CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: simplelife

Menyatukan Sunni dengan Syiah

 Close [Copy link]
giler This user has been deleted
Post time 7-12-2005 02:52 PM | Show all posts
a'kum

terima kasih viper.........

memang itulah yg sebaiknya.......
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

belut This user has been deleted
Post time 7-12-2005 05:51 PM | Show all posts
menurut Sheikh dr yusof al-qardawi, lebih baik perkahwinan di antara sunni dengan kristian daripada perkahwinan di antara sunni dan syiah. Begitulah seriousnya pertembungan akidah di antara sunni dan syiah. Seorang yang dianggap sebagai tabi'e/sahabat kepada penganut Sunnah adalah seorang munafik kepada penganut Syiah. Begitulah sebaliknya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

viper This user has been deleted
Post time 8-12-2005 05:01 PM | Show all posts
menurut Sheikh dr yusof al-qardawi, lebih baik perkahwinan di antara sunni dengan kristian daripada perkahwinan di antara sunni dan syiah. Begitulah seriousnya pertembungan akidah di antara sunni dan syiah. Seorang yang dianggap sebagai tabi'e/sahabat kepada penganut Sunnah adalah seorang munafik kepada penganut Syiah. Begitulah sebaliknya...

Akum,

macam tak double-sided jer... benar kata belut tu. persoalannya, adakah kedua-dua mazhab ini diterima Tuhan..?? Takkan dua2 betul??

Simplelife,
macam mana pandangan anda pula??

wasalam
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2005 06:13 PM | Show all posts
Originally posted by belut at 7-12-2005 05:51 PM
menurut Sheikh dr yusof al-qardawi, lebih baik perkahwinan di antara sunni dengan kristian daripada perkahwinan di antara sunni dan syiah. Begitulah seriousnya pertembungan akidah di antara sunni d ...

boleh beri rujukan anda? tak pernah dengar....mungkin benar mungkin tidak.. harap sudi tunjukkan sumber
Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 8-12-2005 08:16 PM | Show all posts
Perbezaan memang wujud antara ke2-2 puak.

Pada pendapat saya pembolehan taqiyya bagi orang Syiah telah memburukkan keadaan hubungan antara 2 pihak (Sunni-Syiah). Taqiyya mungkin telah dijadikan senjata bagi orang Syiah untuk mengada-adakan kepercayaan yang pro-Syiah bagi memastikan ke'survival'an Syiah yang sentiasa ditekan oleh pihak pemerintah pada masa itu.

Pihak pemerintah pula mungkin sengaja membesar-besarkan perbezaan kedua-dua puak ini kerana faktor politik iaitu tidak mahu keturunan Ahlul Bait memegang tampuk kekhalifahan.

Puak Sunni pula pada pendapat saya seperti memprejudiskan Saidina Ali dan penyokongnya dengan tidak banyak mengambil pendapatnya dalam menentukan hukum Islam, mungkin akibat tekanan pemerintah pada masa itu seperti yang telah berlaku kepada Imam Syafie yang ditangkap kerana dituduh orang Syiah......

Masalahnya sekarang adalah kesalahan ajaran.  Syiah terlalu mendewa-dewakan Ahlul Bait dan mengandungi ajaran yang dianggap melampau. Walaupun begitu dalam ajaran Sunni sendiri ada praktisnya yang mengandungi unsur2 bid醜 yang tidak ada dasarpun dalam Islam. Sekiranya disingkirkan ke2-2 elemen ini, sudah tentu kita akan memperoleh ajaran yang suci dan diredhai Allah (S.W.T) di samping mampu bersatu untuk menentang musuh Islam yang hanya menunggu peluang untuk menguasai...

[ Last edited by simplelife at 9-12-2005 09:44 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2005 08:26 AM | Show all posts
Originally posted by simplelife at 8-12-2005 08:16 PM
Perbezaan memang wujud antara ke2-2 puak.

Perbezaan memang wujud antara ke2-2 puak.

