CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mann3288

Soalan: Membaca Yasin [merged] - dhani

[Copy link]
Tadarus This user has been deleted
Post time 6-6-2006 12:29 PM | Show all posts
Syabas Typo ... teruskan didik anak-anak anda dgn amalan-amalan tradisi Islam.

Kelakor rasanya bila org besi masih dok argue kenapa mlm jumaat. Sudah dibilang bhw tak terlepas tuduhan bidaah w/pun dibuat pada hari apa sekalipun hatta setiap hari baca yassin. Alergic sgt dgn mlm jumaat tu tak taulah kenapa.

Lepas tu argue pulak kenapa tak nak sorang baca yg lain dengar. Ketara sangat yg tuduhan bidaah tu hanyalah tuduhan yg bersifat cut & paste yg dia sendiri pun tak phm atas alasan apa. Heran ... sgt heran. Org Besi, kalau nak belajar ngaji masuklah kelas mengaji. Join majlis tadarus. Format kan lain-lain, masa dan jadual  lain-lain. Majlis bacaan yassin biar la dgn formatnya yg tersendiri. Itu pun susah ka..? Tak payah duk phenin nak compare dgn tilawah ker, musabaqah ker.

Pendek kata saudara semua  tak usah bimbang tak usah ragu. Tak bidaah pun, malahan sunnah yg patut disebar-luaskan. TM dah bagi hadisnya. Yang masih mengatakan bidaah biarkanlah dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2006 01:00 PM | Show all posts
salam
adakahsaudara mengucapkan SYABAS itu bermakna saudara
inginkan kemenangan dlm perdebatan
atau sekadar berbincang mencari KEBENARAN????

saya tekankan mlm jumaat sbb majoriti org melayu baca yassin pd malam itu
berbanding dgn membaca AL QURAN
sebagaimana hadith post dr flueza
dan membaca AL QURAN bila pun boleh dan dlm apa situasi
rasa tak Perlu format kot
TUHAN kan MAHA MENGETAHUI.............
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 02:50 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 6-6-2006 01:00 PM
salam
adakahsaudara mengucapkan SYABAS itu bermakna saudara
inginkan kemenangan dlm perdebatan
atau sekadar berbincang mencari KEBENARAN????


Tuan orang besi, saya ingin bertanya tuan,
apalah nilai kemenangan dalam forum yang penuh kemunafikan ini?

saya tekankan mlm jumaat sbb majoriti org melayu baca yassin pd malam itu
berbanding dgn membaca AL QURAN
sebagaimana hadith post dr flueza
dan membaca AL QURAN bila pun boleh dan dlm apa situasi
rasa tak Perlu format kot
TUHAN kan MAHA MENGETAHUI.............


saya ingin menegur tuan secara ikhlas, adakah ayat tuan di atas "majoriti org melayu baca yassin pd malam itu
berbanding dgn membaca AL QURAN" bermaksud mengatakan yang
surah YaaSiin itu bukan sebahagian dari  Al Quran atau membezakan keduanya?  Jika begitu cepatlah
bertaubat..sesungguhnya surah Yasin itu adalah sebahagian dari Al Quran dan murtad sesiapa yang mengatakan
ianya bukan sebahagian dari Al Quran. Jgn terlalu mengikut perasaan, tak berbaloi di forum penuh kemunafikan ini..

Tentang isu format itu, ya saya setuju dengan tuan...Allah maha mengetahui..tak kira apa "format"
pun quran kita baca atau belajar, semuanya ibadat belaka bagiNya..beramai-ramai atau seorang..cuma jgn
baca di tempat-tempat  atau masa yang diharamkan membacanya sudah..dan kalau tak pandai membaca,
kenalah belajar dari gurunya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 04:16 PM | Show all posts
Amalan membaca al quran adalah salah satu budaya Islam yg wajar dilakukan sepanjang masa dan sepanjang hayat.  Bukan shj pahala & fadhilat yg kita perolehi, bahkan ia menjadi syiar Islam yg dpt dilihat & dicontohi oleh org2 bukan Islam.

Memang org Melayu kalo nak buat apa2 suka buat pd mlm Jumaat.  Majlis agama ke... kenduri arwah ke.. usrah ke... hal2 suami isteri ke... n so on...
Reply

Use magic Report

Tadarus This user has been deleted
Post time 6-6-2006 05:04 PM | Show all posts
Syabas dan terima kasih sekali lagi kpd Typo. Saya senang dgn  istilah forum kemunafikan yg tuan tamsilkan. Tidak syak lagi ...

