CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sivagovin

soalan dari non-muslim

[Copy link]
Post time 17-8-2010 03:26 PM | Show all posts
Pendekatan kau dlm pengetahuan Islam tidak sama dgn aku... Dan pendekatan saudara Neptune dlm hal ag ...
S.A.M Post at 17-8-2010 14:46


yup ... pengetahuan islam aku berlandasan quran dan hadis.. dan nk belajar ilmu2 quran dan hadis pun kene mempunyai guru.. ilmu2 nih ilmu agama Allah.. kalau tersalah buat dalam beramal apa lah guna??? dah la sesat.. berdosa.. amalan pula tak diterima.. yg bahaya sekali.. kita beramal tapi dilaknat pula kerana amalan tuh.. na'udhubillah....



pemikiran aku tak perlu agama islam nk buat perbandingan dengan agama lain.. ISLAM IS PERFECT!!! .. yg cakap tak perfect tuh mereka betul percaya ka??


Burak sebenarnya maksudnya adalah "BORAK"(in other word BOHONG) dan "BURUNG" pula yg ada pd lelaki (kemaluan)...yg dikatakan "menaiki burak" adalah hanya kiasan saja... bagi mereka yg faham tentang Irak Mikraj sebenarnya bukan begitu...


Dalam hadis sahih Nabi Muhammad S.A.W mengatakan "Aku dibawa oleh Buraq, yang merupakan haiwan putih dan panjang, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal" kenapa pulak kau nk kata kiasan tuh? dan kalau aku tak silap sebutan "buraq dalam bhasa arab bermaksud kilat" .. x pernah dengar pulak bermaksud borak/bohong nih.. minta kau tolong jelas kan..  aku nk tahu jugak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2010 03:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by S.A.M at 17-8-2010 15:30

Reply 569# Neptune
terimakasih.saya bertanya kerana saya tak yakin wujudnya hantu, syaitan, iblis dan jin ni semua.
Ini perkara ghaib yg sukar mau diterima oleh akal yg sihat...melainkan dgn "mata hati" maka terhijab lah perkara ghaib ini....

semasa bulan ramadan seperti sekarang ni pun maksiat berleluasa. tak ada bezanya dgn bulan2 yg lain. bezanya mungkin kesedaran pada bulan ramadan ni lebih ditekankan.
Betul....sekiranya tak ada Ramadan (Rukun Islam & Iman) masyarakat Islam tonggang terbalik.....akan terjadi seperti kaum2 yg terdahulu sebelum Nabi Muhd...

saudara mengatakan jin/syaitan boleh merasuk manusia dgn pertolongan manusia itu sendiri.... dan walaupun tidak digalakkan oleh islam, manusia masih dapat mengguna atau meminta pertolongan jin/syaitan.... dan tidak terlepas segelintir umat islam itu sendiri.....
Kebykkan berlaku dlm masyarakat benua ini... walaupun sudah 700 ratus thn beragama Islam masih ada bekas fahaman nenek moyang agama "Hindu"

setakat ini, puak zionis yahudi adalah antara musuh utama umat islam.... hati umpama dirobek2 bila baca ttg kekejaman yahudi ni... dan setengahnya kalau makhluk yahudi tu ada depan mata, maunya diganyang sampai mati....
Kebykkan org2 Islam tidak faham istilah YAHUDI... Yahudi dan Bani Israelite disamakan maknanya...Asal usul Bani Israelite adalah dari salah satu anak Nabi Yakub 12 saudara...termasok Nabi Yusof dan Nabi Benjamin...dan telah dipimpin keluar oleh Nabi Musa dari seksaan Firaun Mesir.... dan perkataan Yahudi ini pula timbul sewaktu Nabi Isa ngadap mereka dlm seisi soal jawab.... sahingga zaman Nabi Muhd juga mereka ini disebut Yahudi...

