CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syeikhbelalang

PENGHARAMAN DARUL ARQAM DAN BERMULANYA PENUBUHAN RUFAQA

 Close [Copy link]
Post time 24-4-2006 06:26 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 24-4-2006 05:23 PM
Antara ahli panel program bedah buku PENDIDIKAN rapat DENGAN ROHANIAH Manusia hasil penulisan Ustaz Ashaari Muhammad adalah Profesor Selamat Hashim dari UTM, Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial UTM Skudai.



Citer lah sket program ni supaya forumners lain dapat menfaatnya juga. Gigih sungguh Abuya dan semakin ramai orang mula mengkaguminya.:setuju:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2006 06:44 PM | Show all posts
Originally posted by BatuApi at 24-4-2006 06:26 PM


Citer lah sket program ni supaya forumners lain dapat menfaatnya juga. Gigih sungguh Abuya dan semakin ramai orang mula mengkaguminya.:setuju:


Ahli panel yg lain ialah Dr Fadil Osman dan Dr Tasman Yaakub, kiranya semua ahli akademik ler..

DR Fadil dari UTM SKudai juga manakala Dr Tasman Pensyarah Usuluddin Univ Islam Agama Negeri, Imam Bonjol, Sumatera.

Bab mengkagumi perjuangannya itu ana dapat tahu yg terkini dari Malaysia ia sudah sampai ke Nusantara, ke Khurasan, ke Uzbek, ke Jordan, ke Mesir, dan ke Mekah.

Di Khurasan, Syeikh Ibrahim seorg khalifah ke 19 tarekat Naqsyabandiah dan keturunan RSAW generasi yg ke 35 sangat mengalu-alukan kedatangan wakil Abuya ke sana, dan beliau serta anak muridnya mengkagumi dan menerima Abuya sebagai pemimpin walaupun mereka bukan bertarekat Muhammadiyah.

So far, abuya sudah diterima dikalangan pengamal2 tarekat Syazaliah, Naqsyabandiah, Samaniah, dan ada beberapa lagi tarekat yg HAQ, ana dah lupa lak...maaf ler ...

cakap pasal tarekat ni, tarekat yg ana sebut di atas itu mereka tarekat jenis ABID..yg berfahaman ASWJ berpegang kepada Al Quran dan Sunnah.

tidak byk di dunia ini tarekat Yg HAQ kerana byk musuh-musuh dari kalangan munafik, Yahudi dan Nasrani yg menyelinap di atas nama TAREKAT dan menyebarkan ajaran yg sesat, sehingga tarekat yg HAQ yg benar-benar mengikut Al Quran dan Sunnah terpalit dengan FITNAH yg  dibawa oleh golongan LAKNATULLAH ini...

sekian wallahualam...apa yg ana sampaikan bukan dari berita yg ana dgr dari lain tetapi ana sendiri hadir di majlis tersebut...alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 06:49 PM | Show all posts
Terima kasih kak tatie. Semoga teruskan perjuangan yang haq kerana akhirnya yang haq pasti menang atas yang bathil. :pray::pray:
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2006 12:53 PM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 27-4-2006 12:07 PM


Perjuangan kebenaran, lambat laun akan juga diterima oleh semua orang!

Termasuk Mak cik Snake dan Pak Cik Grave!

Saja mereka buat lawak Bodo untuk menguji pencinta-pencinta kebenaran!

...


Salam,


Apa benarnya perjuangan puak kamu tuuu.....?   Perjuangan kamu ialah perjuangan memperbesarkan puak kamu bukannya memperjuangkan ajaran murni(ajaran tauhid). Kamu menganggap diri kamu sebagai pencinta-pencinta kebenaran memberi maksud orang lain tidak berada pada jalan kebenaran. Perjuangan kebenaran yang kamu anggap itu telah dinafikan. Siapa yang memberitahu kamu bahawa puak-puak kamu berjuang pada jalan kebenaran? Dan apa tandanya perjuangan kamu berada diatas kebenaran?


