CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyface76

IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)

 Close [Copy link]
Post time 6-9-2005 08:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2005 08:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 08:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 08:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 08:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 08:42 AM | Show all posts

Episode 81 - Summary

At last, they are back together again. Oliver berjanji dia akan menyintai Jasmine selamanya cuma Jasmin meminta satu saja iaitu supaya merahsiakan dulu hubungan baru mereka itu.

Yolanda memberi seutas gelang sebagai hadiah harijadi Hazel. Hazel bertanya dari mana Yolanda mendapatkannya. Dengan tenang Yolanda berkata dia memang sudah menyediakannya sejak dulu lagi. Dia tidak melupakan harijadi anaknya itu dan dia tidak mencuri dan kawan-kawan dari band melihatnya sudah tentu mereka gembira. Hazel hanya merenung. Jadi Yolanda terpaksa berkata sekiranya Hazel tidak mahu, tidak mengapa. Akhirnya Hazel datang hampir kepada ibunya dan memeluk Yolanda.

Oliver tidak bersetuju dengan permintaan Jasmine. Sudah lama dia menantikan peluang itu kemudian terpaksa berahsia, memang dia tidak bersetuju. Yang betul-betul dia mahu lakukan ialah memberitahu seluruh dunia yang dia amat menyintai Jasmin. Oliver sampai berdiri diatas meja lalu menjerit yang dia menyintai Jasmin dengan sepenuh hati. Jasmin menyuruh dia turun...malu! Tambah Jasmin lagi, Oliver adalah bossnya dan dia hanyalah seorang pekerja. Jadi lebih baik dia resign sahaja kerana dia tidak mahu kerja nya terganggu oleh sebab cinta mereka itu. Walaupun dilihat apa sekali pun memang tak sesuai. Oliver pula tidak mahu Jasmin meletakkan jawatan kerana dia tidak dapat berjumpa dengan Jasmin nanti. Akhirnya Oliver bersetuju untuk merahsiakan hubungan mereka agar janganlah dia berada jauh dari Oliver. Mereka berpelukan semula. Jasmin perasan Zsazsa datang dan dengan segera menjauhkan diri dari Oliver. Dia mengucapkan selamat pagi pada Zsazsa tetapi Zsazsa tidak mengendahkannya. Dengan Oliver pun begitu juga.

Band Hazel sedang membuat practice bila Hazel muncul dengan membawa makanan. Mereka terperasan dengan gelang Hazel yang baru. Mereka juga mengajaknya practice bersama. Salah seorang daripada mereka berkata yang lebih baik Hazel bercakap dengan peminat no 1 nya. Hazel terkejut kerana Nut keluar membawa juice. Rupanya Nut juga adalah kawan mereka. Nut mahu mendengarkan suara Hazel yang merdu..Hazel cuma tersenyum.

Jasmin sedang berkejaran dengan kanak-kanak dalam kedai buku. Zsazsa muncul dan bertanya dimana contract yang sign oleh Mr Cheng. Jawab Jasmin dia sudah memberikannya kepada Oliver. Zsazsa pelik kenapa Jasmin tidak menggunakan 'sir' bila menyebut nama Oliver.... si Oliver pula masa tu sedang terhendap-hendap sambil memberikan flying kisses kepada Jasmin. Bila Zsazsa menoleh, Oliver buat tidak tahu saja. Jasmin menjawab semula yang dia telah memberikan contract itu kepada 'sir oliver'. Zsazsa pergi dengan muka yang masam.

So Guitarist membuat intro dan Hazel mula menyanyikan satu lagu "I love you...but you love her...that will never change...your love is the one I'm waiting for..." Nut hanya memerhatikan Hazel dan selepas lagu itu didendangkan mereka memberikan satu tepukan.

Jasmin sedang membuat storytelling sementara Oliver melakonkan cerita tersebut. Daphne terpesona dengan cara mereka sedangkan Zsazsa masih menunjukkan muka masam nya lagi.

Ada seorang dari ahli band meminta Nut pula menyanyi. Nut menolak katanya nanti hujan pulak ...Jadi guitarist itu hanya berbisik apa yang harus dilakukan...intro nya..'ya ya yay....ya ya yay...ya ya ya'....Nut mula menari dan tidak lama selepas itu dia mengajak Hazel menari bersama. Hazel cuba menolak dan akhirnya menari bersama dan tertawa riang.

Jasmin pulang agak lewat. Oliver memanggilnya dan mahu menghantarnya pulang. Namun Zsazsa pula yang menghalang Oliver kerana mereka perlu pergi ke satu tempat dan berbincang dan tidak perlu didengari oleh mereka-mereka yang hanya dibayar gaji. Jasmin berkata yang dia ok untuk pulang sendiri.