Walhal YAHUDI ini ada kpd setiap kaum tak kira agama dan bangsa termasok org2 Islam sendiri.. Dikalangan Islam juga ada YAHUDI ISLAM....

so, antara ramai2 umat islam didunia ni, tak semuanya yg berpegang teguh pada ajaran, dan mungkin ada segelintir yg sedikit terpesong yg akan terdorong utk menggunakan khidmat jin2 ini utk menghapuskan musuh....
tapi sampai sekarang, semuanya menggunakan bom, senjata api maupun batu-batu sahaja.... kalau ramai yg sudah berubat dgn dr harun din utk menghapuskan kerasukan jin dan sebagainya utk membuktikan kerasukan jin ini wujud, mengapa mereka yg mengamalkan amalan menggunakan jin ini tidak digunakan untuk memerangi yahudi????
Nabi Sulaiman gunakan JIN dan Binatang sebagai tentera utk mengalahkan musuh...ini mujizat beliau...perkara ini masih boleh berlaku disebarang zaman apabila dikehendakki....hanya org yg tertentu saja cthnya anbiya, wali2 yg boleh lakukan... bukan mcm Dr Harun dan lain2 gunakan Jin utk perubatan atau utk tujuan lain..

sya lebih percaya kewujudan hantu, syaitan, iblis dan jin itu hanya dari pemikiran seseorang yg didorong oleh kepercayaannya.
Kepercayaan syirik yg masih diamalkan oleh masyarakat benua ini..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 03:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by S.A.M at 17-8-2010 15:54

Reply 577# Neptune
seperti yg pernah saya postkan dulu.... ini seolah ada double standard kan?pintu taubat bagi manusia sekali hayat dikandung badan, tapi iblis belum mati lagi dah ditentukan neraka.

ada pulak yg mengatakan yg Allah itu maha mengetahui, dan sudahpun tahu yg iblis tidak akan bertaubat... jadi wajarlah dijanjikan neraka....bukankah Allah juga tahu apa akan terjadi kpd manusia... tapi masih juga diberi peluang....

dan akhirnya, jawapan akan berkesudahan dgn.... itu adalah ketentuan Allah... perkara ghaib... jadi sebagai manusia, kita tak perlu persoalkan....pemikiran manusia berlandaskan logik... tapi kebanyakan persoalan dalam mencari kebenaran akan berakhir dgn "ianya perkara ghaib"... itu tidak sealiran dgn logik... dan jika ianya tidak sealiran dgn logik, maka ianya hanyalah kepercayaan sebegitu sahaja.... tanpa ada asas melainkan kepercayyan itu sendiri.... dan saya yakin selepas ini, jawapan pasal udara akan dikeluarkan...
Aku setuju dgn kau...mereka berlandasan apa yg tersurat dlm Quran bukan nyg tersirat...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 05:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 17-8-2010 18:01

persoalan iblis masuk neraka janganlah sampai kita termasuk golongan jabariyah(melampau dlm berserah pada takdir)

atau qadariyah( melampau dalam menolak takdir.)

okay.


persoalan ilmu kasyaf(nampak tembus ghaib) pula jgn lah sehingga kita lari jauh dari sunnah.

sesetengah org dgn 'laduni' akan nampak pluralism sbg jawapan.

padahal , sesuatu yg mungkin kita tidak budget, ialah sebenarnya Islam telah mendahului idea pluralism.

org pluralism mungkin terfikir mereka baru nampak yg tersirat sebagai jawapan baru, padahal yg tersurat dari Al-Quran dan sunnah dah mendahului apa yg mereka fikirkan sebagai "tersirat" hanya melalui ayat2 yg "tersurat".

yakni ayat2 biasa2 sahaja.

mencari yg tersirat tidaklah boleh dihalang, sesiapapun berhak menimbangkan atau berfikir.

sy juga pernah mempercayai pluralism/panteism sebagai pegangan, namun syukur, akhirnya jumpa jalan yg biasa saja, yg kita anggap ketinggalan. iaitu jalan yg tersurat berkali2 dlm Al-Quran dan sunnah iaitu jalan yg lurus dan menyedari jalan2 yg lain2 itu diiktiraf , bukan sebagai mengarut tetapi mmg benar2 ada.

