CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: badangkuat

Apa kata ? : Jac - Kenapa Suka @ Tidak?

[Copy link]
Post time 4-7-2007 09:44 AM | Show all posts

慡aya mohon maaf jika gaya singgung peminat

Jac akui tiada niat kenakan pakaian ala berkemban untuk tonjolkan imej seksi ketika buat persembahan

DIA menjerit kecil saat diberitahu ada peminat tidak suka dengan imej seksi yang dibawanya sejak kebelakangan ini. Malah, ketika mengulas lanjut teguran peminat itu, penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor tidak melihat apa yang dipakainya itu sebagai keterlaluan. Reaksi spontan itu barangkali menjadi bukti bahawa juara musim pertama Malaysian Idol ini tidak selesa apabila dirinya dikaitkan dengan imej sebegitu.

Namun, suka atau tidak, itulah hakikat sebenar yang harus ditelan penyanyi bersuara lantang ini apabila pakaiannya itu menjadi bahan bualan ramai. Berdasarkan maklum balas diterima menerusi kiriman e-mel, ramai meminta penyanyi ini berhati-hati memilih pakaian. Isu ini menjadi hangat apabila sejak kebelakangan ini, Jac sering tampil berpakaian dianggap seksi iaitu berkemban. Paling ketara apabila Jac muncul dalam persembahan solo Ikon, 22 Jun lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan imej berkemban.

Mungkin ada tidak perasan betapa seksinya Jac waktu itu terutama apabila kamera memfokus bahagian dadanya yang agak terdedah.

Pertemuan antara Hip dan Jac yang berlangsung sewaktu Parti Ikon di Planet Hollywood, baru-baru ini memberi peluang kepada Jac menghuraikan segala-galanya.

Hip: Ada orang kata Jac semakin seksi sejak kebelakangan ini terutama sewaktu mengadakan persembahan Pentas Ikon tempoh hari. Boleh beri komen sikit berkenaan isu ini?

Jaclyn: Saya tak rasa apa yang saya pakai masa itu seksi dan keterlaluan. Pada saya biasa saja. Tapi saya akui, tulang dada saya yang agak menonjol dan agak tinggi ini menyebabkan ia nampak menyerlah terutama apabila saya berpakaian ala berkemban seperti itu. Itu sudah semula jadi, saya tidak boleh ubah apa-apa.

Namun untuk pengetahuan peminat atau sesiapa saja, saya memang tidak berniat untuk menonjolkan imej seksi. Saya pakai mengikut keselesaan saya dan kalau nampak seksi, itu disebabkan bentuk badan saya. Itu saja.

Hip: Kalau begitu keadaannya, mengapa Jac masih ingin memakai pakaian seperti itu?

Jaclyn: Saya sebenarnya cukup menggemari pakaian rekaan Carven Ong itu. Selain cantik dan nampak klasik, ia juga selesa untuk dipakai memandangkan materialnya dibuat dari kain sutera Thai. Tapi tak sangka pula akhirnya pakaian itu menimbulkan kontroversi.

Hip: Apabila ada yang mengkritik penampilan Jac seperti ini, apa perasaan Jac?

Jaclyn: Terlebih dulu, saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang menegur penampilan saya. Apabila mereka menegur, bermakna mereka peka dan prihatin pada saya. Justeru, saya ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak andai penampilan saya selama ini menyinggung perasaan mereka. Saya sedar, peminat saya ada pelbagai bangsa dan agama, jadi saya hormati pandangan mereka itu. Mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian demi untuk menjaga hati banyak pihak.

Hip: Tak rasa sedih ke? Iyalah, tiba-tiba nama Jac jadi panas gara-gara isu seksi?

Jaclyn: Memang rasa terkilan kerana saya rasa ramai juga artis yang pakai seksi tapi nasib tak baik nama saya juga yang kena. Tapi tak mengapa, saya faham, inilah yang perlu saya hadapi apabila bergelar selebriti. Saya sudah bersedia.

Hip: Mungkin Jac boleh ambil teguran itu sebagai peringatan kerana peminat sayang pada Jac sebenarnya.

