CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: billionaire

Kumpulan Diskusi billionaire

[Copy link]
 Author| Post time 2-12-2003 11:27 AM | Show all posts
salam dan selamat hari raya
Cara beginilah terlebih baik caranya sekiranya anda memeilih utk berbincang sejak dari dulu. Pertanyaan anda kali ini lebih bersopan dan dengan cara perbincangan yg jujur dan baik.
boleh aku @ mamat yang serba kekurangan ini mencelah...
salahkah kami tidak membenci omar, sepermana perasaan orang-orang yang sezaman dengannya, yang lebih dekat dengan peristiwa-peristiwa itu...

begini PK: pertama, bukan kami menolak Umar kerana nafsu kami dan niat2 yg tidak Islamik. tidak pula kami mereka2 sebab utk menolak Khalifah Umar. Tetapi anda sendiri melihat bahawa Allah dan RasululNya menentang perbuatan Umar tersebut. Firman Allah lah yg kami ikuti bahawa org yg menentang Rasulullah saaw akan benar2 tersesat. Lawan2 Syiah harus membuktikan bahawa ayat al-Quran ini tidak terkena kepada Khalifah Umar, dan bahawa org2 Syiah telah tersalah kerana memilih utk mengutamakan org2 lain berbanding Umar kerana Allah, RasulNya dan Ahlul Baitnya telah menolak perbuatan Umar. dan tentu anda tahu bukan bahawa Khalifah Umar jugalah yg memimpin pasukan yg menyerang rumah Ahlul bait a.s baca thread bill yg lepas esp. thread "Syiah Imamiyyah: Kenali melalui ringkasan" lihat peristiwa Saqifah. sekiranya anda bertegas utk menyintainya, Kecintaan anda pula apa dasarnya?

... dan sehingga jawatan khalifah (yang dikehendaki oleh gulungan anda) dapat pada Ali... kami juga bersetuju dan tidak menganggap satu keasingan, sehinggalah anda yang memecah-mecah belah.  Bila Ali memegang Jawatan khalifah, sepatutnya akan terlerai segala ketidak puasan gulungan anda dan rentetan berikutnya bukan lagi isu Omar atau Abu Bakar.  

jawatan khalifah berpindah kepada Imam Ali a.s memang seharusnya anda dan semua org bersetuju kerana ianya adalah perlantikan majoriti rakyat. ini berbeza dengan perlantikan Abu Bakar, Umar dan Uthman. Perlantikan Abu Bakar ditentang hebat oleh Ahlul Bait a.s, sahabat2 besar yg lain. Abu Bakar dan Umar telah meninggalkan jenazah Rasulullah saaw semata2 menuntut jawatan khalifah. ianya berlaku dalam keadaan tergesa2 seperti pengakuan Umar yg dicatatkan oleh sejarawan Islam dan al-Bukhari sendiri. Perlantikan Umar adalah melalui wasiat Abu Bakar. sedangkan sebelumnya Umar sendiri menghalang Rasulullah saaw menuliskan wasiatnya, tetapi Abu Bakar diberi ruang besar menuliskan wasiatnya buat Umar. Perlantikan Umar bukan atas pilihan org ramai. Kemudian Uthman menjadi khalifah melalui majlis Syura yg direka oleh Umar. Bill dah bercerita panjang lebar mengenainya dalam thread "Sayyidina Ali R.A pun percayakan sistem Syura" oleh Mat Kampong. dalam thread itu, bill dah kupas pasal Syura tetapi MK kemudiannya berpusing2 di sekitar wasiat pula dan ia adalah kerja2 biasa yg dilakukan oleh MK dan lain2, dan bill malas melayannya. kemudian apabila rakyat memberontak dan membunuh Uthman yg kronism dan nepotism serta menindas rakyatnya, rakyat membanjiri rumah Imam Ali a.s dan mendesak beliau menjadi khalifah. Imam Ali a.s menolak tetapi akhirnya menerima setelah didesak terus. masalah terlerai atau tidak bukanlah menjadi isu kerana kesan yg dibawa oleh 3 khalifah awal sudah cukup utk memecahbelahkan umat, dan kenaikan Imam Ali a.s dalam waktu umat begitu menyerap ideologi 3 khalifaha dalah cukup sukar di mana anda boleh saksikan sendiri bagaimana anak kepada Abu Bakar sendiri melancarkan perperangan saudara pertama dalam islam terhadap Imam Ali a.s dan juga diikuti 2 perang oleh Muawiyyahd an khawarij.

