CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Syd

Ayat al-Quran pada kulit bayi

[Copy link]
Post time 22-10-2009 07:16 PM | Show all posts
mintak maaf ..nampak macam di inai je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2009 08:38 PM | Show all posts
Allah Huakbar.....
sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui sekalian Alam baik di bumi atau di langit....
catstitch Post at 21-10-2009 11:10


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 01:02 AM | Show all posts
ok la yg ni nye kes...walaupun ikut pemikiran lemah kita ni, antara itu sememangnya ingatan dari Al-Malik atau pun perbuatan manusia, yg penting moral dan iktibar kejadian tu yg patut kita renungkan...antara positif/negatif. negatif nye terlalu taksub dgn kejadian2 mcm tu sampaikan yg wajib berterabur...positifnya klu kejadian2 seperti itu menguatkan lagi ketaatan kita pada suruhan Nya..insya Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2009 10:18 AM | Show all posts
Bayi al-Quran diserbu


SEORANG ulama mendukung Ali di rumahnya di Kizlyar pada Isnin lalu.

KIZLYAR - Seorang bayi ajaib, Ali Yakubov membawa harapan keamanan kepada penduduk Dagestan, wilayah selatan Rusia yang majoritinya orang Islam selepas kehidupan mereka terseksa akibat keganasan agama yang berlarutan.

Pada minggu ini, beratus-ratus pelawat berbaris panjang untuk melihat bayi berusia sembilan bulan itu selepas beberapa ayat suci al-Quran muncul pada tubuhnya pada setiap Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Pada setiap hari, kira-kira 2,000 pelawat daripada 20 juta penduduk Islam Rusia datang untuk melihat bayi ajaib itu.

Di luar kediaman ibu bapa bayi berkenaan iaitu Shamil Yakubov dan isterinya, Madina Yakubov, kedua-duanya berusia 27 tahun, orang ramai dilihat berdoa sambil mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan.

"Allah melindungi Dagestan," kata Akhmed Khadzhy iaitu seorang pesara dari Khasavyurt, bandar di sempadan Chechnya selepas tiga orang maut dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Dagestan dan militan Islam pada malam sebelumnya.


KULIT Ali yang mengandungi ayat al-Quran.

Berwarna merah jambu dan panjang beberapa sentimeter, ayat suci al-Quran bermaksud bersyukur kepada Allah jelas tertera pada kaki kanan bayi itu pada minggu ini, kata beberapa pemimpin Islam.

Sekumpulan wartawan asing yang melawat bayi itu dapat menyaksikan dengan mata mereka sendiri, satu huruf tiba-tiba muncul selepas ayat tersebut hilang.

"Keajaiban ini adalah isyarat Tuhan supaya kita tampil untuk membantu saudara seagama kita bagi mengembalikan keamanan," kata seorang pemimpin di Kizlyar, Sagid Murtazaliyev.

"Kita jangan lupa bahawa wilayah ini dilanda peperangan," jelasnya kepada pihak media yang diundang untuk menyaksikan keanehan itu yang disifatkan sebagai isyarat Tuhan.


ALI dikerumuni orang ramai di rumahnya.

Bukti keajaiban itu merupakan isyarat Tuhan turut diperkuatkan dengan fakta bahawa bapa bayi itu bertugas dalam pasukan polis dan sering menjadi sasaran pembunuhan militan Islam di Dagestan yang dikuasai Rusia.

Para pemimpin tempatan pernah memaklumkan kepada Presiden Rusia, Dmitry Medvedev bahawa mereka sukar membendung penentangan kumpulan-kumpulan militan Islam yang didalangi rangkaian Al-Qaeda.

Akibatnya, keamanan yang dinikmati selama beberapa tahun di wilayah Dagestan, Ingushetia dan Chechnya musnah susulan pengeboman berani mati dan serangan bersenjata terhadap pihak polis dan pasukan keselamatan. - Reuters
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.492827 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list