CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mann3288

Soalan: Membaca Yasin [merged] - dhani

[Copy link]
Post time 31-1-2006 03:11 PM | Show all posts
Perbahasan Ucapan al-Imam al-Nawawi rahimahullah

al-Imam al-Nawawi dlm kitabnya Tahzib al-Asma` wa al-Lughat  mengulangi dan menyetujui pembahagian yg dibuat oleh al-Imam al-慖zz 慉bd al-Salam rahimahullah. Utk menguatkannya, beliau menambah dlm tulisannya itu apa yg dibahagikan oleh al-Imam al-Syafi抜 rahimahullah spt disebutkan sblm ini.(al-Nawawi, Tahzib al-Asma` wa al-Lughat, jld. 3, m.s. 21.)
Jawapan kita terhadap perkara ini sama spt yg telah disebutkan di atas. Jika diteliti karya-karya al-Imam al-Nawawi rahimahullah, beliau tidak pernah menganggap Bid慳h Hasanah sbgmana yg disangka oleh org ramai masa kini. Di sini dinyatakan beberapa contoh:

Pertama:
Di dlm kitabnya al-Azkar, al-Imam al-Nawawi rahimahullah menyebut:  

Ketahui sesungguhnya yg betul lagi terpilih yg menjadi amalan al-Salaf al-Salih radhiallahu 'anhum ialah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dgn bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yg berkaitan dgn jenazah. Itulah yg dituntut dlm keadaan tersebut. Inilah cara yg betul. Jangan kamu terpengaruh dgn banyaknya org yg menyggahinya.
Sesungguhnya Abu 慉li al-Fudail bin 慖yad rahimahullah pernah berkata: 揃erpegang dgn jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yg melaluinya. Jauhilah jalan yg sesat. Jangan engkau terpengaruh dgn banyaknya golongan yg rosak (yg melakukannya).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2006 11:39 AM | Show all posts
assalamualaikum sdr skywalker,

insyallah perbincangan mengenai bida'ah ini kita cuba selesaikan dengan cara yg diredai allah dan rasul.

oleh kerana saudara telah mengemukakan tajuk2 bidaah seperti, berwirid selepas solat dgn mengeraskan suara, kenduri arwah dan perkataan wabarakatuh dan juga sdr telah mengemukakan perkataan2 daripada ulama2 yg muktabar seperti imam syafie dan imam nawawi walaupun saya belum lagi belajar akan kitab karangan mereka seperti majmu dan al umm tetapi dgn adanya permasaalahan ini membuat saya minat untuk mencari jawapan.

kita mulakan dgn bidaah tentang adanya kenduri arwah selepas kematian.

as-syafie al umm : juz 1: hal 248.

aku tidak suka mat'am iaitu berkumpul(dirumah keluarga mayat) meskipun di situ tiada tangisan kerana hal tersebut malah akan menimbulkan kesedihan.

perkataan yg sebenarnya adalah Al-Ma'tam bukan mat'am (bermaksud restoran atau tempat makan) perkataan ma'tam bermaksud perhimpunan lelaki dan perempuan untuk sesuatu kesedihan atau kegembiraan dan telah dikhususkan oleh ahli nahu pengunaan istilah ini untuk perhimpunan perempuan pada kematian yang padanya terdapat nihayah(ratapan yg berlebihan) merujuk kepada kata imam al jauhari, abu atha al sindi, ibn bari dan juga dlm kamus arab Lisan al arab.

imam syafie juga menyebut akrahu yang maknanya adalah aku benci dan kaedah usul fiqh syafie ianya adalah makruh. jadi sekiranya difahami akan perkataan imam itu adalah bermaksud makru bagi al ma'tam dan perlu diketahui bahawa hukum makruh itu adalah atas illat yakni sebab dan menyebabkan bertambahnya kesedihan dan apabila tiada illat maka tiada hukum makruh kerana kaedah usul fiqh al-illatu tadullu 'ala al-hukmi

sekaran kita lihat pula perkataan imam nawawi dalam kitab al majmu syarah al muhadzab (ms 271, juz 5)

