CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Pastikan Makanan Sihat disediakan di Sekolah:Latest-Long Live The School Lunch

 Close [Copy link]
Post time 9-3-2007 03:54 PM | Show all posts
ada sesetengahtu anak2 tak kisah
makpak yg gilakan junk food
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2007 03:54 PM | Show all posts
aku perhatikan merata2 tempat org jual burger..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 03:57 PM | Show all posts
tak lama lagi adalah pak2 menteri yg akan bincang pasal nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 04:24 PM | Show all posts

Reply #23 JERONG_GERGASI's post

no need politicians lah, only protect self interest, use your own akal

lu igat boss megi ari2 mkn megi ka? lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 04:27 PM | Show all posts

Reply #18 ninja boy's post

sedapnya ninja boy ko citer pasal makanan
aku rasa nak makan semua makanan yg ko sebut seperti di atas.

dan jugak satellite88..nyum nyum...
daun simpor tu apakejadah daunnyer
tak kenal pun
daun pisang or daun keladi aku kenal leee
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 04:33 PM | Show all posts
Kalau menteri menteri itu juga, bila boleh dapat idea yang baru.

Rakyat kena mulakan sendiri cara menyediakan makanan sendiri. Bila sudah terbukti,banyaklah orang menirunya nanti.

Masyarakat telah banyak terpengaruh dengan konsep 'Cepat' dalam kemajuan sains dan teknologi. tetapi kenalah bijak apa yang harus cepat dan apa yang tidak.

Contoh: dalam bidang elektronik, telekomunikasi, cepat itu memang elok. dari sistem analog ke digital umpamanya. Dari copper wires to optical fibres lainnya.

Tetapi dari soal makanan segera (cepat) memang baik bagi pengusaha dan peniaga, tetapi buruk kepada kesihatan penguna. olehitu penguna harus tiada kompromi tentang kesihatan.

Begitulah pendapat yang tak seberapa dari kami yang tinggal di rimba jauh dari puterajaya ini.

Oleh itu disyorkan kalau hendak makan buger buatan sendiri, guna daging bermutu dan segar tanpa ada lemak. Cincang daging hingga halus buat seperti meatballs.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-4-2007 12:07 PM | Show all posts
Laksana segera program makanan sihat di sekolah seluruh negara
Oleh Norhayati Md Said

KETIKA mengambil anak di sekolah, perhatikan dengan teliti. Kita akan melihat ramai murid atau pelajar obes sama ada lelaki atau perempuan. Jika dibuat perbandingan dengan ibu bapa, kadangkala kita hairan bagaimana anak mereka boleh mengalami kegemukan.

Walaupun genetik meningkatkan risiko anak obes, tetapi kini ibu bapa langsing juga ramai yang mempunyai anak obes. Lazimnya, anak yang mengalami masalah berat badan akan berterusan hingga dewasa. Obesiti adalah masalah dunia kerana ia menjadi punca kepada pelbagai penyakit.

Walaupun tahap kesedaran terhadap pemakanan semakin meningkat, namun perubahan dalam masyarakat turut menjadi punca masalah obesiti. Ibu bapa bekerjaya selalunya tidak sempat menyediakan makanan untuk keluarga dan mereka akan membelinya termasuk makanan segera.

Lima atau enam hari seminggu anak berada di sekolah. Setiap hari mereka akan sampai ke rumah tengah hari dan akan ke sekolah agama kira-kira jam 2.30 petang. Hampir sepanjang hari anak berada di luar kawalan ibu bapa. Walaupun waktu rehat di sekolah hanya kira-kira setengah jam, anak berkuasa penuh terhadap pemakanan sendiri. Mereka boleh membeli apa yang disukai sama ada di sekolah mahupun luar sekolah.

Jika makanan yang dianggap tidak berkhasiat oleh ibu bapa dan dilarang dimakan di rumah, murid-murid boleh membelinya pada waktu ini. Apatah lagi bila melihat makanan yang dijual di kantin sekolah. Kadangkala ada makanan yang ibu bapa sendiri 憈akut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2007 05:14 PM | Show all posts
30 murid muntah selepas minum susu subsidi
13-04-2007

IPOH:  Seramai 38 murid Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh di Pasir Puteh di sini hari ini dirawat di Hospital Ipoh selepas mengalami sakit perut dan muntah-muntah dipercayai akibat keracunan makanan.

