CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Hakim Mahkamah Syariah Ditahan Kerana Rasuah: Update: Hadir Beri Keterangan -

[Copy link]
Post time 8-9-2007 07:42 PM | Show all posts
Originally posted by mattzzx at 8-9-2007 05:53 PM
hakim dizaman islam hadhari....



dalam zaman hadhari tiada yang mustahil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2007 08:15 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 8-9-2007 17:24
Pi tangkap menteri dulu.setakat tangkap ustaz dan kerani apa machonya


Ikan bilis kene le dulu..dah abis ikan bilis dia tangkap...tangkap le ikan besar2 lak..tuh pon kalau sangkut..kalau tak sangkut..suka le si ikan besar tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 08:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 09:28 PM | Show all posts
Rasuah: Hakim syariah dibebas dengan jaminan BPR
10-09-2007

IPOH:  Seorang hakim Mahkamah Syariah di sini, yang didakwa menerima suapan berjumlah RM4,200 bagi mempercepat proses penyelesaian dua kes, dibebaskan dengan jaminan Badan Pencegah Rasuah selepas tempoh reman empat hari terhadapnya berakhir hari ini.

Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret, Wong Lok Hai, pada Jumaat lepas telah mengeluarkan perintah tahanan reman empat hari itu walaupun BPR memohon untuk menahan hakim berkenaan bagi tempoh maksimum 14 hari.

Perintah pembebasan dengan jaminan BPR itu dikeluarkan oleh Majistret Radzilawatee Abdul Rahman hari ini berikutan permohonan oleh BPR.

Jurucakap BPR berkata pembebasan itu disebabkan proses mengambil keterangan daripada hakim berusia sekitar 50-an itu telah selesai.

"Sama ada beliau akan didakwa atau tidak bergantung kepada hasil siasatan yang masih berjalan," katanya.

Hakim itu ditahan di pejabatnya Khamis lepas

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

bet my last penny hakim corrupt ni pun lepas lagi  
macam abang zek klang tu --
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 10:51 PM | Show all posts
kerana rm4000 .. musnah kerjaya
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 11:21 PM | Show all posts
That hakim should be considered innocent until it can be proved that he is guilty.Nobody has the right to condemn and punish him at tis material time.He has the right to a public hearing and let the court decides.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2007 01:22 AM | Show all posts
Yang paling saye nak tau
siapakah gerangan VIP
yg menyuap tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 08:18 AM | Show all posts
cadangkan juga yang nak bagi rasuah tu kena tahan juga. Sebab dialah yang rancang semua ni supaya kes tolak tepi. mamat hakim syariah tu tukang terima dan laksana je. Wasalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


dempol This user has been deleted
Post time 23-10-2007 08:56 PM | Show all posts
hakim pun amik rasuah..cam mana ni

Truly...Dempol support your campaign...

Sistem Kuku Besi telah berputik di Bod CI ini...mana dia Demokrasi dan Hak Kebebasan Bersuara yg dilaung2 dan Diperjuangkan....Kenapa perlu ade Double Standart dan pilih bulu bila mahu menghukum seseorang...kenapa hanya segelintir sahaja dihukum..walhal ramai lagi berkelakuan sama malah lebeh teruk lagi...Pejuangkan Hak Kita...:@ :@ :@

Justice For Dunhill....:@ :@ :@




http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=309494&extra=page%3D1




Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 08:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2007 12:56 AM | Show all posts
Hakim syariah hadapi lima tuduhan rasuah
20-11-2007

IPOH:  Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak Hassan Basri Shafie hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas lima pertuduhan berkaitan rasuah berjumlah RM5,200 yang membabitkan tiga kes berasingan.

Dua daripada pertuduhan itu membabitkan urusan pernikahan manakala satu lagi bagi tujuan melepaskan ikat jamin satu kes jenayah syariah.

