CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: don_quixote

Chin Peng loses appeal

[Copy link]
Post time 22-6-2008 03:41 AM | Show all posts
Apapun sejarah ditulis orang yang menang
Pada aku adalah cruel untuk tidak benarkan dia pulang menghabiskan sisa hidupnya di tanah tumpah darahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2008 03:44 AM | Show all posts
sedikit tentang sejarah salah seorang pejuang komunis...

Walaupun, ramai sengsara ketika Komunis bermaharalela suatu waktu dahulu, namun jika diambil sedikit dari sudut penentangan terhadap penjajah, kita masih wajar mengakui sumbangan mereka.

(Mengingat peristiwa itu - maka berita mengenai kematian Rashid Maidin pada pagi 1 September 2006 di Selatan Thailand wajar kita renungkan - terutama buat anak-anak muda yang sudah tidak kenal sesiapa lagi yang terbabit dalam proses kemerdekaan negara; berikut serba sedikit perihal siapakah Rashid Maidin terutamanya bagi anak-anak muda masa kini. Sumber: Wikipedia)

[img=250,308][/img]Rashid Maidin (atau Rashid Mydin; lahir: 10 Oktober 1917) ialah pemimpin kanan Melayu dalam Parti Komunis Malaya.

Rashid dilahirkan di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Gunung Mesah terletak di tepi jalan utama antara Gopeng dengan Ipoh. Di sini ada perkampungan Melayu yang dipenuhi rumah-rumah papan dan sekarang bertukar kepada rumah batu separuh.

Isteri pertamanya, Hamidah binti Abdul Rashid, kini menetap di Gopeng.

Kerjaya politik
Pada mulanya, Rashid menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang kemudian diharamkan oleh kerajaan British kerana dituduh berhaluan kiri dan menentang British secara seluruh.

Ketika berjuang dalam PKMM, Rashid pernah ditahan beberapa kali oleh kerajaan British di pusat tahanan Tanjung Beruas, Melaka serta di Larkin, Taiping, Morib dan Tanjung Beruas. Dia pernah mengetuai mogok lapar dalam pusat tahanan tersebut bersama Pak Sako. Sebagai orang tahanan, mereka dibenarkan bekerja di luar pusat tahanan. Upah yang diberi ialah 75 sen sehari.

Rashid menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1951 dan menjadi ahli jawatankuasa pusat PKM bersama Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Abdullah C.D di Perak.

Pemberontakan bersenjata menentang British
Rashid memilih PKM sebagai wadah perjuangan yang baru. Selepas diburu oleh pihak berkuasa Malaysia, Rashid dan gerombolannya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran sempadan Malaysia dengan Thailand.

Di sana Rashid berkahwin dengan seorang gadis Cina yang juga merupakan ahli PKM. Isterinya kini bernama Latifah. Chin Peng memberi kepercayaan kepadanya untuk memimpin Regimen ke-10 PKM di Bentong, Pahang.

Kini
Rashid Maidin menetap di perkampungan yang dinamakan "Perkampungan Malaysia" di sempadan Thailand Selatan. Jumlah rumah 62 buah dan penduduk di situ lebih kurang 200 orang.

Rumahnya dua tingkat yang diubahsuai daripada rumah asal yang hanya mempunyai satu bilik. Kiri kanan dipenuhi pokok dokong, rambutan dan buah-buahan tempatan, iaitu pemandangan yang biasa dilihat di kampung-kampung di Malaysia. Di kampung itu, dia mengajar anak-anak kampung mengaji al-Quran.

Sahabatnya, Pak Sako berkata Rashid Maidin kuat beragama.

* Mungkin penerangan penulis terutamanya mengenai sedutan kehidupan dan 'watak' dalam arena kemerdekaan iaitu Rashid Maidin akan menimbulkan sedikit kegelisahan,jika tidak banyak terhadap anak-anak masa kini, mahupun para pimpinan negara serta yang lain.

Namun, buat dengan niat untuk menjauhkan sumbangan serta pengorbanan ahli kemerdekaan yang lain, cuma nama Rashid Maidin agak 'jauh' dari pendengaran dan fahaman sejarah dalam diri anak-anak muda masa kini.

