CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

All about Zoo Negara (Zoo Serangga kini dibuka!)

[Copy link]
Post time 1-2-2007 11:49 AM | Show all posts
aku lg suka gi zoo drp naik gondola eye of malaysia tu yg bajetnya 30juta tuh..nothing!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2007 08:01 PM | Show all posts
Originally posted by bududanbelacan at 1-2-2007 01:39 AM
Zoo kat Malaysia ni memang menyedihkan. Kotor, haiwan tak terjaga dengan elok! Kebanyakan binatang kat sana nampak murung dan tak sihat.
Kerajaan atau memana pihak yang patut patut berbelanja ...

Anna, FireFly sanjung sangat idea yg bernas 2... Tapi masih ramai lagi rakyat Malaysia (termasuk yg bekerja dgn haiwan)yg prihatin terhadap haiwan so susah lah nak naik taraf kehidupan haiwan ni.Kat zoo tu ade jugak agensi yg mengeluarkan belanja haiwan yg mereka taja... tapi still tak nampak duit 2 kemana....

Yg pasal penguin 2 Fire memang tak setuju pon penguin ade kat Malaysia ni... tak sesuai langsung dengan persekitaran MAlaysia ni walau pun diorg duk dlm "peti sejuk" kat zoo 2....
  
Kat Malaysia ni tak de akta untuk pendera haiwan.... atau pon dimana pemilik haiwan 2 akan dikena kan tindakakan jika haiwan yg dibela 2 menjadi tidak sihat...mcm kat US

Steve Irwin die lah yg paling gile tapi tak sangka umuq die tak panjang.... tak dapat nak tengok die inperson ....
Terasa kehilangannya .....

Anna gambar yg awak ambik memang sangat cantik :clap: awak patut ade galery atau show utk gambar2 ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2007 12:02 PM | Show all posts
rasanya malam nih
mcm nak pegi zoo negara

selalu siang jerk

plan malam nih nak p malam plak

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2007 09:11 AM | Show all posts
Zoo Negara tidak akan dipindahkan

SHAH ALAM 8 Ogos

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2007 09:44 AM | Show all posts
Selangor tiada kuasa warta, tapak zoo hak bank
Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak mempunyai kuasa untuk mewartakan Zoo Negara kerana tanah seluas 48 hektar itu dimiliki HSBC (Malaysia) Trustee Berhad (HSBC Trustee).

Ketika mendedahkan perkara itu semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata kerajaan negeri menyerahkan kawasan itu kepada HSBC Trustee sebagai tanah anugerah pada 1982.

"Saya tidak tahu atas alasan apa tanah ini dianugerahkan kepada HSBC Trustee kerana ketika itu saya masih belajar di sekolah menengah.

"Tetapi saya percaya, tanah itu diberikan kepada keluarga Hudson selaku pengasas penubuhan Zoo Negara dan kemungkinan keluarga Hudson ada hubung kait dengan HSBC," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini.

Dr Mohamad Khir bagaimanapun berkata sehingga kini surat hak milik tanah itu tidak dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) kerana HSBC Trustee belum membayar baki cukai tanah seluas 10 hektar dan bayaran pendaftaran hak milik.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid, yang mahu kerajaan Selangor mewartakan segera Zoo Negara bagi mengelak kawasan itu dibangunkan dengan projek pembangunan.

Azmi berkata, kelewatan mewartakan kawasan itu menyebabkan Zoo Negara semakin mengecil dan sehingga kini lapan hektar daripada 48 hektar tanah di situ sudah dibangunkan dengan projek perumahan.

Persatuan Zoologi Malaysia sebelum ini memohon kerajaan negeri memberi geran dan mewartakan Zoo Negara sejak lebih 20 tahun lalu tetapi setakat ini tiada tindakan diambil bagi menyelamatkan kawasan itu.

Dr Mohamad Khir berkata, walaupun tanah itu dimiliki HSBC Trustee, sebarang penjualan atau aktiviti lain di kawasan itu perlu terlebih dulu mendapat kebenaran kerajaan negeri.

Katanya, apa pun alasan yang mungkin diberi, kerajaan negeri tidak akan membenarkan Zoo Negara dicemari kerana ia termasuk dalam kawasan taman negeri.

"Walaupun kita tidak boleh wartakan kawasan ini, kerajaan negeri boleh menghalang sebarang penjualan atau pembangunan yang membahayakan orang ramai, seperti termaktub dalam perjanjian ketika tanah ini diberi kepada HSBC Trustee," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by ati1402 at 20-11-2006 11:44 AM
X penah gi Zoo Negara..:cry:
nnt nak pegilah...