Hassan Basri, 53, yang menjadi hakim syarie pertama didakwa oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas tuduhan rasuah, mengaku tidak bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan itu.

Bagi pertuduhan pertama, Hassan Basri didakwa meminta wang suapan RM3,000 daripada Mohamad Imran Abdullah sebagai dorongan melepaskan wang ikat jamin kepada Yoong Hor Kit berhubung lima kes jenayah syariah, di Restoran Wawa, Tambun, kira-kira 8.15 malam 15 Ogos lepas.

Dia juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu menerima wang suapan itu daripada orang yang sama untuk kes sama dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran BFN 9060 di tempat meletak kenderaan di Taman D.R. Seenivasagam di sini kira-kira 3.25 petang 6 Sept lepas.

Pertuduhan ketiga pula membabitkan dakwaan meminta wang suapan RM1,100 juga daripada Mohamad Imran bagi membantu Mohamad Asri A Bakar berkahwin dengan Nor Farihan Hassan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Restoran Wawa, Tambun, kira-kira 8.30 malam 15 Ogos.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa menerima wang suapan itu daripada orang sama untuk kes sama dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran BFN 9060 di tepi Hotel Hillcity di sini kira-kira 6 petang 17 Ogos.

Hassan Basri juga didakwa menerima wang suapan RM1,100 daripada orang sama sebagai dorongan bagi mengeluarkan surat kebenaran berkahwin kepada Mohd Jefri Afandi Ahmad dan Nur Liza Musa bagi membolehkan kedua-duanya berkahwin tanpa melalui prosedur ditetapkan, dalam kereta bernombor pendaftaran sama di tempat meletak kenderaan Taman D.R. Seenivasagam, kira-kira 3.20 petang 6 Sept.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi tuduhan pertama dan ketiga; dan mengikut Seksyen 11(a) akta sama bagi tuduhan kedua, keempat dan kelima.

Semua pertuduhan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Tan Hooi Leng menetapkan kes itu dibicarakan pada 31 Mac tahun depan.

Beliau turut membenarkan Hassan Basri diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan atau RM20,000 keseluruhannya manakala pasportnya diserahkan ke mahkamah.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan manakala peguam S. Theivanthiran dan T. Shan mewakili tertuduh.

Terdahulu, Nordin memohon mahkamah menahan pasport tertuduh kerana pihaknya menerima maklumat tertuduh sering melakukan perjalanan ke Indonesia.

Mahkamah juga diberitahu bahawa pihak pendakwaan akan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


hakim ni dulu bebas dengan ikat jamin BPR  tapi glad that they gonna
tried him next year --
kalau hakim Mahkamah Tinggi Syariah perangai macam ni -- manalah kita
ni nak seek justice --- terutama yang ada masalah divorce ke  custody ke
all that has connection with mahkamah tinggi syariah --
what a disaster for a judicial system in malaysia --
a shame really! -
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 01:26 AM | Show all posts
patut kena sula jer hakim mcm ni....!!!:@ :@ :@

lepas ape yg terjadi dgn kes Linggam n kes hakim syariah ni... aku dah macam tak percaya jer dgn sistem kehakiman kat M'sia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 01:40 AM | Show all posts
bile org dah tak caya dgn badan kehakiman maka terus bertambah la kes2 jenayah..kes tu kes ni..
dan paling best kat malaysia ni..kena tangkap tahun lepas..soal siasat tahun ni..tahun depan baru bicara..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 02:39 AM | Show all posts
memang btolla dia...
hakim mahkamah tinggi syariah ipoh memang dia sorang je...
dia ni banyak handle kes high profile...
antaranya kes harta sepencarian senator umno..
dia bagi menang ex-bini senator tu tuntut harta sepencarian
naik mahkamah rayuan syariah decision dia kena overturn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2007 06:26 AM | Show all posts

