CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: sLapshock

Wudhuk, Mandi Hadas Org Sakit Secara Tayammun (merged: sunquick, aragornath)

[Copy link]
Post time 28-12-2005 11:03 AM | Show all posts
carpet ni ustaz ker? jwpan dia bernasler....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2005 06:21 PM | Show all posts
assalamualaikum...bkn ustaz laa wewengg..(i'm a gurl)..
ummi yg ajar..dan bc2 skit kat mane2...so kongsi kat sini..
lupe nak ckp..klu balutan luka tu terlalu kecil dn x memudharatkn..kite hendaklah membukanya spy ain sampai kpdnya sms ambil wudhuk..
wassalam..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 08:17 AM | Show all posts

wuduk bagi org yg sakit

Assalamualaikum. kalo tajuk di atas dah ada, moderator just merged je la ye. saya ada kemusykilan skit. org yang sakit pun diwajibkan menunaikan solat kan? kalo tak mampu berdiri, kena  solat duduk, kalo x mampu duduk kena baring mengiring, kalo x mampu mengiring ke baring dan guna isyarat mata saje kan. jadi kalo yg sakit x bleh nak bangun apatah lagi nak berjalan, bagaimana mereka nak mengambil wuduk sebelum menunaikan solat? minta pandangan forumer yg arif kat sini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 08:40 AM | Show all posts
Amik air basahkan anggota wuduk pun dah kira boleh la tu syarat jer..tapi kena tertib gak. Kalau takut basah tpt tidur dia tu, guna towel..basah dan lapkan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by hifive at 6-4-2006 08:40 AM
Amik air basahkan anggota wuduk pun dah kira boleh la tu syarat jer..tapi kena tertib gak. Kalau takut basah tpt tidur dia tu, guna towel..basah dan lapkan.


hifive, kiranya kita bleh basahkan towel dan lapkan ye. buat camne ek? maksud saya, amik air letak dlm bekas pastu pastu sekali basah bleh utk sapu semua atau sekali basah utk satu anggota je atau camne? bleh terangkan lebih lanjut lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 10:23 AM | Show all posts
Originally posted by sunquick at 6-4-2006 08:17 AM
Assalamualaikum. kalo tajuk di atas dah ada, moderator just merged je la ye. saya ada kemusykilan skit. org yang sakit pun diwajibkan menunaikan solat kan? kalo tak mampu berdiri, kena  solat duduk ...


Assalamualaikum sunquick,

Alhamdullilah miker bertanya perihal ini.

Teman pernah hadapi masaalah ini dahulu biler ada seorg di dalam kaum keluarga teman yg LUMPUH akibat darah tinggi.
So, biler masuk waktu solat......teman akan sediakan cerek dan juga dulan or baldi.

Akan teman tuang air tersebut ke tapak tangan teman dan teman akan sapu di anggota badan nya.
Kepada anggota yg di hujung hujung spt tangan or kaki.....teman tuang terus n 'ratakan' air tersebut.

Waallahua'lam
p/s 'ratakan' air bermakna......air sampai ke anggota tersebut. Di gosok or di sapu.
p/s2 penggunaan cerek adalah utk memastikan sisa air yg di gunakan tidak mercik ke dalam nya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2006 03:53 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 6-4-2006 10:23 AM


Assalamualaikum sunquick,

Alhamdullilah miker bertanya perihal ini.

Teman pernah hadapi masaalah ini dahulu biler ada seorg di dalam kaum keluarga teman yg LUMPUH akibat darah tinggi.
So ...


niceghost, kiranya, org lain bleh tolong sapukan kepada pesakit tu la ye. jadi niat wuduk tu camne? org yg membantu tu baca niat atau pun si pesakit tu yg kena baca niat?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 06:09 PM | Show all posts
Aku rase baik sekali basah utk satu anggota, lepas tu bilas, basahkan balik guna utk anggota lain plak. Tapi kalau ada towel kecil eberapa helai, tak yah nak bilas2.


Yang niceghost cakap  tu pun bleh buat gak. Niat tu penting dan yakin...Islam memudahkan. Sedangkan tayamum guna debu/pasir unbleh kalau dah tak de air.

Wallahualam

[ Last edited by  hifive at 6-4-2006 06:12 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2006 10:00 AM | Show all posts
Originally posted by sunquick at 6-4-2006 03:53 PM


niceghost, kiranya, org lain bleh tolong sapukan kepada pesakit tu la ye. jadi niat wuduk tu camne? org yg membantu tu baca niat atau pun si pesakit tu yg kena baca niat?


Assalamualaikum sunquick,

Bior teman elaborate skit tentang perihal NIAT.
NIAT yg di maksudkan adalah lintasan di hati.

