CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: safriehalim

[Politik] Najib akan diambil tindakan dedah dokumen embargo – PM

[Copy link]
Post time 11-4-2019 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu Najib ke belake
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2019 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
aaz replied at 11-4-2019 09:32 PM
Apa maksud pembelian saham dgn put option?

bila kita beli saham satu2 syt, put option ni membenarkan kita jual semula saham2 tu dgn certain2 harga yg dipersetujui.

najib dah explain dlm facebook dia berkenaan put option utk kes felda ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dsn nak dedahkan kebenaran pon nak dihalang ke?.. kata gomen ph ni telus..pigidah..sembang je lebih...hampeh..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
relaxjek replied at 11-4-2019 09:37 PM
Dsn nak dedahkan kebenaran pon nak dihalang ke?.. kata gomen ph ni telus..pigidah..sembang je lebih. ...

tak sabar tengok hari najib dihumban ke sjngai buloh
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
badaksumbu replied at 11-4-2019 01:31 PM
govt sekarang dah ada akses utk semua transaksi zaman bijan. sila dakwa kalau betul.

kalau fit ...

Org yg gov dulu pun ada dalam gov sekarang. So, sebab tu lah depa nk dakwa kes yg semasa je. In the process bro.. wait and see la benar ke tidak..  
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat makin meluat dengan pakatan hancing. Menteri pelsu dan kaki kencing semuanya!
Ekonomi makin terok & rakyat hilang kerja. Bebalik asik zikir najib, 1mdb, felda..
Takut naw dengan fakta yang DSN dedahkan. Melingkop la PH!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2019 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 10-4-2019 11:26 PM
Dah berapa penggal jibun jadi MP, basic rules pun tak tau, ke bebuat tak tau?

menda tu public.. lg mak slhkan najib watpe
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 11-4-2019 09:51 PM
tak sabar tengok hari najib dihumban ke sjngai buloh

Gelojoh sangat PH dan penyokongnya. Ejaan asyik salah.
- Raykat - penyokong cabok jalanan
- Rayat - menteri tisu
- Sjngai buloh - penyokong tin kosong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2019 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts

Astro Awani

BERITA  |  BISNES
Hishammuddin sokong Kertas Putih Felda, bimbang pembelian Eagle High

Astro Awani |  Published April 11, 2019 18:23 MYT

Hishammuddin yang juga sepupu Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat, kertas putih yang dibentangkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamaed Azmin Ali itu secara menyuluruh ia akan memanfaatkan Felda dan peneroka.

KUALA LUMPUR: : Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan kebimbangannya mengenai beberapa perkara yang didedahkan menerusi pembentangan kertas putih Felda terutama membabitkan pembelian saham Eagle High Plantation Investment (EHP).

Menerusi akaun Twitternya, Hishammuddin yang juga sepupu Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat, kertas putih yang dibentangkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamaed Azmin Ali itu secara menyuluruh ia akan memanfaatkan Felda dan peneroka.

Bekas Naib Presiden UMNO itu juga menegaskan menyokong dan akan bekerjasama demi 2,285 peneroka di Parlimen Sembrong.

"Tetapi, Kertas Putih Felda ini juga mendedahkan beberapa perkara yang membimbangkan dan memerlukan siasatan menyeluruh. Khususnya, perkara yang ada berkaitan dengan transaksi Eagle High yang menjadi tanda tanya ramai," tulis beliau.

BACA: Kertas Putih Felda: 'Najib kelirukan orang awam dan peneroka' - Muhyiddin



BACA: Langgar embargo: Najib berdepan tindakan digantung sebagai Ahli Parlimen
Pada Rabu, Azmin membentangkan kertas putih berkenaan yang mendedahkan aliran tunai Felda berada pada tahap kritikal, selain baki tunai Felda merosot daripada purata RM2.5 bilion dalam tempoh 2007 hingga 2011 kepada hanya RM400 juta pada 2017.

Mengulas lanjut, Azmin berkata semua laporan polis dan pertuduhan yang bakal dibuat adalah berdasarkan bukti yang diperolehi daripada Audit Forensik.

Katanya, kerajaan tidak akan bertindak di luar bidang kuasa dan semuanya adalah atas keputusan pihak berkuasa dan mahkamah.
     