Murid berkenaan mula mengalami keadaan itu selepas minum susu kotak yang dibekalkan di bawah Program Susu Sekolah (PSS).

Daripada jumlah itu, lapan murid yang pada awalnya dimasukkan ke wad kerana mengalami keadaan yang agak teruk sudah dibenarkan pulang ke rumah kira-kira pukul 4 petang tadi, manakala lainnya dirawat sebagai pesakit luar.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Datuk Mohamed Zakaria Mohd Noor berkata pejabat kesihatan telah mengambil contoh susu dan makanan di kantin sekolah itu untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu.

"JPN sentiasa memandang serius kejadian seperti itu kerana Kementerian Pelajaran menumpukan aspek 3K dalam sekolah itu keselamatan, kesihatan dan kebersihan," katanya ketika dihubungi di sini.

PPS diwujudkan bertujuan memupuk amalan minum susu segar serta memperbaiki taraf pemakanan dan kesihatan murid miskin dengan mereka dibekalkan tiga kotak minuman itu seminggu secara percuma.

Sementara itu pelajar Tahun Enam, Wafa Zainol Abidin berkata perutnya berasa pedih selepas minum susu kotak berperisa coklat kira-kira pukul 10 pagi.

"Mula-mula minum saya memang sudah rasa susu itu masam tetapi saya teruskan minum sebab ingatkan rasa susu macam itu.

"Selepas itu saya mula rasa pedih perut dan rasa angin dalam perut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik locum, Bahagian Kecemasan hospital itu.

Muhd Hakim Zulkifli, 12, pula mengaku minum sebanyak lapan kotak susu kerana kebanyakan kawannya tidak mahu minum susu itu.

"Saya minum tetapi tak ada rasa masam. Tapi sebelum waktu rehat dalam pukul 10 (pagi), saya terus rasa hendak muntah dan sakit perut," katanya.

Guru besar sekolah itu Noor Azmi Arif Shah enggan mengulas lanjut kejadian itu dan berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada JPN untuk tindakan lanjut

---------------------

ini yang berlaku kalau sekolah tak pantau makanan untuk murid2
kalau muntah aje tak apa -
kalau ada yang sampai membawa maut  -  sekolah or even kementerian boleh
dipersoalkan dalam hal ini -

persoalan makanan sihat untuk kanak2 sekolah patut diambil berat
semua untuk kecergasan murid itu sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2007 05:24 PM | Show all posts
Dulu penah gak terjadi kes camnie... tambah teruk, ada org terjumpa cacing dalam kotak susu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 01:30 AM | Show all posts

Kes Keracunan Makanan di sekolah

Salam all,

Kejadian keracunan di sekolah sudah tentu lah sesuatu yang membimbangkan ibu bapa ibu bapa yang mempinyai anak yang bersekolah? Ada mana mana forumners yang mahu berkongsi pengalaman tentang keracunan makanan disekolah anak mereka? :hmm:


.....deen.

........................

Kes keracunan makanan di sekolah*19 muntah kejadian keenam di SK Guar Nangka, Kangar
Oleh: JOHARI SHAWAL
KANGAR 13 April
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 02:02 AM | Show all posts
rasanya lah kan.. ni ntah kali ke berapa ribu kes aku duk baca dah selang ntah beribu taun la.. musti ada, musttttttttttiiii ada kes food poisoning di sekolah..

kalo di warung mek jenab, tak paaaa..mek jenab dia maybe jahil, dia ingat standard kebersihan di wakaf mek senah nun sama lah standard WHO kasik.. so i pogip u mek jenab

ni kat sekolah, dulu aku baca kat kucing kut, sawak nun laa laa ni kat kat siam lak.. teketor ketor tangan aku bila baca ianya di kangor..dekat tu ngan Siam..maybe pasal teringat minah siam tangan aku terketor2 agaknya
Reply

Use magic Report

julyjulai This user has been deleted
Post time 15-4-2007 10:44 AM | Show all posts
nak kongsi gak laaa, tapi ni bukan laaa kes keracunan kat sekolah tapi kat U tempat aku belajar dulu.
boleh laaaaa, tempat belajar gak tu...

