CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Post time 15-8-2004 12:08 AM | Show all posts
Terima kasihlah kerana menyuruh saya anjakkan pemikiran saya. Tapi awak pun bukan kenal siapa saya. Kalau saya salah menegur biar Allah yang menghukum saya bukan manusia, lagipun yang saya tahu awak ni suka berprasangka. Saya menegur apa yang saya nampak tak betul dan sekarang ini saya nak tegur awak pulak. Ingat, dengan kurangnya anjakan pemikiran ni teguran saya......kata awaklah yang menasihat saya

Yang pegi bubuh avatar untuk menarik perhatian walau bukan gambar sebenar awak (rasanya lah) tu untuk apa? sayang walau bertudung tetapi nampak seperti mahukan perhatian. Apakah ciri-ciri seorang wanita Islam yang sepatutnya dizaman Rasulullah dan dinyatakan di dalam al-Quran?

[ Last edited by Jukebox on 15-8-2004 at 01:03 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2004 10:24 AM | Show all posts
Originally posted by Jukebox at 2004-8-15 12:08 AM:
Yang pegi bubuh avatar untuk menarik perhatian walau bukan gambar sebenar awak (rasanya lah) tu untuk apa? sayang walau bertudung tetapi nampak seperti mahukan perhatian. Apakah ciri-ciri seorang wanita Islam yang sepatutnya dizaman Rasulullah dan dinyatakan di dalam al-Quran?


hehehe....dah tak ada isu ke avatar aku lak ko pegi...hehehe tapi
alhamdulillah ko nampak kecantikan sorang muslimah. Itu menunjukkan bertudung tu tak semestinya tak cantik. Tapi kalo setakat tertarik tapi tak sampai terbawa2 ke dlm mimpi tak salah apatah lagi itu
sekadar gambar lukisan imiginasi seseorg yg tak ada kena mengena dgn sesiapa. Aku pun tak kenal sapa muslimah yg comel kat avatar aku tu.

Kecualilah jika lemah iman sampai gambar cam tu pun boleh naik angau dan syak pulak nak tarik perhatian yg bukan2.

Kalo gambar mcm tu pun tak leh...mcm mana dgn gambar2 muslimah yg sopan (bukan lukisan) yg bukan keterlaluan berhias iaitu sekadar kemas dan menarik sesederhana mungkin yg byk kita nampak merata dipamerkan di majalah2 termasuk majalah islamik.
Boleh ko bagi hukum tak sebab aku nengok ko ni akan tanya mana hadis mana Quran bila ada sesuatu.

Fitrah manusia kan suka pada kecantikan dan keindahan ttp kenalah berlapik dgn syariat.

Kalo nak tahu dr mana aku dpt avatar tu...sila klik kat properties...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 17-8-2004 12:44 PM | Show all posts
Oleh kerana minda/tarbiah Abuya terlalu banyak dan ada pihak yg bukan anak buah Abuya yg bermurah hati menyebarkan serba sedikit minda Abuya melalui webnya, maka di samping tarbiah yg saya cuba taip di sini, elok juga jenguk ke

http://www.geocities.com/ideal_aidil/mindabuya

Sebab tarbiah Abuya untuk semua umat Islam, insya Allah!


[ Last edited by Akasyah on 17-8-2004 at 12:47 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2004 01:18 PM | Show all posts
Salam semua,


Bila keluar dari jemaah,dicop sebagai penapisan oleh Allah agar membersihkan jemaahnya.

Abuya dikatakan berjaya memperbaiki manusia serta masyarakat.Semua tarbiahnya berjaya mendidik anak buahnya. Kenapa banyak yang keluar dari jemaah itu? Setelah begitu lama terdidik oleh Abuya boleh terpisah jugak akhirnya. Salah abuya ke,salah kerajaan mengharamkannya ke? Ke apa ke?

