        Hip: Dua program Nabil iaitu Pondok-Pondok dan Studio Nabil direka khas oleh TV9 semata-mata untuk Nabil. Boleh ulas sikit?

Nabil:
Sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasihkepada TV9 kerana percaya dengan bakat dan kebolehan Nabil. Sebagaiartis, saya terima apa saja tawaran yang diberikan asalkan iabersesuaian dengan karakter saya. Begitupun dalam hal ini, saya turutmenyumbang idea ketika di peringkat awal penerbitan. Sebagai anak seni,saya sangat menghargai peluang yang diberikan lebih-lebih lagi apabilamenggunakan nama sendiri. Namun pada masa yang sama saya anggap iacabaran besar dan saya akan pastikan dapat memberikan yang terbaikdalam program ini.

Hip: Apakah ini boleh diibaratkan Nabil anak emas kumpulan Media Prima?

Nabil:
Dalam hal ini tidak timbul soal anak emas sesiapa.Saya bekerja dengan mereka yang boleh bekerja dengan saya. Kalau adapihak itu berpuas hati dengan apa yang saya persembahkan dan inginbekerjasama dengan saya untuk ke peringkat yang seterusnya, sudah tentuperkara itu saya sambut dengan hati terbuka. Apabila TV9 menerbitkanprogram ini berdasarkan karakter saya, saya harap perkara itu tidakmenjadi sensasi kerana seperti tegaskan sebelum ini, saya bukan hakmilik eksklusif mana-mana stesen televisyen.
                                Hip: Tidakkah Nabil rasa yang peminat akan bosan kerana melihat wajah Nabil yang begitu kerap di stesen TV9?

Nabil:
Saya tidak berasakan sedemikian kerana setiapprogram saya adalah berbeza. Untuk program Ewah Ewah yang disiarkan diTV3, ia lebih kepada bercorak kuiz dan permainan. Program Pondok-Pondokpula untuk kanak-kanak manakala Studio Nabil adalah siri sitkom dan iaturut menampilkan artis popular tanah air sebagai tetamu. Karakter sayaberubah untuk setiap program dan saya yakin ia takkan menjemukansesiapa.

Hip: Mampukah Nabil mengendalikan program Pondok-Pondokdisebabkan status Nabil sendiri yang masih belum berumahtangga sertamempunyai anak?

Nabil:
Walaupun tidak mempunyai anak tetapi saya sudahbiasa dikelilingi kanak-kanak seperti anak saudara di kampung. Kalaubersama mereka memang tak sah kalau tak menyakat mereka. Jadi sayagunakan pengalaman yang ada itu untuk berkomunikasi dengan kanak-kanaksekali gus menjadikan program ini lebih menarik. Walaupun sebelum iniada yang memberi komen bahawa program kanak-kanak ketika ini tidaksesuai dengan usia mereka tapi secara tidak langsung program sepertiini memberi peluang untuk kanak-kanak ini mencungkil bakat terpendammereka dan menggalakkan mereka lebih kreatif dan berani.

Hip: Dengan populariti yang semakin hebat apakah ini bermakna nilai Nabil semakin mahal?

Nabil:
Sejujurnya, saya lebih suka kalau orang bolehgembira dengan lawak saya kerana itu lebih bermakna. Seboleh mungkinsaya tak mahu buat diri saya mahal hanya kerana kita ada nama. Bagisaya biarlah berpatutan dan bersederhana kerana itu lebih baik. Setakatini perjalanan hidup saya masih macam biasa. Pergi lokasi penggambaranpun saya naik motosikal. Lebih senang dan ringkas.

Hip: Ramai ingin tahu sejauh manakah hubungan Nabil dengan pelakon Irma Hasmie?

Nabil:
Kami berkawan baik dan setakat ini dia adalah kawanperempuan yang paling saya rapat. Kami ada juga keluar bersama. Hendakkata kami bercinta, rasanya masih belum sampai ke tahap itu. Lagipunkami tidak pernah berbincang apa-apa pun pasal itu. Cuma apa yang bolehsaya katakan, saya senang dan selesa berkawan dengannya.

Hip: Kalau ditakdirkan jodoh Nabil dengan Irma, apa komen Nabil?

Nabil:
Soal jodoh itu semua kuasa Tuhan. Apapun, kalau tibamasanya saya akan umumkan juga dengan sapa saya akan berkahwin.Begitupun, buat masa ini agenda pasal perkahwinan tidak ada dalam hidupsaya kerana saya mahu tumpukan perhatian pada karier dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2009 04:49 PM | Show all posts
idup segan mati x mau jer kelab ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2009 11:37 PM | Show all posts
Rabu Februari 18, 2009
Nabil tercalon dua kategori ABPBH2008
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

SERI KEMBANGAN: Seperti yang dijangka, pelakon dan pelawak Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil terpilih sebagai antara lima finalis Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) 2008 yang akan berlangsung pada 12 April ini di Arena of Stars, Genting Highlands.

Nabil, 26, dicalonkan untuk dua kategori iaitu Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

“Saya memang terperanjat dan tidak sangka apabila tercalon. Jadi, saya tak letakkan harapan yang tinggi untuk menang kerana masih baru di dalam industri ini.

