CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: warknee

hernia....

[Copy link]
Post time 16-6-2006 04:56 PM | Show all posts
berapa ye kos tuk buat operate nye kalau kat hospital kerajaan ngan swasta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2006 04:43 PM | Show all posts
anak mummy yg sulung tu pun kena hernia masa dlm pantang. nak kata x bertuam...memang mummy tuam setiap kali lepas mandi. dah nak kena,nak wat camno? puas jugak berurut tapi x leh nak elok. last2 pi jugak operate. 2 kali operate. 1st operate sebelah kiri ari2 masa umo sebln, 2nd time kat belah kanan plak ( 2 minggu lepas 1st operation, belah kanan pulak kena) masa umo 3 bln. masa kena tu mmg asyik menangis x berhenti2. sampaii MIL sibuk kata anak mummy ni kena sampuk. tp mummy tetap berkeras, anak mummy menangis mesti ada sebab...bila check punya check tgk2 kat ari2 dia bengkak. kesian betul. Lepas operation. elok ajer diam. barulah nak menyusu betul2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 09:32 AM | Show all posts
my twin dua2 ada hernia nie. now baru masuk 3mth. hari tu jumpa doc kat kpmc and dia sugest tuk jumpa diorang nyer surgent. dia bagi appoinment, tapi dakcik x dtg pun cause x suka sangat kpmc ni. hari tu ada gi urut nampak cam ada kurang tapi x taulah kut datang balik kan.
mummy _aifan, u bawa baby operate kat ner yer and berapa kos? dakcik rasanya x mampu lah nak gi private cause 2 org yg kena.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 01:41 PM | Show all posts
Hernia mengenali dan merawatnya

Penonjolan organ ini boleh berlaku ke dalam dan dikenali sebagai hernia internal atau penonjolan keluar, dikenali sebagai external hernia (dapat dilihat).

Mengenai sebab-sebab ia berlaku pula, ia dapat dibahagikan kepada sebab kecacatan lahir (kongenital) dan kecacatan yang diperolehi (acquired).

Abdomen ialah kawasan yang terletak di antara diafragma iaitu di sempadan bawah tulang rusuk dan tulang punggung.

Diafragma memisahkan ruang toraks dan abdomen.

Hernia internal boleh berlaku dalam abdomen itu sendiri atau melalui lubang dalam diafragma.

Manakala hernia external berlaku melalui kecacatan atau 'lubang' pada dinding abdomen sama ada di hadapan atau belakang. Hernia external biasanya dapat dilihat dan dirasai oleh pesakit.

Untuk kefahaman yang lebih mendalam perbincangan akan dilakukan di bawah tajuk hernia yang berkenaan.

Hernia Diafragma:

Biasanya hernia ini berlaku pada kanak-kanak yang baru lahir dan ia merupakan kecacatan lahir. Terdapat lubang di diafragma dan usus sama ada usus kecil atau besar boleh masuk ke dalam ruang toraks dan menyebabkan kesesakan nafas.

Limpa juga boleh masuk ke dalam ruang toraks. Keadaan ini mudah dikenali selepas melihat gambar x-ray dada.

Keadaan ini juga boleh berlaku apabila diafragma terkoyak selepas kemalangan yang menyebabkan peningkatan tekanan dalam abdomen.

Rawatan pembedahan boleh mengatasi keadaan demikian dengan cara menutup lubang di diafragma tersebut.

Hernia 'Inguinal' Tidak Terus (Indirect Inguinal Hernia):

Pembengkakan boleh berlaku di pangkal kemaluan (groin) sama ada pada lelaki atau perempuan.

Bengkak disebabkan sama ada usus kecil, usus besar, sekum (caecum) atau pundi kencing telah masuk ke dalam terowong inguinal di mana terdapatnya salur air mani yang dikenali sebagai spermatic cord pada lelaki.

Pada wanita terowong inguinal hanya dipenuhi dengan ligamen lebar. Bengkak boleh merebak ke kerandut buah lelaki atau bibir kemaluan wanita. Ia boleh berlaku pada semua peringkat umur.

Keadaan ini memerlukan rawatan segera kerana khuatir organ dalam akan tersekat dalam terowong inguinal dan menyebabkan kematian bahagian organ terlibat.

Melalui pembedahan, sarung hernia ditutup dan dinding belakang terowong diperkuat dengan menggunakan tali tangsi atau linen.