:lebai:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2006 12:57 PM | Show all posts
Originally posted by Amir at 27-4-2006 12:53 PM


Salam,


Apa benarnya perjuangan puak kamu tuuu.....?   Perjuangan kamu ialah perjuangan memperbesarkan puak kamu bukannya memperjuangkan ajaran murni(ajaran tauhid). Kamu menganggap diri ka ...


Tak per lah !!

Dah dekat masuk solat Zohor!!

Sebaik2nya disegerakan solat dan dilakukan secara berjemaah!!

Lainlah kalau anda tinggal kat Pulau secara bersendiriaan.

Bolehlah solat secara bersendirian!


:tq::tq::tq:
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2006 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 27-4-2006 12:57 PM


Tak per lah !!

Dah dekat masuk solat Zohor!!

Sebaik2nya disegerakan solat dan dilakukan secara berjemaah!!

Lainlah kalau anda tinggal kat Pulau secara bersendiriaan.

Bolehlah solat ...


Salam,


Nak bagi tahu ke bahwa solat berjemaah mempunyai beberapa darjat daripada solat bersendirian atau nak bagi tahu kat orang, kita ni solat berjemaah dan orang lain tak tentu lagi solat berjemaah?

Bagaimana boleh tahu orang lain bersolat sendirian? Wahh..waahh...agaknya kamu ini sama standard dengan pemuda bani tamim tuu ke..yang belajar dari bakal imam Mahdi;mengambil aurat Muhammadiah daripada Nabi secara jaga?


Aissyy....aissssyy.....aaiiissyyyy.........


:lebai:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2006 06:34 PM | Show all posts
Dunia islam gelap gelita,
bilakah masa yang akan tiba,
sinaran iman menyinari dada,
sinaran mentari terang didunia,

suatu hari islam kan kembali,
menuju era kegemilangan,
kejayaan pasti dikekalkan,
keadilan pasti ditegakkan....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2006 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by Amir at 27-4-2006 03:09 PM


Salam,


Nak bagi tahu ke bahwa solat berjemaah mempunyai beberapa darjat daripada solat bersendirian atau nak bagi tahu kat orang, kita ni solat berjemaah dan orang lain tak tentu lagi sola ...


Tak tahu lagi ka kelebihan-kelebihan solat berjemaah? Nampak sangat jahil muraqab ff:. Setakat lawyer buruk macam makcik snake tapi takder hujjaf bernas.

:stp::stp:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2006 03:34 PM | Show all posts
Originally posted by Amir at 27-4-2006 12:53 PM


Salam,


Apa benarnya perjuangan puak kamu tuuu.....?   Perjuangan kamu ialah perjuangan memperbesarkan puak kamu bukannya memperjuangkan ajaran murni(ajaran tauhid). Kamu menganggap diri ka ...


Perjuangan Rufaqa ialah MEMBAWA MANUSIA MENGENAL DAN CINTA KEPADA TUHAN YANG SEJATI dan SEBENAR.

Ia adalah perjuangan yang tidak mengira bangsa, negara, agama, puak, kaum dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2006 01:58 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 2-5-2006 03:34 PM


Perjuangan Rufaqa ialah MEMBAWA MANUSIA MENGENAL DAN CINTA KEPADA TUHAN YANG SEJATI dan SEBENAR.

Ia adalah perjuangan yang tidak mengira bangsa, negara, agama, puak, kaum dan sebagainya.



Tambahan:

Dan berkasih sayang sesama manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 12:55 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 2-5-2006 03:34 PM


Perjuangan Rufaqa ialah MEMBAWA MANUSIA MENGENAL DAN CINTA KEPADA TUHAN YANG SEJATI dan SEBENAR.

Ia adalah perjuangan yang tidak mengira bangsa, negara, agama, puak, kaum dan sebagainya.