“Saya rasa bersyukur apabila tercalon. Sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa ramai orang dengan cepat dalam sekelip mata.

“Kalau menang, itu satu bonus kerana ia boleh memberi peluang untuk bekerja. Tetapi jika hanya ada nama tetapi tidak ada hasil pun nak buat apa.

“Bagi saya, anugerah ini adalah suatu bonus bagi mereka yang bekerja kuat,” kata Nabil ketika majlis pengumuman lima finalis ABPBH2008 di Palace of The Golden Horses, di sini, hari ini.

Selain juara Raja Lawak musim kedua itu, finalis lain yang dicalonkan untuk dua kategori adalah Fara Fauzana (Pengacara TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular), Aznil Nawawi (Pengacara TV Lelaki Popular dan Penyampai Radio Lelaki Popular), Faizal Ismail (Pengacara TV Lelaki Popular dan Penyampai Radio Lelaki Popular), Saiful Apek (Artis Komedi Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular).

Turut serta adalah AC Mizal (Pengacara TV Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular), Aiman (Artis Baru Lelaki Popular dan Penyanyi/ Artis Nasyid Popular), Stacy (Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular), Nubhan (Artis Baru Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular) dan Rosyam Nor (Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular).

Sebanyak 16 kategori yang dipertandingkan di dalam ABPBH2008 turut melibatkan artis popular tanah air lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Mawi, Meet Uncle Hussein, Jaclyn Victor, Erra Fazira, Liyana Jasmay dan ramai lagi.

Penganjuran ABPBH2008 keseluruhannya juga mendapat kerjasama daripada Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM).

Antara penaja-penaja yang menjayakan malam anugerah itu adalah Genting Highlands Kota Keriangan sebagai lokasi rasmi, TV3 (penyiar TV rasmi), Hot FM (radio rasmi), dan Hotel Palace Of The Golden Horses (h
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2009 07:27 AM | Show all posts
Nabil Bintang Paling Popular 2008

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


RAJA Lawak musim kedua, Nabil bersama trofi Anugerah Bintang Paling Popular 2008 di Arena of Stars, Genting Highlands, malam tadi. Nabil turut memenangi anugerah Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular manakaka Raja Pop, Jamal Abdillah (gambar kecil) pula meraih Anugerah Pencapaian Seumur Hidup. - Gambar UTUSAN/MOHD NOOR AMIN

GENTING HIGHLANDS 12 April - Seperti yang diramal, gelaran Bintang Paling Popular menjadi milik juara Raja Lawak musim kedua, Nabil dalam Anugerah Bintang Popular 2008 (ABP2008) di Arena of Stars di sini malam ini.

Dia yang mendapat 127,524 undi untuk kategori itu, membawa pulang hadiah berjumlah lebih RM250,000 termasuk sebuah kereta Nissan Sylphy 2.0L (A) berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. selain barang kemas dan pakej penginapan.

Anak kelahiran Negeri Sembilan itu juga menjadi artis komedi kedua yang memenangi kategori tersebut selepas Saiful Apek dinobatkan gelaran sama pada tahun 2003.

Bukan itu saja, Nabil turut memenangi dua kategori lain iaitu Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular dengan menewaskan nama-nama besar seperti Afdlin Shauki, AC Mizal dan Saiful.

Kejayaan Nabil menggenggam gelaran itu ternyata membenamkan impian penyanyi Mawi untuk mempertahankan gelaran tersebut bagi tahun keempat berturut-turut.

Pun begitu, Mawi, juara Akademi Fantasia 4, berjaya mempertahankan kemenangan bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular untuk kali keempat berturut-turut.

Datuk Siti Nurhaliza pula membuktikan keunggulannya sebagai penyanyi nombor satu negara apabila dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular bagi tahun ke-12 berturut-turut.

Dalam kategori itu, Siti berdepan saingan yang cukup sengit daripada penyanyi baru seperti Elyana, Jaclyn Victor, Mila dan Stacy.

Band indie yang semakin popular, Meet Uncle Hussain (MUH) pula membawa pulang gelaran Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular sekali gus membenamkan impian saingan terdekat, Hujan.

Sementara itu, Fara Fauzana berjaya mempertahankan gelaran Penyampai Radio Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular untuk dua tahun berturut-turut.

Rakan setugasnya, Faizal Ismail juga mengekalkan kejuaraan buat tahun kedua menerusi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular.

Pemenang lain ialah Aznil Nawawi iaitu kategori Pengacara TV Lelaki Popular, Noorhiriah (Artis Komedi Wanita Popular) dan Rabbani (Penyanyi/Artis Nasyid Popular).

Juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy pula dipilih Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon Filem Lelaki dan Wanita Popular masing-masing dimenangi Que Haidar dan Maya Karin manakala Rosyam Nor dan Dynas pula membawa pulang gelaran Pelakon TV Lelaki dan Wanita Popular.

ABP2008 turut menyaksikan Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup atas sumbangannya dalam bidang seni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 07:46 AM | Show all posts
Congrats Nabil......& pengundi2 Nabil sekali......

Bintang Paling Popular 2008
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 08:42 AM | Show all posts
:pompom: tahniah nabil.....ske tgk nabil ngn irma....so sweet..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.307810 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list