Pada pendapat saya pembolehan taqiyya bagi orang Syiah telah memburukkan keadaan hubungan antara 2 pihak (Sunni-Syiah). Taqiyya mungkin telah dijadikan senjata bagi orang Syiah untuk mengada-adakan kepercayaan yang pro-Syiah bagi memastikan ke'survival'an Syiah yang sentiasa ditekan oleh pihak pemerintah pada masa itu.

Pihak pemerintah pula mungkin sengaja membesar-besarkan perbezaan kedua-dua puak ini kerana faktor politik iaitu tidak mahu keturunan Ahlul Bait memegang tampuk kekhalifahan.

Puak Sunni pula pada pendapat saya seperti memprejudiskan Saidina Ali dan penyokongnya dengan tidak banyak mengambil pendapatnya dalam menentukan hukum Islam, mungkin akibat tekanan pemerintah pada masa itu seperti yang telah berlaku kepada Imam Syafie yang ditangkap kerana ditangkap kerana dituduh orang Syiah......

Masalahnya sekarang adalah kesalahan ajaran.  Syiah terlalu mendewa-dewakan Ahlul Bait dan mengandungi ajaran yang dianggap melampau. Walaupun begitu dalam ajaran Sunni sendiri ada praktisnya yang mengandungi unsur2 bid醜 yang tidak ada dasarpun dalam Islam. Sekiranya disingkirkan ke2-2 elemen ini, sudah tentu kita akan memperoleh ajaran yang suci dan diredhai Allah (S.W.T) di samping mampu bersatu untuk menentang musuh Islam yang hanya menunggu peluang untuk menguasai...
...

persatuan umat Islam memang tidak akan wujud kerana kebanyakan orang - sama seperti anda- lebih suka menghukum tanpa memgetahui fakta sebenar mazhab yang lain. Anda mengetakan Syiah memburukkan keadaan dengan Taqiyyah dan Syiah mendewakan Ahlul Bait a.s.

1- Taqiyyah - Sekiranya Ahlus Sunnah tidak mengganggu kami, menjamin keselamatan beragama dan kehidupan kami, maka kami tidak perlu kepada. Anda lihat di Malaysia, pengikut Syiah akan dipenjarakan. Apakah anda fikir salah untuk kami  bertaqiyyah? Anda hanya faham taqiyyah seperti kebanyakan orang yang jahil faham. Mungkin Anda fikir bahawa taqiyyyah boleh dilakukan tanpa ancaman dan ianya sama dengan penipuan.  Anda boleh lihat di sini dan sekiranya anda suka, bolehlah anda kemukakan pandangan dan membantah hujjah tentang taqiyyah di sini:  

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D3

2- Mendewakan Ahlul Bait -  apakah salah untuk mengutamakan Keluarga Nabi berbanding dengan yang lain?  Dan apakah mengutamakan mereka dianggap sebagai perbuatan melampau dan menyalahi agama? Sekiranya musuh Syiah menjadikan sambutan Asyura sebagai contoh sikap pelampau Syiah, maka sambutan sebegitu bukan dilakukan oleh setiap Syiah. Serdangkan selain Syiah pula, kesemua mereka pula patut cermin diri apabila dengan bangga merayakan hari penyembelihan cucunda Nabi saaw di Karbala itu! Sehingga mereka mempunyai hadis2 sahih khusus untuk merayakan hari malang tersebut. Mengapa tidak diwarwarkan tentang orang2 yang berlebihan dalam menyambut gembira hari kesyahidan Imam Husein a.s sebagai pelampau yang meninggalkan Keluarga Nabinya sendiri? Kalau Syiah dianggap mendewakan Keluarga Nabi, maka selain Syiah - Sunni khususnya- adalah kelompok yang mendewakan para sahabat.