Lew... x nah g eh?.... jom g skali...


neway, zoo negara bagi Bub, mcm tak terjaga ajer...bukan binatang ajer yg leh tertekan,  tapi kita sebagai pengunjung pun buleh tertekan time masuk ke zoo negara...... try to b more creatif sikit utk wujudkan persekitaran yang baik utk binatang......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2007 11:23 AM | Show all posts
zoo negara kita ok...baru pegi sebulan lepas...cuma perlu more visitors and sponsorship sebab berapa sgt kerajaan bagi subsidi.... banyak kawasan terbiar dan boleh dicantikkan...aktiviti pun skit yang amat. bahagian aquarium sedih gila tgk. Binatang pun nampak tak happy aje..

bab pindah tu bnyk pandangan berbeza. Developers memang nak sgt area tu for development..so kita tgklah macamana...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 08:35 PM | Show all posts

Reply #26 bubpallo's post

ha'ah mmg x nah gi
penah gi taman rama2 je kt jln parlimen tu ha..panassssss
ha jom la pi skali zoo negara best gak gi ngan org yg dh biasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2007 08:34 AM | Show all posts
Originally posted by ati1402 at 9-8-2007 08:35 PM
ha'ah mmg x nah gi
penah gi taman rama2 je kt jln parlimen tu ha..panassssss
ha jom la pi skali zoo negara best gak gi ngan org yg dh biasa



tol eh ati tak nah g?.... Jom ... Ooo yer, lagi satu taman burung kat ngan taman orkid tu pon best....saper penah g.... best la...Bub rekomen...
Bub dgr zoo kat Singapore lagi mengancam.....saper2 yg nah g eh?..... Bub dulu maser 1st time datang ke KL, zoo la dulu tmpat kunjungan Bub...hehehehee..mmng dasar suker kat binatang...mcm nie lah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 10:14 AM | Show all posts
zoo negara pitt pnh pegi last 3 years...
tp mcm tak jaga jek kwsnnya....
tp skrg pitt tatau la ape perkembangan terbaru zoo negara skrg....
tp kalo nk dibandingkn... zoo taiping lg beso dan terjaga skit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 10:38 AM | Show all posts
'Selangor boleh guna akta'
Oleh Norliza Wasilan


Persatuan sedia jumpa MB pertahan tapak Zoo Negara: Ismail

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor diminta menggunakan akta tanah dan mengambil alih keseluruhan Zoo Negara bagi menyelamatkan kawasan seluas 48.5 hektar di pinggir Kuala Lumpur itu daripada dimajukan dengan projek pembangunan.

Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Datuk Ismail Hutson yang mendedahkan tapak zoo itu bukan milik persatuan berkata, pihaknya berusaha mendapat pemilikan tanah itu sejak lebih 40 tahun lalu tetapi gagal.

Malah, beliau mendakwa tanah yang mampu meraih nilai pembangunan berbilion ringgit itu dimiliki beberapa pihak termasuk satu syarikat tersenarai di Bursa Malaysia dan kerajaan negeri.

Katanya, Zoo Negara perlu dikekalkan kerana ia cetusan Perdana Menteri Pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan menjadi tanggungjawab persatuan memastikannya kekal di Hulu Klang.

揟unku yang memberi idea supaya diadakan Zoo Negara di sini (Hulu Klang), oleh itu kita menganggapnya sebagai amanah yang harus dipertahankan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 11:18 AM | Show all posts
Minda Pengarang: Pemindahan Zoo Negara wajar dipertimbang


SELAMA ini kita menyangka tapak Zoo Negara di Hulu Klang, tidak jauh dari Kuala Lumpur adalah milik Kerajaan Selangor. Kelmarin, barulah kita sedar kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mewartakan zoo berkenaan kerana tanah seluas 48 hektar itu dimiliki HSBC (Malaysia) Trustee Berhad (HSBC Trustee). Seperti kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, kerajaan negeri menyerahkan kawasan itu kepada HSBC Trustee sebagai tanah anugerah pada 1982. Bagaimanapun, kita tidak tahu atas alasan apa tanah itu diserahkan kepada HSBC Trustee.

