CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: centrix7

Zion di Bumi Mala

[Copy link]
Post time 19-5-2011 07:47 AM | Show all posts
yup... melayu ni ibarat 'tiang dlm agama'..
dulu time hindu budhaa, melayu jadi tempat penyebarannya sampai sami2 dari china dan india mai sini belajar hindu budhaa. sama juga time kegemilangan islam.. tp skrg, errrm, tak tau ape benda. nak kata islam pun tak, kristian pun tak, ntah lerrr.. tu yg menjadikan negara ni dan serumpun mundur sebab tak de 'tiang' untuk di tegakkan. asyik dok ikut barat.. mgkn tu kot 'tiang' pemimpin skrg kot.. hu3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2011 09:57 AM | Show all posts
Reply 441# hasell


    Bro... Tumpang tanya, apa maksud mim yg hilang tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 12:13 PM | Show all posts
mim yg hilang? kat post 441 tu ker? tak de tulis di situ.
tp kalu refer pada posting yg lepas2,
mim tu istilah yg di gunakan kepada pola pergerakkan satu bangsa yang berasal dari Benua Sunda / SUNDA LAND yang terletak di asia tenggara ni sebelum ia tenggelam. pola pergerakkannya berkaitan dgn pergerakkan para nabi2 (tak semua buleh terima, tp AQ dah detailkan pola pergerakkan manusia dan pembinaan ketamadunan di seluruh dunia. cuma nak terima atau tak jer).

sehinggalah bangsa MIM ni (remnant dari sundaland bercampur dgn org2 tempatan) menuju kembali ke asia tenggara dan menetap terus di sini. sepanjang perjalanan tu terbina cam2 ketamadunan (tp ni org claim shj, buleh rujuk pada/google; prof arysio santos dan prof stephen oppenheinmer dan ada sorg lagi, penyelidik peta dunia lama, tak ingat namanya)... yg mana pergerakkan MIM ni membentuk tamadunan cam sumeria, egypt kuno, ketamadunan aryan, tibetan dan membawa ke indo china.

pewujudan melayu pula adalah proses pertemuan MIM dan penduduk tempatan (org asli dan org laut, yg merupakan peribumi/remnant sundaland yg terus tinggal di sana) dari perlbagai arah.. dari daratan (arah tibetan, cina) dan arah laut (pedagang arab, dan ada yg kata dari bani israel the lost tribe <<< ni ramai org amik dari mormornism).

sbb tu masa tu, kalau raja melayu bina tamadunan, org asli/laut akan membantu tnpa apa2 riot untuk gulingkan raja tersebut, atas alasan 'raja melayu' bukan penduduk tempatan, sebab depa tahu para melayu yg datang tu, tak lain tak bukan anak cucu org2 sunda cam depa juga.

jadi, sebab tu orang dulu2 kata, dunia melayu ni amat luas.. memang luas pun. cuma skrg jer byk dah di lupakan sbb ramai yg suka refer kajian british lagi. tak salah kajian british ni tp seboleh2nya add on dgn kajian dari kata2 org tua, kitab2 lama dan hadis serta AQ. itulah sumber kita.. jangan ketepikan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 12:19 PM | Show all posts
Reply 443# hasell

ko tafsir sendiri quran mcm hari tu ker?? hahahahaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 12:21 PM | Show all posts
Reply  hasell

ko tafsir sendiri quran mcm hari tu ker?? hahahahaaaaa
unekspekted_XII Post at 19-5-2011 12:19



    with a team (cam2 profesional)
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 12:22 PM | Show all posts
with a team (cam2 profesional)
hasell Post at 19-5-2011 12:21


ha'ah. team karut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2011 12:27 PM | Show all posts
say it to them
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 12:28 PM | Show all posts
say it to them
hasell Post at 19-5-2011 12:27


'them' in your illusion. grow up dude!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2011 04:52 PM | Show all posts
Bestnya baca thread ni. Oleh kerana itu try google "kambujuddah", terjumpa pulak web ni sejarah.co.cc. Aku cuma copy-paste jelah

BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi?Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun.Jika ada,hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja.Tetapi bagi Yahudi Zionis,teramat perlu.KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM ALQURAN.Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno,terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin


Di dalam 12 puak yang hilang ini,hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula,ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador, sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR,LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!

Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran.Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini 'Bumi Mala'?Apakah yang diceritakan di dalam manukrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?

Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR,LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 05:06 PM | Show all posts
sambungan

Bangsa Melayu Dalam Kesususasteraan Kuno

'Malai' adalah nama yang disebut dalam manuskrip-manuskrip purba India untuk satu bangsa yang tinggal di Kepulauan Melayu.'Malai' bermaksud gunung atau bukit.Ini bermaksud pada masa silam bangsa ini tinggal di dataran-dataran tinggi atau,menunjukkan arah kedatangan mereka,dari sebelah utara India,dari arah perbatasan pergunungan.Bangsa ini disebut-sebut dalam kesusasteraan Avestan-Vedic-Sanskrit,bahawa salah satu suku terhormat bangsa Aryan yang berkasta Ksyatria,kasta pahlawan yang menurunkan kaum Sakya (yang berasal dari perbatasan Himalaya) yang membawa ajaran Veda bersama-sama suku kaum Aryan yang lain menyerang Benua Kecil India dan memaksa etnik asli India bergerak ke tanah lebih selatan.Kulit mereka lebih cerah dan mereka berperawakan tegap dan tampan.

Siapakah mereka?dari mana datangnya mereka?Untuk mengetahui siapakah mereka,mari kita telusuri salah satu suku Aryan yang lain, iaitu Mada.

Ingat!Jika membicarakan tentang Aryan,ia adalah berkaitan dengan adat Istiadat Parsi Kuno,lama sebelum Darius II memerintah.

Medes adalah nama Yunani yang merujuk kepada bangsa Iran Kuno,yang tinggal di sebelah barat laut Iran hari ini.Kawasan ini dikenali di Yunani (Greek) sebagai Media atau Medea.Dalam bahasa Iran Purba,ia dipanggil dalam sebutan Mada.Ketika pemerintahan raja-raja Assyria, kaum ini dikenali sebagai Madayu.Mereka telah memasuki kawasan ini bersama-sama gelombang pertama puak-puak Iran Purba,ketika lewat alaf sebelum masehi (ketika keruntuhan Zaman Gangsa).

Media,Midia,Midian dan Mada adalah sukukata yang sama yang menjelaskan tentang Madyan (dalam bahasa Arab) satu bangsa yang maju dan disebut dalam kisah Nabi Shuaib dan Kaum Madyan.Nabi Shuaiblah rasul yang diangkat dari kalangan bangsa Mada, di mana ketika itu kemajuan material telah melekakan bangsa Mada.

Ketika abad ke 6 Sebelum Masehi,selepas bersama-sama bangsa Babilon mengalahkan Empayar Assyria Baru,Bangsa Madayu telah mampu menubuhkan empayar mereka sendiri,yang mana membentang dari Laut Hitam dan daerah Aran (Azerbaijan sekarang) ke utara dan Asia Tengah,Afghanistan dan Pakistan yang mana terdiri dari banyak jajahan termasuk Tanah Parsi,yang mana akhirnya penduduk Parsi meresap masuk ke dalam Empayar Madayu/Media ketika zaman Empayar Achaemenid Parsi.Bangsa Madayu diiktiraf sebagai yang mengasaskan Empayar Iran pertama,yang terbesar sehinggalah Cyrus The Great menyatukan bangsa Madayu dan Parsi menjadi Empayar Achaemenid,dengan mengalahkan datuknya yang juga seorang Emperor, Astyages,Raja Media (Madayu).

Mari kita lihat kembali nama Bangsa 'Mada' (dalam sebutan Iran Kuno) ketika pemerintahan Assyria.Kenapa kita hendak mengkaji bangsa Mada/Media/Madyan ini?