Dan anda sendiri bagaimana, apakah anda memerhatikan pesan Nabi saaw agar tidak meninggalkan Ahlul Baitnya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2005 08:31 AM | Show all posts
Masalahnya sekarang adalah kesalahan ajaran.  Syiah terlalu mendewa-dewakan Ahlul Bait dan mengandungi ajaran yang dianggap melampau. Walaupun begitu dalam ajaran Sunni sendiri ada praktisnya yang mengandungi unsur2 bid醜 yang tidak ada dasarpun dalam Islam. Sekiranya disingkirkan ke2-2 elemen ini, sudah tentu kita akan memperoleh ajaran yang suci dan diredhai Allah (S.W.T) di samping mampu bersatu untuk menentang musuh Islam yang hanya menunggu peluang untuk menguasai...

ajaran Islam yang suci hanya boleh kita perolehi apabila kita melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya. Bagi kami, kebenaran adalah bersama Ahlul Bait a.s seperti yang dinyatakan oleh al-Quran dan hadis sunni sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 9-12-2005 11:37 AM | Show all posts
Mungkin taqiyyah untuk menyelamatkan diri tidak dipersoalkan di sini, cuma persoalannya adakah peranan taqiyyah dalam menentukan hukum dalam Syiah sendiri?Contoh2 pembolehan taqiyyah dari hadis syiah:

"Kulani menukil dari Abdullah, ia berkata: Taqwalah atas agamamu dan berhijablah dengan "taqiyah", maka sesungguhnya tidak sempurna iman seseorang apabila tidak berdusta (taqiyah).

(Ushulul Kaafi hal. 483. Al Kaafi merupakan salah satu kitab pegangan pokok mereka dalam hal aqidah dan agama Syi'ah Imamiah).

"Dan apakah yang dapat menenangkan pikiranku selain berdusta (taqiyah).

Sesungguhnya taqiyah adalah surga bagi orang yang beriman."

(Ushul Al-Kaafi hal.484).

Jadi nampaknya seakan-akan taqiyyah itu adalah satu perkara yang amat penting untuk diamalkan penganut Syiah dan wajib dilaksanakan. Maka bagaimana pula kita hendak menentukan bahawa orang yang mengeluarkan hadis itu sendiri sedang melakukan taqiyyah?? Bahkan pelaku taqiyyah juga dijanjikan dengan syurga..persoalannya mengapa syurga sedangkan dia berbuat sesuatu yang dilarang oleh Allah iaitu berdusta (walaupun untuk nyawa etc) dan sepatutnya dia memohon ampun daripada Allah dan bukan mengharapkan syurganya terus?....WA

Mengenai Ahlul Bait pula, saya tidak mengatakan bahawa kita patut menerima pandangan mereka, bahkan pandangan mereka sewajarnya diletak di tempat yang tinggi sejajar dengan jalur keturunan mereka yang berasal dari Rasulullah (S.A.W) sendiri. Mungkin ini tidak terdapat dalam ajaran Sunni kerana faktor politik?(Sekiranya ada sila nyatakan). Namun ini tidak bermakna taraf mereka melebihi darjat kenabian seperti kata Khomeini dalam kitabnya al-Hukuumatu al-Islamiyyah (hal. 52):

"Dan sesungguhnya yang terpenting dari madzhab kami, sesungguhya imam-imam kami mempunyai kedudukan (maqam) yang tidak bisa dicapai oleh seorang pun malaikat yang
muqarrab/dekat dan tidak oleh seorangpun Nabi yang pernah diutus."

Ini bermakna bagi penganut Syiah darjat Imam 12 lebih tinggi berbanding Rasulullah (S.A.W) sendiri. Adakah ini mungkin dalam Islam???
Syiah juga dikatakan meninggikan darjat Imam mereka sehingga ke darjat uluhiyyah;

Syiah juga meriwayatkan secara dusta atas nama Ali:
Dan akulah yang menghidupkan dan memati-kan.
(Syi'ah wa Tahrifu al Qur'an, hal 17).

Persoalannya di sini tidakkah ulama2 syiah melihat hal-hal seperti ini berlegar-legar di sekeliiling ajaran mereka? Tidakkah mereka dapat membezakan mana ajaran yang batil dan mana ajaran yang hak dan yang mana hadis sahih dan yang mana pula hadis maudhu?

