CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MOONkerBULAN

UPB MYTEAM FC

[Copy link]
Post time 29-5-2006 08:59 PM | Show all posts

Reply #499 conan's post

aku nengok goal keeper tu ... cam x bersungguh je nak ambik bola ...ape name dak tu .. amer ek ...
dier kan ade history ngan pasukan mana tah state ke mana ....  ade ke kemungkinan mamat tu ...err dibayar??
bila nengok rupa mamat tu ... mmmm teringat cerita zaman dahulu ... last2 terpacul perkataan dalam otak ni hah ...
kisah kidul-mandaliar berulang semula?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2006 09:04 PM | Show all posts
walau apa pun ... kes myteam menentang pasukan malaysia ... telah menarik minat semula untuk memberikan tumpuan kepada senario bola sepak negara. Dan feeling bila nengok pasukan MyTeam menentang pasukan Malaysia ... camn sama je ngan feeling time pasukan badminton negara .. merangkul piala thomas time zaman2 anak2 sidek
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 09:09 PM | Show all posts


my team disiplin macam lembu sekor sekor ... aku yg memula sokong my team terus jadik kehampehan
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 09:56 PM | Show all posts
Originally posted by rose_liz at 29-5-2006 08:50 PM
hehehe...biasala keeper...mesti ada alasan baik punyeee...padang punyela taraf oldtrafford leh tergelincir
lagi ke...??

tapi tadi RTM komen fuuhhh!pedas gle..siap masuk bab wawasan 2020..marah  ...

aku tak paham laaa... kenaper nak marah.. why dont take it as a challange...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 10:24 PM | Show all posts

Reply #504 conan's post

marahla sebab malaysian 'boo' n bertepuk tgn masa malaysia's U20 kena kad merah...kononnya malaysian tak hargai langsung usaha team U20  berjuang untuk harumkan nama negara...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 10:51 PM | Show all posts
Originally posted by topeng perak at 29-5-2006 09:09 PM


my team disiplin macam lembu sekor sekor ... aku yg memula sokong my team terus jadik kehampehan



engkau pernah menyokongnye?????......


kesiannnnnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2006 10:55 PM | Show all posts
Originally posted by sibel at 29-5-2006 09:04 PM
walau apa pun ... kes myteam menentang pasukan malaysia ... telah menarik minat semula untuk memberikan tumpuan kepada senario bola sepak negara. Dan feeling bila nengok pasukan MyTeam menentang pa ...


:setuju:
aku bersemangat sket ikut perkembangan team malaysia after this lepas match ngan myteam nih..
aku ttp support malaysia.. tp tlg la membangun sket!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 11:40 PM | Show all posts
ermmm...sbenarnnyer game smlm hampeh gak...
dua2 same je hampeh...first half mcm cipan terbang je...
boring nk mampos...tp second half ok skit...
m'sia mmg nasib baik sbb keeper myteam pendek/slow/takut nk dive...
tp aku rase faizul ke sape x ah...yg main wing kiri tuh...gempak gak...
m'sia...first touch teruk giler...pastu nak bawak sorang2 bodo tul....bolot...
main la pasing2...besh skit nk tgk...nih pegi rembat...da la x reti..lg mau rembat...
ermm...m'sia kena banyak buat perubahan klau nk menang piala...piala ape2 pon x kesah la...
sbb m'sia nih skrg dh x penah aku tgk dpt piala...kena kerap brlatih..klau main mcm tuh je...
m'sia mungkin akan trus ke bawah...dah la skrg no.100 lebih...teruk2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2006 12:35 AM | Show all posts

