CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: edy137

Hadith

[Copy link]
Post time 27-11-2014 11:13 AM | Show all posts
edy137 posted on 19-11-2014 05:21 PM
yups... memang hadith memecahbelahkan manusia...

HADITH = FITNAH AKHIR ZAMAN

HADITH = FITNAH AKHIR ZAMAN

betul ke ni???
atau manusia je yg tak mau faham betul2
apa kaitannya Hadith dgn kehidupan
dan berkaitan AL QURAN



cubalah ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 10:13 AM | Show all posts
mashimaru83 posted on 25-11-2014 09:14 PM
Secara logikalnya, apabila Nabi s.a.w menyampaikan suruhan solat, pastilah Nabi s.a.w. sendiri mel ...

Dear bro,

Suruhan solat itu sudah ada sejak zaman nabi Ibrahim.
Nabi Muhammad hanya melanjutkan solat yg sudah ada, nabi Muhammad tak buat solat versi baru.

Please check Quran.


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 04:24 PM | Show all posts
kid posted on 28-11-2014 10:13 AM
Dear bro,

Suruhan solat itu sudah ada sejak zaman nabi Ibrahim.

Kedua-dua nabi yg kita sanjungi sudah tiada pada zaman ini. Persoalannya, bagaimana bro bersolat? Bagaimanakah tatacara solat bagi org yg tidak mengikut Hadith? Daripada mana tatacara tersebut diketahui/dipelajari (i.e. bila rukuknya, bila sujudnya, etc.)

Bro belum lagi menjawab persoalan in secara spesifik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 11:02 PM | Show all posts
Bro Mashimaru,

Soalan tu (cara salat) mungkin banyak ditanyakan kepada Nabi Muhammad juga, dan Nabi Muhammad tak buat cara salat baru. Cara salat tu dah ada sejak zaman nabi Ibrahim. So nabi Muhammad hanya teruskan salat seperti nabi Ibrahim buat.
So pada masa tu, salat bukan sesuatu suruhan baru, tapi dah sedia ada.

Hadith pula tak lengkap dalam hal menerangkan tata cara salat, ada pulak yang bercanggah.
So sebenarnya salat itu pun tak boleh jugak ikut hadit semuanya.

Quran ada bagi cara salat, waktu salat, dan bacaannya. Tetapi kerana pandangan umum salat itu diterangkan hadith, so cara salat mengikut Quran terus tak diikut.

Saya bagi contoh satu saja, dalam Qur'an Allah kata ada 3 waktu salat, Fajar, Wusta dan Isa.
Takde pulak saalat Asr dan magrib.
So hadith kata ada salat Asr dan magrib, walhal hadith lain pulak kata salat Wusta itu sama dengan Asr, jadi hadith pun bercanggah sesama sendiri.

So dalam bab salat, saya ikut Quran saja, dan salat dalam Quran lebih kepada communication kepada Allah, bukan dekat amana letak tangan, macamana tinggi tangan masa nak rukuk, macamana duduk antara dua sujud, macamana i'tidal, macamana besar kangkan kaki, semua tu tak penting kalau ikut Quran, semua tu ada aturan dalam hadith saja.

So kalau bro kata macamana salat dalam Quran (macamana nak letak tangan, kangkan kaki, i'tidal etc) semua tu memang takkan jumpa. Kerana apa yang penting dalam Quran bab salat ni berbeza dengan yang ada dalam hadith.
So pengikut hadith akan kata Quran ni tak lengkap, kerana tak jumpa apa yang biasa mereka buat dalam Quran.

Saya rasa itu je bab salat, kalau nak tau bro sila baca sendiri Quran, kitab Qurankan kitab bro jugak, takkan taknak baca kot?





Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:19 AM | Show all posts
kid posted on 30-11-2014 11:02 PM
Bro Mashimaru,

Soalan tu (cara salat) mungkin banyak ditanyakan kepada Nabi Muhammad juga, dan Na ...
kid
So dalam bab salat, saya ikut Quran saja, dan salat dalam Quran lebih kepada communication kepada Allah,
Saya tahu bro ikut Al-Quran sahaja, tapi bro tidak terangkan apa yg bro buat semasa solat tersebut. Jika bro katakan communication, apakah communication tersebut? Kami jugak berkomunikasi dgn Allah semasa bersolat. Maaf saya katakan, setakat ini bro hanya bergeneralisasi sahaja, tiada jawapan yg jelas.