... dan dalam musim kekhalifahan Ali, mengapa sistem imam yang dikehendaki oleh gulungan anda tidak dihighlightkan, apakah kami dipaksa menerima kenyataan yang tidak benar bahawa Ali gagal/tidak berupaya melakukannya?

tidak dihiglightkan? cuba perjelaskan soalan anda.

.. sehinggalah Muaiwiyah sendiri berkuasa menegaknya anarki.  Apakah keadaan itu masih lagi disorongkan kepada Omar sehingga kini?  Seolah-olah anda benar-benar tahu 'isi penting' yang akan diwasiatkan itu... dan jika anda sendiri tahu... sudah pasti yang sezaman dengan Omar lebih tahu lagi..... siapalah mamat ini (akulah) yang cuba mencelah di sini.


memanglah org yg sezaman dengan Umar lebih mengetahui, sebab itulah berlakunya peristiwa Saqifah dan bagaimana Umar dan sahabat2nya berkerja keras menjauhkan Ahlul Bait a.s dari kedudukan yg seharusnya. anda  harus mengetahui peristiwa Saqifah terlebih dahulu utk mengetahuinya, baca juga mengenai hadis Tsaqalain, ghadir Khum dan anda akan memperolehi cerita yg sebenar lagi masuk akal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2003 11:35 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 2003-12-2 11:27 AM:
salam dan selamat hari raya
Cara beginilah terlebih baik caranya sekiranya anda memeilih utk berbincang sejak dari dulu. Pertanyaan anda kali ini lebih bersopan dan dengan cara perbincangan yg juj ...


tetapi siapakah yg sebenar mencipta perpecahan  ??
sedangkan selepas itu ..  -  selepas kepimpinan rasulluah..
Islam telah berjaya menjadi satu
tamaddun yg amat berguna , berguna didalam
melengkapkan keujodan manusia dgn ilmu2nya.

-  jadi.. apakah harus kita menolak kebenaran
agama ini ..  yg sekali gus menunjukkan
tanggung jawab yg telah sambungkan dari
kepimpinan rasuullah itu sendiri  ??

dan kemalapan syiar Islam ini juga berpunca
dari perpecahan2 yg kita cipta sendiri.
bukannya dari Islam yg kita warisi.

sekian..  wassalam.

[ Last edited by dess402 on 2-12-2003 at 11:37 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2003 11:44 AM | Show all posts
begitu juga yg aku dengar tentang cercaan
keatas saidina Abu bakar..  kerap sekali.
tapi bila pikir kembali tentang keujodan
agama Islam hari ini ..  apakah kesalahan
itu menjadi barah didalam ruh Islam ??
aku rasa tidak..  kerana  khalifah2 ini
telah telah berjanji , andainya mereka masih
berpegang kepada hukum2 Allah ..  maka
taatilah mereka.  dan andainya mereka
meninggalkannya ..  jatuhkanlah mereka.
dan aku setuju ,  Islam yg kita warisi hari
masih Islam yg suci kerana itulah janji Allah..
Islam akan terpelihara hingga keakhir zaman.

-  jadi mengapa harus kita besarkan perbedaan..
sedangkan didalam itu sebenarnya kita hanya
mencipta perpecahan.  dan apakah benar
saidina Ali reda diatas revenge oleh pengikut2nya ini  ??

..  persoalan ini akan tetap tinggal persoalan..
tetapi didalam itu kita telah bermusohan.
sekian.. wassalam.



salam dess
dess, begini. tujuan thread ini dan topik seumpamanya adalah utk mendedahkan kepada kita semua akan persoalan2 yg selama ini disembunyikan oleh sesetengah org Islam atas sebab2 tertentu. akibat disembunyikan kisah2 ini dan seumpamanya, org2 Syiah di merata2 tempat seluruh dunia dikafirkan dicerca, diasingkan, malah dibunuh kerana tidak menyebelahi sesetengah sahabat.