adapun berhimpun atau berdudu-dudukan (al julus) untuk mengucapka takziah maka telah diriwayatkan dari imam syafie dan pengaran kitab al muhadzab dan seluruh ashabul syafieah bahawa ianya makruh dan sebahagian ulama syafieah serta imam alghazali dalam kitab al ta'liq meriwayatkan bahawa yg dimaksudkan imam syfie dengan al julus adalah berhimpun ahli keluarga simati dalam rumah dengan maksud menuggu sesiapa yang ingin mengucap takziah dan para ulama berkata bahkan yg selayaknya bahawa mereka bertebaran (tasarrafu) menunaikan hajat mereka, barangsiapa (pelawat) yang terserempak dengan mereka (anggota keluarga si mati) maka ucapkan lah takziah. jadi ini adalah pandangan mazhab syafie yg saya ketahui tentang kenduri arwah.

untuk pengetahuan sdr tentang yg lain seperti sdr kemukakan insyaalah saya akan jawab dengan merujuk kitab2 yg lain .

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2006 10:59 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by skywalker at 25-1-2006 07:07 PM
Dalam membicarakan persoalan bida抋h ini, pasti ada yang akan berkata :

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by pesnipersnake at 3-2-2006 10:59 AM


assalamualaikum sdr skywalker,

mengenai hadis riwayat imam muslim r.a yg menyebut larangan pengkhususan qiyam pada malam jumaat sebenarnya tidaklah bermaksud larangan membaca surah yasin ata ...



ASSALAMUALAIKUM

Sebenarnya dalil hadis tersebut bukanlah hujjah saya untuk melarang kita membaca yasin pd mlm jumaat, dan memang bukan niat saya pun utk mencari hujjah melarang kita dari baca yasin mlm jumaat. Cuma apa yg nak ditekankan di sini ialah I抰ikad kita terhadap amal ibadat kita selama ini.

Cuba kita tanya diri kita, kenapa kita baca yasin pd mlm jumaat ? tidak pd mlm lain ?
Sudah tentu sebab kita ber i抰ikad bahawa dgn baca yasin mlm jumaat kita akan mendapat satu fadhilat/kelebihan/ganjaran yg istimewa berbanding kalau dibaca pd mlm lain. Tapi adakah dalil atau nas yg sahih utk kita sandarakan dgn amalan ini? Dan sepanjang pengetahuan saya tiada dalil yg sahih utk disandarkan. Dalil yg ada semuanya dhaif (tidak boleh dijadikan hujjah) dan maudhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2006 09:01 AM | Show all posts
Kat kg Mala makcik2 & toknek2 baca yasin either on weekends (sat, sun) or public holidays. Always daytime, tak pernah malam. Reason : convenience.

Kira cerdik jugak lah makcik2 ni yek

the only masalahnyer Mala tak tau apa reaksi dorang kalau one day Mala suggest, "Makcik2, hari ni kita tukar lah baca surah lain..."

agaknyer jwp dia "alahai nak, ni jelah yg makcik reti baca..."
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2006 09:47 PM | Show all posts
salam

janganlah SUGGEST saja
cuba-cubalah PERINGATKAN yang dekat dan yang dekat
ikutlah PESAN NABI agar MEMBERI NASIHAT dgn baik dan lembut
mungkin akan dapat lebih MANFAAT buat semua

MAKA BERILAH PERINGATAN
SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU BERMANFAAT
ORANG YANG TAKUT AKAN DAPAT PENGAJARAN
ORANG YANG CELAKA AKAN MENJAUHKAN DIRINYA

renunglah baik-baik KATA TUHAN ini
semoga saudara mendapat RAHMAT
Reply

Use magic Report

Follow Us
CnP This user has been deleted
Post time 2-5-2006 06:33 PM | Show all posts
Originally posted by skywalker at 31-1-2006 03:04 PM



Sebenarnya telah berlaku salah faham di kalangan masyarakat kita, termasuk di kalangan para penceramah & agamawan, terhadap istilah Bid慳h Hasanah yg digunakan oleh para tokoh mazhab al- ...