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Minami2013 at 12-4-2019 04:46 AM

Home

TRENDING NOW

Rajawali blocking Felda from exercising put option in Eagle High deal — Azmin Ali

Ahmad Naqib Idris
/
theedgemarkets.com

April 10, 2019 17:34 pm +08


KUALA LUMPUR (April 10): PT Rajawali Group is opposing the Federal Land Development Authority (Felda) from exercising a put option provided for in the purchase agreement signed by the two parties, Economic Affairs Minister Datuk Seri Mohamed Azmin Ali says today.

The agreement is in relation to Felda's purchase of a 37% stake in PT Eagle High Plantations Tbk (EHP) from Rajawali. Under the put option, if Felda wants to resell the stake, Rajawali has to buy back the shares along with an interest payment of 6% per annum.

Speaking in the Dewan Rakyat, Mohamed Azmin pointed out that no due diligence was done on Rajawali when Felda undertook the purchase, putting into question the ability of the Indonesian group to repurchase the shares.

[X] CLOSE
Sponsored Content
volume_off
pause
fullscreen
"In 2014, Rajawali's net capital asset was only US$7.2 million. How can Rajawali buy back the EHP stake at US$505.4 million?

"In early 2019, Felda sent a notice to EHP to exercise the put option. What happened? They opposed. They brought it to court. Now that the court has allowed Felda's request, Rajawali took the step to file an arbitration [against Felda]," said Mohamed Azmin.

Responding to former premier Datuk Seri Najib Razak's Facebook post on the matter, Mohamed Azmin said the issue should be debated in Parliament and not over social media. Najib was not present in the Dewan Rakyat today.

In his Facebook post, Najib defended the EHP buy as a good deal because it allowed Felda to sell back the stake if it decided not to continue with the investment by exercising the put option.

"Pakatan Harapan had accused me of cheating Felda to buy a stake in EHP, causing them to suffer losses. I have expected that PH will use this issue against me," Najib wrote.

Subscribe to Editor's Picks & Mid-day email alert
We deliver news to your inbox daily
Email Address
RELATED NEWS
10 April 2019
Rajawali files arbitration against Felda to prevent exercise of put option on Eagle High -- Azmin Ali
10 July 2015
Good asset value in Eagle High but bad cash flow
10 February

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
aaz replied at 11-4-2019 01:32 PM
Apa maksud pembelian saham dgn put option?

Put option ni part of warrant.. ada price, expired date etc la.. so kena exercise sebelum expired date.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 03:51 AM | Show all posts
aaz replied at 11-4-2019 09:32 PM
Apa maksud pembelian saham dgn put option?

macam main judi la

kau rase harga saham petronas akan jatuh . kau bet la.
kalau jatuh kau untung. kalau naik kau rugi.

selalunye trader buat option untuk protection. macam hedging ke. cover profit ke.

hehe

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 11-4-2019 11:29 PM
Home

TRENDING NOW

agreement kerajaan dulu buat dah cantik dah dgn put optionnya. itu pun kerajaan ph tak mampu settle.

rupa2nya dah berbulan2 kerajaan ph ni cuba jual semula share pt eagle tp gagal

hahahahaha





Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 11:45 AM | Show all posts
aaz replied at 11-4-2019 09:32 PM
Apa maksud pembelian saham dgn put option?

penerangan dari FB Najib Razak;

Put Option ini membolehkan FELDA jual kembali kepentingan 37% pada harga pembelian asal dan dicampur faedah 6% setahun.

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 12:31 PM | Show all posts
Felda dakwa ditipu pembelian saham Eagle High Plantations
WARTAWAN SINAR HARIAN | 09 Apr 2019

Gambar hiasan

SHAH ALAM - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membuat laporan polis mendakwa ditipu dalam urusan jual beli saham syarikat Indonesia, Eagle High Plantations TPK (EHP) pada harga AS$505 juta (RM2.3 bilion) berbanding harga sebenar di pasaran pada Disember 2016.


Laporan polis itu dibuat Pengarah Besar Felda, Datuk Dr Othman Omar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan ketika itu mengarahkan Felda membuat transaksi pada 2016 melalui syarikat tujuan khas (SPV) FIC Properties Sdn Bhd (FPSB) dengan PT Rajawali Corpora.

Menurut Othman, tawaran untuk membeli EHP yang dimiliki Tan Sri Peter Sondakh, individu yang dikatakan rakan Najib, diberikan kepada beberapa agensi termasuk FGV Bhd, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Getah Malaysia (MRB).


