CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: ajami

Punggok Rindukan Bulan (trailer versi panjang >> pg.2)

[Copy link]
Post time 15-9-2008 10:17 PM | Show all posts

Reply #21 pisang69's post

da roboh ek?? hehe aku da lame x turun bandar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2008 01:24 PM | Show all posts

Reply #22 shanew3stgalz's post

dah roboh...tinggal sejarah jer bgunan tu....

cantik plak permandangan bila flat tu dah takder....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 11:39 PM | Show all posts

Reply #20 shanew3stgalz's post

bukit chagar kat mane eh? aki asik dok ingat lumbe kude je.... yang kat imgeresn tu bukit cagar eh?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 01:00 AM | Show all posts

Reply #24 sayang_mulut's post

lumbe kuda ngan bukit chagar x jauh mne, dekat2 gak

bukit chagar depan city square n flat lumbe kuda da d'gantikan dgn gerbang p'dana tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2008 12:21 AM | Show all posts
nota fadz dari tontonfile.blogspot.com :-

nota fadz: Filem ini bukan sahaja didedikasikan kepada flat Bukit Chaga yang hilang, tetapi kepada tepi bukit berdekatan rumah aku di Medan Damansara yang akan dibina banglo mewah, Sekolah Bukit Bintang yang lenyap di bawah tapak Pavillion dan beberapa lagi rumah/bangunan lama yang kini dalam proses ditumbangkan oleh sebab ketiadapedulinya masyarakat dan pemimpin kita untuk menjaga sejarah dan sumber alam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2008 09:05 AM | Show all posts
Originally posted by ajami at 14-9-2008 07:48 AM
AMARAN: ADA SPOILER TAHAP GABAN!!!

oleh: Ajami Hashim

Kisah Adman, Sidi dan Roza

Filem ini dimulakan dengan sebuah babak tipikal pergaduhan kecil seharian dalam sebuah keluarga bak pepat ...



seri rasa suka pulak mmbacanya. satu kehidupan yg real, berlaku dalam masyarakat kita.. ia sgt wajar diendahkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2008 09:06 AM | Show all posts
Originally posted by GAIA at 18-9-2008 12:21 AM
nota fadz dari tontonfile.blogspot.com :-

nota fadz: Filem ini bukan sahaja didedikasikan kepada flat Bukit Chaga yang hilang, tetapi kepada tepi bukit berdekatan rumah aku di Medan Damansara牋...



ooh oohh....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 06:46 PM | Show all posts
filem bodooo boooring boooo

kuang kuang kuang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2008 01:51 AM | Show all posts

Balas #29 gosipjinak\ catat

:@ :@ :@  ko dah tgk ker blom?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2008 01:18 PM | Show all posts
Filem ni akan masuk Pusan International Film Festival. All the best.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2008 02:20 PM | Show all posts
Originally posted by gosipjinak at 26-9-2008 06:46 PM
filem bodooo boooring boooo

kuang kuang kuang

ni dah tgk kerr ni, ke main jatuhkan hukuman sblm menonton ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 06:55 PM | Show all posts
dah tgk siang tadi.. as usual x ramai org tgk..

nice movie.. to me mmg ala2 tribute flat bukit cagar n lumba kuda tu..

[ Last edited by  laislabonita at 30-9-2008 06:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 10:30 PM | Show all posts

Reply #33 laislabonita's post

watak MK bp minit?? cmne lakonan die? oke x?   besh?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 11:26 PM | Show all posts
Fuh!!!! Flat bukit cagar tuh
Agak menarik untuk dituntun
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2008 02:43 AM | Show all posts
Originally posted by shanew3stgalz at 30-9-2008 10:30 PM
watak MK bp minit?? cmne lakonan die? oke x?   besh?

watak maya karin ada kat awal2 cite je.. not bad lakonan die.. ok gak.. aku rasa dlm 10-15 minit pertama je watak die ada..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2008 12:28 AM | Show all posts
ref: utusan

ARKIB : 14/10/2008                                Sebuah dokumentasi sosiol

Gandingan  mantap Shahronizam nor (kiri) dan Saeful nazhif satria dalam pungguk rindukan bulan.