Pukul berapakah waktu Wusta itu?

Saya berpendapat bro keliru, 'perbezaan' tidak semestinya membawa maksud 'percanggahan'. Boleh jadi perbezaan tersebut dibenarkan, jadi tiada percanggahan berlaku.

kid
So dalam bab salat, saya ikut Quran saja, dan salat dalam Quran lebih kepada communication kepada Allah, bukan dekat amana letak tangan, macamana tinggi tangan masa nak rukuk, macamana duduk antara dua sujud, macamana i'tidal, macamana besar kangkan kaki, semua tu tak penting kalau ikut Quran, semua tu ada aturan dalam hadith saja.
Itu adalah interpretasi bro sahaja. Refer Al-Quran 2:43, apabila dikatakan rukuk bersama dgn orang yg rukuk, sudah tentulah penting utk tahu bila utk rukuk supaya kita boleh sama-sama rukuk dgn org yg rukuk, bukan? Jadi bagaimana/bila bro rukuk? Apakah reference bro?


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 04:31 PM | Show all posts
mashimaru83 posted on 1-12-2014 08:19 AM
Saya tahu bro ikut Al-Quran sahaja, tapi bro tidak terangkan apa yg bro buat semasa solat tersebut ...

Bro mashimaru,

Bila bro kata salat menurut Quran tak terang dan generalisasi saja, itu saya tak boleh nak jawab.
Bagi saya Quran dah terang dan spesifik.

Wusta itu menurut Quran waktunya lebih kurang tengah hari sampai nak masuk Magrib.
Kalau bro kata ini bercanggah, bercanggah dengan apa bro? Takkan Quran kena ikut "waktu" yang lain pula?

Itu adalah interpretasi bro sahaja. Refer Al-Quran 2:43, apabila dikatakan rukuk bersama dgn orang yg rukuk, sudah tentulah penting utk tahu bila utk rukuk supaya kita boleh sama-sama rukuk dgn org yg rukuk, bukan? Jadi bagaimana/bila bro rukuk? Apakah reference bro?


Ini satu problem yang dihadapi pengikut hadith, bertanya pasal hal-hal yang tak perlu ditanya/diterangkan.
Kalau Allah kata ruku' apa nak diterangkan bro. Ruku' saja lah.

Ada pula yg tanya macamana berdiri? Kita dah belajar berdiri sejak dari kecik lagi, dah berlari pun, apasal tanya macamana cara berdiri?
Apasal bro masih tanya macamana ruku'? Apa yang susah sangat pasal ruku'?

Saya bukan menuduh atau apa, tapi bro kena ingat, masa kaum Bani Israil disuruh Allah untuk sembelih sapi, diaorang tanya macamana nak sembelih? (apa susah pula nak tanya cara sembelih), lepas tu mereka tanya apa warna nya. Walhal Allah tak ada sebut mesti warna apa, tapi diaorang terus tanya hal-hal spesifik yang Allah tak tentukan, sampai mereka hampir tak jadi nak sembelih sapi.

So macam tu juga dengan salat, Allah suruh berdiri, ruku', sujud, lepas tu sekarang banyak pula yang tanya macamana berdiri, macamana ruku', macamana sujud, macam pertanyaan kaum Bani Israil yang tak habis-habis.

Quran tu untuk pengajaran, jangan ulangi lagi silap yang dah dibuat kaum bani Israil.

Semoga bro paham maksud saya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2014 09:51 PM | Show all posts
kid posted on 1-12-2014 04:31 PM
Bro mashimaru,

Bila bro kata salat menurut Quran tak terang dan generalisasi saja, itu saya tak ...
kid
Bila bro kata salat menurut Quran tak terang dan generalisasi saja, itu saya tak boleh nak jawab.
Bagi saya Quran dah terang dan spesifik.
Yg saya katakan bergeneralisasi itu adalah bro, dan bukannya Al-Quran. Interpretasi bro tidak boleh disamakan dgn ayat Al-Quran. Itu adalah dua perkara yg berbeza.