..
apakah kesalahan
itu menjadi barah didalam ruh Islam ??
aku rasa tidak..  kerana  khalifah2 ini
telah telah berjanji , andainya mereka masih
berpegang kepada hukum2 Allah ..  maka
taatilah mereka.  dan andainya mereka
meninggalkannya ..  jatuhkanlah mereka.

maka apakah salah org2 Syiah apabila 'menjatuhkan' mereka yg terbukti salah melalui ayat al-Quran dan hadis malah sejarah?

Islam yg kita warisi hari
masih Islam yg suci kerana itulah janji Allah..
Islam akan terpelihara hingga keakhir zaman.

anda perlu ketahui bahawa Islam hari ini telah terpecah2 dan ASWJ menyatakan selain mereka,semuanya akan ke neraka. jadi antara semua yg berpecah2 ini, amalan mereka adalah berbeza. tentu satu sahaja yg benar, mengapa tidak kita cari yg satu itu? kalau kita tidak mahu mencarinya, hormatilah pegangan yg lain, dan jangan cepat menjatuhkan hukum sesat, kafir ke atas golongan yg tidak sependapat dengan kita tanpa terlebih dahulu menyiasatnya. Anda perlu ingat juga, Rasulullah saaw berpesan agar umat berpegang kepada al-Quran dan Ahlul Baitnya dan dicatatkan oleh hadis2 sahih. sedangkan berpegang kepada alQuran dan sunnah adalah dari hadis2 yg tidak dapat dibuktikan kesahihannya! lalu mengapa umat meninggalkan yg sahih dan berpegang kepada yg sebaliknya? itu antara persoalan yg wujud akibat berlakunya perpecahan sahabat- Ahlul Bait selepas kewafatan Rasulullah saaw, dan kita hari ini carilah semula jalan asalnya!

jadi mengapa harus kita besarkan perbedaan..
sedangkan didalam itu sebenarnya kita hanya
mencipta perpecahan.  dan apakah benar
saidina Ali reda diatas revenge oleh pengikut2nya ini  ??

..  persoalan ini akan tetap tinggal persoalan..
tetapi didalam itu kita telah bermusohan.
sekian.. wassalam

soalan ini tidak akan tinggal sebagai persoalan sekiranya anda mecari jawapannya. pengikut Imam Ali a.s bukan membalas dendam tetapi ingin menegakkan agama Islam yg dibawa oleh Rasulullah saaw dan yg telah dipesan oleh Rasulullah saaw melalui Ahlul Baitnya a.s.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2003 11:54 AM | Show all posts
itu yg menjadi kepelikkan..
mengapa buleh didalam satu masyarakat ..
satu agama .. cuma berlainan bangsanya umpamanya
kurdis dan iran maupun iraq..  mereka saling
berbunuhan  ??   apakah perbedaan mereka    ??
dan apakah perbedaan itu menghalalkan nyawa mereka  ??

:stp::stp:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2003 12:32 PM | Show all posts
benar dess..
ia adalah kecenderungan manusia utk menghukum salah bagi pendapat2 yg bertentangan dengan mereka. sebab2 politik, kedengkian dan seumpamanya adalah penyebabnya. jangan pergi jauh dess, Pas yg berfahaman ASWJ menyatakans esuatu yg disifatkan UMNO yg juga ASWJ sebagai = mengkafirkan UMNO. cara penyelesaiannya ialah menyusur dan mencari semula titik perpecahan dan mengkajinya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2003 02:09 AM | Show all posts
Hoho, the Story of Umar and the Pen. Sheesh, you Shi'ites really do not know when to call it quits:

http://www.ansar.org/english/faq14.htm

Chak!

- MENJ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2003 02:16 AM | Show all posts
Klik:

Pembohongan Syiah

This is enough.