Tulisan Dr. Asri banyak juga saya baca. Ada yg baik boleh dijadikan pedoman. Tapi kadang-kadang tu susah juga nak diterima sebahagian daripada hujahnya. Casestudy tak relevent. Sebagai contoh masalah zikir kuat. Sudah tentu Imam syafie tak kata bidaah hasanah sebab ianya sunnah yg sabit pada hadis.  Iman Syafie cuma berijtihad dalam masalah dalil-dalil yg agak kontra. Malah jika diteliti beliau amat berhati-hati dan berlembut dalam perkara ini dengan menggunakan perkataan "Aku suka sekiranya.....". Tak pun kata bidaah dgn kerasnya. Yang menghairankan bagaimana penulis asal boleh classify zikir kuat sebagai bidaah hasanah. Kalau dah ada hadis, tentu ianya sunnah. Cuma permahaman mungkin berbeza dalam pernilaian sesuatu hal. Kalau hadis palsu tu lain ceritalah.
Reply

Use magic Report

Tadarus This user has been deleted
Post time 4-5-2006 01:18 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Kebetulan malam ni mlm Jumaat, lepas maghrib ni nak baca la Yaasin ... kalau tak kat surau, baca laa kat rumah dgn anak-anak. Bukan apa-apa ... saja nak kirim hadiah istimewa sikit kat arwah ayahanda dan bonda di samping mintak keselamatan seisi keluarga didunia dan akhirat.

Kebetulan menyampuk ni, elok laa kot saya nak share sikit esp pada sdr yg bertanya. Kalau salah mintak maaf la bebanyak ... itu mmg kelemahan saya sendiri.

1. Kenapa malam Jumaat?

Sbb hari Jumaat kan penghulu segala hari. Byk kelebihan hari Jumaat. Amalan pun dilipatgandakan. Bermula hari jumaat itu ialah dgn masuknya waktu maghrib. Sbb tu laa majlis bacaan Yaasin di buat biasanya selepas maghrib. Kiranya dipermulaan hari laa tu. Lagi pun itu masa yg paling convenience bg kebanyakan orang.

2. Kenapa Yaasin?

Sbb Yaasin kan jantung al-Quran. Ada hadisnya tu. Siapa yg baca sekali, seolah-olah spt baca Quran 2x. Riwayat lain ada yg kata 10x.

3. Kenapa bukan surah Kahfi?

Tak salahhh ... siapa nak baca surah Kahfi pun takper. Saper mampu baca surah al-Baqarah pun boleh. Baca ... yg penting baca. Jgn tak baca sudah laa.

4. Org kata itu bidaah sbb nabi tak suruh?

Biaq pi laa org nak kata apa pun. Org tu bukan tau betui pasal bidaah pun. Kalau pakat check dlm diri, memasing penuh dgn bidaah.

5. Baca Yaasin masa org sakit?

Itupun ada hadisnya. Carik laa dulu ... insyaallah jumpa.


Itu jer laa yg saya nak kongsi. Ooo ... lupa nak beritau, lepas isya' pulak ad program tadarus. Dah juz 25 dah ... saper nak join jom!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2006 10:47 AM | Show all posts
salam

memang hari JUMAAT adalah hari raya dlm minggu
hari yg dinanti oleh semua
dan ADALAH NANTI KIAMAT ADALAH PADA HARI TERSEBUT........

betul tu ttg SURAH YAASIN
dan NABI ada berpesan
BACALAH KAMU SEPERTIGA AL QURAN, IAITU SURAK AL IKHLAS
amacam kan lagi pendek dan merangkumi keseluruhannya

adakah kita hanya sekadar NAK BACA kerana NAK PAHALA
atau KITA BELAJAR kerana NAK FAHAM APA YANG TUHAN TURUNKAN
dan NAK MENGAMALKAN PERINTAH TUHAN
DAN MENINGGALKAN LARANGAN TUHAN?????
(teouk dada tanya diri sendiri)

BIDAAH???
memang BIDAAH adalah SESAT dan SESAT dalam NERAKA
jadi apa lagi nak kata
takkan saya pun nak MENGADA-GADA lebih dr NABI kata
takut dah jadi 2 X BIDAAH atau membuat HUKUM baru
jadi cuma INGATKAN aje pada sesiapa yg mau MENDENGAR DAN BERFIKIR
dan cuba NAK KURANGKAN dalam KESESATAN