PENGGUNAAN video digital telah membuka ruangpasaran kreativiti yang semakin luas yang memungkinkan penyertaanpembikin filem untuk menghasilkan sejumlah pembikin filem yangmenggunakan medium ini untuk menghasilkan filem-filem alternatif.
Mereka menggunakan medium tersebut dengan ekspresi yang lebih bebasuntuk menghasilkan karya yang merakam, berdialog dan berkreatif tanpaperlu meniru bentuk cerita yang menjadi kelaziman filem-filem cerekaarus perdana.
Karya-karya ini bukan sahaja berbeza dari segi kandungan, stail danjuga gerakan artistiknya, tetapi mereka juga memberi pendekatan yangberbeza dengan beraninya.
Pungguk Rindukan Bulan (PRB) merupakan sebuah filem video atauperakam sosiol yang berjaya merakamkan kegelisahan segelintir manusiayang terperangkap dalam satu ruang kehidupan kusam dan menyesakkan.
PRB merakamkan bagaimana landskap dan ruang mempengaruhi kehidupandan tindakan manusianya selain bagaimana kehidupan manusia bolehberubah apabila ruang yang sedia ada telah diubah.
Dengan menggunakan perumahan Flat Bukit Chagar, Johor Bahru (sebelumdirobohkan) sebagai latarnya, pembikin filem ini Azhar Rudin menerokakesan kehidupan sekelompok manusia yang menghuni flat kusam, sempit dankelam yang terpinggir di sebalik kerancakan pembangunan komersiol disekelilingnya.
Azhar menggunakan watak Sidi (Saeful Nazhif) untuk meneroka kesan ruang persekitaran ke atas kehidupan sebuah keluarga.
Sidi seorang kanak-kanak yang nyaris melalui kehidupan dalam dunianya sendiri walaupun mempunyai ibu bapanya sendiri.
Si ayah, Adman (Shahrolniza) lebih banyak menghabiskan masa dengan hobi memancingnya.
Apabila ibunya (Maya Karin) tiba-tiba meninggalkan mereka (keIndonesia atas alasan mencari ahli keluarganya) kehidupan Sidimengalami perubahan.
Kebosanan yang dilaluinya menyebabkan Sidi menghabiskan masa di luarrumah dan terdedah dengan segala kehidupan liar, sedangkan ayahnya pulamenghilangkan kebosanan dengan memancing.
Melalui rakaman kehidupan yang dilalui Sidi, pembikin filem merakamkan kehidupan realiti masyarakat flat.
Ia termasuk kemudahan prasarana seperti lif yang sering rosak dankotor, suasana ruang rumah yang sempit, koridor flat yang gelap dankusam.
Juga realiti kehidupan kanak-kanak yang tidak mempunyai ruang untukbermain atau lebih tepat membebaskan diri daripada cengkaman suasanaflat yang begitu menyeksakan mereka.
Bukan itu sahaja penghuninya perlu melalui kehidupan yang kasar dan mencurigakan.
Begitu juga dengan orang dewasa yang tidak toleran dengankanak-kanak yang bising bermain, pemuda yang dicurigai gerak-gerinyadan kehidupan kanak-kanak yang semakin liar.
Daripada tingkat flat yang gelap itu Sidi sering memerhatikan ruangkehidupan yang bergerak bebas dan pantas di luar flatnya, kawasankomersiol yang bergemerlapan dan rumah-rumah mewah yang lebih teratur.
Sidi melihat dan berfikir apakah dia mampu mengubah kehidupannyasecerah atau sepantas gerakan masyarakat komersiol di luar lingkunganflatnya itu.
Dalam adegan Sidi mengikut bapanya memancing mereka dengan jelas dapat melihat pembangunan di Singapura.
Dan filem ini turut memuatkan ucapan dua orang pemimpin negara initentang pembatalan projek jambatan bengkok antara Malaysia danSingapura.
Tetapi dalam satu adegan Sidi mempersoalkan mengenai sistem tandas kawasan perumahan di negara ini adakah sebaik di Singapura?
Jarak antara Johor dan Singapura memang dekat tetapi ia menjadi jarak yang jauh kerana perbezaan standard kehidupan.
PRB merupakan satu rakaman kehidupan yang cukup sensitif.
Tanpa perlu satu struktur plot yang dramatik tetapi dengan menggunakan pendekatan cinema verite stail pembikinan filem dokumentari, PRB menyampaikan matlamat naratifnya dengan cukup berkesan dan menginsafkan.
Sebuah filem secara cukup berkesan dan sensitif mengetengahkan kesanpersekitaran dan kelemahan sistem perumahan terhadap kehidupan sebuahkeluarga.
Kanak-kanak yang menjadi subjek dalam filem ini dilihat hanya mampumerenung persekitaran pembangunan tetapi dia sendiri masih terperangkapdalam kehidupan sosiol yang suram di rumah pangsa itu.
Kemewahan daripada pembangunan negara sekadar dapat dilihat dandiimpikannya dari tingkat-tingkat rumah pangsanya yang kusam, kotor danmemenjara.
Filem ini mengangkat isu sosiol dan kehidupan yang cukup bermaknadan pembikinnya mendedahkan satu dunia yang dilupakan, kehidupan yangsepi di sebalik keriuhan gemerlapan cahaya pembangunan komersiol.
Bukan itu sahaja filem ini sendiri menjadi perakam sejarah keranapengambaran di flat Bukit Cagar, Johor Bahru sebelum ia dirobohkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2008 01:35 AM | Show all posts