cuma masalahnya ialah  ia adalah jalan2 syaitan,  masyur dari hadis  :

  [size=-1]"Rasulullah membuat garis dengan tangannya lalubersabda, 'Ini jalan Allah yang lurus.' Lalu beliau membuat garis-garisdi kanan kirinya, kemudian bersabda, 'Ini adalah jalan-jalan yang sesattak satu pun dari jalan-jalan ini kecuali di dalamnya terdapat syaitanyang menyeru kepadanya. Selanjutnya beliau membaca firman Allah yangbermaksud, 'Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yanglurus maka ikutilah dia janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yanglain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yangdemikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertakwa."(Al-An'am: 153) (Hadis shahih riwayat Ahmad dan Nasa'i)


mungkin hadis ini nampak biasa2 saja, terutama bagi golongan2 yg berfikiran kritikal kerana mereka perlukan jawpan lebih dari ini.
namun, yg tersirat di dlm hadis ini sebenarnya agak tersurat namun cukup tegas kepada ilmu2 tersirat2 yg menyeleweng.

dan ilmu2 yg tersirat yg terseleweng itu bukan pula bodoh2, bahkan cukup dan benar2 intelektual...itu mmg diakui.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 06:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by gondang_9 at 17-8-2010 18:23

Reply 604# ussopp

ye Islam memang mewajibkan kita beriman/percaya kepada perkara ghaib.. dan ade juga orang yang Allah s.w.t kurniaan ilmu2 tentang perkara ghaib..

tapi ade kalau ade orang mengatakan dia tahu akan perkara ghaib itu dan perkara yg dikatakan itu bersimpang dari kenyataan quran dan hadis.. boleh kah ianya diiktiraf??, dan kalau ianyanya menyebabkan orang2 tersesat bukankah amat besar dosa itu?? Astargfirullah..   


Wallahu'alam..



















Semoga Allah berikan kita ilmu yg bermanafaat dan selamat berbuka..amiin
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 06:38 PM | Show all posts
Saudara .... pertanyaan, perbincangan, persoalan yg diajukan oleh saudara Neptune ...menunjukkan beliau adalah seorg "Atheist"....yg mempunyai latar belakang agama... Kamu berilah hujah2 dgn beribu2 ayat Quran dan Hadis... Neptune tak kan terima dgn begitu mudah  diterima akal logik nya itu... Melainkan secara Realistic Vision...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2010 07:11 PM | Show all posts
Reply 605# gondang_9

benar, setinggi mana pun ilmu kasyaf, kalo menyanggahi sunnah dan hadis = sesat dalam ilmu.(umum)

kalau nak perincian, kena berhujah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 07:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 17-8-2010 19:17

Reply 606# S.A.M

benar2......

sungguh sy benar2 memahami keadaan ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2010 06:08 PM | Show all posts
Reply 581# 7anan

key point dia kena pecaya....itu sajork...mmg idop nih kena guna logical reasoning tp bila dtg pada nak beragama, pecaya itew lah kata kunci dia....itew pasai agama namanya kepercayaan...belief

hang nak anut apa2 pong kena pecaya sbb menda2 tuh takdak logics...dlm logika kita guna premis hat betoi n zahir, tak buleh menda2 ghaib nih pasai kita xnampak.itu aku setuju...

tp bila nk beragama, itu pasai muncui pekataan iman n faith tuh..kepecayaan....dlm ayat tadi, kena pecaya dolu baru kita dapat PETUNJUK...ini Islam ajaq....mmg hang tak nampak bokti...takdak bukti2 nih..

hang nak kata jumud ka pak turot ka kita pedoli hapa....aku pong jenih worang critical jugok tp sbb dh ajaran islam nih lagu tuh n aku nk anut agama nih...aku TRY dolu....hang nak masok hang kena pecaya...kalu tak mo pecaya lantaklah...sbb key dia:

pecaya dolu................itew syarat asas dia....ini nk tengok setara mana kita ponya KEIKHLASAN tuh.....
then baru dapat petunjuk....