"Now the sons of Keturah, Abraham's wife:she bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan." (Genesis 1:32)

Bangsa Madayu adalah saudara kepada bangsa-bangsa dalam kelompok keturunan Keturah.Dalam bahasa Avestan (bahasa keagamaan kuno Parsi Purba) kata 'yu' adalah suffix yang merujuk kepada 'mind','brain' atau 'mentaliti'.Ia adalah 'instrumental suffix' (sukukata yang ditambahkan dihujung perkataan) yang jika dilihat secara keseluruhan merujuk kepada 'the mode of thinking' atau identiti sesuatu berdasarkan pemikiran yang boleh juga sebagai menerangkan cara hidup, adat istiadat atau peradaban. Jadi 'yu' dalam slanga bahasa Avestan yang juga adalah ibu kepada sanskrit, adalah merujuk kepada 'bangsa' atau 'adat istiadat'.Jadi perkataan 'Madayu' bermaksud 'Bangsa Mada'.

Ingin pergi lebih jauh? Menjejaki jejak sendiri lebih sukar rupanya dari menjejak bangsa orang lain.

Sekadar renungan, siapa yang berhenti menjejak Melayu hingga ke Vietnam,maka hanya itulah asal keturunannya. Jika ada yang mendakwa Melayunya dari Yunnan,maka Yunnan lah Melayunya itu.Siapa yang berkata Melayu itu pernah tinggal di Tibet, di kaki gunung Himalaya,dia telah sampai ke separuh perjalanan bangsanya. Tidak mengapa. Jika semuanya betul pun masih tidak mengapa. Mengapa? KERANA MELAYU ADALAH BANGSA YANG MENURUNKAN PELBAGAI KETURUNAN ASIA YANG LAIN.

'MALAY IS TRULY ASIA'

Mungkin mereka betul.

Mungkin tiada siapa yang salah dalam hal ini.Mungkin Teori Kapak Tua Dari Asia Tengah betul.

Atau gendang Dongson, juga puak Hoabihn.

Bukan sahaja para sarjana Barat malah kita sebagai pewaris Kemelayuan ini juga hanya mendapat serpihan puzzle yang berbeza-beza.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 05:08 PM | Show all posts
sambung lagi..

MARI KITA CANTUMKAN SEMUA JIGSAW PUZZLE KITA!

Kembali Kepada Ibunda Keturah

"Keturah adalah bonda kami,
wajahnya lembut tiada amarah,
berwatak tenang hilang hanahorragha
Budi pekerti pekerma diraja
Jika bersimpuh,bima diwani
Jika berkata,
sukkachitta
melapas dukka
sutramawarni
Keturah adalah bonda kami
seroja dilangit
kemboja berlayupan di darat
airmata hidangkan dengan senyuman
mentari jadi salju dedayu
Keturah adalah bonda kami
pelukan kasih seorang ibu
bagai syurgaloka
seri dharma"

(Tiada bernama)

Jejak telah hilang di sini. Dimana kunci-kunci rahsia? Tiada kunci rahsia lagi. Tiada peti yang perlu dibuka.Kembali.

Kembali kepada bonda.

Keturah,begitulah namanya. Gadis misteri dari Timur. Semisteri namanya. Keturah adalah nama yang ganjil bagi adat istiadat Yahudi Kuno, bagi puak-puak bani Israel malah dalam sejarah Akkadia-Babylon. Dari manakah datangnya gadis misteri ini? Siapakah Keturah?

Mungkin jika bertanya pada gadis aneh yang berpaling tadi, kita mungkin akan tahu siapa moyangnya,Keturah yang misteri ini.

Tapi si dia ada meninggalkan sesuatu. Jejak.

Selendang wangi berwarna merah.

Dan huruf Ibrani Kuno 'mem' juga adalah 'mim' dalam tulisan Arab. Alter terahsia bangsa Melayu.


Tapi...siapakah Keturah??

Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno,Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .

Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah).Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu.Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi,iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s.Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat. INGAT, YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM a.s. Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a. Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.(ada versi yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon' tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina, perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan nama identity mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan menukar adat istiadat yang bathil seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi'-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka)

Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak, ini adalah sebab mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor, Perak, Johor dll serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s.Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks, merangkumi persoalan Ophir, Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba), kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar, Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN. MISTERI YANG LAIN.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 05:31 PM | Show all posts
Reply 443# hasell


