CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: joe1983

Berita Roda2 Kehidupan

[Copy link]
 Author| Post time 15-5-2006 12:20 AM | Show all posts
Dadah bertabur atas lantai

Oleh MOHD NUR ASNAWI DAUD dan ZAINAL ZAWAWI MOHAMED

KUALA LUMPUR: Sebuah disko terkenal yang sering dikunjungi anak orang kaya diserbu polis selepas dipercayai menjadi tempat pengedaran pelbagai jenis dadah di Jalan Ampang, di sini, awal pagi semalam.

Sebaik serbuan dilakukan, pelbagai jenis dadah seperti heroin, syabu dan pil ecstasy bertaburan di atas lantai, dipercayai dibuang oleh pengunjung, kebanyakannya remaja, yang terkejut dengan kehadiran polis.

Pegawai Turus Operasi dan Siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superintendan Jamaludin Kudin, berkata serbuan itu dilakukan kira-kira jam 2 pagi ketika pengunjung asyik berhibur dengan pasangan masing-masing.

Katanya, polis menyerbu disko terbabit selepas melakukan intipan beberapa hari dan mendapati kebanyakan pengunjungnya mengambil dadah ketika berhibur.

揚olis memeriksa 207 pengunjung disko itu yang kebanyakannya remaja anak orang kaya berusia di antara 20 hingga 30 tahun. Daripada jumlah yang diperiksa itu polis menahan 33 pengunjung, termasuk tujuh wanita, yang gagal melepasi ujian saringan air kencing kerana mengambil dadah ketika berhibur,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2006 12:24 AM | Show all posts
Bising punca jiran bergaduh


LONDON: Bunyi bising adalah alasan paling lazim mencetuskan pergaduhan sesama jiran manakala dua pertiga daripada penduduk yang terbabit dalam pergaduhan adalah disebabkan nada bingit muzik atau masalah bunyi yang lain, menurut kajian yang dilaporkan akhbar Britain The Independent, semalam.

Selain itu, faktor kedua yang sering mencetuskan pergaduhan dengan jiran adalah tempat letak kereta di tepi jalan.

Menurut kajian itu, seorang daripada empat orang berbalah dengan jiran mengenai haiwan peliharaan menceroboh taman atau halaman rumah mereka.

Hanya seorang daripada lima orang yang dikaji menyatakan, perbalahan mereka dengan jiran berkaitan dengan sempadan dan 14 peratus mengakui bahawa mereka bergaduh akibat kerja ubah suai rumah.

Lelaki pula sering menjadi punca masalah perhubungan dengan orang yang tinggal berjiran dengannya. Lebih tujuh daripada 10 orang yang dikaji atau 72 peratus, berang dengan tindakan jiran membuat bising berbanding hanya 61 peratus di kalangan wanita.

Lelaki juga lebih berkemungkinan untuk marah mengenai tindakan jiran meletak kereta sesuka hati dengan 37 peratus mengakui mereka berbalah mengenai kereta di jalan raya. Hanya 30 peratus wanita terbabit dalam pergaduhan seumpama.

Soal selidik itu dibuat ke atas 1,000 orang mengenai hubungan mereka dengan jiran. Kajian berkenaan dilakukan untuk agensi hartanah Halifax, lapor The Independent.

Kajian lain turut menunjukkan pergaduhan dengan jiran mungkin turut berpunca daripada orang yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan jiran mereka.

Sebanyak empat peratus responden juga menyatakan, mereka tidak kenal jiran masing-masing sehinggalah terserempak di muka pintu.

Hanya 7 peratus mempercayai jiran dan penghuni rumah yang lebih muda kurang bersosial dengan jiran mereka berbanding penghuni rumah yang lebih tua.