[ Last edited by simplelife at 9-12-2005 11:42 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 9-12-2005 04:18 PM | Show all posts

apa yang anda cuba nyatakan di sini sebenarnya saudara? Dari laman web mana yang anda cut and paste ni? Apabila kami telah bawakan al-Quran sebagai hujjah kami, kamu bawakan artikel dari kaum anti Syiah untuk menghadapi kami? Dan siapakah yang telah membuat terjemahan bahawa taqiyyah = tipu dalam riwayat2 yang anda petik di atas? apa yang anda petik itu sama sahaja dengan kalimah 'Muslim' yang diterjemahkan anti Islam  i.e. Muslim=terrorist.

http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D3&page=2

Ini pula adalah perkataan ulamak Suni sendiri mengenai taqiyyah:

al- Fakhrur Razi berkata: "makna zahir ayat itu (Kecuali kerana memelihara diri dari sesuatu yg ditakuti mereka..Ali Imran 28) menunjukkan taqiyyah hanya boleh dilakukan terhadap orang kafir yg merupakan majoriti. Namun Imam Syafii ra berkata: "Jika keadaan di tengah sesama kaum Muslim sama dengan keadaan antara kaum Muslim dan kaum Kafir, taqiyyah itu dibolehkan utk melindungi diri." (ar-razi, mafatih al-Ghaib, 8/13)

Mengikut seorang ulama Syiah; Alamah Tabatabai' dalam bukunya Islam Syiah bahawa sumber amalan taqiyah ini merujuk juga kepada al-Qur'an seperti Surah 3:28,: "Jangan sampai orang-orang beriman menjadikan orang-orang kafir sebagai teman-teman mereka selain orang-orang beriman. Barang siapa yang melakukan hal itu maka tidak ada pertolongan dari Allah kecuali untuk menjaga diri terhadap mereka [orang-orang kafir] dengan sebaik-baiknya. Allah memperingatkan kalian [agar selalu ingat] kepadaNya. Dan kepada Allahlah kalian kembali."

Ungkapan menjaga diri terhadap orang-orang kafir dengan sebaik-baiknya diterjemahkan dari tattaquu minhum tuqatan dan kata tattaquu dan tuqatan ini mempunyai akar kata yang sama dengan 'taqiyah'

kalau anda ingin tahu mengenai taqiyyah, belajarlah dari orang2 Syiah, bukannya dari anti Syiah.

http://www.answering-ansar.org/answers/taqiyyah/en/index.php

http://www.al-islam.org/encyclopedia/chapter6b/1.html

Mengenai Ahlul Bait pula, saya tidak mengatakan bahawa kita patut menerima pandangan mereka, bahkan pandangan mereka sewajarnya diletak di tempat yang tinggi sejajar dengan jalur keturunan mereka yang berasal dari Rasulullah (S.A.W) sendiri. Mungkin ini tidak terdapat dalam ajaran Sunni kerana faktor politik?(Sekiranya ada sila nyatakan). Namun ini tidak bermakna taraf mereka melebihi darjat kenabian seperti kata Khomeini dalam kitabnya al-Hukuumatu al-Islamiyyah (hal. 52):

"Dan sesungguhnya yang terpenting dari madzhab kami, sesungguhya imam-imam kami mempunyai kedudukan (maqam) yang tidak bisa dicapai oleh seorang pun malaikat yang
muqarrab/dekat dan tidak oleh seorangpun Nabi yang pernah diutus."

Ini bermakna bagi penganut Syiah darjat Imam 12 lebih tinggi berbanding Rasulullah (S.A.W) sendiri. Adakah ini mungkin dalam Islam???
Syiah juga dikatakan meninggikan darjat Imam mereka sehingga ke darjat uluhiyyah;

Syiah juga meriwayatkan secara dusta atas nama Ali:
Dan akulah yang menghidupkan dan memati-kan.
(Syi'ah wa Tahrifu al Qur'an, hal 17).