SEMOGA KITA SEKALIAN DIRAHMATI TUHAN SEKALIAN ALAM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2006 10:49 AM | Show all posts
salam

memang hari JUMAAT adalah hari raya dlm minggu
hari yg dinanti oleh semua
dan ADALAH NANTI KIAMAT ADALAH PADA HARI TERSEBUT........

betul tu ttg SURAH YAASIN
dan NABI ada berpesan
BACALAH KAMU SEPERTIGA AL QURAN, IAITU SURAK AL IKHLAS
amacam kan lagi pendek dan merangkumi keseluruhannya

adakah kita hanya sekadar NAK BACA kerana NAK PAHALA
atau KITA BELAJAR kerana NAK FAHAM APA YANG TUHAN TURUNKAN
dan NAK MENGAMALKAN PERINTAH TUHAN
DAN MENINGGALKAN LARANGAN TUHAN?????
(teouk dada tanya diri sendiri)

BIDAAH???
memang BIDAAH adalah SESAT dan SESAT dalam NERAKA
jadi apa lagi nak kata
takkan saya pun nak MENGADA-GADA lebih dr NABI kata
takut dah jadi 2 X BIDAAH atau membuat HUKUM baru
jadi cuma INGATKAN aje pada sesiapa yg mau MENDENGAR DAN BERFIKIR
dan cuba NAK KURANGKAN dalam KESESATAN

SEMOGA KITA SEKALIAN DIRAHMATI TUHAN SEKALIAN ALAM
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2006 10:51 AM | Show all posts
salam

memang hari JUMAAT adalah hari raya dlm minggu
hari yg dinanti oleh semua
dan ADALAH NANTI KIAMAT ADALAH PADA HARI TERSEBUT........

betul tu ttg SURAH YAASIN
dan NABI ada berpesan
BACALAH KAMU SEPERTIGA AL QURAN, IAITU SURAK AL IKHLAS
amacam kan lagi pendek dan merangkumi keseluruhannya

adakah kita hanya sekadar NAK BACA kerana NAK PAHALA
atau KITA BELAJAR kerana NAK FAHAM APA YANG TUHAN TURUNKAN
dan NAK MENGAMALKAN PERINTAH TUHAN
DAN MENINGGALKAN LARANGAN TUHAN?????
(teouk dada tanya diri sendiri)

BIDAAH???
memang BIDAAH adalah SESAT dan SESAT dalam NERAKA
jadi apa lagi nak kata
takkan saya pun nak MENGADA-GADA lebih dr NABI kata
takut dah jadi 2 X BIDAAH atau membuat HUKUM baru
jadi cuma INGATKAN aje pada sesiapa yg mau MENDENGAR DAN BERFIKIR
dan cuba NAK KURANGKAN dalam KESESATAN

SEMOGA KITA SEKALIAN DIRAHMATI TUHAN SEKALIAN ALAM
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2006 02:27 PM | Show all posts
Alasan kita , takpe..yg penting buat benda baik :lol

Bidaah pun ada 2 , yg bidaah hasanah blh buat , psl bidaah ni baik , mcm lah bidaah hasanah ni , nabi muhammad yg ckap , bidaah ni bidaah baik :lol

Fikir2kanlah , salam
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2006 10:38 AM | Show all posts
salam

maaf krn TERPOST sampai 3 kali
ada gangguanlah

tapi camna pun
BERFIKIRLAH
dan teruskanlah berfikir
baru bertindak
jangan salahkan orang lain
tapi SALAHKAN DIRI SENDIRI
dan HAK sesama kita hanya PESAN MEMESAN
hanya ketentuan DIA MEMBERI PETUNJUK DAN HIDAYAT

(aku masih tak mampu ketawa
tika saudaraku masih tenggelam dalam kesesatan
dan aku hanya merelakannya sahaja!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 10:50 PM | Show all posts
Takpe bro , bidaah kan ada BIDAAH BAIK n BIDAAH SESAT. Bidaah baik blh dibuat , walau nabi x buat