Hampir separuh daripada lelaki dan wanita berusia 45 hingga 54 tahun bergaul dengan jiran berbanding kurang daripada satu pertiga di kalangan mereka yang berusia 25 hingga 34 tahun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2006 12:25 AM | Show all posts
Pengemis dapat cincin kahwin


LONDON: Seorang lelaki yang terlalu kecewa apabila lamarannya ditolak kekasih, mencampakkan cincin bernilai £500 (RM3,250) ke dalam mangkuk seorang pengemis.

Tim Pockett tidak menyangka tuahnya apabila memperoleh cincin itu, lapor Daily Mail.

Pengemis jujur yang bermain seruling sambil mengemis itu, menyerahkan cincin berkenaan kepada polis.

Pada mulanya dia menyangka cincin itu tidak berharga tetapi terkejut apabila mendapati ia sebentuk cincin emas putih bertatahkan berlian 2.5 karat.

揝aya sedang bermain seruling apabila seorang lelaki berkata: Ini boleh membiayai perbelanjaan kamu untuk beberapa hari.

揂pabila saya menoleh, dia sudah pergi tetapi saya perasan ada sesuatu dalam mangkuk saya. Pada mulanya saya sangka ia barang kemas hiasan, tetapi apabila membeleknya saya dapati ia ada tanda perniagaan. Saya amat terkejut dan tidak tahu apa harus dilakukan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2006 12:26 AM | Show all posts
Remaja dituduh rogol


LONDON: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menghadapi dakwaan merogol selepas seorang budak perempuan berumur 11 tahun hamil, kata polis di Scotland.

Budak perempuan itu yang kini berusia 12 tahun bakal melahirkan anaknya beberapa minggu lagi sekali gus menjadikannya ibu paling muda di United Kingdom. Dia memberitahu akhbar, dia 慳mat gembira
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2006 12:27 AM | Show all posts
Sembunyi dalam peti sejuk


LONDON: Seorang pencuri berjaya melarikan televisyen mahal dan kamera digital dari kedai kepunyaan syarikat Currys, selepas menyembunyikan diri semalaman di dalam peti sejuk.

Pengurus kedai kebingungan apabila barangan elektrik bernilai beribu-ribu pound lesap pada waktu malam walaupun ia dilengkapi sistem kawalan keselamatan canggih, lapor The Sun.

Bagaimanapun, apabila pemeriksaan dibuat pada kamera litar tertutup (CCTV) di dua kedai di Essex, mereka melihat pencuri bersembunyi di bahagian dingin beku peti sejuk, ketika kedai hampir ditutup.

Dia keluar selepas semua kakitangan pulang dan dipercayai melarikan televisyen, pemain DVD, komputer, kamera digital, radio dan set permainan video dari kedai di Chelmsford dan Colchester.

Currys yang terkenal sebagai kedai barangan harga murah berjaya menangkap dan menyerahkan pencuri itu kepada polis.

Pengurus Keselamatan Kumpulan Curry抯, Sue Everett, sudah menghantar surat peringatan kepada 550 cawangan syarikat mengarahkan semua pengurus memeriksa rapi peti sejuk sebelum menutup kedai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2006 12:28 AM | Show all posts
Kekejaman Israel tiada kesudahan
Oleh Nurul Adlina Kamaludin

ESOK tarikh yang amat menyedihkan buat rakyat Palestin. Ulang tahun ke-58 peristiwa Nakba pada 15 Mei 1948 yang menyaksikan ratusan ribu penduduk Palestin diusir dari negara sendiri. Bencana kemanusiaan oleh askar rejim Zionis yang melakukan lebih 50 pembunuhan beramai-ramai demi satu matlamat - mewujudkan negara Israel pada 1949.