Hernia Terus (Direct Hernia):

Bengkak boleh berlaku di bahagian atas pangkal kemaluan disebabkan kelemahan pada dinding abdomen di kawasan segitiga.

Bengkak ini tidak menjalar ke kemaluan sebaliknya berada di atas kemaluan.

Penyakit ini berlaku pada orang dewasa dan disebabkan oleh penggunaan otot abdomen secara berlebihan.

Hernia Pangkal Paha (Hernia Femoral):

Bengkak di pangkal paha lebih kerap berlaku di kalangan wanita dan selalunya keadaan ini disalah tafsir sebagai pembengkakan kelenjar limpa.

Sebahagian dinding usus sama ada kecil atau besar boleh terlekat dalam terowong 'femoral' dan boleh menyebabkan kematian bahagian organ terlibat.

Keadaan ini memerlukan rawatan pembedahan segera kerana kebarangkalian usus terlepas sendiri adalah tipis sekali.

Hernia Pusat:

Bengkak boleh berlaku di parut bekas tali pusat atau di sekitarnya apabila usus atau omentum termasuk dalam lubang hernia tersebut.

Pusat akan nampak membonjol keluar dan kadangkala berwarna kebiruan.

Keadaan ini juga memerlukan rawatan secara pembedahan kerana dikhuatiri usus atau omentum akan terlekat di dalam hernia tersebut.

Hernia Epigastrik: Hernia boleh terjadi akibat kegagalan percantuman tisu rektus di kawasan antara ulu hati dan pusat. Lubang yang terjadi boleh berupa lubang yang kecil sahaja ataupun besar.

Lubang ini akan memerangkap tisu lemak dan boleh menyebabkan kesakitan. Rawatan pembedahan adalah perlu untuk menutup lubang tersebut.

Hernia Insisional:

Hernia jenis ini terjadi selepas pesakit menjalani pembedahan sama ada pembedahan biasa atau pembedahan cesarian. Keadaan ini senang berlaku apabila menjalani aktiviti fizikal sebelum luka sembuh atau terdapatnya jangkitan kuman pada luka tersebut.

Pesakit akan mendapati parut bedah akan melebar dan menonjol terutama ketika mengangkat barang.

Jika hernia melibatkan seluruh parut bedah, 'lubang' hernia biasanya besar dan tidak berbahaya. Apabila 'lubang' hernia itu kecil dan dalam, kemungkinan usus terperangkap adalah tinggi.

Sakit Di Ulu Hati:

Salah satu sebab simptom 'gastrik' ialah berlakunya kemasukan sempadan esofagus dan perut ke dalam ruang toraks. Perut boleh masuk ke toraks secara menggulung (rolling hernia) atau menggelongsor (sliding hernia).

Apabila keadaan ini terjadi, asid hidroklorik dan perut akan terbebas ke dalam esofagus menyebabkan hakisan dan memberikan kesakitan seperti sakit gastritis (gastrik).

Penutup:

Budaya orang Melayu, apabila berlaku kesakitan hernia seperti dalam penerangan di atas, benda pertama yang selalu disebut ialah penyakit angin.

Bomoh akan cepat-cepat mengesahkan ini penyakit banyak angin.

Sebenarnya ini tidak betul dan keputusan yang demikian akan mendorong pesakit hernia untuk tidak mendapatkan rawatan dan menanggung kesakitan tersebut selamanya.

Oleh: DR. HASSAN MAT
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 12:26 PM | Show all posts

hernia

saya nak tanya pada para ibu dan bapa yang pernah bawa anak untk operate for hernia ni..ada tak sebarang side effect seperti dari segi tumbesaran normal kepada anak tersebut. Bukan apa, anak saya kena operate 21 Dec nanti dan risau pulak hati ni takut ada kesan sampingan di masa depan...minta nasihat dari forumner yang lebih arif tentang perkara ini..terima kasih ye
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 09:04 AM | Show all posts
Originally posted by babytitot at 30-11-2006 12:26 PM
saya nak tanya pada para ibu dan bapa yang pernah bawa anak untk operate for hernia ni..ada tak sebarang side effect seperti dari segi tumbesaran normal kepada anak tersebut. Bukan apa, anak saya k ...

kalo operation jenis dah schedul..baby sihat ms tuh rsnyer takde per sgt..because incisionnya kecil..about an inch gitu..but still have to jaga takmo kena infection apa2...if ada demam or area incision tuh merah2 jek..have to go back to surgeon utk peksa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2006 09:00 AM | Show all posts

hernia

thank you honeybee for the advise...saya pun harap takdelah apa2 masa operation nanti..anak tengah nakal ni, so kenalah saya perhatikan betul2 nanti
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 09:42 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by babytitot at 4-12-2006 09:00 AM

Babytitot, u nk buat operation kt mana?