Bagaimanapun, katanya, Felda akhirnya dipaksa untuk membeli syarikat itu pada harga melambung melebihi 300 peratus sedangkan nilai pasaran saham pada ketika itu tidak mewajarkan pembelian pada harga sedemikian.

Othman juga menyifatkan pembelian EHP sebagai bersifat 'sepihak' dalam memberi manfaat kepada Rajawali Group (pemilik EHP), kerana terdapat banyak risiko dalam urusan itu, selain kerana EHP tidak memiliki akreditasi Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO), mahupun dilihat akan memperolehnya dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Othman turut menyalahkan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad, penggantinya Tan Sri Shahrir Samad, selain bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim yang dikatakan turut memainkan peranan dalam perkara itu.

Katanya, terma dan syarat perjanjian EHP juga dikatakan berat sebelah yang memihak kepada Rajawali sedangkan Kementerian Kewangan dan Felda/FIC menyedari terdapat banyak risiko pelaburan tersebut namun pembelian itu tetap diteruskan.

Tambah Othman lagi, jumlah yang dibayar untuk memperoleh 37 peratus dalam EHP adalah 344 peratus lebih tinggi dari nilai sebenarnya iaitu AS$114 juta.


Bagi tujuan pembelian itu, Othman berkata, Felda diberikan pinjaman RM2.5 bilion dari GovCo Holdings Bhd (GovCo), syarikat subsidiari di bawah Kementerian Kewangan ketika itu.

Akibatnya, kata Othman, Felda terpaksa menanggung kerugian RM1.576 bilion setakat 31 Disember 2017 sehingga menjejaskan kewangan dan operasi Felda serta anak syarikatnya.

Menurut Othman, kerugian yang ditanggung Felda akibat daripada pelaburan dalam EHP ialah pelaburan Felda sebanyak RM2.3 bilion kini hanya bernilai RM555 juta setakat 8 Mac tahun ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor ketika dihubungi mengesahkan laporan polis yang dibuat Othman.

"Kita menerima laporan yang dibuat oleh Othman dan siasatan sedang dilakukan," katanya.

Sebelum ini Felda dilaporkan berhasrat menamatkan perjanjian dengan Rajawali dan menuntut semula AS$500 juta.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali berkata kerajaan akan menyerahkan kepada pengurusan Felda berhubung perkara itu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 12:43 PM | Show all posts
badaksumbu replied at 12-4-2019 03:24 AM
agreement kerajaan dulu buat dah cantik dah dgn put optionnya. itu pun kerajaan ph tak mampu settl ...
Speaking in the Dewan Rakyat, Mohamed Azmin pointed out that no due diligence was done on Rajawali when Felda undertook the purchase, putting into question the ability of the Indonesian group to repurchase the shares.
In 2014, Rajawali's net capital asset was only US$7.2 million. How can Rajawali buy back the EHP stake at US$505.4 million?


Cantik ke? Ni ala2 kes 1mdb & Jho Low..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2019 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 12-4-2019 12:43 PM
Cantik ke? Ni ala2 kes 1mdb & Jho Low..

mana azmin ali dpt net capital asset tu? tahun 2019 kerajaan ph nak jual semula investment pt eagle & tuduh rajawali group tak bersetuju sbb net capital asset tahun 2014 (tu pun kalau betul la) tak cukup nak cover?

2019 vs 2014 kot. azmin ali nak bodohkan siapa ni?

by the way apa kena mengena my statement yg kata agreement dah cantik tu dgn net capital asset rajawali? dah mmg agreement tu bg kelebihan kpd fgv kot. tunggu je 5 tahun, claim la semula investment tu dgn 6% p.a profit kalau tak puas hati.

problem sekarang belum cukup 5 tahun, sbb tu rajawali berhak utk lawan, bkn sbb bodo azmin.yg kata rajawali takde duit tu

kurang2 pun nak kencing org, tunjuk full set rajawali financial statement la

apa ke giler guna data 2014 vs 2019 punya cerita

dasar mangkuk




Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 02:26 PM | Show all posts
Dokumen kertas putih tu dah disiarkan dlm website
kerajaan satu hari sebelum bersidang di Parlimen.

Satu donnia dah bulehh baca.


Dah takde modal ke nak kambing hitamkan DSN..


Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 03:21 PM | Show all posts
SAYA DIHUKUM KERANA MELAKUKAN KESALAHAN BESAR MENDEDAHKAN BUKTI KERAJAAN PH SEDANG MENIPU

Oleh NAJIB RAZAK

Semalam, kerajaan PH mengemukakan usul kepada speaker Dewan Rakyat untuk gantung keahlian saya dari Dewan Rakyat selama 3 bulan kerana saya telah dedahkan sebahagian dari dokumen laporan kertas putih Felda pada petang hari Selasa.

Pagi ini, usul dipindah pula oleh PH supaya saya dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk tindakan lanjut.

Setelah debat selama 2 jam, usul ini sudahpun diluluskan oleh kerajaan PH.

Hakikatnya ialah, sejak bulan Februari, saya telah minta kerajaan PH untuk mendedahkan wujudnya “Put Option” dalam perjanjian pembelian 37% dalam Eagle High Plantation oleh FELDA.

Tetapi Kerajaan PH tidak mahu layan dan tak mengendahkan fakta ini kerana ia sangat jelas bercanggah dengan naratif propaganda mereka.

Put Option ini membolehkan FELDA jual kembali kepentingan 37% pada harga pembelian asal dan dicampur faedah 6% setahun.

Terma ini akan menjamin bahawa FELDA tidak akan rugi dengan pelaburan mereka di dalam syarikat yang berpotensi yang kini sudah capai pengeluaran 2 juta tan buah tandan segar – iaitu 10% dari pengeluaran seluruh Malaysia.

Faktanya, Eagle High yang kini masih pesat berkembang berjaya, sekaligus menjadikan FELDA untuk meraih untung besar pada masa hadapan.

Pada hari Selasa, kerajaan PH telah mengarahkan FELDA untuk membuat laporan polis terhadap dengan menuduh bahawa saya telah menipu FELDA tentang pembelian Eagle High dan menyebabkan kerugian berbilion.

Berita ini telah dilaporkan dengan meluas oleh media.

Fitnah yang amat besar ini adalah sangat tidak adil kerana FELDA sangat dekat dengan hati saya.

Oleh itu, pagi itu saya minta sekali lagi minta kerajaan PH untuk mendedahkan wujudnya Put Option ini. Tetapi sekali lagi, mereka tidak menjawab.

Pada sekitar pukul 6 petang hari Selasa, iaitu tak sampai sehari sebelum larangan tamat pada pukul 11:30 pagi hari Rabu, saya memuatnaik sebahagian kecil dari kertas putih FELDA yang tidak sampai 1/2 muka surat sebagai bukti bahawa Put Option ini benar-benar wujud.

Link di sini:
https://www.facebook.com/najibra ... /10156000507265952/

Ini membuktikan bahawa saya tidak menipu FELDA.dan kerajaan PH sekali lagi telah terang-terang memfitnah saya.

Tetapi, kerajaan PH tidak senang dengan pendedahan ini yang membuktikan mereka menipu sekali lagi dan mahu saya digantung dari Parlimen selama 3 bulan di atas sebab saya tidak menghormati Dewan yang mulia ini.

Saya setuju dengan Perdana Menteri bahawa undang-undang Dewan Rakyat patut dihormati dan sesiapa yang melanggar undang-undang Dewan Rakyat patut diambil tindakan.

Oleh itu, saya juga minta bahawa perlaksanaan undang-undang Dewan patutlah adil dan saksama – termasuk diambil ke atas ahli-ahli parlimen dari PH.

Saya bagi 4 contoh:

1. Apakah tindakan yang diambil ke atas seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan yang terang-terang salah dan telah melanggar undang-undang Dewan dengan mengelirukan dewan baru-baru ini bahawa hutang rasmi dan nisbah hutang negara telah menurun di bawah PH walaupun fakta dan data rasmi menunjukkan sebaliknya dan hutang negara telah naik dengan kadar yang jauh lebih pantas berbanding di bawah BN?
Pada pendapat saya, bercakap benar dalam Parlimen adalah sama-sama mustahak – terutama untuk isu penting seperti Hutang dan Ekonomi Negara.

2. Apakah tindakan yang diambil ke atas seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan di dalam Dewan kononnya FGV tidak pernah mengalami kerugian sejak disenaraikan pada tahun 2012 sehingga tahun 2017 tetapi mengalami kerugian besar apabila PH mengambil alih adalah satu cerita dongeng padahal ini adalah fakta yang boleh disemak oleh semua?