Pengusiran dan pembunuhan warga Palestin yang dilarang kembali kampung halaman bagi membolehkan Kerajaan Israel membentuk satu negaranya di bumi Palestin. Itulah hakikatnya, kewujudan Israel atas darah dan kesengsaraan penduduk Palestin. 慔utang budi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-5-2006 09:47 PM | Show all posts
Edisi Timur: Gadis terketar-ketar diserbu penguat kuasa


KOTA BHARU: Seorang gadis ditemui dalam keadaan terketar-ketar ketika bersembunyi di dalam bilik air selepas bilik hotel yang dikongsi bersama teman lelakinya diserbu sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), malam kelmarin.

Gadis berusia 20-an itu juga didapati hanya sempat memakai baju kerana dipercayai terlalu takut selepas mengetahui AHEAIK membuat pemeriksaan di bilik hotel yang terletak di Jalan Sri Cemerlang, dekat sini.

Pegawai Penguat Kuasa Undang-Undang Syarie, Ibrishan Jalaluddin, berkata dalam serbuan itu, pihaknya mendapat maklumat mengenai kegiatan sepasang kekasih berkurung di dalam sebuah bilik.

Menurutnya, pasukannya mengetuk pintu bilik hotel itu tetapi gagal dibuka oleh pasangan yang berada di dalamnya sehingga terpaksa menunggu selama 15 minit.

Katanya, tidak lama kemudian pintu bilik dibuka seorang lelaki berusia 20-an dalam keadaan pucat dan berpeluh.

揔etika pemeriksaan dilakukan, dalam bilik itu termasuk di bawah katil tetapi gagal menemui sesiapa sebelum mengesan bilik airnya berkunci dari dalam.

揝elepas pintu bilik air diketuk beberapa kali dan diberikan amaran barulah ia dibuka seorang wanita yang didapati hanya memakai sehelai baju tidak berseluar,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2006 09:48 PM | Show all posts
Edisi Tengah: Jaga kereta haram berani

Oleh Ahmad Syahrul Derauh
am@hmetro.com.my

SEREMBAN: Kehadiran penjaga letak kereta haram yang beroperasi di bandar ini membimbangkan orang ramai untuk meletakkan kenderaan mereka walaupun tempat itu disediakan oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Tinjauan Harian Metro selepas mendapat aduan daripada orang ramai mendapati antara kawasan tumpuan masalah itu ialah Jalan Tuanku Munawir, Jalan Dr Krishnan dan Jalan Datuk Lee Fong Yee.

Difahamkan, kegiatan itu dikesan sejak beberapa tahun lalu dan biasanya memulakan operasi selepas waktu pejabat dan hujung minggu.

Terdapat pemilik kenderaan terpaksa akur dengan permintaan penjaga letak kereta haram itu kerana bimbang kenderaan mereka dirosakkan.

Penjaga ini akan mencari tempat letak kereta yang kosong dan menjadi pengawal trafik menjemput kenderaan yang sedang mencari tempat letak kereta.

Apabila kereta itu masuk ke tempat yang kosong, kereta itu akan dihampiri untuk mendapatkan habuannya.

Seorang pemandu, Sazureen Abu Hassan, 33, berkata kegiatan penjaga letak kereta haram itu boleh mencemarkan bandar ini serta menakutkan pemandu untuk meletakkan kenderaan.

Katanya, dia turut bimbang untuk meletakkan keretanya di kawasan itu kerana bimbang penjaga letak kereta haram itu merosakkan keretanya apabila tidak memberi sebarang wang.

揃anyak kali saya terpaksa berhadapan dengan penjaga letak kereta haram ini, sehingga kadangkala rasa bersalah sama ada hendak memberi wang ataupun tidak.

揓ika tidak diberi mungkin mereka akan merosakkan kereta saya, tapi jika diberi pula akan menyebabkan kegiatan ini berleluasa,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2006 09:49 PM | Show all posts
Edisi Utara: Mat rempit berang bakar motosikal

Oleh Omar Osman

SUNGAI PETANI: Kerana gagal mencuri minyak, dua motosikal milik seorang penghuni Perumahan Rakyat Paya Nahu, dekat Taman Ria Jaya, di sini, dibakar pihak tertentu dipercayai Mat Rempit.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam, Khamis lalu di blok A10 flet terbabit yang dipercayai dilakukan dua remaja disyaki Mat Rempit yang mahu mencuri minyak daripada sebuah motosikal berkenaan.