Reply #54 iscol_klang's post

bila dia seorang saje yang handle hal2 berurusan
dengan hal2 syariah islam, amatlah mudah dia akan
disogok or menyogok for his own interest --

tiada rasa amanah dan tanggungjawab tetapi semuanya
telah bercampur dengan sifat greedy yang ada -
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 09:18 AM | Show all posts
agaknya ini kes yang tak makan nasihat...seronok terima yang tak elok...bila dah biasa buat, tak rasa jengkel lagi dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2007 09:44 AM | Show all posts
org yg terima rasuah je ke yg kena bicara ?? yg memberi kena ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by Bugger at 10-9-2007 11:21 PM
That hakim should be considered innocent until it can be proved that he is guilty.Nobody has the right to condemn and punish him at tis material time.He has the right to a public hearing and let  ...
I agree BUT than again, even the court judge or magistrate can be  fixed in boleh land.  With the ongoing thingy about the intergrity of the malaysian Judiciary System, I dont really expect justice to be serve.

[ Last edited by  indahkasturi at 21-11-2007 10:07 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 10:40 AM | Show all posts
Originally posted by azharfcsit at 21-11-2007 01:40 AM
bile org dah tak caya dgn badan kehakiman maka terus bertambah la kes2 jenayah..kes tu kes ni..
dan paling best kat malaysia ni..kena tangkap tahun lepas..soal siasat tahun ni..tahun depan baru  ...


:victory: kekadang bertaun2 ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2008 06:46 AM | Show all posts
Hakim Syarie hadapi tuduhan tambahan

IPOH - Seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak yang sebelum ini menghadapi lima pertuduhan rasuah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan tambahan.

Basuri @ Hassan Basri Markum @ Shafie, 54, yang bertugas sebagai Hakim Syarie dalam pertuduhan tambahan pertama didakwa menerima suapan wang berjumlah RM20,000 daripada Yoong Hor Kit melalui Sharif Abdul Ghani sebagai dorongan untuk meringankan hukuman dan wang ikat jamin berhubung kes jenayah.


BASURI berjalan keluar dari Mahkamah
Sesyen Ipoh semalam atas tuduhan rasuah



Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Bangunan Persatuan Menembak Perak di Jalan Dr. Raja Nazrin Shah di sini pukul 8.30 malam pada 7 Ogos 2006.

Dalam pertuduhan tambahan kedua pula, Basir didakwa menerima wang suapan berjumlah RM10,000 daripada orang sama bagi tujuan meringankan hukuman kes jenayah dan mendapat semula wang ikat jamin.

Basuri dituduh melakukan perbuatan itu pada pukul 11.30 malam pada 9 Ogos 2006 di tempat yang sama.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 10 (a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama bagi kes pertama.

Bagi tuduhan kedua pula, dia dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman di bawah Seksyen 16 di bawah akta yang sama.

Dengan dua pertuduhan tambahan itu, tertuduh secara keseluruhan berhadapan dengan tujuh kes menerima rasuah di mahkamah sama.

Pada 30 November lalu, tertuduh telah dihadapkan ke mahkamah yang sama atas lima tuduhan meminta dan menerima rasuah melibatkan wang tunai RM5,200 dalam tiga kes berasingan antara Ogos dan September lalu.

Hakim Tan Hooi Leng menetapkan perbicaraan kes tersebut pada 16 dan 17 Jun.

--------------------------------------------------------------------

dah dekat 2 tahun dah... ntah bila nak selesai kes rasuah hakim ni...
macam ni lah judiciary system kat malaysia... baik civil cases mahupun
syariah cases..  ambil masa bertahun.. yang kena bayar - duit rakyat juga..
tax ke hulu tax ke hilir  nak bayar depa ni..

hakim ni dah kena 5 tuduhan sebelum ni.. now ada lagi.. macamanalah
nak percaya kat mahkamah syariah lagi...

the irony is.. his case will be heard by non muslim judge.. suit himself -
hakim mahkamah syariah apa macam ni --
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.065947 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list