Di dalam kereta Zsazsa cuba mencium Oliver tetapi Oliver menolaknya. Zsa zsa naik radang kenapa Oliver sudah berubah kerana dulu dia tidak kisah dicium. Bila ditanya kerana Jasmin dan juga zsazsa tidak mahu percaya yang Oliver jatuh cinta dengan Jasmin semula...Oliver berkata yang bukan tugas dia untuk menjawab kesemua soalan zsazsa kerana zsazsa bukan girlfriend nya. Jadi zsazsa bertambah marah lalu keluar dari kereta dan terus pergi.

Yolanda sedang mengenakan make-up....sexy sekali bajunya dan dia amat gembira sekali dan siap nyanyi lagi 'tonight I celebrate my love for you...' Roden pun sampai dan Yolanda mula menarik perhatian Roden. Roden sekarang sudah masuk kedalam bilik, Yolanda mengunci pintu dan mula menanggalkan pakaian..

Oliver pula sedang memandu. Dia teringat kembali semasa dia dan Jasmin bersama didalam teksi (semasa Jasmin dicederakan oleh Yolanda) dan mereka bercium masa tu...Oliver tersenyum sambil memegang bibirnya.

Semuanya sudah berakhir dan Roden sedang mengenakan pakaiannya semula. Yolanda berkata sekarang Roden sudah dapat apa yang dia mahukan dan mungkin dia akan meninggalkan Yolanda pula. Jawab Roden tidak mungkin itu akan berlaku kerana dia amat menyintai Yolanda...

Oliver pun berhenti dan park dihadapan rumah Jasmin. Kebetulan juga Roden juga mahu pergi dan dia dan Yolanda sedang berciuman. Kata Roden ada orang datang mungkin drivernya...secara serentak Oliver dan Roden membuka pintu (in slow motion....)Bila pintu dibuka Yolanda ternampak Oliver yang datang dengan mata yang terbeliak.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-9-2005 12:10 PM | Show all posts
Originally posted by KuAnne at 6-9-2005 08:27 AM



Video ada la baby tp aku x sempat pastekan kat sini...last week sibuk renew insurance dgn road tax...:cak: so terlepas dlm 10 video...anyway anne dah minta  ...



oh ye ke...patut pun aku tunggu video takde lagi...nanti kalau kau rajin kau masukkan kat sini ye...boleh aku d/load...hehehe

wah kau nengok cite she on duty ke??...sapa pelakonnya?
wah kau gi dating dgn hana ye...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by babyface76 at 6-9-2005 12:10 PM



oh ye ke...patut pun aku tunggu video takde lagi...nanti kalau kau rajin kau masukkan kat sini ye...boleh aku d/load...hehehe

wah kau nengok cite she on duty ke??...sapa pelakonnya?
wah k ...



sapo lai..si samsoon tu la...lawak giler...p la tgk...kalo tak pun download kat clubbox...heronye pun hensem and cute...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2005 08:18 AM | Show all posts

Episode 82 - Screencaps

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 08:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 08:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 08:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 08:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 08:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 08:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 08:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2005 03:31 PM | Show all posts
anne lamanya nak nunggu video cite nie...huhuh cite nie makin lama makin panas...tak puas nengok gambar...hahah
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 04:05 PM | Show all posts
sabar la ek...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 08:52 AM | Show all posts

Episode 83 - Summary

Apabila Yolanda terserempak dengan Oliver, dengan segera dia memanggil nama Oliver dengan kuat. Roden pula sempat menyembunyikan dirinya dibelakang pintu dan tidak bergerak-gerak. Yolanda mengatakan Jasmin tidak ada dirumah dan menyuruh Oliver menelefon saja. Barulah Roden dan Yolanda dapat bernafas semula setelah oliver pergi dari situ. Kalau tidak sudah tentu mereka tertangkap dengan perbuatan terkutuk mereka.

Vonnie terjaga bila ternampak satu bag sudah dikemas. Walaupun muka Nea tidak kelihatan tetapi cuma nama Nea disebut oleh Vonnie. Dalam barang-barang yang hendak dikemas, termasuk juga gambar Ivan sekali... flashback perkara-perkara yang sudah berlaku antara Nea dan Ivan. Bila Vonnie bertanya kemana dia hendak pergi, soalan itu tidak dijawab langsung dan Nea terus saja mengambil bag dan terus pergi.