Pemiliknya, Mohd Fahmy Saad, 36, berkata ketika kejadian motosikal jenis Yamaha RXZ itu diletakkan bersama sebuah lagi motosikal milik isterinya jenis Modenas Kriss di bawah blok itu yang dijadikan tempat meletak motosikal.

Katanya, mungkin disebabkan gagal mencuri minyak dari tangki motosikal, Mat Rempit berkenaan bertindak membakar motosikal nya sebelum api merebak dan turut membabitkan motosikal milik isterinya yang diletak berdekatan.

揟ujuan mat rempit itu mencuri minyak motosikal adalah untuk keluar berlumba pada malam berkenaan dan kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku.

揝ebelum ini, ramai penghuni di sini hairan minyak daripada tangki mereka kering.

揗alah, sebelum ini sudah dua kali tangki motosikal saya kering. Kejadian itu berlaku pada awal bulan ini dan ia hanya disedari pada keesokan paginya ketika hendak pergi bekerja tetapi Khamis lalu, mereka semakin ganas,攌atanya.

Mohd Fahmy berkata, beliau kerugian hampir RM10,000 dan sudah membuat laporan polis.

揝aya difahamkan pihak polis sudah menahan dua remaja yang disyaki melakukan perbuatan itu yang tinggal di flet ini,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2006 09:50 PM | Show all posts
Edisi Selatan: Rumah kosong biak nyamuk

Oleh Zalifah Mohd Yatim
zalifah@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sebuah rumah kosong yang mengalami kerosakan saluran air sehingga menyebabkan air bertakung dalam kediaman itu menjadi pusat pembiakan nyamuk dan mengakibatkan penduduk sekitar mengalami masalah kulit sejak dua minggu lalu.

Kebocoran saluran air di rumah kosong di No 34, tingkat 14, Blok B, Flet Bukit Cagar, itu menyebabkan kediaman berkenaan dipenuhi air separas buku lali dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Seorang peniaga, Norashid Mohamad, 50, berkata dia dan isterinya, Aminah Mat Khir, 47, bukan hanya tidak lena tidur kerana sering diganggu bunyi nyamuk malah terdapat banyak tanda kesan gigitan nyamuk di beberapa bahagian badan terutama kaki.

Katanya, nyamuk terlalu banyak terutama pada waktu senja dan awal pagi sehingga menyebabkannya sekeluarga hidup tidak tenteram selain mengalami kegatalan pada kulit akibat gigitan nyamuk.

揘yamuk membiak di rumah kosong yang bertakung dengan air itu dan jumlahnya terlalu banyak sehingga menyebabkan kami tidak dapat hidup dengan tenteram.

揗alah kami bertambah bimbang apabila ada penghuni di blok sebelah sudah menjadi mangsa denggi berdarah, baru-baru ini.

揔aki saya dan isteri penuh dengan tanda bekas gigitan nyamuk dan masalah ini bukan hanya dihadapi kami sekeluarga, malah ramai penduduk yang alami masalah sama,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2006 09:51 PM | Show all posts
Edisi Selatan: Rogol pelatih histeria

Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my

KOTA TINGGI: Seorang jurulatih kawat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kem KD Sultan Ismail, Penggerang, dekat sini, dikatakan mengambil kesempatan merogol seorang pelatih wanita, ketika mangsa diserang histeria, berhampiran kawasan penginapannya, di kem berkenaan, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, sekumpulan pelatih wanita dikatakan diserang histeria dan menjerit-jerit, menyebabkan beberapa jurulatih lelaki terpaksa mententeramkan mereka.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Superintenden Asmai Tumadi, berkata kejadian bermula apabila sekumpulan pelatih wanita terkena histeria di asrama mereka.

