CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: ej177

apa masalahnyer...

[Copy link]
Post time 8-3-2007 04:30 PM | Show all posts
sbg porumer saya perasan ramai yg kata ....sekarangni
ramai pompuan tutup aurat tapi buat maksiat esp. berzina
saya nak minta satu jela pd org yg kata macamtu
betulke yg buat maksiat tu tutup aurat???
ke cuma pakai tudung???
saya yakin 100% pompuan yg disebutkan cuma pakai tudung
bukan tutup aurat
jrg sangatla yg betul2 tutup/jaga aurat berzina!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2007 04:59 PM | Show all posts
Originally posted by Guys at 8-3-2007 01:25 PM


Aku nak tanya ko...org yg otaknya porno sokmo tu kategori jahil ke idak? Pikiran porno tu leh mendambakan syurga kot...sbb tu bijak ckp pasal syurga tapi tk nampak neraka.


Kau tanya aku segitu nak lari pada siapa niat kau tu? Kau ingat tak ada kuasa ke yang mengetahui niat kau tu,ha!

Kau kata,pikiran porno tu leh mendambakan syurga kot,kau dapat wahyu ke?

Kau yang tulis kemudian kau nak nafikan yang mengatakan kau bertanya saja,apa kau ingat aku banghal macam kau ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 05:04 PM | Show all posts

Kalau kau nak tahu pasal takdir, itulah takdir untuk kau,kalau kau nak tahu.

Apa, kau nak aku bagi lagi satu takdir untuk kau?


fleurzsa: Sorry edited krn tak sesuai. Thanks

[ Last edited by  fleurzsa at 13-3-2007 04:04 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 05:10 PM | Show all posts
Originally posted by yusrin at 8-3-2007 04:30 PM
sbg porumer saya perasan ramai yg kata ....sekarangni
ramai pompuan tutup aurat tapi buat maksiat esp. berzina
saya nak minta satu jela pd org yg kata macamtu
betulke yg buat maksiat tu tutup aurat???
ke cuma pakai tudung???
saya yakin 100% pompuan yg disebutkan cuma pakai tudung
bukan tutup aurat
jrg sangatla yg betul2 tutup/jaga aurat berzina!




betul tu dik...tudung sekarang ni dh jd fesyen bukan atas dasar tuntutan menutup aurat. Kalau mrk faham pun bertudung itu wajib dan patuh pada hukum tp mrk tidak berusaha mendidik nafsu sebagai org yg betul2 menutup aurat secara rohaninya. Zahir sj bertudung tp hati tidak 'ditudungkan' sama.

Inilah kenapa gejala maksiat org2 yg bertudung saban hari kita dpt llihat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 05:20 PM | Show all posts
Originally posted by ej177 at 23-2-2007 03:24 PM
kes1
seorang wanita berpendidikan tinggi dan mempunyai kerja yg bgus.cara pemakaiannya..free hair(tak bertudung lah).tp solat 5 waktu tak pernah ditinggalkan..malah solatnye diikuti zikir dan ta ...



APA YANG SALAH

Hari ini, majoriti remaja rosak kerana mereka inginkan kebahagiaan, mahukan kasih sayang. Ada anak-anak yang rosak kerana tidak mendapatkan kasih sayang, jadi mereka hidup sangat terbiar, ada pula yang mendapatkan kasih sayang tapi secara salah, hingga merekapun rosak kerana kasih sayang telah diberi secara tidak tepat.

Fitrah semua manusia sama, diantaranya manusia inginkan kasih sayang. Bahkan kasih sayang itu lebih diperlukan daripada makan dan minum, pakaian dan lain-lain lagi. Kasih sayang merupakan makanan jiwa. Sesetengah orang, oleh kerana dia tidak kenal Tuhan, tidak cinta dan takut Tuhan, bila tidak mendapat kasih sayang, boleh jadi gila, kecewa dan putus asa. Namun orang yang cinta dan takut Tuhan, bila tidak dapat kasih sayang dari manusia tidak menjejaskan jiwanya.

Kerana kasih sayang itu diperlukan oleh kebanyakan manusia, maka para pendidik, guru-guru, pemimpin-pemimpin dan terutama ibubapa, perlu beri kasih sayang kepada anak-anaknya. Guru hendaklah memberi kasih sayang pada muridnya dan pemimpin mesti memberi kasih sayang kepada rakyatnya.

Walaupun begitu, bukan semua golongan ini pandai memberi kasih sayang. Memberi kasih sayang bukanlah satu hal yang mudah. Ianya perlu kepada ilmu dan pengalaman. Kadang-kadang bila tidak pandai memberi kasih sayang, orang yang menjadi sasaran itu rosak. Ibarat kita memberi makan pada anak-anak tanpa mengira makanan apa yang diberi, tidak ikut waktu atau disiplin, tidak kira ada zat atau tidak. Bila kita mahu memberinya, terus sahaja kita beri. Nampaknya seperti baik tetapi hasilnya anak itu dapat penyakit kronik dan serius seperti barah, kencing manis dan lain-lain. Untung sekarung, ruginya segunung. Niatnya baik tetapi hasilnya tidak baik. Begitulah niat baik orang yang hendak memberi kasih sayang pada seseorang itu, apabila tidak betul caranya, ia bukan lagi memberi manfaat. Memang kasih sayang itu, samada disedari atau tidak, ia ada hubungan dengan pendidikan.

