CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cherzx

PELBAGAI RESEPI AYAM

[Copy link]
Post time 18-7-2006 01:27 PM | Show all posts
Ayam Masak Padang

Bahan

1 ekor ayam
2 bawang besar sederhana ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu cili kering yg telah dikisar
1 inci halia ditumbuk
1/2 inci lengkuas ditumbuk
1 inci kunyit hidup ditumbuk
3 batang serai dititik
Santan kelapa dari sebiji kelapa
5-6 helai daun limau purut

Cara Membuat

Tumis semua bahan kisar bersama dengan serai sehingga naik bau. Lepas tu masukkan ayam dan sedikit air, renehkan sampai ayam kecut. Kemudian bila ayam dah agak kecut, masukkan santan. Kacau-kacau dan masukkan daun limau purut. Kacau sehingga kuah masak.

[archived]

[ Last edited by  NoorMasri at 3-11-2006 06:13 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2006 01:50 PM | Show all posts
hi kak liza, nunu baru lepas masak black pepper chicken resepi kak liza tu. tak rasa lagi sebab tunggu nak makan ngan asben jap lagi. cam dah tak sabar2 nak makan....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 04:16 PM | Show all posts
Entah kenapa kalau nampak resipi k.Liza mesti macam sedapjer.. pernah cuba memang tarak tipu punya, mesti menjadi. black pepper ni rasanya dulu stail lain pun adakan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 06:14 PM | Show all posts
Ni dia resipi Kaki Ayam Masak Kicap

Kaki Ayam masak kicap

Bahan2nya

¼ kg kaki ayam yg dah dibersihkan & direbus hingga lembut
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1 cili merah
sedikit kunyit
1 ½ senduk kicap
1 keping asam jawa
Serai yg dititik
Sedikit gula to taste

Cara2 membuatnya:-

1.        Cili merah+bawang putih+bawang merah+halia ditumbuk. Lepas tu tumis bersama serbuk kunyit, keeping asam & serai hingga berwarna brownish. Baru masukkan kicap & sedikit air rebusan kaki ayam.
2.        Bila kaki ayam dah lembut & air rebusan dah menggeledak, bubuh sedikit gula & ajinomoto (optional).
3.        Kalau suka boleh bubuh sedikit kerisik & boleh hidangkan dgn ditaburkan daun bawang/daun sup.

[archived]

[ Last edited by  NoorMasri at 3-11-2006 06:14 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 06:15 PM | Show all posts
Ni pulak ayam masak black beans

Ayam Masak Black Beans

Bahan2nya

*1 kg ayam yg dah dibersihkan (digaul dgn kunyit & sedikit garam & goreng hingga masak
1 tin black beans
2 cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
gula to taste

Cara2 membuatnya:-

1.        Cili merah ditumbuk bersama bawang merah, bawang putih & halia hingga lumat. Kalau nak dihiris pun boleh. Kemudian tumis hingga brownish.
2.        Kemudian masukkan black beans bersama sedikit air & gula. Kalau kurang masin, tambah sedikit garam ttp selalunya memang masin pun (just in case)
3.        Bila kuah dah agak pekat, boleh tuang ke atas ayam goreng.

*Since black beans dah masin, so jgn guna bnyk garam utk digaul dgn ayam.

[archived]

[ Last edited by  NoorMasri at 3-11-2006 06:15 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 07:28 PM | Show all posts
Originally posted by ciku_nunu at 18-7-2006 01:50 PM
hi kak liza, nunu baru lepas masak black pepper chicken resepi kak liza tu. tak rasa lagi sebab tunggu nak makan ngan asben jap lagi. cam dah tak sabar2 nak makan....



mesti sedap giler sampai nunu pun jadi speechless....tu yang tak post verdict dia lepas dah makan tu...
Yana senyap2 pun, suka bangat try resepi kak liza, mmg menjadi!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2006 09:29 PM | Show all posts
Originally posted by sunquick at 18-7-2006 12:34 PM
kak liza, resepi dalca ayam ada tak? tingin lak nak makan .



kak liza tak der gamabr nak tunjuk la..so sori..nanti bila kkliza buat..akan tepek sini..
sedap juga nmakan ngan roti canai atau roti naan..

DALCA

Bahan-Bahan:
1 kg ayam [sebelah saje]
3 biji ubi kentang
5 batang kacang panjang
1 biji carrot
1 cawan kacang dhal.....rebus lembut
6 biji buah belimbing buluh
4 biji cili hijau
2 biji mangga muda
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji terung bulat putih atau biru
4 cawan santan
1 bungkus rempah kari daging..dibancuhkan dgn air asam jawa
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] hiriskan
3 cm halia ]
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minya
Garam secukup rasa