揝emua pelatih itu kemudiannya dihantar ke penginapan beberapa jurulatih lelaki dan mereka sepatutnya memberikan bantuan serta rawatan kepada pelatih wanita itu.

揓urulatih terbabit memberikan rawatan dan bantuan sewajarnya, termasuk seorang jurulatih berusia dalam lingkungan 30-an yang didakwa merogol seorang pelatih wanita berusia dalam lingkungan 20-an,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2006 09:52 PM | Show all posts
Edisi Timur: 6 lagi suspek ditahan

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

KUALA TERENGGANU: Enam daripada 20 lelaki yang diburu selepas dipercayai terbabit menyerang seorang warga emas di Kampung Banggol Lalang, 15 April lalu, ditahan dalam serbuan di rumah masing-masing, kelmarin.

Semua lelaki yang berusia di antara 21 hingga 39 terbabit ditahan di rumah mereka di Penarik, Setiu oleh sepasukan anggota polis.

Serbuan itu diketuai Cif Inspektor Hassan Basri Yahya kira-kira jam 2 hingga 4.30 pagi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ayob Abdul Kadir, berkata semua lelaki terbabit ditahan selepas polis menjalankan intipan selain maklumat yang diperoleh daripada orang ramai.

Beliau berkata, seorang daripada enam lelaki ditahan itu pengurus syarikat pengawal keselamatan, selain lima lagi bekerja sendiri, peniaga, buruh dan penganggur.

揟angkapan dilakukan secara berasingan di rumah suspek di sekitar Penarik dalam tempoh kira-kira dua jam kelmarin.

揗alah, polis turut merampas sebuah kereta Proton Iswara biru yang pecah cermin dipercayai punca kumpulan lelaki terbabit menyerang warga emas itu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2006 01:59 AM | Show all posts
Edisi Timur: Pura-pura mati

Oleh Nasir Hassan
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: 揝aya terpaksa berlakon seolah-olah sudah mati, sebagai helah supaya lelaki yang menyerang itu meninggalkan saya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2006 02:01 AM | Show all posts
Edisi Selatan: Buka baju konon panas

Oleh Saipul Adli Mohamad
saipuladli@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Singapura berusia 47 tahun memberikan alasan cuaca panas menyebabkan dia membuka baju, ketika ditahan bersama seorang wanita di dalam sebuah kereta di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi, tengah malam kelmarin.

Bagaimanapun, ia hanya alasan semata-mata berikutan ketika itu hujan gerimis serta keadaan berangin di pantai berkenaan, menyebabkan mereka ditahan empat penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kota Tinggi kerana disyaki berkhalwat.

Selain keadaan lelaki itu yang tidak berbaju dan hanya memakai seluar, butang baju pasangannya iaitu seorang wanita tempatan berusia 23 tahun sudah terbuka dan colinya sudah kelihatan.

Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JAJ, Yosree Ikhsan, berkata dua pekerja syarikat jualan langsung itu adalah antara tujuh pasangan yang ditahan kerana berkhalwat di sekitar bandar ini dalam operasi membabitkan empat penguat kuasa JAJ daerah diketuai Khairuddin Mat Ali.

揗ereka dikatakan baru selesai menghadiri mesyuarat sebelum mengambil keputusan makan angin di pantai berkenaan sebelum ditahan penguat kuasa kira-kira jam 12 tengah malam. Lelaki itu sudah memiliki dua anak.

揝elain pasangan terbabit, sepasang kekasih berusia 20 an ditahan kerana berdua-duaan di dalam sebuah khemah di pantai sama, tidak lama kemudian.