Macam inilah, bro menolak hadith kerana bro katakan ianya berbeza dgn Al-Quran. Memanglah ayat-ayat hadith 'berbeza' dgn ayat-ayat Al-Quran, tetapi bro tidak boleh semudah itu menolak hadith tanpa basis yg jelas. Begitu juga apabila bro katakan 'lebih kepada communication dgn Allah'; Ya, bro cuba menerangkan ayat Al-Quran (ayat apa yg berkata demikian ye?), tetapi jika menggunakan kaedah reasoning bro, saya juga boleh katakan apa yg bro sampaikan itu adalah berbeza dgn Al-Quran, iaitu tiada satu pun ayat Al-Quran mengatakan seperti yg bro katakan, maka ianya adalah kontradiksi dan haruslah ditolak ketepi.

Nampak tak? Hujah bro ni tiada justifikasi yg jelas. Maaf saya katakan, bro cuma mencari sebab utk menolak Hadith tetapi dalam masa yg sama bro tidak perasan yg bro juga tertolak hujah sendiri. Ini dikatakan flawed reasoning.

kid
Wusta itu menurut Quran waktunya lebih kurang tengah hari sampai nak masuk Magrib.
Kalau bro kata ini bercanggah, bercanggah dengan apa bro? Takkan Quran kena ikut "waktu" yang lain pula?
Saya tidak bermaksudkan Al-Quran kena ikut "waktu" yg lain. Saya bermaksudkan pemahaman bro itu. Apabila berlaku yg bro katakan 'perbezaan' antara hadith, tidak semestinya 'perbezaan' itu membawa maksud percanggahan yg salah. Itu adalah kesimpulan yg terburu-buru.

kid
Saya bukan menuduh atau apa, tapi bro kena ingat, masa kaum Bani Israil disuruh Allah untuk sembelih sapi, diaorang tanya macamana nak sembelih? (apa susah pula nak tanya cara sembelih), lepas tu mereka tanya apa warna nya. Walhal Allah tak ada sebut mesti warna apa, tapi diaorang terus tanya hal-hal spesifik yang Allah tak tentukan, sampai mereka hampir tak jadi nak sembelih sapi.

So macam tu juga dengan salat, Allah suruh berdiri, ruku', sujud, lepas tu sekarang banyak pula yang tanya macamana berdiri, macamana ruku', macamana sujud, macam pertanyaan kaum Bani Israil yang tak habis-habis.
Contoh Bani Israel yg bro bawa ini adalah tidak tepat. Kerana apa yg bro katakan itu adalah dalam konteks hal-hal spesifik yg Allah tak tentukan. Dalam Al-Quran, sudah terang lagi bersuluh bahawasanya kita secara spesifiknya harus ikut Nabi (perbuatan, ajaran, etc.). Bagaimanakah kita hendak mengikut Nabi? Iaitu dgn mengikut ajaran-ajaran yg dibawa oleh Nabi termasuk Al-Quran dan juga Hadith yg mengandungi pengajaran daripada Nabi. Jadi adalah tidak tepat utk bro membuat persamaan dgn kes Bani Israel. Jelas, ianya konteks yg berbeza.

Boleh bro bawakan ayat Al-Quran yg mengatakan Bani Israel bertanya 'macamana nak sembelih?'

Last edited by mashimaru83 on 1-12-2014 09:59 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2014 11:17 AM | Show all posts
ikut hukum Tuhan, maka ikutlah AQ only!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 11:57 AM | Show all posts
edy137 posted on 4-12-2014 11:17 AM
ikut hukum Tuhan, maka ikutlah AQ only!!!

Boleh tunjukkan ayat Al-Quran yg secara spesifik berkatakan sedemikian?


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 01:25 PM | Show all posts
Bro mashimaru, semua pertanyaan bro tu dah ditanya oleh bro sam, dan saya dah jawab juga (dalam thread lain), semua ayat Quran yg berkaitan juga dah dikemukakan. So sila bro baca kat thread "Kenapa Quranist ditolak di Malaysia?"

So kita tak membazir masa, lepas tu boleh bro tanya pulak jika bro ada pertanyaan lain pasal salat.
Sebaik-baik pertanyaan terus kepada Allah bro, kerana Allah yg bagi guidance, saya bukan guide bro, saya boleh silap.
So bro sila buka Qur'an semua dah detail dekat situ, kalau ada yg tak paham boleh kita dikusi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.320756 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list