bukankah itu berlawanan dengan kecenderungan manusia....
iaitu untuk mendapat petunjuk dahulu untuk keyakinan, then barulah meletakkan kepercayaan?
apatah lagi dalam hal yg besar seperti menentukan agama yg akan dianuti?


apa yg dapat dilihat sekarang, kemungkinan untuk seseorang itu bertukar ke agama lain dari agama asal dia dilahirkan dan dibesarkan adalah begitu tipis sekali.... satu bentuk asas pemikiran (ataupun bias) sudah terbina sejak kecil.... orang islam dgn asas kepercayaan islamnya, kristian dgn asas kristiannya, yahudi dgn asas kepercayaannya... begitu juga penganut hindu, buddha dan sebagainya.... semuanya sudah diadaptasi untuk mempercayai agama merekalah sahaja yang betul...
jadi, kalau agama dikatakan adalah tahap teratas dalam hidup manusia kerana ianya yg menentukan yg bakal terjadi kpd manusia di akhirat nanti, maka perkara "percaya dulu" tersebut tidak akan mengembangkan mana2 agama pada masa sekarang....


maksudnya, kalau seorang manusia itu dilahirkan didalam keluarga kristian... dan seterusnya dibesarkan didalam kepercayaan kristian... kemungkinan besar dia akan mati beragama kristian... sama juga dengan seorang islam...


jika itulah kebenarannya... dan sekiranya islam itu agama yg betul, maka beruntunglah sesiapa yang dilahirkan dikalangan keluarga islam dan dibesarkan dalam suasana islam....
dan sebaliknya, amat malanglah manusia2 yg dilahirkan bukan dari ibubapa yg beragama islam??
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 07:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by Neptune at 19-8-2010 19:52

Reply 587# nickname

Begitu juga dengan turunya agama, "jika dilihat secara geografis, jawabannya adalah karena wilayah Arab berada pada posisi di tengah, oleh karena itu disebut wilayah Asia Tengah." Jawaban yg simpel tapi menjawab semuanya. Dengan diposisi tengah ini, agama mudah berkembang ke kanan ataupun ke kiri, atas bawah dsb.

Lantas kenapa harus bangsa Arab?, orangtua itu berkata,"Kita kesampingkan dahulu sifat bangsa Arab yg jahiliyah. Kita lihat sifat bangsa Arab yg selalu berkelana, berpindah-pindah tempat (musyafir), dan berdagang. Jadi kenapa harus bangsa arab, semuanya itu ada alasannya, yaitu karena sifat bangsa arab yg selalu berkelana, berpindah-pindah tempat (musyafir), dan berdagang. Kita bisa lihat dalam sejarah masuknya agama (contoh islam) ke suatu wilayah (Indonesia), semua itu dibawa lewat proses berdagang.
    timur tengah dikenali sebagai asia barat, bukannya asia tengah... mungkin saya tersilap.


dan setelah >1431 tahun, ianya telah berkembang ke afghanistan, pakistan, bangladesh, indonesia, malaysia, sebahagian india, sebahagian china.... selain itu masih tertumpu kepada "asia tengah" itu sendiri.... tak ada satupun negara di benua amerika (utara & selatan). bukankah itu satu keputusan yg tak seperti yang dirumuskan? rasanya kristian lebih menyeluruh kalau itu yg diperkatakan...


jadi mengapa timur tengah? ini view saya...
bermula dgn bani israel yg memulakan agama yahudi untuk kaum mereka... mereka percaya kepada satu tuhan dan rukun2 kepercayaan mereka tidak jauh berbeza dgn rukun iman didalam islam didalam kepercayaan kepada tuhan yg satu...
mereka juga percaya kepada peristiwa 'korban' tetapi percaya nabi ishak yg sepatutnya dikorbankan dan bukannya nabi ismail...
bani israel adalah dari keturunan nabi ishak, dan bangsa arab pula dari nabi ismail....
tetapi agama yahudi hanyalah untuk bangsa yahudi itu sendiri.... ada pun kebenaran utk 'org luar' convert kpd agama yahudi, tapi tidak setaraf... oleh sebab itu agama yahudi tidak begitu berkembang...