Salam,

Silap tu...perjuangan membesarkan empire Pemuda Bani Tamim. Rufaqa itu siapa punya? Kalau perjuangan Rufaqa;membawa manusia mengenal dan cinta kepada Tuhan,bagaimana pengikut-pengikutnya yang banyak  dahulu bersamanya dan  sekarang ni bertebaran diBumi mencari kehidupan sendiri.Hanya yang bergantung hidup sahaja yang masih menyanjungi,memperbesarkan,memuji dan sebagainya.

Bagaimana mereka boleh mendakwa ia-itu perjuangan mereka ialah membawa manusia mengenal dan cinta kepada Tuhan apabila terbukti didalam salah satu buku terbarunya,terhimpun surat-surat yang sinis,tembelang- tembelang sahabat-sahabat seperjuangannya dahulu yang sekarang ini tidak lagi bersamanya dirungkaikan? Siap gambar sekali!


:lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 03:08 PM | Show all posts
Originally posted by Amir at 4-5-2006 12:55 PM



Salam,

Silap tu...perjuangan membesarkan empire Pemuda Bani Tamim. Rufaqa itu siapa punya? Kalau perjuangan Rufaqa;membawa manusia mengenal dan cinta kepada Tuhan,bagaimana pengikut-pengik ...


itu tanggapan sdra..sdra berhak membuat sebrg tanggapan. Saudara memberi pendpat sebagai orang luar yang memandang dari LUAR GELANGGANG.

Ana pula bergelanggang sepenuhnya di dalam gelanggang RUFAQA. Jadi siapa yang lebih berhak untuk menerangkan tujuan PERJUANGAN RUFAQA dari org RUFAQA sendiri?.

Ibarat org bermain badminton di dalam gelanggang itu adalah ANA dan saudara pula tukang sorak diluar gelanggang tentu berbeza pemahaman, pengamatan dan pengamalan dan pendedahan yang diperlukan.

Adakah org yang BIJAK yg ingin tahu mengenai PERMAINAN tersebut akan bertanya kepada org yg jadi TUKANG SORAK ATAU PENONTON atau dari PEMAIN YG BERADA DI DALAM GELANGGANG jika mereka mahu tahu TUJUAN, STRATEGI dan MATLAMAT permainan tersebut?

saudara jawablah sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2006 12:09 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 3-5-2006 10:08 PM


itu tanggapan sdra..sdra berhak membuat sebrg tanggapan. Saudara memberi pendpat sebagai orang luar yang memandang dari LUAR GELANGGANG.

Ana pula bergelanggang sepenuhnya di dalam gelanggang ...

Rukafak bukannya nak bawak pergi pada keredhaan Tuhan, dia nak menunjuk2 kalau dia berjaya dan kaya, maknanya musuh2nya silap...sebab tu siap tulis syair2 picisan yang dok hentam lawan2 politik dia. Siap bermegah dengan rumah, bermegah dengan (kononnya) 500 rangkaian seluruh dunia dia......Ini semua perjuangan peribadi je


daulah jangan tak daulah :lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2006 12:19 AM | Show all posts
Rentetan bermulanya daulah
Insya-Allah pada bulan November ini parlimen akan dibubarkan
Di waktu itu tidak sebuah parti politik yang berkuasa
Mahathir membubarkan dengan tujuan pilihan raya
Selepas itu Agong dan Sultan mengambil peluang
Berbincang dengan wakil India dan Cina Memberitahu pilihan raya tidak ada
Para-para Sultan ingin melantik Tun Ghaffar menjadi PM Malaysia
Sultan memberitahu kalau pilihan raya diadakan takut krisis berlaku
Ini akan menyusahkan seluruh rakyat Malaysia
Lebih-lebih lagi rakyat Cina yang akan berhadapan dengan kesusahan ini
India dan Cina menerima pandangan itu dan bersetuju Tun Ghaffar pun naik menjadi PM dan berkuasa Pilihan raya pun tidak akan diadakan
Mahathir pula terhina kerana selepas itu rakyat makin menghinanya
Bahkan orang kampung pun tidak boleh menerimanya
Berbagai-bagai rakyat bersuara menempelak, mencaci, mengata dan ada yang hendak membawanya ke mahkamah
Ada yang mengatakan pula cukuplah itu dia telah dihina oleh rakyatnya
Tidak dibawa ke mahkamah pun dia telah sangat terhina dan malu
Tun berkuasa di antara 3 hingga 6 bulan
Tun merasakan dia tidak mampu meneruskan kepimpinannya
Kerana orang ramai sudah terlalu jauh kesedarannya terhadap Islam
Ia pun berpakat dengan para-para Sultan dan Agong untuk mencadangkan saya
Semua para Sultan boleh menerimanya Maka Daulah pun bermula