trailer baru yg ada sy.amani.. (VERSI PANJANG)



a.k.a This Longing     (122min / Malaysia)

next screenings
Jakarta International Film Festival: 5-9 December 2008
1. Kineforum TIM 16:45 6 Dec
2. Kineforum TIM 19:15 7 Dec

Official Site / Laman Rasmi
http://www.rindu.dahuangpictures.com

imdb page
http://www.imdb.com/title/tt1273812/

azharr rudin (director)
http://www.youtube.com/sinemazharr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2008 01:38 AM | Show all posts

reviews..

http://www.imdb.com/title/tt1273812/externalreviews

ada terselit review forummer cari/blogger

sila klik utk tumbesaran pic!



versi asal:

Kisah Adman, Sidi dan Roza

Filem ini dimulakan dengan sebuah babak tipikal pergaduhan kecil seharian dalam sebuah keluarga bak pepatah sedangkan lidah lagi tergigit. Keluarga nukleus ini cuma ada 3 orang iaitu Adman, isterinya Roza serta anaknya Sidi yang tinggal di sebuah rumah pangsa kos rendah. Mulanya, khalayak cuma diintaikan oleh pandangan sisi oleh Sidi yang mendengar jerit-pekik umi kepada ayahnya tentang suatu ketidakpuasan. Akhirnya, si umi menghempas pinggan ke lantai serta sepak-tendang kerusi. Ia situsi yang agak tegang tapi mungkin anda pernah mendengarnya sebelum ini?

Berbagai persoalan mampu tercetus di minda khalayak samada sang isteri yang marah kerana desakan naluri femininnya? Mungkin juga tugas maskulin si suami yang tidak cukup memberikan apa yang sepatutnya? Atau adakah si anak yang menjadi punca di tengah hingga jadi pertengkaran umi dan ayahnya? Dalam satu tangkapan kamera sahaja filem ini sudah mampu memberikan sedikit umpanan untuk kita terus mahu menerobos apa sebenarnya masalah dalam keluarga ini? Kalau untuk sebuah filem komersiol tentunya banyak sudut tangkapan kamera yang diperlukan untuk menerangkan situasi genting sebegitu. Agaknya, begitulah uniknya sebuah filem indie panjang karya sulung Azharr Rudin ini. Bajetnya murah tapi isinya mahal!

Sukarnya untuk mentafsir hati seorang wanita, suri dan umi! Roza nampak bahagia dan kemas dengan rutinnya sebagai seorang ibu pengasuh Sidi. Tiada cacat-cela dari riak wajahnya. Namun tanpa diduga, pada suatu hari Roza meninggalkan keluarganya! Azharr nakal bercerita bagaimana maksud pemergian Roza itu dengan satu babak dimana dari tingkat atas Sidi dan uminya menuruni tangga rumah pangsa lantas akhirnya hanya muncul Sidi seorang diri bila sampai ke tingkat bawah. Seterusnya khalayak berkongsi mata dan telinga Sidi di sepanjang filem ini.