Prsoalannya , bknkah nabi tu uswatun hasanah , kalau dah lbh pandai dr nabi , aku x tau nak citerlah
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 10:04 AM | Show all posts
salam

cuba tanya diri kita sendiri
berapa banyakkah HADITH atau PESAN NABI yg dah kita buat????
yg senang-senang atau yg mudah tu
janganlah diambil yg susah lagi
ITU PUN TAK TERMAMPU NAK DIKERJAKAN
dan lihatlah/kaji NABI dan SAHABAT di MADINAH
dan beberapa generasi selepas itu
dimana TERTEGAKNYA ISLAM DALAM SATU-SATU JEMAAH

dan adakah kita serupa?????
atau terlaluuuuuuuusangat jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Tadarus This user has been deleted
Post time 5-6-2006 12:46 PM | Show all posts
Salam..

Mazhab dlm Islam wujud disebabkan oleh kefahaman dan penerimaan yg berbeza walaupun merujuk kpd ayat dan hadis yg sama. Cth paling mudah ialah bab batal atau tidak jika  tersentuh atau menyentuh wanita. Drp hadis yg satu ttp menghasilkan 4 pendpt yg berbeza. Yg jelas setiap mazhab tidak mengatakan pendapat mazhab lain sbgi salah.

Sama la dgn bab baca yasin ni. Tiada mazhab dalam ahlussunnah yg mengatakan ianya bidaah kecuali mereka yg minoriti yg bermazhab 'hanya aku shj yg betul'. Mereka ni pandai bawak dalil 'cut & paste' ttp sebenarnya maksud dan tafsiran yg sebenar drp pandangan majoriti ulama' mazhab adalah berbeza.

Pendek kata ... biaq pi la depa tu. Depa bukan nabi dan bukan Tuhan pun. Ilmu agama mereka pun bukan takat mana. Takat 'cut & paste' boleh laa.

La ni ada buku tulisan sorang ulama' tempatan ttg penjelasan isu-isu bidaah ... saya dengaq kat radio ikim 2 minggu sudah. Buku tu pun telah disemak oleh 3 org ulama' tersohor negara ... yg saya ingat ialah Tuan Mufti N9 dan YDP PUM. So tuan-tuan carik laa ... mintak petunjuk drp Allah swt. Siapa nak ikut para alim ulama' (ulama' pewaris nabi) maka insyaallah di dalam kebenaran. Dan minoriti yg tak nak ikut ulama' tu biaq la mereka nak ikut saper pun ... Dr Asri ka, Rasul dahri ka ... biaq la mereka dgn laungan "BIDAAH" mereka. Kita terus beramal, mereka sekadar memendam rasa. Kita baca quran (yasin), mereka tengok tv kat rumah (bukan bidaah).

Lupa la pulak ... Jumaat lps khatib telah menjelaskan isu bidaah di tempat saya solat jumaat. Merah muka makmum yg suka dok bidaahkan org. Takpe laa kot ... sekali-sekala kena dengar pdpt org lain ... baru boleh dipertimbangkan.

Sebenarnya saya dok heran ... bukan apa, mereka doq kata tafsir imam syatibi paling tepat, tafsir imam ghazali, imam nawawi dan imam syafie  tak ada asas dlm sunnah. Perrghh ... makna kata mereka letak diri mereka lebih hebat drp imam ghazali, imam nawawi, imam syafie, hatta imam nawawi. Hebat ... hebat!

Satu lagi ... mereka menolak pembahagian bidaah kpd dhalalah, hasanah, wajib, haram dll, tapi mereka boleh pulak bahagikan bidaah kpd 'dr segi bahasa' mahupun 'dr segi syarak'. Tak bidaah ker tu? Kelakorrr ...