Persoalannya di sini tidakkah ulama2 syiah melihat hal-hal seperti ini berlegar-legar di sekeliiling ajaran mereka? Tidakkah mereka dapat membezakan mana ajaran yang batil dan mana ajaran yang hak dan yang mana hadis sahih dan yang mana pula hadis maudhu?

bertanyalah kepada ahlinya sekiranya anda tidak tahu.

1- apakah anda tidak pernah mendengar hadis mahsyur yang bermaksud "ulama umatku lebih afdhal dari para nabi bani israel" Ini belum lagi imam, baru seorang ulamak! Apakah anda mampu percaya seorang ulamak umat Muhammad (saaw) lebih afdhal dari seorang Nabi Bani Israel, namun anda bermasaalah besar untuk menerima Ahlul Bait Nabi anda lebih utama dari Nabi Bani Israel?

2- Apakah anda pernah mendengar hadis yang mengatakan bahawa Nabi Isa as. akan solat dibelakang Imam Mahdi. (Mengapa bukan sahaja Nabi Isa yang menjadi imam dan Imam Mahdi dari Ahlul Bait Nabi saaw yang menjadi makmumnya?)"

Dan kami tidak pula pernah mendakwa Nabi Muhammad saaw lebih rendah berbanding Imam suci a.s, anda yang mendakwakan demikian dan atas andalah persoalan dari Allah kelak.

saudara, apa yang anda pegang? ASWJ? Anti hadis? mungkin sampai giliran kami untuk menyoal anda.

[ Last edited by billionaire at 9-12-2005 04:23 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 9-12-2005 11:49 PM | Show all posts
Ini rujukan untuk post terdahulu : http://www.mail-archive.com/tumpat@yahoogroups.com/msg00327.html

Saya tidak membuat pernyataan pun dalam post di atas. Kebanyakan ayat saya kan banyak yang bertanda soal, ia bertujuan untuk orang yang ahli seperti saudara dapat menjawabnya dengan dalil saudara.
Kata-kata mengenai kebaikan dan ganjaran taqiyah itu pula diambil dari kitab2 utama dalam Syiah manakala pernyataan mengenai kelebihan imam berbanding nabi pernah diutus berasal dari Ayatollah Khomeini sendiri, seorang tokoh Syiah. Ia bukan tuduhan saya sendiri.
Mengenai taqiyyah, adakah ia dipraktikkan semata-mata untuk menyelamatkan diri semata-mata? Bolehkan taqiyyah ini digunakan untuk mengukuhkan kedudukan Syiah di kalangan pengikutnya?
Berkenaan dengan keimaman solat, bukankah hadis tersebut menyebut bahawa Imam Mahdi menawarkan kepada Isa (a.s) untuk menjadi imam sembahyang tetapi ditolak oleh Isa (a.s) kerana menghormati umat pilihan. dakah menghormati di sini sudah mampu untuk merendahkan status Isa (a.s) di mata Tuhan?
Dan ada juga hadis yang menyatakan antaranya bahawa kedatangan Isa (a.s) akan diiringi dengan penghapusan jizyah, pemusnahan salib,........dan baginda akan menjadi IMAM dalam solat.....Maka di manakah Imam Mahdi pada masa itu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

viper This user has been deleted
Post time 10-12-2005 12:28 AM | Show all posts
Dan ada juga hadis yang menyatakan antaranya bahawa kedatangan Isa (a.s) akan diiringi dengan penghapusan jizyah, pemusnahan salib,........dan baginda akan menjadi IMAM dalam solat.....Maka di manakah Imam Mahdi pada masa itu?