Menafikan utk mencari kemenangan mungkin penafian yg ada unsur kemunafikan. Kerana kekalahan bererti kita tewas dgn amalan dan fahaman yg dipegang. Namun utk dikatakan mencari kebenaran tidaklah tepat dlm konteks thread ini. Ini kerana saya berniat bukan utk mencari kebenaran tetapi ingin mempertahankan kebenaran yg sudah sedia ada drp tuduhan-tuduhan liar oleh mereka yg sekadar copy & pastel dan tidak bertanggungjawab.

Setelah org besi sendiri bersetuju bhw membaca al-Quran boleh dilakukan pd bila-bila masa, maka apakah kesalahannya jika kita membaca jantung al-Quran pada malam jumaat? You can read ANYTIME except mlm jumaat. You read at mlm jumaat, you are bidaah and masuk neraka. Ada ke gitu ...!

Nampak sgt org besi mengandaikan bhw mereka yg membaca jantung al-quran mlm jumaat tidak membaca surah-surah lain dlm al-quran. Itu satu lagi tuduhan liar namanya.

Sbgi cth, nickname saya sengaja letak TADARUS ingin menunjukkan bhw selepas majlis membaca yassin selepas maghrib, maka selepas isya' kami meneruskannya dgn berTADARUS. Bukan setakat bulan Ramadhan shj tetapi kami berTADARUS setiap minggu. Ini bukan nak menunjuk ttp ingin menutup sangkaan buruk kononnya mereka yg mengamalkan membaca yassin mlm jumaat tidak membaca al-Quran. Sehinggakan seolah-olah yassin itu bukan sbhgn drp al-quran.

Format? Kalau dah nama majlis maka ramailah yg turut serta. Format majlis bacaan yassin adalah dibaca beramai-ramai secara berjemaah. Maka tidak perlu timbul soal sorang baca yg lain dengar. Majlis bacaan yassin bukan kelas ilmu utk membetulkan tajwid dan sebagainya. Tujuan berbeza, format pun berbeza, suasana berbeza. Jgn keliru. Sama la mcm solat jemaah ... kalau dah berjemaah ttp buat sendiri-sendiri bukan jemaah namanya.

Anyway sekali lagi ingin saya tekankan bhw membaca yassin mlm jumaat sama ada sorang diri atau berjemaah dlm satu majlis merupakan ibadah, semuanya sunnah, dan yg pasti bukan BIDAAH DHOLALAH.

Selamat beramal tanpa ragu-ragu dan was-was.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Tadarus This user has been deleted
Post time 6-6-2006 05:07 PM | Show all posts
Tuan Fleurzsa mungkin elok terangkan maksud syiar supaya jelas. Takut ada yg keliru.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2006 05:20 PM | Show all posts
Syiar bermaksud kebesaran, kemuliaan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 10:00 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 5-6-2006 01:41 PM
Drp Anas, Sabda Nabi saw,

"Setiap sesuatu ada hati dan hati al Quran adalah Yasiin dan sesiapa yg membaca Yasiin maka Allah swt tulis bgnya seperti mana membaca Al Quran 10 kali"
(HR  ...





DARJAT HADIS FADHILAT SURAH YASIN
Oleh Yazid bin Abdul Qadir Jawas


Kelemahan Hadis-hadis Tentang Fadhilah Surah Yasin.

Kebanyakan umat Islam membaca surah Yasin kerana fadhilat dan ganjaran yang disediakan bagi orang yang membacanya. Tetapi, setelah penulis melakukan kajian dan penelitian tentang hadis2 yg menerangkan fadhilat surah Yasin, penulis dapati Semuanya Adalah Lemah.

Kita hendaklah ingat bahawasanya hadis palsu adalah haram diriwayatkan oleh seseorang melainkan hendaklah diterangkan tentang kepalsuannya.
Ini seperti yang disebut oleh Imam Ibnus Solah di dalam kitabnya yang masyhur berhubung dengan ilmu hadis, yang dikenali sebagai 'Muqaddimah Ibnus Solah'. Di dalamnya dinyatakan bahawasanya haram seseorang meriwayatkan dan menyebarkan hadis palsu melainkan hendaklah diterang tentang kepalsuannya. Begitu juga hadis dhaif, ia tak boleh dijadikan hujjah utk menyokong sesuatu amalan.

Perlu ditegaskan di sini, jika telah jelas hujjah dan dalil, maka kita tidak boleh berdusta atas nama Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam sebab
ancamannya adalah Neraka.