- MENJ
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2003 11:01 AM | Show all posts
Pembohongan Syiah tu bukankah versi ASWJ? Mana versi Syiah nya? Confuse orang Islam kat sini nanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2004 06:19 PM | Show all posts
salam
bill telah melihat laman web anda itu dan satu kesimpulan saja yg boleh dibuat...

dengan jawapan seperti ini anda hendak menutup mulut dan akal orang Syiah? mungkin anda perlu cari jawapan yg lebih baik dari 'Umar tak mau buat Nabi susah', atau jawapan2 lain yg tidak dapat memuaskan orang2 yg berakal.

[ Last edited by billionaire on 5-1-2004 at 06:20 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2004 06:21 PM | Show all posts
so soalan kembali menjadi

mengapa khalifah Umar bermatian menolak permintaan Rasulullah saaw?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2004 06:30 PM | Show all posts
salam
biasalah tu Lax, Syiah akan sentiasa diukur dengan neraca ASWJ. Siapa yg menetapkan demikian Wallahua'lam. padahal kalau MENJ rajin membaca lebih sikit, beliau tentu dapat memhami konsep taqiyyah oleh org2  Syiah dengan konsep Taqiyyah org2 Syiah yg direka oleh org ASWJ. kalau beliau rajin membaca dalam thread bill Syiah Imamiyyah kenali melalui ringkasan tentu beliau tidak tergesa2 mempercayai apa sahaja yg dikatakan oleh lawan2 Syiah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2004 06:48 PM | Show all posts

keanehan ASWJ

salam

tidakkah kita semua perlu berasa hairan apabila ASWJ sering mengukur kesalahan Syiah melalui ukuran mereka sendiri?

mereka mengatakan Syiah salah kerana Syiah berbeza dari mereka, atas alasan apa mereka menjadikan diri mereka sebagai tolok ukur kebenaran sehingga "Semua yg bertentangan dari kami adalah salah!"

mengapa mereka tidak melihat perbezaan mereka dengan Syiah pula sebagai punca kesalahan mereka?

[ Last edited by billionaire on 8-1-2004 at 09:28 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2004 06:52 PM | Show all posts

ikut Ahlul Bait ataupun ikut selain darinya?

salam

mari kita cuba lihat tajuk ini. kalau orang2 Syiah ada dalilnya utk mengikuti Ahlul Bait a.s seperti dalil dari hadis Tsaqalain "Kitabullah dan Ithrahku, Ahlul Baitku" (muslim, Ahmad, Nasai, Tirmidzi, Ibnu majah dll) juga hadis Ghadir dll

orang2 ASWJ pula mengapa mereka mengikuti Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali dalam fekah, dan Asy'ari (bekas seorang mu'tazilah) dan Maturidi dalam mazhab usul mereka? apa dalil2nya?

mari kita tengok dan nilaikan dengan akal yg Allah anugerahkan kepada kita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2004 06:59 PM | Show all posts

asal usul SYIAH

salam
thread ini bertujuan menjawab thread Nahzalus. Nahzalus menyatakan asal usul Syiah berdasarkan pendapat2, theory, dan khayalan musuh2 Syiah. Jadi anda sendiri boleh nilaikan lah hasilnya kan.

org2 Syiah percaya mazhab ini bermula sejak hayat suci Rasulullah saaw lagi, dan menjadi jelas selepas wafatnya. Pada hari wafat baginda saaw, beberapa org sahabat telah menyokong Imam Ali a.s dan memulaukan perlantikan Abu Bakar. Rasulullah saaw telah mewasiatkan "Kitabullah dan Ithrahku, Ahlul Baitku" kepada umat Islam, jadi mematuhi arahan itu, ada sekelompok manusia terus menerus mengikuti Ahlul Bait a.s selepas kewafatan baginda Rasulullah saaw. mereka inilah yg dikenali sebagai SYIAH.

adapun org2 selain itu, yg mengikuti org2 yg menyerang rumah Ahlul Bait a.s, yg menghalang Nabi saaw menuliskan wasiatnya, pada kemudian hari dikenali sebagai Ahlus Sunnah wal Jamaah. ada bantahan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2004 07:04 AM | Show all posts
Ada.