Anak saya pun ada masalah yg sama, sekarang ni dalam proses nk pergi jumpa pakar...
Selalunya mkn masa berapa lama ye (drpd start buat app. ngan dr sampai operate)?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2007 10:59 AM | Show all posts
hmmm...
ni petua my mom...
ada lg tak pusat anak yg tertanggal time lahir dulu..
kalu ada buat mcm uncang(ala2 kacang dulu2 kecik2 main tu)..
isi halba (yg slalu buat kari tu)...pastu masukkan tali pusat..
then after mandi tuamkan kat 'bird' dia...lebih elok tuam skali kt pewot,tpk kaki n peha...
cara yg slalu me buat...panaskan iron then tepek uncang kt iron...
agak2 panas sket tuamkan...
my doter pon even gigurl my mom soh buat uncang tu tuam kat perut dia,tapak kaki dan peha dia..
alhamdulillah dia jarang kembung perut gak...slamat mencuba..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 02:20 PM | Show all posts
Hernia ni bukan pasal tuam atau tidak. Baby I puan dituam dari lahir, maklumla, my mom memang kuat kalau pasal pantang-pantang masa lepas bersalin ni. Tapi kalau dah nak kena, nak buat cam mana kan. Even Chinese or Indian pun walaupun diorang tak tuam baby diorang, tapi some of them tak kena pun Hernia.

My baby kena Hernia, so, me & hubby decide to go for operation rather than bawa gi berurut. Daripada baby I suffer of pain kena urut, lepas tu tak baik juga, then kena lagi urut, baik I bawa gi hospital, confirm kena operation. This is for his better future, takut nanti ada effect lain pulak yang muncul kalau tak buat operation sekarang. Nanti bila besar anak kita tu pula akan salahkan kita nanti.

Bukan tak percaya pada orang yang berurut ni, Hernia is Hernia, Angin Pasang is Angin Pasang. Angin pasang jer yang boleh baik or hilang bila diurut. I pernah bawa baby gi berurut pada one old guy yang kiranyer pandai mengurut dan mengubat orang kat kampung my hubby. Bila dia periksa ball baby I tu, dia cakap, ni bukan angin pasang. Benda ni tak boleh urut, cuma boleh operate jer. Dia cakap anak lelaki dia pun kena Hernia, operation jer ubat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 02:27 PM | Show all posts
My baby operation confirm on 14 June 2007 kat Padeatrik HKL. I ada call jugak tanya berapa kos, diorang pun tak boleh nak confirm berapa kos, sebab tak tahu wether operation ni ada complication or not. Cuma range nyer dari RM600 to RM3000.

Kat Kampung Baru Medikal Centre pula kosnyer RM3000, kena stay 3 hari dalam wad. Tapi harga ni tak termasuk harga stay dan makan kat hospital ni.   Mano nak cari duit. Mahal tul.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 02:30 PM | Show all posts
Kalau ada sapa-sapa yang pernah bawa baby untuk operation hernia ni kat HKL, tolong yer kasi tahu berapa kos yang you all kena bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 05:33 PM | Show all posts
kesian baby yg kena hernia...mesti nangis ajer kan...aku lepas bersalin anak lelaki mmg penat sungguh...sebab pagi2 dan petang2 kena menuam baby...kadang guna jintan hitam, taim rajin sebb kena panaskan selalu ngan seterika...taim malas guna pasir biasa jer sbb tahan lama panas nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 11:12 AM | Show all posts
My baby dah selesai operation hernia both side kat HKL on last 15 June. Operation at 1.15 PM and boleh balik about 6.00 PM. Me & my husband terkejut gak tengok bil yang kena bayar masa nak balik dari hospital tu. Cuma bayar RM53.90. Betul ke? Tapi tak tahulah, kalau ada bil yang kemudian datang ke rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 08:48 AM | Show all posts

Reply #34 siefay21's post

memang kos dia cam tu kalau gov hosp. anak saya pun dah buat operation kat hospital putrajaya kat ari2 tu belah kanan. dia punya stitch tu dalam 2 inchi kena toreh. kos dia dlm 30.00. buat masa bulan Jan 2007.
But then hernia dia jadi balik. sepatutnya semalam 2nd operation tempat yg sama belah kanan, tapi cancell sebab selsema.  so next schedule July 2007. actually kita orang nak biar besar anak saya tu besar skit, sebab sekarang tengah lesak, takut kalau buat lagi, hernia tu akan datang balik.
so semalam juga we all decide bawa gi SJMC, for 2nd opinion. Jumpa Dr Zul (pead surgon). My son will admit to SJMC on 26 June kalau x aada apa2. Kos nyer lebih kurang 5000.00 tuk oeration both side sahaja x termasuk wad  and ect.