Hazel dan Jasmin bertanyakan tentang kakak mereka tetapi Vonnie tidak tahu bagaimana hendak memberikan alasan apa yang berlaku dengan Nea. Jadi Vonnie memberitahu mereka yang Nea telah pergi ke satu business seminar dan supaya mereka tidak bimbang kerana Nea pasti akan kembali. Vonnie juga memberitahu Nea yang keluarganya sudah mencari dia dan Vonnie juga sempat memberikana kata-kata nasihat kepada kawan baiknya.

Vonnie: Kenapa kau cuba mengelakkannya? kenapa kau tak mahu berdepan dengan apa yang kau rasakan dengan Sir Ivan!

Ivan sedang sibuk menyediakan flyers untuk restaurant kepunyaan dia dan Nea sehingga dia tidak perasan dengan Karri yang sedang cuba melayannya. Karri seperti biasa merasa insecure bila Ivan menyebut-nyebut nama Nea.

Akhirnya Hazel dan Jasmin berpeluang bercakap dengan Nea. Banyak sekali berita baik yang mereka ingin sampaikan kepada Nea. Hazel telah berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang di sekolah sementara Jasmin sudah berbaik semula dengan Oliver.

Di kedai buku pula, Jasmin dan Oliver asyik bermesra didalam office. Mereka tidak menyedari yang Zsa zsa datang dan zsazsa dapat menyaksikan bagaimana mereka begitu mesra sekali dan dia percaya yang mereka ada menjalinkan satu hubungan.

Nut menjemput Hazel disekolah dan Hazel mengucapkan terima kasih kerana dia membawa cakes dan memuji betapa sedap cake tersebut. Nut pula menjemput Hazel kerumahnya dan memperkenalkan Hazel kepada nenek Nut yang telah membuat dan memberikan cake yang sungguh enak sekali.

Nut, Hazel dan juga nenek Nut begitu gembira sekali didalam dapur. Mereka asyik berdansa sambil membuat cake sehingga Nut tiba-tiba merasa pening. Hazel dan nenek tidak perasan yang Nut sudah tidak begitu sihat dan tiba-tiba menjadi lemah dan terjatuh di lantai. Hazel menjadi panic dan cuba menyedarkan Nut dan dia cuba memanggil untuk meminta bantuan tetapi Nut tiba-tiba tersedar. Nut menunjukkan yang dia masih kuat dan berkata dia cuma bergurau dengan gadis ini. Hazel menerimanya sebagai satu gurauan tetapi tidak pula kepada nenek Nut kerana jelas menunjukkan bahawa dia amat bimbang sekali.

Zsazsa cuba bersemuka dengan Jasmin sekiranya Oliver sudah menjadi teman lelaki Jasmin sekarang. Oliver juga muncul dan menunggu jawapan dari Jasmin. Jasmin menafikannya dan ternyata Oliver amat terluka dengan jawapan tersebut. Jasmin memandang semula ke muka Oliver seolah-olah meminta Oliver supaya faham kenapa dia perlu berbohong kepada zsazsa.

Karri mahu Ivan merasakan atau menunjukkan yang dia mampu membantu Ivan dengan kerja-kerjanya itu tetapi Ivan seperti tidak menghiraukannya. Ivan seperti bosan dengan kerja-kerjanya itu dan berdiri pula lalu berkata yang dia akan pergi mendapatkan Oliver untuk membantunya. Bila Ivan pergi, Karri terdiam dan terasa yang dia tidak mampu membuat apa-apa untuk Ivan.

Ivan dan Oliver sedang berbual bila Jasmin muncul. Ivan asyik mengusik Oliver setelah dia tahu yang mereka sudah berbaik semula. Oliver pula membalas dendam kerana kerana kata-kata Jasmin didepan zsazsa tadi, yang Jasmin cuma seorang pekerja dikedai buku itu. Jasmin pula terasa dengan kata-kata Oliver kepada abang Ivannya.

Oliver menyesal dengan perbuatannya tadi dan menghampiri Jasmin semula. Dia meminta maaf kepada Jasmin dan Jasmin memaafkan dengan segera kerana dia faham akan situasi Oliver. Kedua-dua mereka terluka diatas perbuatan mereka sendiri kerana cuba menafikan atau cuba menutup cinta mereka diantara satu sama lain. Oliver menyapu air mata Jasmin dan disitu mereka tertangkap oleh Zsazsa. Zsazsa begitu marah sekali dan berkata mereka telah menipunya...dan disini Oliver menjawab....

Oliver: Kau mahu aku berkata benar ?

zsazsa: YES!

Oliver: I DON'T LOVE YOU!..dan apa? are you happy now?

Zsazsa mula menangis dengan kata-kata Oliver..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 08:53 AM | Show all posts
Sorry error typing...sebenarnya kat atas ni episode 82 punya summary
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.064290 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list