Berikutan ketiadaan maklumat tepat mengenai hak milik tapak zoo itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid sendiri mahu Kerajaan Selangor mewartakan segera Zoo Negara bagi mengelak kawasan itu dibangunkan dengan projek pembangunan. Alasannya, kelewatan mewartakan kawasan itu menyebabkan Zoo Negara semakin mengecil dan sehingga kini lapan hektar daripada 48 hektar tanah di situ sudah dibangunkan dengan projek perumahan. Sejak lebih 20 tahun lalu, Persatuan Zoologi Malaysia memohon kerajaan negeri memberi geran dan mewartakan Zoo Negara, tetapi setakat ini tiada tindakan bagi menyelamatkan kawasan itu. Isu ini sebenarnya bukan semudah yang disangkakan kerana jika hendak diwartakan, kerajaan negeri perlu mengubah status hak milik tanah terlebih dulu. Difahamkan, tanah itu diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 1982, tetapi hak milik belum dikeluarkan kerana belum dibayar baki cukai tanah, selain belum menjelaskan bayaran pendaftaran hak milik. Pihak Zoo Negara juga dikatakan masih dalam perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor mengenai jajaran sungai serta jalan yang terletak atas tanah zoo itu. Perbincangan itu adalah untuk mengeluarkan jalan yang termasuk dalam kawasan terbabit sebelum pelan ukur dapat dikeluarkan. Kita berharap isu ini dapat diselesaikan segera terutama membabitkan isu jalan dan sungai. Pihak Zoo Negara boleh mengemukakan pelan untuk tindakan lanjut serta diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri nanti.

Satu lagi perkara pokok ialah pemindahan Zoo Negara yang berusia 43 tahun itu ke tempat lain yang hangat diperkatakan sebelum ini. Memang benar kerajaan sudah memutuskan Zoo Negara dikekalkan di tapak asalnya sekarang, tetapi ada pihak mencadangkan ia dipindah ke kawasan lebih sesuai seperti di Sepang atau Bukit Cerakah di Shah Alam dengan alasan tapak asal sudah tidak sesuai kerana dikelilingi rumah dan premis perniagaan. Jika dilihat semula isu ini dan melihat penempatan zoo di merata tempat di dunia sama ada di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia atau Afrika, kebanyakan zoo ditempatkan agak jauh dari pusat bandar iaitu di kawasan persekitaran kondusif berhampiran hutan. Memang benar kos pemindahan mungkin memakan belanja, tetapi kita harus menerima hakikat mengenai keperluan masa depan. Bayangkan jika kita tidak membina lapangan terbang baru di Sepang, sudah pasti kesesakan teruk berlaku di lapangan terbang Subang. Bayangkan keadaan kesesakan di ibu negara jika pusat pentadbiran Persekutuan tidak dipindahkan ke Putrajaya. Begitu juga dengan Zoo Negara yang pasti memerlukan belanja besar jika dibina 10 tahun atau 20 tahun lagi. Malah sebuah zoo memerlukan saiz lebih besar untuk menampung jumlah haiwan dan pengunjung untuk tempoh 20 atau 30 tahun akan datang. Justeru, kerajaan perlu bertindak proaktif mulai sekarang kerana kawasan seluas 48 hektar di Zoo Negara sekarang semakin padat dan memerlukan ruang lebih luas bagi menampung pertambahan spesies binatang pada masa depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 11:35 AM | Show all posts
last pi zoo tahun 86..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 12:58 PM | Show all posts

Reply #33 payrol's post

hahahah

kalau p sekarang, binatang yang dulu tu
dah bercucu dah

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 01:11 PM | Show all posts

Reply #33 payrol's post

last aku gi lak..dlm tawun 2000/01 kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 01:26 PM | Show all posts

Reply #33 payrol's post

kalau ku p lgi dalam masa terdekat nih

akan ku sampaikan salam sayang mu pada uncle
yang dok bertapa kat apes world

dah naik blonde janggut rambut segala

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2007 01:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 03:26 PM | Show all posts
wahhh bagus bagus~!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 06:31 PM | Show all posts
wah...teringin nak pergi zoo negara...

bila last pergi sana ek? tak ingat plak..rasa 7,8 tahun lepas..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2007 02:55 PM | Show all posts

Reply #34 Syd's post

betul syd..aku pi time ada kfc lagi kt situ...aku ingt gi aku makan kfc kt situ tp ayam terbang sbb ngada2 nak pakai knife n fork....nanti nak buat lawatan ke zoo negara ni...10minit je dari umah aku ni actually...

ape kata warga AL buat trip ramai2 nak...ati....anjur pls..

p/s: teruk sgt keadaan zoo tuh skrng?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.086845 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list