3. Apakah tindakan yang diambil ke atas seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan pada Ogos tahun lepas di dalam Dewan bahawa BN telah rompak duit GST sebanyak RM19.2 bilion dan ini telah terbukti sebagai satu fitnah?

4. Saya juga ingin menarik perhatian kepada seorang penganalisa politik bernama Wong Chin Huat yang dekat dengan DAP. Pada bulan Mac tahun lepas, beliau telah menganjurkan satu forum untuk mendedahkan seluruh kertas parlimen (bukan sekerat kecil seperti saya) mengenai persempadanan semula (redeliniation) sebelum tempoh tamatnya embargo.

Beliau tahu bahawa ini melanggar undang-undang dewan dan kata pada masa itu bahawa beliau sedia untuk membayar denda RM1,000.

Apakah tindakan yang akan diambil terhadap beliau dan siapakah ahli parlimen PH yang memberi kertas itu kepada Wong semasa tempoh embargo?

Bukan itu sahaja. Kini sudah 7 kali pilihanraya kecil.

Berpuluh tuduhan dengan bukti kukuh telah menunjukkan PH melanggar undang-undang pilihanraya dalam pilihanraya kecil ini.

Beri duit minyak, beri hamper, sogok pengundi dengan tawaran ubahsuai rumah, ugut calon BN, beri kupon makanan, belanja pengundi makan, menteri PH ceroboh masuk kereta calon BN, pakai logo parti dalam pusat undi semasa hari undi dan sebagainya.

Semua dikatakan salah oleh BERSIH dan SPR sendiri.

Tetapi tidak ada SATU pendakwaan dibenarkan oleh pejabat Pendakwa Raya di bawah telunjuk kerajaan Pakatan Harapan untuk membawanya ke Mahkamah.

Tetapi yang dihukum adalah saya hari ini kerana melakukan kesalahan yang amat besar iaitu mendedahkan bukti bahawa kerajaan PH sedang menipu.

Kerajaan PH sekali lagi membuktikan mereka adalah satu kerajaan yang tidak adil, tidak mahu telus dan tidak mematuhi Rule of Law.

Mereka sangat pantang bahawa penipuan dan fitnah mereka didedahkan oleh pihak lawan dengan fakta dan bukti. Mereka mahu rakyat semua menelan apa sahaja keluar dari mulut mereka tanpa soal.

PH boleh menggunakan segala jentera dan media kerajaan untuk menuduh dan memfitnah macam-macam terhadap saya dan BN.

Tetapi apabila saya pertahankan diri dengan bukti dan fakta bahawa mereka menipu lagi, mereka tidak teragak-agak untuk menggunakan segala kuasa kerajaan yang mereka ada untuk diamkan saya.

BACA DI ANINA.MY

https://anina.my/2019/04/11/saya ... n-ph-sedang-menipu/







Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 03:32 PM | Show all posts
serius kot tuduhan menipu, manipulate akaun etc, etc ni



Najib Razak

43 mins ·

PH tuduh BN telah menipu, menyorok dan memalsukan akaun-akaun Tabung Haji, LTAT, FELDA bayaran balik GST dan sebagainya berjumlah berpuluh-puluh bilion Ringgit.

Tetapi jumlah juruaudit yang disyaki, dinamakan, dipecat, diturun pangkat, didakwa kerana memalsukan atau bersubahat untuk memalsukan akaun dan audit?


SIFAR.

Kenapa, ye?

Takkan PH menipu lagi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi tambah tacang: Tempat lahir presiden-presiden US
Tinot7Edisi tambah tacang: Tempat lahir presid
Views : 5319 Replies : 60
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 289151 Replies : 7160
Edisi tambah tacang: Yang terpaling
Tinot7Edisi tambah tacang: Yang terpaling
Views : 7410 Replies : 49
Dilemma Wanita:Mentua Antivaksin Beri Cucu Demam Madu Hingga Lembik, Badan Bengkak,Nekad Lapor Pulis
YgBenarDilemma Wanita:Mentua Antivaksin Beri Cu
Views : 10001 Replies : 22
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 8106 Replies : 53
Edisi tambah tacang: Vaksin Covid-19
Tinot7Edisi tambah tacang: Vaksin Covid-19
Views : 3041 Replies : 20
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 15146 Replies : 114
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 34507 Replies : 276
Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berkenaan negara dunia
Tinot7Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berk
Views : 8709 Replies : 45
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 78620 Replies : 3257

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.074953 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list