Rumah pangsa dan sekitarannya menjadi pentas cerita penuh Punggok Rindukan Bulan. Bermulalah sebuah kebebasan tanpa batasan untuk Sidi dan ayahnya di rumah itu. Kita turut merasakan suka-duka mereka. Awalnya mereka hanya akur dengan erti sebuah kehilangan tapi lama-kelamaan ia bertukar menjadi pencarian tanpa arah tujuan. Hubungan ayah-anak sekadar menjadi panggilan dan sahutan kosong. Ruang sempit rumah pangsa itu terasa semakin luas. Rutin hidup mereka tidak lagi mengikut aturan. Makan dan minum di gerai berbayar setiap hari. Malah tempat berdengkur juga sudah bertukar lokasi, si ayah lena di sofa, si anak nyenyak di katil kelamin. Benar kata orang, gelaran surirumah maksudnya yang menjadi penyeri dan penjaga rumah! Tanpa dia, goyanglah rumahtangga!

Lantas perubahan mendadak dalam hidup Adman dan Sidi tanpa suri mereka itu mengakibatkan evolusi kehidupan untuk hari-hari yang mendatang. Adman semakin ketagih dengan aktiviti memancingnya malah cuba menjinakkan Sidi untuk menjadi pemancing tegar sepertinya. Namun ajakan manja ayahnya itu umpama paksaan cara halus bagi Sidi. Dia tidak gembira dengan ruang masa ayah-anak di tengah malam buta untuk memancing di ceruk belukar di bawah jambatan berunggun api. Apatah lagi bila ayahnya meninggalkan Sidi seorang diri untuk mencari umpan di penjuru lain belukar itu. Bagi Sidi apalah gunanya dibawa ke situ kalau hanya mahu menemani keseronokan ayahnya sahaja? Dia benar-benar bosan dan terpaksa! Jelas terpapar bila Sidi mencampakkan lampu suluhnya ke dalam unggun api yang marak, semarak rasa marahnya di dalam hati. Nawaitu Adman memang betul untuk meluangkan masa dengan si anak tapi Sidi pula merasa betul-betul bosan dan terpinggir! Ia bak fire camping yang tidak cocok cara, tidak kena tempat dan tidak sesuai masa!

Sidi pula mula ponteng sekolah dan menjadikan ruang-legar di sekitar rumah pangsa itu sebagai taman permainan. Masanya dihabiskan di rumah menonton televisyen cerita kartun. Rumah itu semacam hotel. Sidi sudah berani keluar bermain skateboard dengan rakan senakalnya hingga pulang lewat malam. Kutuk-mengutuk pasal keluarga sesama rakan jadi pergaduhan. Pemuda kutu bernama Remy yang selama ini suka menyakatnya dalam lif rumah pangsa itu dianggapnya sebagai taiko. Dia makin suka menjeling-jeling gadis comel dari jauh. Kedai video games yang jauh berkilometer sanggup dikunjunginya. Malah sifat kebiadapan Sidi terzahir satu-persatu sehingga tergamak meludah orang yang dibencinya. Boleh dikatakan semua perlakuan liar remaja yang ditegah oleh ibubapa hendak dicubanya.

Namun sejujurnya khalayak dapat merasakan gelodak jiwa Adman dan Sidi jadi begitu kerana desakan bosan, kesunyian dan rasa rindu mendalam mereka kepada Roza. Akhirnya, Adman akur bahawa memancing seorang diri berhari-hari di tengah lautan dengan memandang ke arah Singapura adalah sia-sia! Gejolak amarahnya dihamburkan dalam sekuen babak dari saranan Anton Chekhov iaitu menghunuskan keris yang terpampang berkali-kali di dinding rumah mereka. Dia mengamuk melepaskan geram dan bengang dengan hidupnya sendiri yang terbuku selama ini ala Hang Jebat setelah tayar keretanya dicuri oleh Remy. Akhirnya Adman insaf dan redha bahawa realitinya dia sudah kehilangan Roza buat selamanya.

Sidi pula menangis di balkoni tempat penyidai kain rumah mereka untuk mengakuri rasa rindunya yang teramat kepada Roza. Dia tahu di situlah bekas-bekas tinggalan uminya kerap memerhati dan pasti melambai setiap kali dia pergi sekolah dan pulang ke rumah. Sidi juga memanjat dan bersiar-siar di puncak bumbung rumah pangsa itu lalu merenung jauh sekitarnya yang masih luas untuk diterokai seolah mengiyakan bahawa uminya mungkin boleh berada di mana-mana jua.