Yang keluar pulak tuu,semua guru-guru belaka, yang lebih terpelajar dari abuya sendiri. Apa.......!!!!, sebab abuya dapat ilmu terus dari Rasulullah semasa jaga ke?

Orang hormati dia disebabkan dia, salah seorang pengasas jemaah arqam itu.Mana pergi kawan-kawannya yang sama-sama mengasaskan jemaah arqam itu? Apakah mereka mereka ini bersama-sama dengannya sebelum jemaah itu diharamkan?


Wassalam.:hug::hug::hug::hug::hug::hug::hug:
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 17-8-2004 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by Amir at 2004-8-17 01:15 PM:
Salam semua,


Bila keluar dari jemaah,dicop sebagai penapisan oleh Allah agar membersihkan jemaahnya.

Abuya dikatakan berjaya memperbaiki manusia serta masyarakat.Semua tarbiahnya berjaya me ...


Boleh amir listkan apa2 kejayaan yg terserlah tak kiralah dr sudut apa pun, oleh golongan2 terpelajar (spt dakwaan amir) yg dah terkeluar ni? Tentu amir kenal mrk kan?

Sebab kalau tak kenal macam mana amir ada bukti yg mrk ni lebih hebat dr Abuya hingga setlh keluar mrk lebih berjaya, lebih bertaqwa, lebih berakhlak,  lebih ramai pengikut, lebih hebat mendidik masyarakat dan pelbagai lagi yg lebih, jika berbanding semasa berada didlm jemaah arqam dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2004 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by Akasyah at 2004-8-17 03:39 PM:


Boleh amir listkan apa2 kejayaan yg terserlah tak kiralah dr sudut apa pun, oleh golongan2 terpelajar (spt dakwaan amir) yg dah terkeluar ni? Tentu amir kenal mrk kan?

S ...


Salam,

Apakah kejayaan itu mesti diukur,berapa besar jemaah yang telah kita buat setelah berada diluar dari jemaah arqam?

Apakah kejayaan yang hakiki itu mesti diukur,berapa ramai yang telah kita didik?

Apakah kejayaan yang mutlak itu semestinya diukur berapa ramai pengikut kita ke?

Haaa..haa..haaa....penyeleweng akidah boleh menyebabkan amal terhapus. Pastikan kepercayaan kita murni dahulu...baru yang lain diambil kira......tambahan pulak fahaman kita seleweng dan menyelewengkan yang lain,apa macam!!!!

Semestinya orang yang terpelajar itu lebih baik dari yang tidak terpelajar......itu hang tak boleh menafikan. Allah berfirman:Apakah sama orang yang berilmu itu dengan yang tak berilmu? Diangkat beberapa darjat bagi yang berilmu........dan sebagainya.

Kesemua kawan-kawannya yang keluar itu tidak menetujui pegangan abuya kamu tuuu........ Mereka tahu sebab mereka tinggi ilmunya...


Wassalam.:hug::hug::hug: Wa caya sama luuuu:hug::hug::hug:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2004 03:43 PM | Show all posts
Sebenarnya x payah pandang tembus pun. Sapa2 reti pakai pendulum kristal pun bleh tau.
Reply

Use magic Report

shah This user has been deleted
Post time 18-8-2004 05:54 PM | Show all posts
Assalamualaikum..
maaf klu sy menyampuk..sy rasa saudara akasyah dah m'jelaskan penyelewengan akidah tu,sila rujuk balik.Sebenarnya golongan2 yg tak senang dgn abuya yg m'fitnah..ampun maaf dr sy..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 19-8-2004 04:46 PM | Show all posts
Originally posted by shah at 2004-8-18 05:54 PM:
Assalamualaikum..
maaf klu sy menyampuk..sy rasa saudara akasyah dah m'jelaskan penyelewengan akidah tu,sila rujuk balik.Sebenarnya golongan2 yg tak senang dgn abuya yg m'fitnah..ampun maaf dr sy..