nabi isa adalah dipercayai dari keturunan bani israel juga.... melihat kepada perkara diatas, perubahan dilakukan kepada kepercayaan yahudi tersebut supaya lebih terbuka kpd seluruh umat manusia.... maka terbentuklah revision baru yg berkonsepkan trinity... satu konsep yg agak kompleks.... kitab2 agama yahudi masih diterimapakai dalam agama kristian....


seterusnya islam.... berbanding yahudi yg mengagungkan bani israel (dari nabi ishak), islam pula lebih 'mengangkat' bangsa arab (dari nabi ismail).... sedangkan keduanya dari nabi ibrahim....


bukankah disini  menampakkan isu ke'bani'an itu sendiri.... semacam sibling rivalry... yahudi dan kristian dari bani yg sama berbanding islam.... dan keadaan sekarang lebih menyerlahkan perkara ini daripada perbezaan agama itu sendiri.....




berkenaan hari suci/agung bagi yahudi, kristian dan islam.....
yahudi dan kristian percaya (mengatakan) tuhan menjadikan dunia ini mengambil masa selama 6 hari (ahad - jumaat)..... dan berehat pada hari ketujuh (sabtu).....
maka itu, yahudi meletakkan hari sabtu sebagai hari suci....
kristian pula mengubahnya kepada hari ahad... tidak pula dikatakan mengapa....
manakala islam meletakkan hari jumaat sebagai penghulu segala hari....
tapi semuanya berdasarkan 7 hari seminggu.....
adakah islam juga percaya dunia ini dijadikan dalam masa 6 hari sebagaimana kepercayaan yahudi dan kristian?
kalau tidak, mengapa islam juga mengadaptasi konsep 7 hari seminggu ini?
jangan pula kata ini tiada signifikan.... kerana umat islam melakukan sembahyang jumaat sekali seminggu...
nabi adam dijadikan pada hari jumaat... kiamat juga pada hari jumaat...
dan jumaat adalah sebahagian dari seminggu....
jadi konsep seminggu itu amatlah besar kalau dilihat dari segi itu...kalau konsepnya sama, mengapa perlu 6 hari sedangkan dgn kun faya kun, semuanya boleh berlaku dgn serta merta?


dan seandainya ketiga2 agama ini dari langit (dari sumber yg sama), mengapa hari sucinya berbeza?
hari jumaat adam dijadikan, dan juga akan berlakunya kiamat....
mengapa tidak dijadikan jumaat itu hari agung/suci kpd ketiga2 agama?
ataupun ini sebahagian dari kandungan kitab asal yg telah diubah olen yahudi dan kristian?
bagi saya, ianya lebih menampakkan 'sibling rivalry' itu sendiri... yg berlaku dari manusia itu sendiri.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 07:50 PM | Show all posts
Nampak sangat kau ni membayangkan keupayaan Tuhan sebagai keupayaan seorang magician, sekelip ma ...
blastoff Post at 16-8-2010 16:56


apa bezanya kejadian nabi isa diangkat kelangit dengan dengan kejadian mikraj nabi muhamad?bukankah keduanya diangkat kelangit?
kalau nabi isa diangkat kelangit seumpama dgn keupayaan seorang magician, kenapa nabi muhamad perlu menaiki burak?
tak nampak relevan nya pun... itu je soalannya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 07:59 PM | Show all posts
Ada kau nampak kat memana iblis minta ampun kah ?