dah banyak complaint pasal ayam yg digunakan kat kantin asrama ni, tak kira laa goreng ke, masak sambal ke, bau semacam je - bau ayam busuk. :geram:   
tapi x action pun.

bila kes keracunan berlaku, baru laa nak menunding jari. warden kata tuan tender, tuan tender kata tukang masak, tukang masak kata orang yg bekal ayam..... hangin betul aku.

separuh drp student yg makan admit hospital (termasuk la aku), masa tu dah la tengah final exam.  bayangkanlah tengah ambik exam perut sakit memulas-mulas, dah tu dengan nak termuntah lagi.  nasib baik paper yg aku ambik hari tu mmg aku terror habis, so cukup je masa kuarantin 1 jam aku pun blah.

2 hari aku kat hospital masuk air. sodih betoi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 10:55 AM | Show all posts
skolah menengah: aku dulu, time skolah.. makan ikan goreng... kuar maggot ramai.. hehehe... banyak sungguh protein.  baik gie makan kat kedai dpn.

skolah rendah: beli nasik lemak kat member. nasik lemak dia sedap. sampai makcik kantin ngamuk rampas sumer nasik lemak dia (iklan je. mentang2 aaa kitorang kecik lagi. kena buli ngan makcik kantin). pastu time program susu skolah ceret beret reramai.. hehe.. cikgu pening kepala sbb ramai terberak dlm suar... balik rumah kena marah - mak aku bagi warning jgn minum susu tu lagi...

moral: elok bawak bekal gie skolah. murah, slamat, berkhasiat disediakan dgn penuh ikhlas dan kasih sayang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2007 05:35 AM | Show all posts
Sistem bekal makanan bantuan murid disemak
Oleh HASHNAN ABDULLAH

PUTRAJAYA 18 April
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2007 06:21 AM | Show all posts
Lagi susu beracun -- 50 murid muntah, cirit-birit selepas minum susu bantuan di Kedah
Oleh OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI 25 April
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 07:28 AM | Show all posts
lebih memudaratkan dari menyihatkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2007 07:38 AM | Show all posts

Reply #36 Kilokahn's post

pada pendapat saya memang bagus disediakan
makanan kepada murid murid sekolah -
especially bila ada murid murid yang bawa junk
dari rumah or beli junk food sokmo --

tapi - kenala pastikan makanan yang sekolah
nak providekan tu - dah diteliti dan makanan
berzat  dan make sure not gonna harm the kids -


untuk susu pulak... pada saya susu susu cam ni --  susah sikit --
kalau nak beri extra calcium pun - mungkin bekalkan
fresh milk - bukan susu kotak etc --   ada van datang
waktu recess  - provide fresh milk tu --

otherwise jadilah keracunan susu macam kat kedah tu -
susu kotak macam tu bukan boleh dipercayai tarikh luputnya

in fact, kalau kita beri susu marigold 1L  kat supermarket tu,
walaupun expiry date katalah 10 days after the day we bought-
lepas 3 - 4 hari pun boleh berbau dah susu tu kalau dah guna
eventhough keep in the fridge -

suggestion -  untuk students tu -- fresh milk  not carton milk -
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 07:56 AM | Show all posts
zaman aku belajar dulu xde laa masalah keracunan ni sgt...mmg jauh beza dulu dhn skarang..mak cik kantin skang ni agaknyer dok pikir untung je kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 08:46 AM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 14-4-2007 05:24 PM
Dulu penah gak terjadi kes camnie... tambah teruk, ada org terjumpa cacing dalam kotak susu.

ms jaman aku skolah rendah pun ada kisah gini..so aku walaupun dpt susu tuh baik aku beli susu dutch lady sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 09:00 AM | Show all posts
Originally posted by nimon at 26-4-2007 07:56 AM
zaman aku belajar dulu xde laa masalah keracunan ni sgt...mmg jauh beza dulu dhn skarang..mak cik kantin skang ni agaknyer dok pikir untung je kot


..susu yang budak2 minum ni susu subsid/skim munim susu tuk budak2 sekolahi....bukan susu yang makcik kantin jual...takut syarikat yang dapat kontrak ni nak untung lebih bagi susu dah lama kat budak2 sekolah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.097250 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list