Dan seperkara, ketentuan Yang Maha Kuasa; beliau meninggal dunia pada tangal 1 September 2006 - sehari selepas kita menyambut kemerdekaan. Al-Fatihah buat semua yang terkorban  dalam usaha menuntut kemerdekaan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 03:54 AM | Show all posts
Sebenarnya sejarah pun ditukar dlm buku sejarah malaysia. Komunis malaya ni terdiri dpd majority cina, tapi melayu tak kurang sgt sbg majority kedua besar. Golongan ke3 adalah org asli yg dipanggil asahan di sempadan malaysia-thai.
Kalau nak dikatakan tiada jasa, tak. Semua yg join komunis tu sebab terdesak nak perang balik dgn jepun dan kemudiannya british.
Kena ingat, masa jepun invade malaya, british yg kononnya pembela penduduk tempatan tak hiraukan nasib malaya dan larikan diri. Tinggal penduduk yg terdesak join kommunis utk strike back...cont..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 04:40 AM | Show all posts
Originally posted by herrhughie at 22-6-2008 03:54
Sebenarnya sejarah pun ditukar dlm buku sejarah malaysia. Komunis malaya ni terdiri dpd majority cina, tapi melayu tak kurang sgt sbg majority kedua besar. Golongan ke3 adalah org asli yg dipangg ...


Sejarah ditulis oleh winners
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 05:08 AM | Show all posts

Reply #22 mieza386's post

Eh, kamu dah tulis. Sy pernah kunjung perkampungan komunis di selatan thai ini. Kalau tak silap, latifah pun dah sy jumpa la..perkampungan ini amat harmoni, tiada benteng perkauman langsung. Cina melayu hidup sekali, makan pun sekali(yg tak halal melayu tak ambil)..sebenarnya golongan melayu ini hanya mulai pegang islam lepas letak senjata..
Siapa yg minat tahu sejarah komunis ni, baik sendiri pergi kunjung mereka(mereka sgt friendly dan simple, sikit pun tak semcm askar), fahami apakah sejarah yg lampau sebenarnya, barulah banding dgn catatan buku 'sejarah malaysia'
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 05:16 AM | Show all posts

Reply #25 herrhughie's post

Bagaimanapun, sy tak akan agree mereka ni adalah pengkhianat negara. Mereka ni sanggup gadaikan nyawa dan losing family and friends utk perang utk malaya masa itu, imagine apa gunanya mereka nak susahkan diri? Sometimes kerajaan malaysia ni agak melampau, demi kedudukan politik sendiri, apa fitnah pun boleh buat, sampai sejarah ditukar, warga yg sama kulit pun boleh digadaikan begitu saja, cukup zalim dan berani berbohong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2008 05:45 AM | Show all posts
hahahahahahaha, masih nak pertahankan puak komunis.  
apa saja kebaikan, jika ada pun, semuanya sekelumit saja dan tak mampu tebus segala salah dosa yang pihak komunis lakukan.

dan masih ramai rupanya yang sengaja butakan mata, pekakkan telinga, tutupkan hati dan bodohkan akal bila topik kekejaman melampau yang dilakukan kepada rakyat negara sendiri.  

sebenarnya, tau sangat la taktik korang yang syok sendiri nak mencari glamer di bod ci ni, kunun-kunun dirinya progresif, open-minded, bertoleransi, berharmoni sesama kaum, modern, etc etc etc  
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 06:42 AM | Show all posts
Chin Peng sudah tua, takkan masih kira ancaman lagi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2008 08:04 AM | Show all posts
sepatutnya 7 keturunan apek ni biar mampos kat negara orang.
penyokong dia boleh berhujah panjang kat sini, tapi i gerenti,mayat
(bangkai?) dia tak akan merasa bumi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 08:21 AM | Show all posts
Tak ada pemimpin UMNO yg ditangkap kerana menentang penjajah membuktikan mereka adalah penyokong penjajah. Penentang penjajah semuanya dianggap pemberontak.......tanyalah pegawai tinggi tentera pernah tak Rasyid Maidin membunuh askar kita, setahu mereka disuruh balik apabila bertembung dgnnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 08:33 AM | Show all posts
sejak bila rasyid maidin yang seorang tu dianggap mewakili pihak komunis as a whole      kalay rasyid maidin yang seorang tu makan taik, adakah bermaksud pihak komunis semuanya jenis makan taik?  
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by zenslack at 22-6-2008 01:27 AM
Kesian sama wira negara
Unsung Malaysian Hero - Chin Peng

Wira negara my ass!