Jaclyn: Saya pun fikir begitu. Tak rasa pun mereka sengaja hendak menghentam atau hendak sabotaj saya. Apapun, terima kasih atas keprihatinan mereka itu.

Hip: Jadi selama ini siapa yang menjadi perunding imej Jac?

Jaclyn: Tak ada sesiapa. Sendirian Berhad (sambil ketawa). Buat masa ini saya yang uruskan penampilan saya dan kalau dalam nak reka baju, saya bincang dengan pereka fesyen, imej yang bagaimana sesuai untuk saya. Kami sama-sama sumbangkan idea.

Hip: Serik tak nak pakai seksi lain kali?

Jacklyn: Hendak kata serik itu tidaklah tapi seperti yang saya katakan tadi saya akan lebih berhati-hati dalam soal berpakaian. Asal saya selesa dan cantik, cukuplah. Saya buat semua ini demi menjaga sensitiviti peminat saya.

Hip: Mungkin ramai peminat Jac hendak tahu bila Jac akan mendirikan rumah tangga?

Jaclyn: Oh soal itu... Nampaknya saya terpaksa ketepikan dulu soal untuk berumahtangga kerana buat masa ini saya terlalu sibuk dengan urusan kerjaya saya yang tidak pernah selesai ini. Lagipun, saya ada juga dengar cerita yang Asia Idol akan diadakan. Khabarnya hak cipta rancangan itu oleh Indonesia. Kalau betul itu berlaku, nampaknya terpaksalah tangguh dulu majlis perkahwinan kami.

Hip: Apa kata bakal suami apabila Jac asyik tangguh?

Jaclyn: Kalau boleh dia memang hendak cepat tapi masalahnya sayalah yang sentiasa sibuk. Bagaimanapun, dia faham situasi saya ketika ini. Lagipun kami sudah empat tahun bersama. Saya rasa dia boleh bersabar.

Hip: Bagaimana pula peluang Jac untuk pertandingan separuh akhir?

Jaclyn: Sejujurnya, saya sendiri tidak pernah menyangka yang saya akan tersenarai sebagai calon peringkat separuh akhir dalam pertandingan ini. Maklumlah, persaingan malam itu hebat-hebat belaka. Apapun, saya berterima kasih kepada juri dan peminat yang percaya pada kebolehan saya. Mengenai peluang dalam pertandingan akan datang, saya tidak berani berkata apa-apa kerana yang bertanding dengan saya malam ini, handal-handal belaka. Mawi, Dayang Nurfaizah, Reshmonu dan Farah, masing-masing ada kelebihan sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2007 11:12 AM | Show all posts
kenapa pulak topik ni kat sini? sub board jac kan ada.
hari tu ada forumer sorang letak pasal ziana zain, momod pindahkan kat sub board zz. tapi kenapa yg ni tidak? oi momod jalankan tugas anda segera! dah ada sub board jangan nak menyemak ruangan utk yang belom ada sub board. nak cari pun senang!

btw back to topic..
aku suka jaclyn victor.. kagum dgn dia. part2 tinggi tu senang lenang je dia buat..
suka!!!

tapi satu je, dia ni nyanyi hentam je..macam ada kurang sikit feel.
tapi apa2pun jac aku suka!
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 01:32 PM | Show all posts
erm..for me jac is typical singer yg nyanyi kat kelab..she try to do everything to make her performances superb n can attract the audiences..
tp itu jelah kot..
agreed with ramli ms..jac selalu buat lagu die berserabut dgn addlib2 die yg kdg2 x perlu..
yg yeeeyyyyh2 tu..ooooooo2 tu..mcm2 la..die x bg music tanpa suara die..kire nak penuhkan music jek...
yes she can shoot high note..tp pada aku x merdu lah sgt sore die..jerit2 je pon..kalo compare ngan dina..sore lagi merdu..compare suara jelah..yg lain2..no comment..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 03:16 PM | Show all posts
aku rasa mmg kelemahan jac adalah kurang feel bila menyampaikan lelagu sedih ke lelagu cinta... tapik kat IKON tu... mmg gaya persembahannya dan feel lagu improve!
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 03:17 PM | Show all posts
Originally posted by stokin at 15-9-2006 09:50 AM
bagi aku la kan, nak nyanyi high pitch note kena ada cara dan seni yg tersendiri. nak kata aku ni cikgu vokal tu tidak le. cuma as a listener aku appreciate talent mcm witney houston, mariah care ...