    Tq bro...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 07:45 PM | Show all posts
melayu ni kompleks tp menyeronokkan bila kaji dia. secara tak langsung mengingatkan kita pada kisah para nabi (sebab berhubung kait dgt2). tp bila tiba bab memerintah, hanya berdarah raja shj yg mempunyai 'daulat' untuk memerintah. dan bila yang bukan hak memerintah, maka kucar kacir negara tu. cam contoh skrg, hamba2 (rakyat biasa yg tak de apa2) mulai nak jadi kepala rakyat, abis kucar kacir... camne nak letakkan kaki di kepala?! kalau dah kaki, tetap kaki, kalau dah kepala, jadilah kepala yg baik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 01:40 AM | Show all posts
Reply  cz


    setuju.."ilah" adlh kata dasar dlm bahsa Arab yg bermaksud God
    "Al + lah" pula bermaksud..THE God. meaning THE ONLY GOD.
bezita60 Post at 27-4-2011 18:06

Tak se-simple itu. Dalam bahasa Arab ada 3 jenis noun; nama umum, nama khas, dan nama yg khusus untuk satu entiti tu aje. Kategori ketiga tu contohnya macam "Mekah". Dalam bahasa arab, Mekah tu khusus untuk Mekah yg tu aje. No such thing as bandar lain nak dinamakan Mekah, itu dah salah dalam tatabahasa arab. Sama juga untuk "Allah", ia bukannya contraction kepada Al-Ilah, tapi merupakan nama untuk Allah, entiti agung yang khusus itu. Ini kerana AL-Ilah masih merupakan nama umum (Ilah) tapi dirujukkan kepada entiti yang tertentu (AL) sedangkan "Allah" merupakan nama khas yang sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 03:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by bezita60 at 20-5-2011 03:55

Reply 454# saden

tu bukan aku reka. aku baca kt mana ntah...lupa dah.
sebab org kafir Arab pun refer pd tuhan yg satu sbg Allah, wpun yg bukan muslim.

btw, terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 09:19 AM | Show all posts
Reply 455# bezita60
Yang explain pada aku pasal benda tu ialah seorang arab sendiri. Masa sibuk2 isu ni tahun lepas, aku pun tanya dia pasal betul ke Allah tu dari Al-Ilah, tu yg dia explain tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2011 11:02 AM | Show all posts
wah ni dah masuk bab nahu soraf wal balaghah. menarik.
Allah tu mmg nama khas untuk zat yg maha hidup dan maha segala-galanya.
kalu di pecahkan, AL tu refer pada alif lam makrifah (menunjukkan 'khas'),
lam tu refer 'kepada', dan ha dhomir tu plak mrujuk kepada 'NYA"...

jadi secara harfiyahnya; 'Khas kepada NYA'...
so, nothing can be ALLAH except ALLAH.
sebagaimana terkandung dlm syahadah... ESA dan SEGALA-GALANYA. full stop.. hu3
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 11:45 AM | Show all posts
kenapalh benda yg muktamad nak dipertikai dan dibalahkan. manusia banyak dok buat maksiat berjudi minum arak tak nak dipertikaikan di halang halangkan. pelik pelik. benda macam ni yg nak jadi pergaduhan. pelik pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 11:57 AM | Show all posts
kenapalh benda yg muktamad nak dipertikai dan dibalahkan. manusia banyak dok buat maksiat berjudi mi ...
winamp05 Post at 20-5-2011 11:45



    manusia mmg suka pertikai.. sejak dulu sampai skrg. alasannya adalah bukti, bukti, bukti. kalu tak, tak de la dalam quran di ceritakan tntg bani israel nak tgk ALLAH, tup2 baru cahayaNYA, dah meletup gunung.. (alasan bani israel: kami dah beriman, tp kami mahu lebih beriman.. moral of the story: iman bukan di mulut ) hu3
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 08:44 PM | Show all posts
Reply  bezita60
Yang explain pada aku pasal benda tu ialah seorang arab sendiri. Masa sibuk2 isu n ...
saden Post at 20-5-2011 09:19


ooh..mcm tu.
kalau kata nama khas, adakah ianya hanya ekslusif utk org yg berpegang pada Al-Quran (muslim)?

sbb kalau ikut pemahaman Al-Ilah tu yg semua agama monotheism pakat nk guna nama Allah juga..sbb masing2 tanak mengaku sembah God, bukan The God (one and only).

bagus2...aku dh cerah sket ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.077833 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list