SUSAHNYA MENCARI KEBENARAN DI AKHIR ZAMAN

Alangkah susahnya mencari kebenaran di akhir zaman
Terutama orang awam yang ilmu agamanya sekadar cukup untuk fardhu ain
Selain itu tidak mampu menilai benar atau salah, hak atau sesat


Orang munafik menuduh oang lain munafik yang tidak munafik
Orang yang sudah sesat menuduh orang yang tidak sesat sebagai sesat
Teraniayalah orang yang tidak munafik terzalimlah orang yang tidak sesat


Pembuat-pembuat bid'ah menuduh orang yang berjalan di atas As Sunnah sebagai pembuat bid'ah, kerana sudah ramai yang tidak ikut As Sunnah.

Yang mengikut As Sunnah dipercayai orang ramai pembuat bid'ah. Teraniayalah pula pengikut-pengikut As Sunnah, dianggap bid'ah.

Orang-orang baik dianggap jahat, penjahat-penjahat dianggap baik
Kerana orang yang baik terlalu sedikit mereka terpinggir, terpinggir ertinya jahat pada pandangan ramai.


Orang yang ada jawatan tinggi cakapnya dianggap benar dan sah belaka
Rakyat jelata walaupun benar, cakapnya tidak ada harga, tidak diambil kira sekalipun dia seorang yang soleh
Jawatan tinggi yang menentukan salah benar sesuatu masalah


Bukankah terkeliru dibuatnya di dalam mencari kebenaran?
Begitulah watak akhir zaman, yang sudah jauh dari Rasul
Sungguh susah hendak mencari kebenaran, macam hendak mencari gagak putih atau merah.


Tunjukkanlah kami ya Allah jalan kebenaran
Agar kami tidak sesat jalan menuju Engkau
Ya Allah selamatkan kami.


Nukilan oleh Abuya....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2004 05:28 PM | Show all posts
Originally posted by Amir at 2004-8-18 12:33 PM:


Salam,

Apakah kejayaan itu mesti diukur,berapa besar jemaah yang telah kita buat setelah berada diluar dari jemaah arqam?

Apakah kejayaan yang hakiki itu mesti diukur,berapa ramai yang te ...


sebagai rujukan sila amir ke http://www.swara.net/id/view_headline.php?ID=1196

lihat pandangan org lain jangan jadik katak bawah tempurung.....

setahu aku ko ni beza antara tanda2 kiamat dgn kiamat sebenarnya pun tak reti...ada hati nak judge org lain sesat ke tak sesat...cermin diri dulu wokeh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2004 09:19 PM | Show all posts

Masya Allah...

ada lagi ekk:cry:
Reply

Use magic Report

deepjunior This user has been deleted
Post time 19-8-2004 11:35 PM | Show all posts
senang je..
sapa yg yakin dengan ajaran guru mereka(abuya, sapa2la) dan pasti ajaran mereka tidak terpesong dengan ajaran Islam sebenar, ikutlah ajaran mereka, sapa sapa yang tidak yakin atau tidak pasti, janganlah ikut dan buat apa yang disuruh dan jauhi apa yang dilarang.

Pandangan: Islam itu adalah agama yg mudah dipelajari. Al-quran dan hadis diciptakan dengan bahasa yang mudah difahami supaya umat dimasa hadapan dapat memahaminya. Tak semestinya orang yang alim ulama tu je yang baik...tak semestinya kita perlu mendalami ajaran islam sedalam dalam yang boleh supaya kita senang dimasa hadapan..kalau kita buat baik..baik la kita dapat...kalau kita buat jahat..jahat la kita dapat...

[ Last edited by deepjunior on 19-8-2004 at 11:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2004 11:39 AM | Show all posts
Originally posted by CD-RW at 2004-8-19 09:19 PM:
ada lagi ekk:cry:


:stp::stp:apa yg ada lagi tu??