揝esungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2006 10:17 AM | Show all posts
Allah swt membantu hamba2Nya yg mencari kebenaran. InsyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 01:31 PM | Show all posts
salam

maaf ya kalau terkasar
tetapi   pertanyaan saya antara kemenangan atau   kebenaran
yg mana pilihan saudara, sebagai pegangan saudara di atas muka bumi   ini
jadi saudara kenalah jawab diMANA sahaja.......
dan sekiranya saudara berada disekeliling  SYAITAN pun
takkanlah saudara nak terikut fahaman mereka????

pernah ibu saya menunaikan   ibadah haji
setibanya diimigresen ARAB, dan diperiksa
mereka merampas SURAH YAASIN ibu saya sambil     berkata BIDAAH BIDAAH
hanya cerita dr seorang ibu kpd anaknya.........
dan adakah itu dapat membezakan antara AL QURAN dan SURAH dlm AL QURAN
fikir fikirkanlah
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 03:01 PM | Show all posts
Utk buat pilihan sesuatu yg rumit buat la solat istikharah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 10:11 AM | Show all posts
salam

KEMENANGAN, mungkin akan samapai masanya nanti
apabila HAMBA HAMBANYA duduk berteleku
sambil mata menegadah ke langit
dan tubuh dibasahi peluh dingin
menanti........
dan terus menanti
samada
KEMENANGAN
atau

KECELAKAAN
Reply

Use magic Report

Tadarus This user has been deleted
Post time 12-6-2006 09:33 AM | Show all posts
... Dan sesungguhnya kematian itu akan terjadi tepat pada masanya, tidak terlewat dan tidak tercepat hatta satu saat. Maka perbanyakanlah amal masing-masing antaranya membanyakkan membaca al-quran dan berzikir termasuk amalan melazimkan dgn membaca surah yassin malam jumaat. Sesungguhnya surah yassin itu adalah jantung al-quran. Berdoalah kita agar Allah memberikan kejayaan dan kemenangan kpd kita didunia dan akhirat.

Wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 11:13 AM | Show all posts
salam

dan telah diturunkan kepada kamu
sesuatu yang akan mengakibatkan gunung ganangi ini runtuh/lebur
tak termampu nak menerimanya
sedangkan manusia mengakui kesanggupan
untuk menerima AMANAH YANG AMAT BERAT

tetapi sekarang mereka membezakan APA YANG DITURUNKAN TUHAN
BERUPA ramhat dan hidayat KEPADA SEKALIAN ALAM
dan kenapakah kamu tidak beramal hanya INDUK AL QURAN
atau kepada SEPERTIGA AL QURAN????

SEBAIK BAIK MANUSIA ADALAH YANG BANYAK MEMBERI MANFAAT KEPADA YANG LAIN
i

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Tadarus This user has been deleted
Post time 14-6-2006 09:10 AM | Show all posts
<orangbesi wrote>:
tetapi sekarang mereka membezakan APA YANG DITURUNKAN TUHAN
BERUPA ramhat dan hidayat KEPADA SEKALIAN ALAM
dan kenapakah kamu tidak beramal hanya INDUK AL QURAN
atau kepada SEPERTIGA AL QURAN????

Komen saya ... ntah? itu soalan atau pernyataan atau tuduhan tak tau la. Pusing-pusing tak tentu pangkal-hujung, baik orgbesi kongsi dalil yg menunjukkan kaifiat dan bacaan zikir Rasulullah saw sehari semlm 24 jam. Jgnlah membuat bidaah dholalah dgn membuat tuduhan bidaah kpd amalan org lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2006 10:19 AM | Show all posts
salam

terima kasih kerana sudi membaca dan berfikir dan berbincang
ITULAH YANG UTAMA yang diperintahkan
dan apa yg diperselisihkan, kembalikanlah ia kepada ALLAH dan RASULNYA

saya harap saudara fakam SURAH mana yg NABI kata sebagai INDUK AL QURAN dan
SEPERTIGA AL QURAN dan JANTUNG AL QURAN......
jadi pertanyaan saya adalah kenapa ditinggalkan yang INDUK dan 1/3 tu
sedangkan majoriti masih beramalkan YASSIn pada malam jumaat???
dan jika dikaji lebih mendalam,
apakah bezanya SURAh tersebut dgn SURAH yg lainnya di dalam AL QURAN itu???
bukankah ianya diturunkan dari TUHAN SEMESTA ALAM
dan tiada kecacatannya MALAH AMAT SEKALI KESEMPURNAANNYA
sebegitu jugak dgn KITAB KITAB yang terdahulu

minta maaf, tetapi kita harus meneliti dari skop yg lebih besar
bukan hanya dr membacanya semata-mata
tetapi sebagai AMALAN seharian, dan dalam YASIIN itu sendiri
TUHAN BERKATA: DEMI AL QURAN YANG PENUH HIKMAH
jadi dimana saudara nak pertahankan YASSIN sahaja atau AL QURAN sepenuhnya.........