Syaratnya dia kena la minta ampun , ka ...
blastoff Post at 16-8-2010 14:43


saya simpulkan disini....
manusia dan jin, selagi belum mati, pintu taubat masih terbuka.... bukan begitu?
dan iblis adalah keturunan jin, dan iblis belum mati... jadi kenapa pintu taubat nya sudah ditutup?

tak apalah... tak perlu jawap...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 08:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by Neptune at 19-8-2010 20:33

Reply 597# S.A.M

Betul kata kamu itu...Syurga dan neraka "menyerupai keadaan dibumi....."

mengapa harus menyerupai keadaan dibumi????
manusia dan jin tidak dapat hidup di akhirat yg tidak menyerupai bumi???


sehingga sekarang, kisah penemuan 'alien'....
semua gambaran 'alien' tersebut mesti ada mata, telinga... dan kebanyakkannya berkaki dan bertangan seperti bentuk manusia....
kadang2 ditokok tambah dan diberi perubahan seperti warna dan sebagainya....
kesimpulannya masih berbentuk humanoid.....
itu batasan pemikiran manusia....


so, gambaran keadaan disyurga dan neraka juga sebegitu.....
sungai dari susu untuk membezakan dari sungai2 didunia ini.....
tapi asasnya masih lagi sungai.... sepertimana bentuk humanoid diatas....
sungai2 dari arak tapi tidak memabukkan....
sedap sangatkah arak itu????
tak adalah sedap manapun... kebanyakkannya meminum arak kerana kesannya (feel good feeling) tapi berlebihan akan memabukkan....
jadi, sungai arak yg tidak memabukkan disyurga???? yg tinggal hanyalah rasa yg entah apa-apa...


kalau gambaran sedemikian utk syurga & neraka diterangkan didalam quran, ianya lebih berbau kemanusiaan....
andainya diturunkan sekarang, mungkin ia berbaur hitech....


begitu juga gambaran tentang burak


Dalam hadis sahih Nabi Muhammad S.A.W mengatakan "Aku dibawa oleh Buraq, yang merupakan haiwan putih dan panjang, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal"


bukankah gambarannya terlalu duniawi???? dan terhad kepada perspektif pada zaman tersebut????
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 08:51 PM | Show all posts
setahun dalam takwim hijrah berbeza 11 hari berbanding setahun masehi....

tahun masehi bukan berasal dari agama kristian tetapi diadaptasi dari masyarakat rom oleh penganut kristian....
adakah islam memilih takwim hijrah hanya kerana untuk berbeza dari kristian?

tahun masehi berlandaskan tempoh satu pusingan bumi yg berputar mengelilingi matahari....
dan kejadian dibumi banyak depengaruhi oleh kejadian ini....
4 musim di sebahagian bumi ini umpamanya... musim bunga, panas, luruh dan dingin....
manakala disekitar malaysia ini, tiupan angin monsoon tertentu berlaku pada masa tertentu....
kesemua itu dapat di anggar dgn baik menggunakan kalendar masehi....
petani2 perlu tahu bila sesuai utk menyemai benih....
pelayar perlu tahu bila angin monsoon barat daya bertiup, umpamanya....
kalendar masehi boleh membantu perkara sebegini....

tapi mengapa islam menggunakan kalendar hijrah?
apa signifikannya kepada kehidupan manusia selain utk menentukan ramadan, haji dsbnya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 05:12 AM | Show all posts
Reply  S.A.M

Betul kata kamu itu...Syurga dan neraka "menyerupai keadaan dibumi....."

mengap ...
Neptune Post at 19-8-2010 20:24
Nampaknya kau ni gasak buta....asal boleh bercakap je...ikutkan sedap mulut... tanpa gunakan akal yg sihat... kau teruskan hujah2 sain kau dgn yg lain... lagi aku terangkan lagi mereka (Muslim) termasok kau nanti melinting...

Sebagai cthnya.... syurga dan neraka tidak wujud selepas kematian kau... cukup disini saja...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 09:22 AM | Show all posts
bukankah itu berlawanan dengan kecenderungan manusia....
iaitu untuk mendapat petunjuk dahulu untuk keyakinan, then barulah meletakkan kepercayaan?
apatah lagi dalam hal yg besar seperti menentukan agama yg akan dianuti?