Anyway bleh korang jgk kat web ni...bleh nonton video klip nasyid anak buah abuya...http://www.jordanhere.com/events/concerts/q-nada.htm
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2004 11:48 AM | Show all posts
haa...aku jumpa satu discusion kat laman web indon pasal depa ulas buku us Ashaari (Abuya) yg bertajuk "Mengenal Diri Melalui Rasa Hati" yg dah diharamkan tu....so selamat membaca pendapat2 org lain meskipun dari negara jiran pasal tuan guru Akasyah ni...

Ini dia .....
[Itb] undangan bedah buku ( gratis )

--------------------------------------------------------------------------------

Dari: dodi maryanto
Judul: [Itb] undangan bedah buku ( gratis )
Tanggal: Tue, 17 Feb 2004 20:13:33 -0800

--------------------------------------------------------------------------------
Kami, Unit Studi Komunikasi Massa ITB bekerja sama dengan Penerbit Giliran
Timur menyelenggarakan acara Bedah Buku "Mengenal Diri Melalui Rasa Hati"
ini di kampus ITB Ganesha, Bandung.

Kegiatan dilaksanakan dalam bentuk seminar singkat yang membahas isi dari
buku "Mengenal Diri Melalui Rasa Hati". Bedah buku ini akan menghadirkan
tiga (3) pembicara, yaitu :

1.      DR. Imaduddin Abdurrahim (Bang Imad), pendiri Masjid Salman ITB,
        Sesepuh Departemen Teknik Elektro ITB
2.      DR. Abdurrahman R. Effendi, Direktur Utama PT Rufaqa' Indonesia
3.      Ust. Komaruddin Chalil, Kepala Departemen Pendidikan dan Latihan
        (DEPDIKLAT) Pondok Pesantren Daarut Tauhid, Bandung

Kegiatan ini akan diselingi juga dengan hiburan nasyid dari Grup Qatrunada
(Subsidiary of Mawaddah International).

WAKTU           : Jumat, 20 Februari 2003 Pk 09.00 - 11.15
TEMPAT          : GSG Atas Masjid Salman ITB
URL             : http://www.itb.ac.id/agenda/agenda.html?agendaID=105

======================Tentang Buku "Mengenal Diri"=====================

Mengenal diri bukanlah sekedar menilai kecantikan, tinggi rendah, warna
kulit, keturunan dan bangsa. Karena manusia sebenarnya terdiri dari dua
jasad yang dipadu erat, yaitu jasad lahir dan jasad batin. Mengenal diri
artinya mengenal hakikat manusia. Hakikat manusia adalah batinnya. Tanpa
hakikat, yang lahir tidak berguna.

Jasad lahir hanyalah sangkar untuk jasad batin. Kalau kita gagal mengenal
batin manusia, kita akan gagal mendidik diri manusia. Jadi mengenal diri
sebenarnya bukanlah mengenal rupa lahir, tapi yang lebih penting adalah
mengenal watak batin, yaitu jiwa, pikiran, kebolehan, kecenderungan,
watak, nafsu dan kekuatan yang ada pada diri kita.

Dengan mengetahui sifat-sifat yang ada pada diri kita, kita nanti dapat
melatih diri kita dan meletakkan diri sesuai pada tempatnya. Bila tidak,
maka akan terjadi kerusakan di muka bumi karena kita telah melakukan
sesuatu yang tidak sesuai dengan jiwa kita. Berlakulah kejahatan, krisis
jiwa dan ketegangan pikiran hingga hilanglah kebahagiaan.

Mari perhatikan di sekitar kita. Sedang terjadi di depan mata kita
penyakit-penyakit jiwa yang melanda manusia modern. Stress, putus asa,
depresi, minder, kesepian. Ditambah dengan penyakit lain seperti hasad
dengki, dendam, cepat marah, jahat sangka, sombong, riya', ujub.