I thought communism was dead a long time ago but I was wrong. In 2008, we see communism is getting acceptance in Malaysia via Lim Guan Eng. Let's not forget when communists disbanded their PKM, they joined DAP to fight for their political agenda.

Nowadays, we dont see communists threatening the freedom of our country with arms, but their childrens and grandchildrens are flourishing in Cheras, Jinjang and Penang and will continue to fight against us politically. Even if they have embraced democracy, their lack of respect to Sultans, a trait they get from their grandparents, is totally unacceptable.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 08:55 AM | Show all posts
thread: INI KERJA KOMUNIS! yang sudah ada di bod Military, Police & Security Agencies  -->  http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D3&page=1

sila baca.

dan kepada mereka yang syok sendiri nak mencari glamer di bod ci ni kunun-kunun dirinya progresif, open-minded, bertoleransi, berharmoni sesama kaum, modern, etc etc etc, silalah perjuangkan nama 'baik' pihak komunis dengan menjawab fakta-fakta di sana.

kalau mampu la...  
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 08:56 AM | Show all posts
Originally posted by MACD at 22-6-2008 08:40

Wira negara my ass!

I thought communism was dead a long time ago but I was wrong. In 2008, we see communism is getting acceptance in Malaysia via Lim Guan Eng. Let's not forget when  ...


How foolish!
Communism is definitely dead, but not letting an OLD man to finish his life in his kampong is cruel. Nobody says support PKM by lettting Chin Peng come back :victory:. His plea is just a plea of a forgotten generation.

And c'mon, don't have to go too low by portraying Guan Eng or DAP with MCP, shows how low u are :cool:
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 08:59 AM | Show all posts
sejarah pasti terpahat di ingatan penentang2 komunis kebanaykan terdiri org melayu.
bagaimana mahu membenarkan duduk di malaysia, mrk  musuh yg menembak datuk2 kita dahulu,

arwah nenek aku dahulu kehilangan anak lelakinya semasa kecil, iaitu pakcik ku
ketika komunis menyerang kat kampung, mereka lari bertempiaran dlm hutan sehingga hilang pkck ku itu
sampai sekang tak jumpa...
abes tu takanla senang2 je nak bg musuh dok sini...wpun claim dah tua
pkck aku dah hilang tu tak jumpa sampai sekang sapa nak jawab,,chin peng??? bleh dia tolong carikan?
huh komunis ni memaksa datuk nenek mak ayahku makan ubi...kejam betul!

sejarah tetap sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 08:59 AM | Show all posts
for his crimes, he doesnt deserve to finish his life in this land.  ini bukan wilayah ke-19 prc yang dia mahukan tu, ye.  ini malaysia.

padan muka.  mamposlah dia di tanah asing.  bila dah mati, tanam songsang atau bakar dan campak abu tu kat memana longkang, lagi best.

let this be a small lesson for future syok sendiri commie-wannabes yang saja cari glamer kat bod ci ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2008 09:06 AM | Show all posts
Sejarah ditulis pemenang
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 09:16 AM | Show all posts
tapi sejarah yg diceritakan oleh nenek moyang tidak salah.
ade kebenarannya...

budak2 sekang beruntung sbb tidak idup di zaman komunis.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 09:19 AM | Show all posts
Originally posted by adekmanes at 22-6-2008 09:16
tapi sejarah yg diceritakan oleh nenek moyang tidak salah.
ade kebenarannya...

budak2 sekang beruntung sbb tidak idup di zaman komunis.


Dan budak-budak akan datang beruntung sebab tidak hidup di zaman sekarang. Duh, human progress lerrr
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 09:20 AM | Show all posts
kenang balik apa dia buat dlm 5(btol ke?) hari je perasan perintah Malaysia...tu baru kejap,kalo lama ntah la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.171514 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list