Reply #508 chaoz's post

ehhhh...baru jerk ari ahad ari tuh menang pialer...lepas menang len myteam....siap bangger lagik capten mesia julang piale tuh.....dah mcm barca mng champions lah pulak.....kuikuikui......tapi paling best tgk shebby berpeluk maser mytem dpt score...kuikuikui....last skali smuer tepok tuh kat shebby....chettttt.....aku lagik suker rajagopal than shebby.....aku nengok rajagopal nih mcm ok jerk coaching...dr dulu lagik...maser dier amik slangor....maser dia amik klantan....skang under 20.....hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 08:27 AM | Show all posts
Originally posted by arincute92 at 29-5-2006 06:19 PM


ko nih org mane ek? :hmm:




aku orang sini la arin.......:nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 08:27 AM | Show all posts
MyTeam or Malaysia..??
Pa pun Tahniah pada kedua2nyer kerana mengembalikan minat org ramai nak tgk bola tempatan..
Serius ni laa first time aku start tgk Malaysia punya game untuk tahun ini..

Walaupun pun game malam tue tak berapa menarik, walaupun bemacam2 komen / kondem2 selepas game..
tapi idea seperti patut diteruskan..

Yang aku tak faham, kenapa FAM takut untuk membawa pasukan senior.?
dan kenapa pasukan under20 nie menjadi mangsa.

dan komen pengacara malam tu mcm kebudakan, dia kata lebih kurang.. "kita kena jaga imej pasukan kebangsaan dengan tidak berjumpa Myteam kerana takut kekalahan"

Sedih aku dengar komen tue.. aku rasa FAM kena buka mata n think professionally about our football future.

By the way tahniah untuk Malaysia under20..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 09:05 AM | Show all posts
Khairy mahu kaji kedudukan dalam FAM
KUALA LUMPUR 29 Mei - Penerbit Eksekutif Skuad realiti bola sepak TV MyTeam, Khairy Jamaluddin (gambar) berhasrat mengkaji semula kedudukannya Ahli Majlis Bebas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jika sumbangannya melalui MyTeam dianggap tidak membina arena bola sepak negara.

``Jika sumbangan itu disambut dingin dan tidak dihargai serta tidak dianggap membina bola sepak negara, saya akan bincangkan semula kedudukan saya dalam FAM,'' katanya pada sidang akhbar di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, di sini hari ini.

Dalam perlawanan tersebut, Malaysia yang diwakili oleh pasukan bawah 20 tahun menewaskan MyTeam 2-1.

Khairy menegaskan, berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh MyTeam, pasukan itu berhak diberikan tempat untuk beraksi sekurang-kurangnya dalam Liga Perdana kelolaan FAM.

``Kami sudah menyarankan supaya MyTeam menyertai Liga Perdana tetapi dikenakan pelbagai syarat oleh FAM seperti diarahkan supaya bermain dalam mana-mana liga peringkat negeri terlebih dulu.

``Namun saya berasa MyTeam berhak lebih daripada itu terutama berdasarkan malam tadi. Hampir 70,000 orang membanjiri stadium dengan 90 peratus menyokong kami, bukannya pasukan kebangsaan.

Menafikan

``Kami cuma kalah 1-2 malah mungkin mampu seri jika percubaan terakhir tidak melepasi palang. Lawan hanya menang dengan dua sepakan percuma tetapi tidak dapat menembusi benteng kami,'' katanya.

Beliau menjelaskan, aksi skuad amatur itu ternyata memikat majoriti penonton di Stadium Nasional, Bukit Jalil selain berjaya mencipta keghairahan umum terhadap bola sepak tempatan yang sebelum ini kerap terarah ke liga luar negara.

Katanya, MyTeam membuktikan mereka mampu keluar dan mencabar sistem pemilihan pemain yang sedia ada selain nyaris mengikat Malaysia dengan keputusan seri serta menafikan andaian ramai pemerhati bola sepak bahawa mereka akan kalah teruk.

Menurut beliau, prestasi MyTeam yang membuat persediaan hanya enam minggu tidak menunjukkan perbezaan ketara dengan pasukan profesional malah dari segi bakat sebenar, pemainnya setanding dan lebih baik daripada purata pemain negara.

``Ada juga beberapa pihak yang mulai mendekati saya, Serbegeth Singh, Bojan Hodak (jurulatih) untuk mendapatkan khidmat pemain MyTeam menyertai pasukan mereka,'' katanya.