Walaupun mata tidak melihat sakitnya, tapi siapa yang berani menolak
keadaan ini? Pasien yang menderita krisis kejiwaan ini jauh lebih banyak
dari penderita sakit fisik yang banyak di rumah sakit-rumah sakit.
Anehnya, profesor, dokter, para pakar, ulama, dan kaum intelektual tidak
serius mencari solusi pengobatannya dibanding keseriusan mereka mengobati
sakit badan.

Saudara,
Apakah kita tidak sadar bahwa pasien penyakit jantung, ginjal, kencing
manis, dan kanker tidak pernah membunuh orang lain? Tapi orang sakit jiwa,
frustrasi, dengki, dendam, pemarah, buruk sangka itu dapat menyebabkan
manusia bunuh diri dan membunuh orang lain. Bahkan dapat membunuh ribuan
nyawa manusia atas nama agama, etnis, harga diri, dan kepentingan politik.

Itulah satu bukti bahwa penyakit jiwa sebenarnya memerlukan perhatian dan
perawatan yang lebih serius dibanding penyakit lahir. Bukan saja dapat
merusak individu, lebih jauh lagi dapat menyebabkan kekacauan dan rusaknya
sebuah masyarakat.

Buku "Mengenal Diri Melalui Rasa Hati" yang ditulis oleh Abuya Syeikh Imam
Ashaari Muhammad Attamimi ini semoga menjadi jawaban dalam upaya
menyehatkan dan mencerdaskan spiritual kita, penunjuk jalan bagi kita
untuk melegakan krisis jiwa dan mencegah kejahatan batin kita, insya
Allah.


Banyak orang yang telah membaca buku ini mengakui bahwa isi buku ini
sangat bagus untuk memandu kita semua untuk menilik hati dan mengenal
hakikat batin kita. Isi buku ini juga dikenal sangat menyentuh siapapun
yang membacanya untuk kembali merenungkan hakikat penciptaan manusia dan
menyelaraskan jasad dan jiwa sesuai dengan kodrat penciptaannya.

Sebagai informasi, Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi adalah
seorang ulama besar yang saat ini bermukim di Labuan, Malaysia.
Pikiran-pikirannya (disebut juga minda) dikenal sangat kaya, jernih dan
berisi, memberikan pemahaman yang segar bagi semua orang yang membacanya.


[ Last edited by Mawar Merah on 20-8-2004 at 11:50 AM ]
Reply

Use magic Report

deepjunior This user has been deleted
Post time 21-8-2004 01:03 AM | Show all posts
camna nak dapat gelaran syeikh?
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 23-8-2004 01:33 PM | Show all posts
jgn terlampau obses ngan seseorang sehingga ia melampaui rasa hormat dan cinta

kita kpd rasullullah..

aku nengok dalam thread ni , mamat ni disanjung sampai cakap dia dah lebih atau

sama ngan nabi muhammad je..yg sememangnya dalam islam , perbuatan dan

percakapan nabi muhammad je yg jadi hadis..dan bukan percakapan atau

perbuatan..mamat ni.cheers.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2004 09:00 AM | Show all posts
Originally posted by 蝯z坞悬衻 at 2004-8-23 01:33 PM:
jgn terlampau obses ngan seseorang sehingga ia melampaui rasa hormat dan cinta

kita kpd rasullullah..

aku nengok dalam thread ni , mamat ni disanjung sampai cakap dia dah lebih atau

sama ...


Apa bukti yg thread ni melampaui cinta dan rasa hormat pada rasulullah saw? Padahal thread mcm ni lah yg menambahkan lagi ilmu Islam dan rasa cinta kita pada baginda! Bahkan menambahkan lagi rasa ingin kita beramal utk merebut cinta-Nya. Dan juga apa bukti yg ilmu2 kat thread ni bercanggah dgn apa yg diajar dlm Islam. Boleh awak listkan kesalahan tu? Kalo tak leh listkan cam na awak tahu cakap2 tuan guru akasyah ni dah lebih dr nabi.