Neptune Post at 19-8-2010 18:08


Iman/kepercayaan penting bg umat islam.. tpi islam juga mengalakkan umatnya berfikir akan kejadian alam termasuk kejadian diri.. Aku tanya kau.. berbilion-bilion planet2 diluar sana ade saintis jumpa satu pun planet yang boleh didiami?? atau pun ade makhlukh2 hidup yg dijumpai?? adakah perkara ini secara kebetulan?? atau pun ianya adalah ciptaan Allah?? ko kan ilmiah x reti nk fikir?

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di dunia ini sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka,siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya" al kahfi : 7
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2010 09:24 AM | Show all posts
apa bezanya kejadian nabi isa diangkat kelangit dengan dengan kejadian mikraj nabi muhamad?bukan ...
Neptune Post at 19-8-2010 19:50


Nabi Isa A.S dan Nabi Muhammad S.A.W diangkat Kelangit untuk tujuan apa ade engkau fikir..??
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 09:32 AM | Show all posts
Dalam hadis sahih NabiMuhammad S.A.W mengatakan "Aku dibawa oleh Buraq, yang merupakan haiwanputih dan panjang, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil daribaghal"


bukankah gambarannya terlalu duniawi???? dan terhad kepada perspektif pada zaman tersebut????
Neptune Post at 19-8-2010 20:24



Engkau pernah tgk buraq ker ade kau bace kisah kepantasan dia ???

abes kau nk Allah S.W.T angkat Nabi Muhammad S.A.W macam mane teleport ker??

Sedang kan Allah S.W.T berfirman :

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya(Yakni Nabi Muhammad S.A.W) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam ke MasjidAl-Aqsa , yang Kami berkati sekelilingnya, untukmemperlihatkan kepadanya tanda-tandaKami.Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. " Al Isra' : 1


Ade kau baca Kisah2 Isra mikraj nih??
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 09:32 AM | Show all posts
Nampaknya kau ni gasak buta....asal boleh bercakap je...ikutkan sedap mulut... tanpa gunakan akal yg ...
S.A.M Post at 20-8-2010 05:12


siapa yg melenting ni?dari jawapan saudara di post2 yg sebelum ni, saya tak rasapun saudara ni seorang muslim....
tapi seperti yg saudara katakan di bod kristian, itu bukan persoalannya, dan itu hak saudara dan hanya saudara sendiri yg tau.....
saya gasak buta berdasarkan background pengetahuan saya setakat ini...
apa bezanya dgn saudara?
ada beza antara superficial knowledge dgn indepth knowledge....
jawapan saudara lebih hanya berbentuk superficial,
yg mana bila ditanya lebih dalam, saudara kata ianya rahsia yg hanya saudara dan perguruan saudara sahaja yg tau....
ilmu yg baik bukankah harus dikongsi....
jadi pendekatan saudara lebih kepada style mubaligh kristian...
yg disediakan dgn pengetahuan2 asas islam tapi tidak mempunyai 'soul' islam itu sendiri...
saudara bermegah2 dgn pengetahuan yg ada dgn harapan memperbudakkan org lain yg berpengetahuan alang2...
tapi mudah melenting bila didesak.... untuk cover line?
saya dibesarkan dan disekolahkan di dalam komuniti yg majoritinya islam....
serba sedikit saya tahu dan faham.... cuma belum terbuka...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 09:47 AM | Show all posts
Engkau pernah tgk buraq ker  ade kau bace kisah kepantasan dia ???

abes kau nk Allah S.W ...
gondang_9 Post at 20-8-2010 09:32


bukankah dah digambarkan dalam hadis yg di quote tu.... seperti dibawah ni...

Dalam hadis sahih NabiMuhammad S.A.W mengatakan "Aku dibawa oleh Buraq, yang merupakan haiwanputih dan panjang, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal"




dan apa salahnya teleport.... bukankah itu menunjukkan lebih kekuasaan berbanding seekor haiwan putih yg mempunyai kepantasan yg tinggi...? kerana bila bercakap tentang kepantasan, kita masih lagi meletakkan faktor masa disitu... sedangkan teleport mengecualikan faktor masa....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.465319 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list