BUKAN lah yg di ucapkan di mulut or seperti yg di ajar di dalam buku buku Agama di sekolah.

CONTOH nya miker nak pergi makan tengahari.
Apa yg miker perlu lakukan?
Tentu semuer nya bermula dgn NIAT.
Selepas itu di susuli dgn perbuatan.

Begitu juga lah dgn mengambil wudhuk td.
NIAT nya ialah utk mengambil wudhuk dan utk bersolat.

Pesakit itu MESTI or TENTU lah tahu bahawa.....ia sedang or akan di wudhukkan.
Kalau dier TIDAK TAHU , maka itu sudah TIDAK WAJIB bagi diri nya.
KERANA oghang yg TIDAK TAHU........merupakan:
1. tidak sedar or coma
2. tidak siuman

Mereka ini TIDAK WAJIB utk bersolat sehingga lah mereka kembali seperti oghang NORMAL.

Waallahua'lam
p/s pastikan miker teliti di dlm mengambil wudhuk. Especially di celah kuku or jari.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2006 04:24 PM | Show all posts
kalau orang yg lepas eksiden pulak camner ? (yg masih waras)
mesti ader part2 yg berbungkus/berbalut..
camner nak berwuduk atau mewudukkan orang sebegini ?
adakah tayamum sudah memadai ?

boleh sesiapa jelaskan dengan terperinci

-sekian-
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 08:35 PM | Show all posts

Wuduk & Mandi Wajib Dlm Kecederaan???

Assalamualaikum..

Saye telah terlibat dlm kemalangan dimana kecederaan parah dikaki kanan. Doktor telah menasihati supaya bandage dikaki saye ni tidak terkena air. Tapi bagaimana jika saye sengaja atau tidak sengaja mengeluarkan air mani? Bagaimane cara utk Mandi Wajib??
Ambil Wuduk saye kerjakan seperti biasa, tetapi pada kaki kanan, saye cuma lapkan sahaja di atas bandage. Adakah sah wuduk saya?

Ustaz2 & Ustazah2 mintak tolong selesaikan masalah saye nii..:tq:
Terima Kasih
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 08:57 PM | Show all posts
Boleh refer pada Surah Al-Ma'idah ayat 6.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2006 02:38 PM | Show all posts
Originally posted by aragornath at 12-6-2006 08:35 PM
Assalamualaikum..
Saye telah terlibat dlm kemalangan dimana kecederaan parah dikaki kanan. Doktor telah menasihati supaya bandage dikaki saye ni tidak terkena air. Tapi bagaimana jika saye seng ...


Tayamum dibolehkan bagi seseorang yang tidak boleh menyentuh air disebabkan oleh kecederaan tubuh badannya.

Cara bertayamum ialah sebagaimana ajar Nabi saw dalam hadith berikut:

"Sesungguhnya cukuplah engkau mengerjakan sebegini - Nabi saw menepuk tanah dengan kedua tapak tangannya kemudian meniupnya kemudian menyapu muka serta tangannya dengan kedua tapak tangannya itu.  "
(HR Bukhari & Muslim)

Tayamum hendaklah dengan menggunakan debu tanah yang bersih yang berasal dari bumi.  Berdasarkan Firman Allah swt,

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

(surah al Maidah ayat 5 & 6)

Juga Sabda Nabi saw,

"Kamu diberikan kelebihan atas manusia dengan 3 perkara: Dijadikanbarisan-barisan kamu seperti barisan para malaikat, dijadikan bumi seluruhnya sebagai tempat solat dan dijadikan bagi kamu debunya sebagai penyuci apabila kamu tidak mendapatkan air. "
(HR Muslim)

Daripada dua dalil di atas telah ditentukan bahawa agen penyuci yang dibolehkan bagi etika tayamum ialah debu-debu tanah mukabumi. Ulama-ulama fiqh telah memperluaskan maksud debu tanah mukabumi ini kepada tanah dan jenis-jenisnya, pasir, kerikil, debu arsenik dan kapur.

Apabila hendak bertayamum seseorang itu perlu memastikan bahawa yang akan digunakan itu adalah debu tanah mukabumi dan bukannya debu-debu habuk partikel udara yang kebanyakkannya merupakan sisa kumuhan kimia yang terapung lalu melekat di dinding, perabut atau tingkap bangunan.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2006 02:42 PM | Show all posts
Sesetengah pendapat membolehkan bertayamum dengan menggunakan apa sahaja yang berupa debu, tanpa mengira samada ia berasal dari bumi atau tidak.