x adil utk jac.
pelu ke dibandingkan dgn mariah carey or whitney.
jac ader cara yg tersendiri.
artis yg bleh nynyi high pitch mmg la org kagum coz x rmai pn bleh buat mcm jac n ziana
pelu ke nk kagum ngan artis yg nynyi mdatar je. tlg la
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 03:22 PM | Show all posts
lg 1, anti jac nih ( or anti mana2 artis ) sllu sllu mrhkan pminat artis itu kalo mereka melenting bila artis mereka dikutuk.

tlg la

yg korg dok kutuk artis kesayangan org lain tu knp, sibuk je.
x minat tu dok diam jela.

kutuk n kritik yg membina tu lain. ni ader yg kutuk artis kaw2, pastu bila org mrh, ckp nk bg kritikan membina.

x sedar diri la tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2007 04:38 PM | Show all posts

Reply #46 micha's post

lawak gak ye.... kita ni kekadang lupa diri.. dok mengutuk and mengkritik... tapik kalau pentas tu diberi pada kita... hmmmmmmmmmmmmm x usah nak disebut lagiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 05:28 PM | Show all posts
haku suka suara jac walau apapun orang nak cakap. lagipun neutral lah ada orang suka dan orang tak suka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2007 07:18 PM | Show all posts
tak suka slang dia .... sebut bola pun jadi bole
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 07:30 PM | Show all posts
banyaknya penggerak2 anti-jac kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 10:54 PM | Show all posts
suke jac kerana suaranya yang sedap bukan vokalnya yang power
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 11:48 PM | Show all posts
mulut berbau, elak cium mic selepas jac nyanyi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 12:16 PM | Show all posts
Originally posted by itikganas at 4-7-2007 04:38 PM
lawak gak ye.... kita ni kekadang lupa diri.. dok mengutuk and mengkritik... tapik kalau pentas tu diberi pada kita... hmmmmmmmmmmmmm x usah nak disebut lagiiiiiiiiiiiiiiiii




btul tu itikg.  bnyk org  yg lupa diri.

kaburukan org lain sng je nmpk.

pastu mengutuk x ingat dunia. kalo artis yg dorg suke sume nye baik n xde cacat cela.

ayo...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 12:20 PM | Show all posts
cthnye, kat board zz ader sekor nyamuk tiruk yg xsedar diri dok isap darah org. rs nk sembur ridsect.

hrp2 kat board lain xder spesis2 nyamuk mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 07:38 PM | Show all posts

Reply #54 micha's post

SApe la tu ye ;)
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 08:41 PM | Show all posts

Reply #54 micha's post

x yh sembur spra...trus sembur cili api...ekeekke....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2007 11:16 PM | Show all posts
aku suka jac sebab dia lah satu satunye artis wanita yang mempunyai vokal yang power.....aku tau.....zz pun power....siti pun power...tapi jac nye voice macam penyanyi black.....power gile.

dan aku tak ade tak suka jac......sume aku suka.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 11:18 PM | Show all posts

Reply #57 yusmar's post

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 11:45 AM | Show all posts
bis tue orang expect dier nyanyi ngan suara lemak2 manis...naik pentas tanye.." dah makan ke semua" " sihat ke"
maybe orang tak leh terima pembaharuan dari segi muzik..suara..image...

asyik2 nak tang tue je...then komplen tak puas hati..

Aku suke : vocal..kreativiti as a singer..bukan semua orang leh nyanyi bioleh menjadi penyanyi cam Jac

tak suke : x suke dier x penah2 call hp aku..**larikkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 11:46 AM | Show all posts
Originally posted by renangautier at 15-9-2006 07:51 AM
yang aku tahu terlepas cakap selalu adalah nora....jac mana ada terlepas cakap....


yeah..Nora..ning(suatu masa dulu) Mas idayu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.075329 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list