Orang-orang politik terpinga-pinga dan malu
Terutama ulama-ulama di dalam PAS sangat malunya
Kerana jalan yang mereka yakin tidak membawa hasilnya
Menunjukkan perjuangan mereka adalah palsu
Selepas itu mereka membisu
Asaari Muhammad, 26 September 1999,


"pada 23 April 2006, Tun Abdul Ghafar Baba meninggal dunia pagi ini di Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC) di Jalan Ampang di Kuala Lumpur kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang. Allahyarham berusia 81 tahun. Anggota keluarga terdekat berada di sisinya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.34 pagi."

"Buaya pula masih hidup sehingga kini 7 tahun setelah meluahkan angan2nya (boleh dilihat dalam 'syair'), sambil menjaja kisah2 picisan yang tercipta dari angan dan khayalan halusinasinya kepada orang-orang jahil yang berharapan untuk menjadi 'sahabat-sahabat dan tentera-tentera Imam Mahdi'."

gunakanlah orang yang sangat berharapan...mereka paling mudah diperdayakan...


daulah jangan tak daulah..... :lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2006 11:56 AM | Show all posts

Daulah,jangan tak daulah.............

Originally posted by abuaya at 5-5-2006 12:19 AM


"pada 23 April 2006, Tun Abdul Ghafar Baba meninggal dunia pagi ini di Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC) di Jalan Ampang di Kuala Lumpur kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah ...



Salam,


Kau niii,ada-ada sajaaaa leeee......................Daulah,jangan tak daulah.......:hmm:



:lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2006 02:31 PM | Show all posts
mungkin jugak tun ghafar dimatikan sementara sebelum dibangkitkan jadi PM?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2006 06:03 PM | Show all posts
sukahati kau org ler ndak cakap aper...itu PENDAPAT kau orang...bukan pendapat kami...

Yang pasti apa yg kami perjuangkan untuk mencari keredhaan Allah SWT. Kepada Allah kami Berserah.

TERKINI program Rufaqa.

1. Program Pelancaran serta Bedah Buku Pendidikan Rapat dengan Rohaniah Manusia  (Ipoh dan Manjung, Perak)

A. Tarikh: 13 May 2006 (Sabtu)
Tempat: Dewan Polo 1&2, Heritage Hotel, Jalan Raja Dihilir, Ipoh
Masa: 9.00 pagi - 1.00 tengahari

Ahli panel: Dr Ahmad Tasman Yacub (Indonesia)
                  Dr. Ir AbdurRahman Riesdam
                  YB Dato. Hasbullah Osman (ADUN Temenggor)

Majlis turut diserikan oleh persembahan Mawaddah.

Kemasukan: PERCUMA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Puan Aisyah di talian 017 5533474


2. Tarikh: 14 May 2006 (Ahad)
Tempat: Hotel Lead View, Manjung, Perak.
Masa: 9.00 pagi - 1.00 tengahari

Ahli panel: Dr. Ahmad Tasman Yacub (Indonesia)
                   Dr. Ahmad Fauzi Abdul Hamid (USM)
                   Dr. Fadil Osman (UTM)

Majlis trurut diserikan oleh persembahan Mawaddah.