Why  I go for 2nd openion and decide to do at SJMC.
1) 1st operation dah fail and my son kena buat 2nd operation
2) Surgon kat putrajaya tu nak transfer ke selayang, so When I see the new surgon I'm not relly trust her.
3) bila saya gi SJMC, surgon yg cek anak saya tu confident je masuk kan usus yg dah termasuk kat dlm ball tu ke tempat asalnya. the way dia masukkan tu ball tu leh jadi kecik cam normal. kalau x besarnya lebih kurang 3 inc. kalau tidurpun leh kecik jadi 1.5 inc je. then dia punya explanation tu bagus.

For me HKL bagus gak, ada banyak specialist kat sana, but then gov hosp yg baru tu tak tau la... still new kan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 06:36 PM | Show all posts
Iskandar pun nak kena operate nampak gayanya.
Tapi kesian la, baru sebulan lepas major operation, now nak operate lagi.

Niat nak buat kat HUKM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2007 10:58 AM | Show all posts
hmmm... hernia ni ball dia tu besar sebelah ke camne ek?

my boy skrg 13mths.. ball dia kempis sebelah. means klau rasa2.. sebelah ade yg ada isi.. sebelah lagi bag only. bila rasa2 kt area ari2 tu.. boleh terasa la ada somthing macam ball. so doc kata ball dia tak turun abis. puas gak gi berurut (actually baru 2 3 kali je...) then macam takde perubahan... so just wait utk appointment bln 8 ni. doc akan check whether need 2 be operated or not. sbb my baby tak sakit pon.. takdela menangis2 n tak pernah lak kt situ dia bengkak ke apa. seems like takde prob la. but then... kita taktau kan lepas2 ni camne. kotla bila dia dah besar ke nnti... lasak ada masalah pulak. so sementara di kecik ni la kita kene treat kasi elok kan....

lagipon doc tu kata bukan hernia.. cuma akan wat minor operation to make sure the ball wont naik ke atas semula.... kira macam jahit sket kt bag dia tu. hopefully sikit aje.. tak sampai ati lak nk tgk dia kene operate. dahla tengah lasak ya amat skrg ni... nk kene inject kt montot pon sikit nye siksa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 10:33 AM | Show all posts
Salam...

Kita bru pasan pasal hernia nie.. dah lama x jenguk kat bhgn M&N nie...

Bila dengar kes mcm nie masa kita pegnen dulu pon risau jgak.. yerlah sbb dah tahu yg klua nnt bb boy...lg2 lah ader sorang 2 kat opis yg bb derang mcm nie jgak... tp lepas buat skit operation alhamdulillah bb boy derang pon ok...

Pas bb boy alys klua... mak alys tuam dgn Daun Kechubung... daun nie lebih elok dr daun sireh dan daun mengkudu...

Cara mak alys lepas daun nie disuam2kan dgn api bg layu sikit mak alys akan letakkan pada bhgn kerandut telur tu... pastu trus pkai pampers benda nie elok buat time dlm pantang...

than bb tecit nie kita nak kena ngajin sapu minyak yu yee @ minyak telon kat bhgn bwah perut, belakang betis dan tapak kaki utk elakkan kan kembung...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 10:44 AM | Show all posts
psstttt... org tua2 cakap daun sireh x elok utk tuam kat bhgn tu... takut nnt dah beso gatal@miang lah plak...

:hmm: hmmmm kita pon x berapa paham jgaklahhh dgn persepsi derang nie... tp bila dipikir2 kan betul jgak.. sbb daun sireh nie klo kita gosok dan biar lama kat tangan bleh rasa gatal dier.... :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 04:59 PM | Show all posts
cian bb kene hernia nih..
mesti mase bb tu menggeliat ke batuk ke..mesti benjol tu nmpk kan??sedh..ciannye..
hernia ni kire lebey kurang cam angin pasang la kan??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.304993 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list