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuhkan dan toskan.
2. Belah 4 kentang,tomato, bawang besar dan terung.
3. Potong kecil mangga muda.
4. Potong kacang panjang sepanjang 2.5 cm.
5. Panaskan minyak sapi & minyak .
6. Tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi.
7. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak,
8. Masukkan ayam dan santan secukup. Renehkan sehingga lembuk/empuk.
9. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.
10. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk.
11. Masukkan garam.
12. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji.
13. Renehkan sehingga naik minyak lagi.
14. Siap untuk hidangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 09:38 PM | Show all posts
Originally posted by ciku_nunu at 18-7-2006 01:50 PM
hi kak liza, nunu baru lepas masak black pepper chicken resepi kak liza tu. tak rasa lagi sebab tunggu nak makan ngan asben jap lagi. cam dah tak sabar2 nak makan....

amacam nunu...:hmm:
dah makan ekr..senyap jer..sampai terlena ker kekenyangan tu..lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 06:15 AM | Show all posts
urrrrpppp... alhamdulillah... kenyang giler smalam..  sedap tul kak liza:love::love:. smalam memang tak online pun sebab tido awal. peyut kenyang, mata pun babailah :gantuk:.... mmmmmmm... kak liza ada teropong ajaib ye sebab leh tau nunu tido kekenyangan??
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 07:26 AM | Show all posts
normal la tu.. bila dah makan..mata pun layu.kuyu jer...

:hmm:...kak liza tembak jer tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 12:30 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 18-7-2006 09:29 PM



kak liza tak der gamabr nak tunjuk la..so sori..nanti bila kkliza buat..akan tepek sini..
sedap juga nmakan ngan roti canai atau roti naan..

DALCA

Bahan-Bahan:
1 kg ayam
3 biji ubi ...


tima kasih kak liza sbb sudi kongsi resepi dalca tu...InsyaAllah, kita nak try next week. hhmmm..ada lagi satu request la kak liza... kak liza ada tak resepi ayam percik?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 03:03 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 11-7-2006 10:48 AM
puas dah kkliza tenguk kot2 ada topik yh berkaitan..
so kkliza bukalah topik baru. ...kalau ada...bolehlah mergekan..



AYA ...



Kak Liza,

semalam saya try resepi ayam madu akak ni.. hubby puji sedap..
tp saya ter alter sket.. sbb sekali baca resepi trus gi buat.. ingat ada serai...
tgk blk hari nih.. lor.. mana ada taruk serai.. huhuhu

len kali ble try resepi ayam blac pepper plak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 04:04 PM | Show all posts
Nak mintak maaf kat kak liza...sebab sokmo lambat buat review..

Last week ada try  Ayam Masak Padang resepi Kak Liza...dah tepek kat Diari nun..lupa pulak nak kasi review kat thread sepatutnya..


Komen saya...sedap..Raser mcm ayam masak Lomak Cili Api ..cuma  kaler dia ada merah2 sikit sebab ada letak cili kering kisar..
Tq kak Liza for sharing..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 09:27 PM | Show all posts



SUP AYAM ala-ala MAMAK

Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
5 cawan air
1 baang serai [ketukkan]
garam
bawang goreng

bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga

Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan potongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, ayam dan kacau rata.
4. Masukkan kentang, carrot, air, serai dan garam. Biarkan mendideh.
5. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Tutup api dan angkat.
7. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 09:30 PM | Show all posts
Originally posted by sunquick at 24-7-2006 12:30 PM


tima kasih kak liza sbb sudi kongsi resepi dalca tu...InsyaAllah, kita nak try next week. hhmmm..ada lagi satu request la kak liza... kak liza ada tak resepi ayam percik?




AYAM PERCIK

Bahan:
2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ]
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/t halba
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.

NOTA: Boleh ditukarkan ayam kepada ikan tetapi ikan tu tak perlu direbus dgn santan...cuma masakkan bahan kuah sehingga pekat. Ikan tu dibakarkan dan percikkan kuah tu saja dan bila menghidang..curahkan kuah keatas ikan.


[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 30-7-2006 12:13 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 01:34 PM | Show all posts
meleleh air liur nengok ayam percik k.liza...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2006 04:09 PM | Show all posts
rasa cam nak cuba resepi ayam percik kak liza ni..  menggiurkan sungguh! nanti dah cuba nunu bagi review ye..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2006 11:10 AM | Show all posts
Memang meleleh air liur tengok ayam percik Kak Liza ni. Selalunya bulan puasa je jumpa ayam percik kalau kat sini lah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2006 04:30 PM | Show all posts
kakliza pun meleleh ayo liur gak..
lama dah tak buat...
asik terlupa jer bila beli ayam tu..so depa pun kapak ayam tu kasi kecikla..
so nanti bila nak beli ayam kena cakap awal2 suh depa potong 4 jer bagi seekor ayam...
:
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2006 04:52 PM | Show all posts

Reply #39 hanieliza's post

Kak Liza, saya pernah masak ayam percik ikut resipi Kak Liza. Time tu bulan puasa. In fact bnyk recipes yg Kak Liza paste kat sini dah save dlm folder ttp entah macamana kena deleted. Maybe ada org silap deleted. Tu lah sekarang ni depend kat recipes dlm archive. Harap2 semua recipes kat sini dah simpan kat sana. Sayang betul Kak Liza.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.082319 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list