Dalam memberi kasih sayang, ibubapa, para pemimpin, para pendidik tidak terlepas dari 3 faktor iaitu akal, nafsu dan perasaannya. Majoriti yang berlaku pada hari ini para pendidik, pemimpin, ibubapa memberi kasih sayang berdasarkan 3 faktor tersebut.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 05:24 PM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 8-3-2007 05:20 PM



APA YANG SALAH

Hari ini, majoriti remaja rosak kerana mereka inginkan kebahagiaan, mahukan kasih sayang. Ada anak-anak yang rosak kerana tidak mendapatkan kasih sayang, jadi mereka hid ...


1. Kasih sayang diberi secara akal
Kasih sayang cara ini banyak dilakukan oleh orang intelek, yang ada kelulusan atau berpelajaran. Kerana dia sangat membesarkan akalnya, maka apapun yang dia hendak buat termasuk mendidik orang, dia rujuk kepada akal. Apa kata akal, itulah yang menjadi tindakannya. Contohnya, dia berfikir : 揙rang yang saya hendak didik ini, kalau saya tidak beri kereta, payah hendak dididik. Nanti dia tidak sayang pada saya. Oleh itu untuk didik dia, saya akan beri kereta, pakaian dan lain-lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2007 05:29 PM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 8-3-2007 05:24 PM


1. Kasih sayang diberi secara akal
Kasih sayang cara ini banyak dilakukan oleh orang intelek, yang ada kelulusan atau berpelajaran. Kerana dia sangat membesarkan akalnya, maka apapun yang  ...



Cara Pemberian Kasih sayang yang tepat

Akal, perasaan dan nafsu tidak boleh menjadi sandaran dalam pemberian kasih sayang. Pendapat akal, kehendak atas dasar nafsu, kehendak atas dorongan perasaan, semua mesti ditapis oleh syariat. Setelah disahkan oleh syariat, itulah kaedah yang boleh dipakai. Walaupun begitu syariat pula mesti ditunjangi oleh iman. Sebab walaupun satu perkara itu benar berdasarkan syariat, tapi bila dalam mengamalkannya, Tuhan tidak disertakan bersama maka syariat sudah menjadi ideologi, jadi isme. Mana boleh ideologi itu membaiki manusia walaupun secara kebetulan ia sama dengan syariat Tuhan.

Bilamana Tuhan tidak dibawa bersama, yakni kalau syariat itu tidak dididik bersama pendidikan yang membesarkan dan mengagungkan Tuhan, manusia tidak akan boleh dididik. Kalau begitu dalam mendidik manusia ini, mesti dirujuk pada iman dan syariat Tuhan, rujuk pada Tuhan dan syariat-Nya. Begitu juga pemberian kasih sayang hanya boleh menyelamatkan bila perkara tersebut ditunjang oleh Iman dan syariat Tuhan.

Mungkin pada peringkat awal dengan kaedah ini, sesetengah golongan tidak merasa diberi kasih sayang tetapi sebenarnya jangka panjang baru dia akan dapat hasilnya. Jangka panjang barulah dia akan faham dan boleh terima bahawa apa yang dilakukan ibubapa, guru atau pemimpin itu membuahkan hasil yang baik. Dia akan rasakan itulah kasih sayang.

Peringkat awal mungkin dia rasa tersiksa dan terasa diikat oleh disiplin tetapi bila sudah cerdik, setelah dia mendapat faedah dari hasil didikan itu, barulah dia terfikir, rupanya bijak ibubapa atau guru atau pemimpin buat dia begitu. Cara pendidikan dengan iman dan syariat ini sebenarnya, buahnya tidak dirasa dalam jangka pendek. Tetapi jangka panjang, bila dia sudah dewasa dan sudah boleh berfikir, dia akan berkata, 揃ijaknya orang-orang yang sudah mendidik aku hingga aku jadi begini.擺/color] Mereka akan merasakan kemuncak kasih sayang ibubapa, guru atau pemimpin itu adalah untuk selamatkan orang yang dididik itu dari Neraka. Hingga dapat masuk Syurga yang nikmatnya kekal abadi. Inilah pendidik yang baik, yang sangat memberi kasih sayang, yang mungkin tidak dapat dirasa peringkat awalnya.

Mendidik orang dengan nikmat dunia yang tidak kekal ini, tidak akan ke mana. Jangka pendek akan merosakkan dan jangka panjang nanti akan merugikan. Jangka pajang menyesal tidak sudah. Pemimpin, ibubapa atau guru yang mendidik dengan mengatakan dunia ini adalah segala-nya, nikmat dunia ini termasuk makan, minum, kenderaan dan rumah adalah segala-galanya, walaupun niatnya baik dan orang yang dididik cepat terasa, tetapi pada hakikatnya inilah para-para pendidik yang paling khianat pada bangsanya kerana untung seguni, rugi segunung. Orang yang dididik itu tidak terasa sebab hasilnya cepat. Dia fikir, 揃aiknya ibubapa aku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.064009 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list