Anda mempersoalkan di manakah Baqiyatullah ajf yg suci seolah-olah sekiranya anda tahu, anda akan beriman kepadanya.. Dimanakah baginda akan berada sebenarnya bukan urusan anda. Bagaimanakah Isa akan muncul juga bukan urusan anda. Syiah tidak pernah merendahkan martabat Nabi Isa as. Bukan bermaksud dengan menjadi makmum, Isa tidak punya kedudukan yg tinggi. Secara logik kita dapat fikir bagi yang mahu menggunakan akal, Isa a.s diutuskan bagi kaum Nasrani manakala Rasul junjungan Saw dan Ahlul Bayt a.s menjadi Imam kepada seluruh Umat Manusia dan tidak untuk kaum tertentu shj. Di sini Mr. Billionaire telahpun menjawab soalan anda :-
apakah anda tidak pernah mendengar hadis mahsyur yang bermaksud "ulama umatku lebih afdhal dari para nabi bani israel" Ini belum lagi imam, baru seorang ulamak!

itu hadis yg disepakati Syiah dan juga ASWJ. Anda mendatangkan hadis yg tidak disepakati. bagaimana mungkin boleh menjadi dalil. Harap anda gunakan akal yg waras. jangan terlalu mengikut kan hati. Ikhlaskan hati anda untuk menerima kebenaran. Barulah penyatuan yg anda sendiri ilhamkan akan tercapai.

Ya Hak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2005 11:46 AM | Show all posts
salam....

kepada simplelife... pipi mencabar anda agar tidak perlu "bertaqiyyah"!!~. Pipi mencabar anda agar menggunakan nama SEBENAR anda seperti yang tercatit di dalam kad pengenalan mahupun di Jabatan Pendaftaran Negara!~. Tidak perlulah "taqiyyah" menggunakan nama simplelife!. :cak:

Adakah anda gementar insan-insan lain mengetahui indentiti diri anda menerusi alam Realiti? Ataupun, adakah anda begitu meminati Hidup yang Sederhana?. Jadi, mengapa ya?.

[ Last edited by pipi at 10-12-2005 12:22 PM ]
Reply

Use magic Report

giler This user has been deleted
Post time 10-12-2005 12:03 PM | Show all posts
salam,

benar sekali kata pipi itu......
berani kerana benar
takut kerana salah

buktikan jgn hanya berhujah kosong.......
malu bertanya kawan sesat cari jalan pulang........
Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 11-12-2005 08:58 AM | Show all posts
[quote]Telah berkata Jabir bin Abdullah R.A bahawa beliau telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, 搮Kmdn Nabi Isa Ibn Maryam akan turun. Pemimpin umat Islam ketika itu akan berkata kpdnya, 慚arilah mengimami solat kami.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 11-12-2005 10:21 AM | Show all posts
Nampaknya seperti istilah 'taqiyyah' iaitu berdusta dalam kefahaman saya idak sesuai digunakan di sini kerana salah faham mengenai apa yang saya cuba utarakan. Maka kita gugurkan sahaja istilah taqiyyah itu.....

Dalam riwayat hadis, Syiah tidak mempunyai satu pendekatan ilmiah untuk menilai kesahihan hadis seperti yang dilakukan oleh ulamak Sunni. Asal sahaja periwayat tersebut seorang penganut syiah imami, maka riwayat mereka diterima. Maka bagaimana kita hendak mengetahui bahawa apa yang diriwayatkan itu betul-betul sesuatu yang hak atau hanya berlandaskan kepada sikap taksub, hawa nafsu dan kebencian mereka terhadap kepimpinan umat Islam?Maka bagaimana pula jika hadis-hadis tersebut digunakan pula sebagai asas pegangan akidah Syiah....tidakkah ini akan memburukkan ajaran Syiah sendiri?

Ulamak Sunni banyak mengkaji hadis dan tidak menyokong periwayat secara membuta tuli walaupun periwayat tersebut seorang Sunnni sendiri. Banyak hadis yang telah digugurkan kerana periwayat banyak melakukan kesilapan, lemah ingatan dsb walaupun dia seorang yang alim dan taqwa.....

[ Last edited by simplelife at 11-12-2005 10:31 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 11-12-2005 10:46 AM | Show all posts
Originally posted by pipi at 10-12-2005 11:46 AM
salam....

kepada simplelife... pipi mencabar anda agar tidak perlu "bertaqiyyah"!!~. Pipi mencabar anda agar menggunakan nama SEBENAR anda seperti yang tercatit di dalam kad pengenalan ...