Sebab saya pernah dengar salah seorang AB keturunan Musa al-Kazim yang mengikuti debat Sunni Syiah yang diadakan di salah sebuat channel tv di Teluk telah menelefon dan memuji ahli panel ASWJ kerana mempertahankan mazhab AB. Beliau kemudian mencela panel Syiah dgn mengatakan merekalah perosak dan pemusnah mazhab AB.

Syiah lain mazhab AB lain. Syiah percaya kepada raj'ah. AB tak percaya dll.

WA.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2004 07:11 AM | Show all posts
Mereka kata jer mereka ikut tapi tak ikut.
S. Ali kasihkan S. Abu Bakar dan S. Umar
Syiah benci bahkan mengkafirkan mereka
Ikut apa lagu tu...

Lepas tu bila orang persoal
Syiah kata: Hadis al-Thaqalain! Hadis al-Thaqalain, dalam kitab hadis ASWJ
Bila kita baca tengok
rupa-rupanya Nabi suruh ikut al-Qur'an
dan jaga baik-baik hak AB

Tapi Syiah kata
Hanya AB sahaja faham al-Qur'an
orang lain tak boleh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2004 07:13 AM | Show all posts
Habis tu Syiah kata ASWJ salah ikut ukuran apa pula?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2004 09:14 PM | Show all posts
Salam,
nahzalus tidak mengetahui bahawa dalam SYiah, penobatan terhadap ketinggian seseorang, dan kedudukan seseorang bukanlah petunjuk kepada kebenaran. Syiah berpandukan al-Quran dalam hal ini di mana al-Quran tidak mensyaratkan dengan pertalian darah tidak mampu menyelamatkan anak Nabi Nuh a.s dari kekafiran.

raj'ah disebutkan di dalam al-Quran, dan kami tidak menemukan hadis bisa membatalkan ayat al-Quran. Sekiranya ada hadis yg bertentangan dari ini, maka ianya harus diselidiki. kami bukan seperti ASWJ yg membatalkan dan memansuhkan ayat al-Quran dengan hadis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2004 09:21 PM | Show all posts
sekiranya Syiah berpegang kepada al-Quran dan Ahlul Bait a.s sebagai penjaga sunnah Nabi saaw, maka Ahlus Sunnah berpegang kepada al-Quran dan meninggalkan AHlul Bait sebaliknya berpegang kepada as-Sunnah.  Mereka mewalikan penentang2 AHlul Bait a.s, dan mewalikan orang2 yg menentang Rasulullah saaw. Mereka merayakan hari kesyahidan Imam Hussein a.s, dan menggelarkan pembenci Ahlul Bait a.s dengan Maulana (Muawiyyah).

jelas selepas Rasulullah saaw wafat, sekelompok kecil manusia tetap berpegang teguh kepada wasiat Rasulullah saaw, dan menjadikan Ahlul Bait a.s sebagai kepala pada badan mereka. manakala yang lain memilih utk mengikuti selain AHlul Bait a.s. Mereka meninggalkan ilmu2 Ahlul Bait a.s dan meriwayatkan banyak hadis dari org lain utk dijadikan sumber agama mereka. mereka meninggalkan Imam jaafar dan mengikuti mazhab2 selain daripadanya.

selepas tidak punya jalan, mereka menuduh Syiah bukanlah pengikuti Ahlul Bait! Tuduhan ini samalah seperti org2 yg mengatakan "Pengikut mazhab Syafiie tidak mengikut bukan pengikut Syafi'e"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2004 09:26 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 2004-1-8 07:13 AM:
Habis tu Syiah kata ASWJ salah ikut ukuran apa pula?


Rasulullah saaw bersabda: "Aku tinggalkan kalian dua bekal, sekiranya kamu berpegang kepadanya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya: Kitabullah dan ithrahku, Ahlul Baitku"

llalu mengapa anda mengambil selainnya?

[ Last edited by billionaire on 8-1-2004 at 09:28 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193094 Replies : 4473
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 4975 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.074725 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list