Kemasukan: PERCUMA

Sila hubungi Puan Rohani Hasan di talian 019 5702569

****************************************************

2.PROGRAM: KARNIVAL & KONSERT "LOVE AND CARE"

TEMPAT: MENARA KUALA LUMPUR

TARIKH: 13 & 14 MEI 2006 (SABTU & AHAD)

MASA: 10.00 PAGI HINGGA 10:00 MALAM

ANJURAN: MAWADDAH PRODUCTION & RUFAQA` CORPORATION SDN BHD

DENGAN KERJASAMA: MENARA KUALA LUMPUR SDN BHD

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pn Saliha 016 2425814

------------------------------------------------------------

cerita panjangpun tak guna, tapi ini bukti bahawa kematian Tun bukanlah  perkara besar dalam PERJUANGAN RUFAQA..kerana kami bukan perjuangKan manusia tetapi KAMI PERJUANGKAN TUHAN SEBAGAI CINTA AGUNG.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2006 01:34 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 9-5-2006 06:03 PM
cerita panjangpun tak guna, tapi ini bukti bahawa kematian Tun bukanlah  perkara besar dalam PERJUANGAN RUFAQA..kerana kami bukan perjuangKan manusia tetapi KAMI PERJUANGKAN TUHAN SEBAGAI CINTA AGUNG.


...


Memanglah bukan perkara besar...... sebab ramalan tu meleset! Cuba kalau jadi....... bagai nak runtuh dunia ni korang canangkan.

" Tengoklah betapa hebatnya abuya sohibuzzaman....ramalan abuya tepat sekali. Ini membuktikan yg abuya adalah orang yg dijanjikan. Benarlah abuya itu dipimpin oleh tuhan, kalau siapa tak yakin lagi..menyesal nanti...bla bla bla" Begitulah gegak gempitanya suara kalian menghebahkan kpd masyarakat.

Tapi bila tak berlaku..senang je kalian kata:" ala...perkara kecik aje, tak payah nak bising-bising....perjuangan kami bukan....."

Apalah yg hendak dibanggakan..kalau dalam 20 ramalan...cuma 1 atau dua yg berlaku. Sapa..sapa pun boleh buat macam tu. Budak sekecil aiman pun boleh buat.

Sifat hipokrit spt ini bukanlah sifat pejuang Islam sejati.



sukahati kau org ler ndak cakap aper...itu PENDAPAT kau orang...bukan pendapat kami...

Yang pasti apa yg kami perjuangkan untuk mencari keredhaan Allah SWT. Kepada Allah kami Berserah....



Kalau benarlah perjuangan kalian utk mencari keredhoan Allah swt semata-mata...mengapa kalian sanggup membenarkan orang yg mereka-reka ramalan kemudian menyandarkan kepada rasulullah saw?

Adakah kalian menganggap amaran dari rasul saw itu perkara yang remeh?

Sila jawab......kalau kalian...geng rufaqa bukan pejuang hipokrit!

[ Last edited by  luluguagua at 10-5-2006 01:44 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2006 03:45 PM | Show all posts
'Kenaikan Tun Ghafar Baba'

Al - Fatehah. Kita sedekahkan bacaan Al-Fatehah kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba yang telah kembali kerahmatullah pada pagi semalam 23 hb April 2006 . Semoga rohnya ditempatkan bersama insan-insan yang soleh dan dirahmati oleh Allah swt.

Saya banyak menerima panggilan sms dan telefon selepas kematian Allahyarham Tun Ghafar Baba diumumkan .

Saya mengetahui pemergian Tun melalui berita dari corong radio sejak memandu kenderaan dari Utara menuju ke Majlis Perkahwinan Beramai-ramai di Rawang bersama dengan anak dan isteri.

Sebaik sahaja sampai ke Rawang , saya banyak menerima sms dan panggilan dari rakan dan sahabat untuk mengetahui hal yang sebenar. Terutama sejauh mana kebenaran Allahyarham Tun Ghafar Baba sewaktu hidup yang diramalkan naik sebagai Perdana Menteri Malaysia mengantikan Perdana Menteri yang sedia ada.