Ok la tu ... nulis pjg-pjg pun takder faedah sgt. Saya ingat maksud hadis dan firman Allah yg menyuruh kita utk perbanyakkan zikir, perbanyakkan solat, byk ingatkan Allah ketika duduk, berdiri, berjalan mahupun berbaring. Hendaklah sentiasa membasahi dgn lidah dsb. Kot-kot la skywalker, org besi atau saper-saper pun bolehlah berikan dalil ttg b/mana cara dan bacaan apa yg hendak kita baca bermula bangun tidur sampai la kita tidur sehari semalam 24 jam. Ni sungguh ni saya nak tanya supaya saya dpt amalkan zikir yg betul-betul nabi buat dan bukan yg bidaah.

Boleh laa kita kongsi sama. Barula fair ... tak la tahu nak membidaahkan org jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2006 01:41 PM | Show all posts

Salam,

Drp Anas, Sabda Nabi saw,

"Setiap sesuatu ada hati dan hati al Quran adalah Yasiin dan sesiapa yg membaca Yasiin maka Allah swt tulis bgnya seperti mana membaca Al Quran 10 kali"
(HR Al Tarmizi)

Drp Abi Hurairah r.a., Sabda Nabi saw,

"Sesiapa yg membaca Yasiin pd waktu malam, maka akan diampun keesokannya.  Dan sesiapa yg membaca "Hamim Al Dukhan" nescaya akan diampunkan bgnya keesokannya"
(HR Ibnu Katsir)

Drp Abdullah berkata, Sabda Nabi saw,

"Sesiapa yg membaca Yasiin waktu mlm utk mendptkan keredhaan Allah swt, maka akan diberi keampunan bgnya"
(HR Ibnu Katsir)

Drp Ma'qil Ibni Yasar berkata, "Al Baqarah adalah rangka. Al Quran diturunkan setiap satu ayat disertakan 80 malaikat & ayat kursi khususnya diturunkan khas dr di bwh Arsy Allah yg tersusun di dlm surah Al Baqarah. Dan surah Yasiin adalah jantung hati Al Quran"

Drp Ma'qil Ibni Yasar berkata, Sabda Nabi saw,

"Bacalah Yasin atas mereka yg meninggal dunia"
(HR Ibnu Katsir, Abu daud & Al Nasa'i)

Drp Ibnu abbas r.a. berkata, Sabda Nabi saw,

"Adalah saya suka kalau surah Yasin dlm hati setiap insandrp umatku"
(R Bazzar, Ibnu Katsir)

Drp safuan berkata, Adalah alim ulama berkata,

"Apabila dibaca Yasin ke atas mayat, maka diringankan Allah bgnya (Sakaratulmaut)"
(HR ahmad & Ibnu Katsir)

Sesetgh ulama berkata ttg Yasin bhw atr keistimewaan surah Yasin ialah apabila dibaca tidak ada kesulitan melainkan dimudahkan oleh Allah.  dan adalah bacaannya (Yasin) ketika nazak, maka rahmat dan berkat turun dan dipermudahkan bgnya roh keluar dgn nazaknya.
(HR Ibnu Katsir)

wallahua'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Tadarus This user has been deleted
Post time 6-6-2006 09:16 AM | Show all posts
Terima kasih TM,

Maksud hadis-hadis yg TM berikan di atas rasanya sudah jelas. Bila sesuatu amalan itu ada dasarnya maka tuduhan bidaah adalah tuduhan yg jahat oleh mereka yg tidak bertanggungjawab. Sekadar isu mlm jumaat itu adalah soal teknik dan teknis. Kalau dlm istilah ciptaan mereka sepatutnya ia dlm kategori bidaah dr segi bahasa, bukan syarak. Sbb ia soal teknis semata-mata.  Mereka yg jahil ttp suka membidaahkan org sepatutnya faham bhw ibadah itu ada yg bersifat khusus, ada yg umum, ada yg terikat dgn waktu dan khaifiat tertentu, dan ada yg sebaliknya.

Maka membaca al-Quran, zikir, sedekah, derma itu merupakan amalan yg  tidak terikat dgn waktu. Boleh dibuat at your own convenience. Nak baca malam apa pun boleh, nak baca setiap mlm pun boleh. Tapi kalau baca malam apa pun rasanya tak terlepas drp tuduhan bidaah ... he hee ... Alasannya tetap sama iaitu nabi tak pernah buat pada hari sekian-sekian. Satu jer yg tak bidaah ... JGN BUAT!