Di kemuncak filem ini Adman dan Sidi pergi memancing bersama-sama dengan gelak-tawa. Mereka berganding-bahu mencari umpan di tepi laut dengan berbelakangkan gemerlapan neon di Singapura. Kini Adman sedar bahawa dia masih ada Sidi dan dirinya sendiri.


Kisah rumah pangsa dan jambatan

Filem ini juga berlatarkan kehidupan uzur dan daif di saat-saat akhir semua bangunan Rumah Pangsa Bukit Chagar, Johor Bahru sebelum ia dirobohkan. Sempat juga snapshot kenakalan dan maksiat biasa untuk penghuni rumah pangsa di anak tangga yang tersorok disindir secara sinis. Azharr Rudin sempat merakamkan filem ini sebelum kemusnahan kekal rumah pangsa itu sebagai nostalgia peribadi beliau. Perobohan bangunan-bagunan itu ialah penamatnya sebuah kemajuan yang pernah menjadi kebanggaan suatu masa dahulu. Ia juga ibarat kota konkrit yang pernah tinggi melangit seakan mahu bersaing dengan hutan-hutan batu moden di tanah seberang Singapura. Simboliknya imej-imej gerombolan jentolak yang meranapkan rumah pangsa itu dari atas bumbung di akhir filem ini seakan raksasa kemajuan baru yang memakan binaan empayar tua yang usang? Sedutan berita di kaca tv mengenai jambatan bengkok yang dibatalkan pula seolah menjadi iringan selari cerita keruntuhan rumahtangga Adman-Roza yang tidak panas sampai ke petang?

Mungkin begitulah unik sifatnya sebuah filem indie seperti Punggok Rindukan Bulan ini. Setiap frame gambar bergerak dan bunyinya ada sesuatu yang tersirat untuk ditafsirkan. Barangkali ia cerita biasa sebuah konflik keluarga dan rumahtangga? Tidak mustahil juga Azharr Rudin mahu menyuarakan suatu teguran yang berkias dan berlapik? Siapa tahu kan? Kesimpulannya, Adman dan Sidi mirip sepasang burung punggok yang rindukan bulan (Roza) selamanya kerana mereka tahu bahawa ia tidak akan jatuh ke riba! Benar! Mereka kehilangan seorang dari bertiga namun kini mereka ketemu bahagia untuk berdua sahaja.

Saksikanlah filem Punggok Rindukan Bulan karya Azharr Rudin yang diterbitkan oleh produksi Da Huang Pictures di pawagam digital terpilih mulai 25 September 2008.

p/s: filem ini ada versi panjang dimana Sy. Amani berlakon! katanya yg itu utk versi festival luar durasi lebih 2 jam! utk tayangan di sini versi 88 minit ajer..

[ Last edited by  ajami at 3-12-2008 01:47 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2008 01:39 AM | Show all posts
ref: http://www.wsws.org/articles/2008/oct2008/vff1-o13.shtml

The Malaysian filmmakers continue to contribute some of the more interesting efforts, following on the work of directors such as Amir Muhammad (The Big Durian), Deepak Kumaran Menon (The Gravel Road) and Yasmin Ahmad (Sepet).

This Longing ~ A real feeling for the world outside the filmmaker's consciousness, that's what's needed. In This Longing, an evocative title, writer-director Azharr Rudin, reveals a remarkable gift of insight. He has some special feeling for things, people and events, at least those he chooses to treat in his first feature film set in a decrepit housing project in Johor Baharu, near Singapore.

A young kid, Sidi, lives alone with his father after his mother leaves home. The father spends most of his time with his pals, who go night-fishing and wish they were in much more prosperous Singapore, "so near, yet so far."

Sidi has his longings too, for his mother, perhaps for a cute neighbor girl, to whom he never says a word. He stays away from school, on his skateboard a lot of the time. He hangs out with his friends, and sets one up with a transvestite prostitute. Life is treated casually, but intensely here. Not much happens, but it has an authentic and rich flavor.

About two-thirds of the way through, This Longing switches tracks and takes up the story of Riza, a former resident of the same housing estate, returning in search of her father. She has a video camera and seems something of a stand-in for the filmmaker, who was born in Johor Baharu (and who also edited two of Amir Muhammad's films). This section is less interesting and less evocative, although there are hints of murder or suicide in the building that may have something to do with the previous strand of the story. The film ends with scenes of the high-rise project's demolition.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.217168 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list