Bagi saya itu bukan topik utamanya. Nampaknya Allah swt lebih menyayangi Allahyarham Tun Ghafar Baba dari kita semua. Sebab itu dijemputnya lebih awal dari jangkaan kita.

Ada hikmah disebaliknya.Tetapi ramalan Abuya bukannya tidak tepat. Itu pun jika dibaca dengan mata hati dan bukannya dengan mata akal!

Bila disebut kenaikan, selalunya tergambar di mata kita sebagai orang awam ialah jasad yang lahir sahaja yang akan naik. Sebab itu adalah pandangan mata kasar. Selalu melihat benda-benda yang kasar-kasar.

Benda2 ghaib terutama pandangan mata hati orang Malaysia tidak mudah percaya. Tetapi bila media barat menayangkan filem 'Invisible Man' semua penonton percaya . Padahal itu adalah filem lakonan semata2. Bukan pun realiti di alam nyata!

Bila disebut kenaikan, tidak semestinya tergambar dengan alam jasad! mungkin juga jika dibaca dengan mata hati iaitu alam roh. Bila roh terpisah dari jasad. Ia juga mengalami kenaikan. Dimana naiknya wallahualam. Allah jua yang mengetahui! Cuma jasadnya sahaja yang disemadikan!

Mungkin itu tafsiran disebaliknya ramalan Abuya dahulu. Takkan nak disebut, Abuya menjadi PM selepas sekian-kian insan meninggal! Lebih baik disebut kenaikan.

Samada kenaikan selepas hidup atau mati hanya Allah jua yang mengetahui. Tetapi roh bila selepas mati, lagi bebas.Tak perlu terikat sewaktu berada dalam alam jasad! Bukan setakat menjadi PM jer malah menjadi lebih dari itu termasuk wali pun boleh jika diperkenankan oleh Illahi.

Yang penting ramalan Islam bangkit pada akhir zaman hampir menjadi kenyataan. Cuma bila berlaku pada tarikh dan tempatnya hanya Allah jua yang mengetahui. Jadi terima kasih la pada Abuya kerana melaluinya kita mendapat sumber ilmu dan ilham.

Agar Islam berkembang pada akhir zaman menjadi realiti dan bukan setakat alam fantasi.

Terima kasih Abuya ku.


Moderator sibermelayu@yahoogroups.com - Ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak terikat dengan mana2 ilmu. Tunggu selepas ini ramalan Abuya pula dilantik menjadi PM
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2006 05:52 PM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 10-5-2006 03:45 PM
Benda2 ghaib terutama pandangan mata hati orang Malaysia tidak mudah percaya. Tetapi bila media barat menayangkan filem 'Invisible Man' semua penonton percaya . Padahal itu adalah filem lakonan semata2. Bukan pun realiti di alam nyata!

Bila disebut kenaikan, tidak semestinya tergambar dengan alam jasad! mungkin juga jika dibaca dengan mata hati iaitu alam roh. Bila roh terpisah dari jasad. Ia juga mengalami kenaikan. Dimana naiknya wallahualam. Allah jua yang mengetahui! Cuma jasadnya sahaja yang disemadikan!

Mungkin itu tafsiran disebaliknya ramalan Abuya dahulu. Takkan nak disebut, Abuya menjadi PM selepas sekian-kian insan meninggal! Lebih baik disebut kenaikan.


Tak dapek den nak kato apo-apo...Abuya mungkin agaknyo dah masuk alam roh dulu.
lol:lol  

[ Last edited by  Gravedigger at 10-5-2006 06:21 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30629 Replies : 227
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6823 Replies : 108
แทงบอล ออนไลน์ ราคาน้ำดีที่สุด LINE:@UFADEAL ทางเข้าแทงบอล ขั้นต่ำ10บาท
ufadeal-websiteแทงบอล ออนไลน์ ราคาน้
Views : 101 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205752 Replies : 4936
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7475 Replies : 55
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41651 Replies : 255
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12385 Replies : 10
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3517 Replies : 10
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10828 Replies : 44
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.069224 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list