...Betul ker?

Anyway, soalan dan pertanyaan saya kpd mereka ttg dalil bagi menunjukkan kaifiat dan bacaan zikir sehari semalam 24 jam. Moga dpt la kita sama-sama beramal mengikut cara yg betul-betul mcm nabi buat. Insyaallah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 10:38 AM | Show all posts
salam

memang benar KATA KATA NABI
dan saya tidak pertikaikan, tetapi mengapa hanya malam jumaat
mengapa perlu dibaca ramai ramai sedangkan
YANG MENDENGAR PAHALANYA SAM DENGAN YANG MEMBACA
dan kalau semua baca, sap yg betulkan bacaan si pembaca
sedangkan NABI ada menyuruh sahabatnya membacakan surah surah
dan beliau sendiri mendengarnya
dan apakah pertandingan tilawah AL QURAN juga NABI PESAN umatnya buat????
sedangkan ianya masih membaca AYAT AYAT TUHAN

cuba saudara bezakan/samakan dua perbuatan ini
seoarang membaca AL QURAN dgn suara yg baik kerana
NABI BERPESAN : PERLAGULAH BACAAN DENGAN SUARA YANG BAIK
dan satu lagi seorang membaca AL QURAN dgn suara yg baik
agar didengar orang beliau adalah pembaca yang baik

sekali lagi saya kena INGATKAN
walaupun saya tak suka, walaupun saya pun tergolong jugak dlm hal ini
iaitu BIDAAH tetap BIDAAH dan dalam KESESATAN (sebagaimana pesan NABI)
sedangkan banyak lain SUNNAH NABI yg belum KITA kerjakan
belum termampu nak sempurnakannya, ini pulak nak SESAT!!!!!
fikir fikirkanlah wahai saudara-saudaraku
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 6-6-2006 10:38 AM
salam

memang benar KATA KATA NABI
dan saya tidak pertikaikan, tetapi mengapa hanya malam jumaat
mengapa perlu dibaca ramai ramai sedangkan
YANG MENDENGAR PAHALANYA SAM DENGAN YANG MEMBACA
da ...


surah yasin bukan dibaca hanya malam jumaat. Malam-malam lain juga dibaca. Kalau ada
kenduri di surau / rumah dan tuan kenduri mintak baca yasin / tahlil, ianya juga dilakukan walaupun
bukan hari jumaat.

Kaifiyah surah yasin adalah hanya seorang menjadi pembaca utama dan yang lain mengikut secara
perlahan dan secara tak langsung BELAJAR dari pembaca utama tersebut. Cara pembelajaran al quran
sebegitu juga boleh membantu sebagai tambahan kepada pembelajaran al quran secara biasa- seorang baca,
seorang tegur.

Secara peribadi, saya telah mendapat manafaat dari sesi bacaan yasin di kampung sejak kecil dahulu sehingga
sekarang dan saya tak akan ragu-ragu membawa anak2 saya menghadiri sesi bacaan yasin sekerap mungkin agar
mereka mendapat manafaat yang sama, inshaallah.

Ayuh kita sama-sama mencintai surah Yasin dan membacanya kerana mencari keredhaan Allah.
Hafalkannya dan baca setiap hari, itu lagi baik. Yang membaca setiap minggu tu lagi mudah kalau
nak menghafal kerana sudah lancar di lidah, cuma perlu dilancarkan susunan sahaja. Sebelum tidur pun boleh
baca, dalam perjalanan ke tempat kerja boleh baca, menunggu bas pun boleh. Jangan terlepas pula hayati maknanya
yang indah dan amat menginsafkan itu. Contoh:



Semoga semua kita di sini tergolong dalam golongan orang yang "haiyan" tersebut..

[ Last edited by  always_typo at 6-6-2006 11:47 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205510 Replies : 4931
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6260 Replies : 87
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30583 Replies : 224
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21685 Replies : 65
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3633 Replies : 27
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7397 Replies : 52
Cara mudah utk dapat berat ideal
tomazCara mudah utk dapat berat ideal
Views : 9115 Replies : 38
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10817 Replies : 43
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3498 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.081574 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list