Kalo ilmu kita tak sampai nak faham apa2 ilmu dlm Islam dan ada org lain yg bleh kupas cam tu utk kita why not kita terima kupasan ilmu tu. Kita sendiri  kekadang  tak tau tapi bila ada ilmu yg dikupas sekian2 oleh org lain, kenapa kita kondem pulak tapi pada masa yg sama tak cuba lahirkan ilmu2 yg seiring utk kita sama2 bincang?

Aku tak nampak pun yg thread2 yg dibuka Akasyah suruh sanjung2 sgt tuan guru dia tu. Yang ada cuma ilmu2 dr tuan guru dia yg sarat dan padat serta penuh mendidik. Kalau dia citer psl tuan guru dia tu..itu pun bila ada forumner2 lain yg provoke dan tuduh yg bukan2. Dan sesetghnya aku nengok dia tak layan pun..sbb aku rasa mesti dia fikir yg penting dia nak sampaikan ilmu bkn sibuk nak layan provokasi org.

Kenapa org lain kat forum ni tak nak pula buka thread2 yg menampilkan kupasan2 ilmu dr tuan guru masing2? Kita semua bleh kongsi ilmu. Tapi bila ada org lain buat mcm tu, tuduh pula mcm2 tanpa bukti.

Lagi pun berdosakah kita menyanjung seseorg yg bersifat seperti tuan guru yg membawa kita cinta dan takut Allah? Apa beza kita menyanjung ustaz Nik Aziz ke, Tuan Guru Hj Hadi ke, atau Ustaz Badrul Amin ke dll.

Apakah itu melampaui cinta kita pada Rasulullah saw?
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 25-9-2004 12:01 PM | Show all posts
PERBEZAAN RASA BERSALAH DAN TAHU SALAH

Soaljawab dengan Abuya..

Soalan: Mengingatkan halusnya tipuan nafsu ini Abuya, kami pohon panduan Abuya bagaimana nak membezakan seseorang itu pada tahap rasa bersalah atau masih pada tahap tahu dia salah?

Abuya: Rasa bersalah itu mesti ada ilmunya. Bila tahu apakah dia kesal atau tidak. Walau dia ada ilmu, dia buat tak tahu saja, dia tak rasa bersalah, tak rasa sedih, tapi rasa biasa saja. Orang yg bersalah itu dia menderita jiwanya, itu ada harapan. Kalau tak ada ilmunya, dia susahlah nak membezakan. Ilmu itu penyuluh, kalau tak ada ilmu, tak tahulah dia itu melakukan kesalahan, tapi kalau ada ilmu barulah tahu dia bersalah. Kalau dah tahu, tentu ia akan nampak dalam lahiriahnya.

Ilmunya terbagi dua pula, sedih atau tidak sedih, kesal atau tidak kesal. Ada orang sudah rasa bersalah tapi tak kesal pun. Itu susah. Kalau rasa bersalah tapi tak kesal, susah lah tapi kalau kesal masih ada harapan. Kalau dia setiap hari sebut 揂stagfirullahal抋zhim
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2004 09:46 PM | Show all posts
Assalamualaikum
ada lagi yg taksub dengan Abuya ni yek...
kalau kita ambik abuya ni punya cakap yg baik utk dijadikan renungan, tanpa melihat peribadinya yg semacam tu, tentulah kita boleh jugak ambik kata2 renungan dari Ahmad Qadiani yg mengaku Nabi tu. Biasanya kita tak ambik dari orang2 yg berperibadi yg meragukan macam Abuya ni macam kita tak ambik kata2 dari orang seperti Qadiani ataupun Tok Ayah Pin dan sebagainya.

Janganlah dok samakan Abuya dengan al-Hallaj Abdul Qadir Jalani dan sebagainya.... jangan terpedaya...

p/s: Jangan lupa baca Tersungkur di pintu syurga geng2 Arqam semua.
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 26-9-2004 05:34 AM | Show all posts
tu gak yg aku cakap sebelum ni..hehe..syukurlah ramai owang lain pun sedar gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.071984 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list