揔edua-dua pasangan itu akan dipanggil ke Pejabat Agama Daerah Kota Tinggi, Selasa ini (esok),
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2006 02:02 AM | Show all posts
Edisi Tengah: Nenek diperdaya RM5,898

Oleh Norfaisal Jahuri

MELAKA: Sebuah syarikat yang menawarkan hadiah Perodua Myvi kepada pelanggan bertuah didakwa menggunakan nama Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) untuk meyakinkan pengguna bahawa hadiah berkenaan adalah dari Fomca.

Perkara ini terbongkar apabila seorang nenek menjadi mangsa syarikat yang berpejabat di Tangkak, Johor baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, pesara kakitangan hospital dari Taman Maju, di Jasin, dekat sini, Azizah Rasul, 58, kerugian sebanyak RM5,898 apabila kenderaan yang dijanjikan sebagai hadiah itu tidak muncul hingga kini.

Malah, menurut Azizah, syarikat di Jalan Naib Long dekat Tangkak itu sudah ditutup.

Katanya, dia terpedaya dengan tipu helah syarikat terbabit melalui sepucuk surat yang diterima pada 7 Februari lalu yang memintanya menuntut hadiah itu.

揝ehari selepas mendapat surat itu, saya datang bersama suami, Md Ali Md Noor, ke pejabat syarikat berkenaan bagi mendapatkan hadiah itu.

揝aya begitu gembira apabila diberitahu memenangi hadiah bertuah sebuah Perodua Myvi melalui pembelian beberapa barangan elektrik yang pernah dibuat saya sebelum ini.

揃agaimanapun, mereka meminta saya membayar RM5,898 sebagai wang cagaran serta pendaftaran kenderaan itu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2006 02:04 AM | Show all posts
Edisi Utara: Berbuih terminum peluntur

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

ALOR STAR: 揝aya terkejut apabila mendapati mulut Mohd Shahir merekah dan berbuih. Ketika itu dia masih memegang penutup botol cecair peluntur.

揝aya kemudian tercium bau cecair peluntur di mulutnya dan mengesyaki dia meminum cecair berkenaan memandangkan bahagian bibirnya merah dan merekah selain keadaannya sudah lembik,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2006 02:06 AM | Show all posts
Edisi Selatan: Hilang sopan, penting diri

Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sikap kebanyakan pengguna lalu lintas di negara ini dikatakan terus berubah, daripada seorang yang berbudi pekerti kepada pentingkan diri sendiri sekali gus menyebabkan peningkatan kes kemalangan jalan raya.

Ia terbukti apabila statistik trafik menunjukkan 90 peratus daripada punca kemalangan adalah akibat sikap pengguna sendiri yang memandu terlalu laju, melulu dan tidak mematuhi peraturan.

Keadaan itu bukan saja menyebabkan kerajaan kerugian berjuta-juta ringgit, malah kehilangan modal insan yang boleh membangunkan negara pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Kiat, berkata Malaysia kini mampu menyediakan pelbagai infrastruktur terbaik dan bertaraf dunia, malangnya mentaliti atau pemikiran segelintir masyarakat masih di takuk lama.

揝ikap itu menyukarkan hasrat kerajaan menjadi negara maju kerana walaupun ada kemudahan terbaik, masyarakat masih jauh ketinggalan dari segi pemikiran.

揇ari segi kemalangan pula, masyarakat Malaysia sememangnya terkenal dengan adat resam, budi pekerti masing-masing namun apabila berada di atas jalan raya, mereka seolah-olah lupa adat yang mereka pelajari selama ini,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2006 02:07 AM | Show all posts
Edisi KL : Pakai lusuh intip sindiket

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Siapa pun tidak menyangka kelibat lelaki berpakaian lusuh sambil menunggang motosikal adalah pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang menyamar untuk mengenal pasti modus operandi sindiket pengedaran cakera video digital (DVD) cetak rompak di ibu kota.

Taktik pegawai kanan KPDNHEP Wilayah Persekutuan itu berbaloi apabila menumpaskan satu sindiket pengedaran DVD cetak rompak di Desa Sri Hartamas, petang semalam.