Beliau berkata, pihak pengurusan MyTeam tetap melihat siri realiti sukan pertama itu mampu dieksport ke luar negara jika cadangan meneruskan musim keduanya gagal mendapat kerjasama FAM.

``Kami masih boleh memikirkan alternatif dan tidak akan hanya bergantung kepada satu pihak dengan mengadakan MyTeam di negara jiran,'' katanya sambil menjelaskan, video siri MyTeam turut dihantar kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).


p/s....dah org nk main Liga Perdana pon x kasi......apa lagi FAM nk sekat pasni...??:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 09:31 AM | Show all posts
Originally posted by tanabe2287 at 30-5-2006 09:05 AM
Khairy mahu kaji kedudukan dalam FAM
KUALA LUMPUR 29 Mei - Penerbit Eksekutif Skuad realiti bola sepak TV MyTeam, Khairy Jamaluddin (gambar) berhasrat mengkaji semula kedudukannya Ahli Majlis Beba ...


eksport khairy jangan tak eksport..rakyat m'sia dibelakang kamu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 09:35 AM | Show all posts
Originally posted by ShadowChaser at 30-5-2006 09:31 AM


eksport khairy jangan tak eksport..rakyat m'sia dibelakang kamu..



aku dapat rasakan MYTEAM ni paling pupular kalu dapat main kat Liga Perdana.....
tapi jgn arap pupular sajer....bakat dan permainanan pon kna popular....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 09:38 AM | Show all posts
fam ni bangang la...diorang tak perasan ke rakyat m'sia dah boo NT dari dulu sebelum myteam ujud lagi dah... betul-betul tak cermin muka sendiri, asyik nak salahkan orang lain je..coach la..pemain la..skarang ni peminat lak disalahkannya..diri sendiri tak pernah ngaku salah lak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 10:06 AM | Show all posts
Aku punya pendapat la kan, NT kena boo pasal diorang dah start main kasar lepas kena 1 gol ngan myTeam tuh, cuba kalo diorang main bebetul, takkan penonton nak boo kot... orang gi stadium pasal nak tengok permainan bola yang berkualiti, bukan nak tengok tackle sana, slack sini sampai 50% player injured...

Apa-apa pun, kalo NT lawan team national lain aku yakin penonton takkan boo player kita sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2006 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by ShadowChaser at 30-5-2006 09:38 AM
fam ni bangang la...diorang tak perasan ke rakyat m'sia dah boo NT dari dulu sebelum myteam ujud lagi dah... betul-betul tak cermin muka sendiri, asyik nak salahkan orang lain je..coach la..pemain  ...


:setuju: Teruskan Usahamu KJ
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 10:12 AM | Show all posts
heheh....setakat kena boo dah kata penonton malsia ntahahapa2....hekeleh....
diorg taktau ker skuad world cup france pun kena boo dgn peminat sendiiri....lagi haru....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 10:15 AM | Show all posts
aku kat berita tv semalam brahim sood tak pandang muka kat kawasan penonton siap tunduk muker lagi baru dier tau orang tengah sumpah seranah dier....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 10:18 AM | Show all posts


MyTeam mahu aksi Liga M

Oleh Lokman Zainal Abidin
lockman@nstp.com.my

MERASAKAN sebahagian besar pemain skuad MyTeam mempunyai taraf yang setanding dengan pemain profesional negara, pengurusan pasukan itu menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membenarkan MyTeam turut serta bertanding dalam Liga Malaysia musim depan.

Walaupun peraturan badan induk itu menyebut mana-mana pasukan yang mahu beraksi di liga elit Malaysia perlu bermula daripada bawah, Penerbit Eksekutif MyTeam, Khairy Jamaluddin bingkas bangkit mempertahankan kewibawaan pasukannya.

揝aya berharap MyTeam dapat diterima masuk ke dalam Liga Malaysia berdasarkan kemampuan dan bakat yang mereka miliki,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.200689 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list