Untuk makluman pipi , semua orang tahu bahawa nama yang digunakan dalam forum ini tidak semestinya nama sebenar. Jadi tidak timbul soal taqiyyah di sini....

salam,

benar sekali kata pipi itu......
berani kerana benar
takut kerana salah...............

Adakah giler sedang bersembunyi daripada pihak berkuasa?

[ Last edited by simplelife at 11-12-2005 10:49 AM ]
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 11-12-2005 10:51 AM | Show all posts
salam...

Dalam riwayat hadis, Syiah tidak mempunyai satu pendekatan ilmiah untuk menilai kesahihan hadis seperti yang dilakukan oleh ulamak Sunni. Asal sahaja periwayat tersebut seorang penganut syiah imami, maka riwayat mereka diterima. Maka bagaimana kita hendak mengetahui bahawa apa yang diriwayatkan itu betul-betul sesuatu yang hak atau hanya berlandaskan kepada sikap taksub, hawa nafsu dan kebencian mereka terhadap kepimpinan umat Islam?
Ulamak Sunni banyak mengkaji hadis dan tidak menyokong periwayat secara membuta tuli walaupun periwayat tersebut seorang Sunnni sendiri. Banyak hadis yang telah digugurkan kerana periwayat banyak melakukan kesilapan, lemah ingatan dsb walaupun dia seorang yang alim dan taqwa.....

Anda telah memberikan tuduhan yang akhirnya kembali kepada anda. Anda sebanarnya memberikan satu pendustaan yang besar terhadap "amanah" ini.

sikap taksub, hawa nafsu dan kebencian mereka terhadap kepimpinan umat Islam?

di manakah terletaknya kempimpinan umat Islam? kemanakah tujuannya taksub, hawa nafsu dan kebencian itu? apakah tujuannya? adakah kepimpinan yang membuat kezaliman, kerosakan, dan perubahan terhadap hukum-hukum Allah digelar KEMPIMPINAN UMAT ISLAM ?

Ulamak Sunni banyak mengkaji hadis dan tidak menyokong periwayat secara membuta tuli walaupun periwayat tersebut seorang Sunnni sendiri. Banyak hadis yang telah digugurkan kerana periwayat banyak melakukan kesilapan, lemah ingatan dsb walaupun dia seorang yang alim dan taqwa.....

Tunjukkan kepada kami sejauh mana pengkajian Ulama Sunni terhadap hadis-hadis mereka? Ya, mereka tidak menyokong periwayat secara membuta tuli! Bagaimanakah ingin "melihat" sekiranya hati mereka sendiri sememangnya telah "membuta". Banyak hadis yang digugurkan bukanlah kerana kesilapan, lemah ingatan dsb, tetapi kerana tidak memberikan "saingan"!.
Pipi minta satu sahaja. Sila terangkan hadis sebelum perang badar : Sahih Muslim jilid 1 bab Sujud Sahwi, Hadis no 529 yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah.

wslm.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2005 10:53 AM | Show all posts
Untuk makluman pipi , semua orang tahu bahawa nama yang digunakan dalam forum ini tidak semestinya nama sebenar. Jadi tidak timbul soal taqiyyah di sini....

apakah sebab-sebab tidak menggunakan nama sebenar? bukankah berlindung disebalik nickname itu satu kebaikan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2005 11:26 AM | Show all posts
ai ... mcm mana nak bersatu ni ... baru lima org dah 'gegak gempita' heh heh... wah bill pun nampak 'segar' jugak. maklumlah, ada 2 org baru ... pipi pun sama heh heh ... jgn mare

teruskanlah 'gegak gempita' aka muzakarah tu. saya tumpang baca. wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2005 11:27 AM | Show all posts
Originally posted by pipi at 11-12-2005 10:53 AM

apakah sebab-sebab tidak menggunakan nama sebenar? bukankah berlindung disebalik nickname itu satu kebaikan?

nama sebenar pipi apa? nama saya semua org di cari ni dah tahu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.093181 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list