Difahamkan risikan dan penyamaran itu terpaksa dilakukan selepas pemilik premis DVD di Jalan 25/70A itu kerap menutup perniagaan seolah-olah dapat menghidu kehadiran pihak berkuasa.

Bagaimanapun, usaha mengintip selama lebih 5 jam itu membuahkan hasil apabila pemilik premis DVD cetak rompak itu membuka jeriji besi pintu hadapan untuk memulakan perniagaan sekitar jam 2 petang semalam.

Susulan itu, lapan pegawai KPDNHEP diketuai Penolong Penguatkuasa Kanan, Mohd Ruhani Bakar menyerbu premis terbabit pada jam 4 petang semalam.

Dalam serbuan itu, kira-kira 4,000 keping DVD cetak rompak bernilai RM40,000 dirampas.

Turut ditahan tiga pekerja berusia 18 hingga 25 tahun yang sibuk membungkus DVD di belakang premis berkenaan.

Penolong Pengarah KPDNHEP Wilayah Persekutuan, Basharuddin Muhyiddin, berkata siasatan mendapati pemilik premis menjual DVD itu tidak memasang papan tanda dan ini menimbulkan syak wasangka pihak berkuasa.

Malah menurutnya, sindiket penjualan DVD cetak rompak itu sengaja menumpang papan tanda butik pakaian di sebelahnya untuk mengaburi kegiatan.

揂nggota KPDNHEP terpaksa menyamar sebagai pelanggan sejak pagi lagi sebelum menyerbu premis itu lima jam kemudian. Serbuan semalam adalah yang pertama ke atas premis itu sejak beroperasi tiga tahun lalu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2006 02:07 AM | Show all posts
Edisi Utara : Sifu cedera minta tolong

Oleh Ravale Savarinathan

TELUK INTAN: Seorang jurulatih seni mempertahankan diri karate-do sempat menunggang motosikal ke sebuah kedai kopi bagi mendapatkan bantuan selepas cedera parah di perut akibat ditikam dengan pisau dalam satu kejadian samun di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Ng Boo Wah, 54, seorang bekas pemandu bas ditikam seorang daripada tiga lelaki yang cuba menyamunnya di Jalan Wah Keng Jooi, di sini.

Mangsa yang ditemui ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan (HTI) di sini, berkata kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan balik ke rumahnya.

揝aya sedang berbual di telefon bimbit apabila tiba-tiba tiga lelaki menghampiri saya. Seorang daripada mereka kemudian mencekik dari belakang manakala dua lagi lelaki menggugut supaya menyerahkan telefon bimbit serta wang tunai kepada mereka.

揇alam usaha untuk menyelamatkan diri, saya menggunakan segala pengalaman serta pengetahuan dalam seni mempertahankan diri ini untuk menangkis serangan mereka.

揃agaimanapun, dalam pergelutan itu, seorang daripada lelaki itu menikam perut saya sebelum melarikan diri,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2006 02:08 AM | Show all posts
Edisi Selatan : Papan iklan tak sopan

Oleh Mary Victoria Dass

JOHOR BAHRU: Kewujudan papan iklan mempamerkan gambar berunsur lucah berhampiran Jalan Tebrau di sini, kurang disenangi penduduk tempatan kerana menjejaskan imej bandar raya ini.

Papan iklan mempamerkan wanita seksi didakwa bukan sahaja mengganggu keselesaan pengguna jalan raya, malah kurang sesuai diletakkan di lokasi yang menjadi tumpuan ribuan pengunjung ke bandar raya ini.

Lebih mendukacitakan kewujudan papan tanda itu bersebelahan papan iklan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menyampaikan mesej berfaedah daripada pemimpin negara.

Seorang penduduk, Amzah Moideen, 43, berkata dia terkejut melihat kewujudan papan iklan 慿rim penegang payu dara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.066681 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list