SESUNGGUHNYA TIDAK MENDAPAT PELAJARAN MELAINKAN MEREKA YANG BERAKAL

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Tadarus This user has been deleted
Post time 15-6-2006 09:02 AM | Show all posts
Salam utk orgbesi dan yg lainnya,

Telah acapkali bhw andaian dan kesimpulan anda adalah tidak berasas sama sekali dan sengaja diada-adakan bagi menguatkan tuduhan tersebut.

Adakah dgn membaca yassin maka sipembaca yassin dituduh tidak membaca surah al-ikhlas?
Adakah dgn membaca yassin maka sipembaca yassin dituduh tidak membaca al-quran?
Adakah dgn membaca yassin maka sipembaca yassin dituduh tidak beramal dgn ayat-ayat al-quran yg lain?
Ini semua tuduhan org yg sengaja dengki dengan mereka yang ikhlas mengamalkan sunnah nabi saw.

Nasihat saya, jika mmg sungguh tak nak baca yassin, tak nak baca quran maka toksahlah nak menyeru mereka yg sedia beramal utk meninggalkan amalannya. Baik pergi dakwah kat mereka yg dok asyik-masyuk dgn maksiat nu bawak supaya insaf dan taubat.

-Tadarus-
Mempertahankan kebenaran drp perosak wahabi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2006 10:35 AM | Show all posts
salam buat saudara
dan untuk semua
dan terima kasih kerana sudi berbincang
dan buknkah berbincang adalah diperintahkan TUHAN dan SUNNAH NABI

jadi marilah kita berbincang tentang KEPERLUAN MENGAJI AL QURAN
dan tidak kepada satu satu SURAH semata mata
dan adalah kita MENGAJI AL QURAN adalah kerana
untuk kita MENGAMALKANNYA dalam kehidupan kita seharian
setiap AYAT yang diturunkan TUHAN untuk kita
adalah sebagai PETUNJUK dan RAHMAT kepada hambanya
agar makhluk dapat menjalani kehidupan sebagai HAMBA
dan saya maksudkan SETIAP PATAH YANG TUHAN TURUNKAN

seperti seorng HAMBANYA yang sanggup KHATAM AL QURAN dlm masa sebulan
jadi dia hanya dapat membaca satu satu SURAH itu sekali dlm masa sebulan
dan mungkin dia SOLAT dgn membaca apa yg dia HAFAL
dan dgn sebegitu dia jug dapat SEPENUHNYA MENGETAHUI apa yang diturunkan
APA PERINTAH TUHAN DAN APA LARANGANNYA
jadi kita tak dapat menyalahkan sesiapa lagi jika
ditanya samada didunia dan diakhirat

kalau bab dakwah tu pulak
tak kira di mana sahaja dan bila sahaja, ianya adalah PERINTAH TUHAN DAN RASULNYA
masa tengah naik motor pun boleh BERDAKWAH jugak
kalau SYAITAN ada disebelah pun kena jugak berdakwah
kan baik tu
menyeru manusia ke jalan TUHAN

boleh saya tanya saudara satu soalan tak
dan harap saudara tak marah dan ikhlas kerana TUHAN
agak agak saudaralah, kita di malaysia ni yg mengaku UMAT MUHAMMAD
baru berapa peratuskah SUNNAH NABI yg baru/sedang kita jalankan
(kita mengambil kira SUNNAH dr KITAB HADITH HADITH shoheh dahulu)

terima kasih dan semoga saudara diberkati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2006 08:41 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by orangbesi at 15-6-2006 10:35 AM
salam buat saudara
dan untuk semua
dan terima kasih kerana sudi berbincang
dan buknkah berbincang adalah diperintahkan TUHAN dan SUNNAH NABI

jadi marilah kita berbincang tentang KEPERLUAN MEN ... [/quote

pusing pusing aje awak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2006 10:13 AM | Show all posts
salam

terima kasih kerana menegur
dan saya jugak manusia cam saudara
ada kesilapan dan KENA AKUINYA
tapi kenalah mau berbincamg
jangan lah hanya baling batu sembunyi tangan
cam PONDAN aje jadinya

cuba saudara suarakan
apa yg membuat saya pusing pusing tu
nak juga saya tahu........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30629 Replies : 227
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6823 Replies : 108
แทงบอล ออนไลน์ ราคาน้ำดีที่สุด LINE:@UFADEAL ทางเข้าแทงบอล ขั้นต่ำ10บาท
ufadeal-websiteแทงบอล ออนไลน์ ราคาน้
Views : 101 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205752 Replies : 4936
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7475 Replies : 55
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41651 Replies : 255
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12385 Replies : 10
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3517 Replies : 10
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10828 Replies : 44
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.072848 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list