Pendapat ini membolehkan bertayamum dengan tepung gandum, bedak talkum, serbuk kayu, habuk-habuk yang berada di atas perkakas rumah dan sebagainya. Ada juga yang menambah, apa sahaja bentuk debu yang ditemui di mukabumi ini maka ia boleh digunakan sebagai agen untuk tayamum.

Pendapat ini menurut analisa penulis adalah tidak tepat kerana ia jelas menyalahi ketentuan syara' yang menyatakan bahawa yang dibolehkan untuk tayamum ialah debu-debu tanah mukabumi.

Menurut Imam Ibnu Ruysd :

Pendapat yang mengatakan kebolehan bertayamum dengan menggunakan apa sahaja yang berada di atas mukabumi adalah lemah. Sebab tidak semuanya itu termasuk dalam kategori 'debu tanah '. Sebab kata 'debu tanah' yang umum itu diertikan sebagai apa yang disebut sebagai bumi. Dengan demikian ia bukanlah diertikan sebagai kapur atau salji atau rumput (dan sebagainya).

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2006 03:09 PM | Show all posts
Ambil Wuduk saye kerjakan seperti biasa, tetapi pada kaki kanan, saye cuma lapkan sahaja di atas bandage. Adakah sah wuduk saya?


Wudu' anda sah sebab anda tak tahu.  Biasanya sapuan air atas sarung kaki atau kasut dilakukan oleh org yg musafir.  

Syarat sah sapuan air atas sarung kaki atau kasut ada 4:

1. berada di dalam keadaan berwudhu' dikala memakai kasut atau sarong kaki tersebut.


Sabda Nabi saw, Mughirah ibnu Syu'bah ra berkata:

Pada satu malam saya pernah berjalan bersama Rasulullah saw. Saya menuangkan air dari benjana lalu beliaupun berwudhu'         kemudian saya menawarkan diri untuk membuka kasutnya lalu baginda berkata: Janganlah dibuka, biarkan sahaja. Saya memakainya dalam keadaan kaki saya suci. Sesudah itu beliau menyapu bahagian atas kasutnya itu.
(HR Bukhari & Muslim)

2.  jenis kasut yang dipakai.

Ada yang mengatakan bahawa kasut yang dipakai seseorang hendaklah berjenis kulit yang berukuran menutupi kedua mata kaki (angkle) kerana zahir perkataan khuff adalah sejenis kasut dalam masyarakat Arab yang menutupi kedua mata kaki.

Pendapat lain yang lebih kuat menyatakan bahawa syarat yang perlu ialah seseorang itu memakai alat tutupan kaki samada berupa kasut atau sarong kaki atau keduanya, asalkan ia menutupi bahagian kaki yang waiib dibasuh dikala berwudhu' iaitu dari anak jari hadapan hinggalah ke kedua mata kaki. Tutupan kaki tersebut tidaklah terhad kepada kasut kulit atau kasut khuff sahaja. Apa sahaja bahan yang digunakan bagi binaan kasut adalah dibolehkan, seperti Nylon, pve, getah, fabrik dan lain-lain.

Jikalau kasut seseorang itu hanya menutup sehingga tumitnya sahaja maka adalah memadai jikalau dia memakai sarung kaki yang memanjang hingga ke mata kaki. Pendapat ini didasarkan kepada perbuatan Nabi saw yang pemah menyapu di atas seliparnya yang dipakai bersama sarung kaki.

3. tempoh lama pemakaian kasut atau sarung kaki tersebut. Bagi seseorang yang memakainya tetapi tetap berada dalam kawasan permastautinnya maka tempoh kebolehan menyapu adalah satu hari manakala seseorang yang berada dalam perjalanan maka tempohnya adalah tiga hari.

Sabda Nabi saw, Khuzaimah ibnu Tsabit ra berkata:

Sesungguhnya pernah ditanya kepada Nabi saw tentang menyapu dua kasut. Maka Nabi saw menjawab: "Untuk musafir tiga hari tiga malam, untuk orang di kampung sehari semalam."
(riwayat Sunan Abu Daud)

4. bahagian kasut atau sarung kaki yang di sapu. Bahagian yang di sapu bagi mencukupi syarat sah ialah hanya bahagian atas tutupan kaki tersebut, bukan lain-lain.

Sabda Nabi saw, Ali bin Abi Talib ra menerangkan:

Sekiranya agama itu menurut fikiran dan pendapat sudah tentu tapak kasut lebih patut di sapu daripada bahagian atasnya. (Akan tetapi) saya melihat Rasulullah sallallahu-alaihi¬wasallam menyapu bahagian atas kasutnya.
(riwayat Sunan Abu daud)

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.636954 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list