CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyface76

IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)

 Close [Copy link]
cikjenah This user has been deleted
Post time 21-9-2005 11:08 AM | Show all posts
eh  lama tak masuk sini ....     apa kesudahannya ek ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2005 09:01 AM | Show all posts

Episode 87 - Summary

Zsazsa memang mahu membalas dendam kerana Oliver meninggalkannya kerana Jasmin. Roden pula mencadangkan agar Zsazsa mengeluarkan segala shares nya dalan kedai buku itu dan menyusahkan keadaan perniagaan nanti.

Jasmin dan Oliver masih lagi di park bergembira. Jasmin mengusik Oliver yang mungkin Oliver tidak akan berjaya sebagai seorang businessman seperti sekarang sekiranya mereka tidak berpisah dulu.

Karri terkejut Ivan berada dalam rumahnya dan sedang memasak. Mereka agak gembira berbual sehinggalah Ivan menyebut nama Nea semula bila dia mengatakan yang Nea lah yang mengajarnya memasak masakan 'Bulalo'. Dengan secepat kilat Karri berubah bila nama Nea disebut dan dia terus memberitahu Ivan yang dia perlu balik ke office semula. Ivan mengingatkan Karri supaya pulang kerana dinner akan dihidangkan pada pukul 6 pm. Namun Karri seperti memekak kan telinga nya saja.

Kembali di park, Oliver dan Jasmin masih lagi bergurau senda. Oliver hanya dengki dan mengatakan ada serangga pada baju Jasmin yang menjadikan Jasmin takut tiba-tiba. Setelah itu bila diketahui itu cuma gurauan, Jasmin terus menampar manja ke muka Oliver.

Ivan cuba menelefon Karri di office sebagai reminder untuk dinner, tetapi secretary nya yang jawab. Dia memberikan berbagai alasan yang Karri tidak ada padahal Karri hanya berada disebelah setiausahanya. Walaupun message Ivan sudah disampaikan tetapi Karri tetap berkeras dan menyuruh pembantunya itu order chinese food saja.

Oliver dan Jasmin masih di park berkejar-kejaran dan mereka tidak perasan ada seorang lelaki sedang memerhatikan setiap gerakan mereka.

Jam sudah menunjukkan 6 petang dan Ivan sedang menantikan kepulangan Karri. Namun penantiannya itu berlarutan sehingga beberapa jam dan Ivan menyuruh pembantu rumah untuk mengemaskan meja dan dia keluar dari rumah itu dengan penuh kemarahan.

Didalam kedai buku pula, Daphne sibuk berbual dalam telefon sehinggakan kertas-kertasnya terjatuh dan dia terpaksa menyusun semula satu persatu. Kemudian ada seorang lelaki muncul dalam kedai tersebut dan membuatkan Daphne speechless bila berhadapan dengan lelaki tersebut. Mungkin Daphne terminat kepada mystery man yang masuk ke dalam kedai bukunya.

Di restaurant, Vonnie cuba menelefon Nea dan memujuknya untuk kembali kerana semua orang sedang mencarinya dan terutama sekali si Ivan. Vonnie juga memberitahu Nea yang Ivan sudah tiba di restaurant mereka. Walau bagaimanapun, Nea masih tidak tahu apa yang harus dia lakukan dengan masalah nya ini.

Akhirnya Jasmin dan Oliver pulang semula ke kedai buku setelah hampir sehari suntuk mereka keluar berjalan. Daphne menceritakan perkara yang berlaku semasa ketiadaan mereka berdua disitu dan terutama sekali cerita berkenaan lelaki yang ditemuinya petang tadi. Daphne amat excited menceritakan tetang lelaki yang hanya dipanggil dengan nama "THIRD"

Setelah Karri pulang kerumah, pembantu rumah memberitahu yang Ivan pergi begitu saja dan dia (pembantu) tidak sempat lagi mengemaskan meja dan makanan yang dihidangkan itu.

Kali ini Nea pula cuba menelefon cellphone Ivan. Bila Ivan melihat nombor Nea yang tertera dia pula memadamkan telefonnya dan tidak menjawab panggilan dari Nea itu. Nea tertanya-tanya juga dengan sikap Ivan kali ini.

Topik perbualan Jasmin, Oliver dan Daphne masih lagi pada "third" dan Oliver approved akan cadangan Daphne supaya mereka menjadi publisher bagi cerita yang ditulis oleh Third. Daphne masuk semula kedalam kedai dan meninggalkan Oliver dan Jasmin bersendirian. Oliver mencadangkan agar mereka tidak pulang dulu ke rumah tetapi singgah dulu di bar tempat kerja Hazel untuk relax.

Karri berjumpa dengan kawan nya semula dan mengadu kepada temannya mengapa dia tidak layan sangat Ivan kali ini. Temannya itu bersetuju dengan tindakan Karri kerana Karri saja yang cuba memahami Ivan dan sudah banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Karri demi cintanya pada Ivan.

Ivan hampir meninggalkan restaurant bila Vonnie mengejarnya dan bertanya samada Nea sudah menelefonnya. Ivan tidak berapa peduli dengan soalan itu dan dia meminta Vonnie menjaga restaurant itu dulu.

Nea pula hanya memerhatikan periuk yang sedang dijerang di dapur didalam convent itu. Nea seolah-olah merindui kerja-kerjanya di restaurant. Salah seorang nun bertanya pada Nea sekiranya dia sudah membuat decision setelah beberapa hari berada disitu. Nun itu menasihati Nea supaya jangan terburu-buru. Dan apa yang menjadi keputusan Nea nanti janganlah dia membuatkan orang lain rasa tersepit.

Zsazsa tiba semula ke kedai buku dan bertanya Daphne dimana oliver berada. Daphne hanya menasihati Zsazsa supaya menelefon saja Oliver dari dia asyik bertanyakan soalan yang sama pada Daphne. Tidak lama selepas itu, telefon Daphne berdering dan Third berada ditalian.

Third meletakkan telefon selepas dia habis bercakap dengan Daphne. Kawan-kawannya mengusik sambil mereka bermain billiard. Third seperti puas hati yang rancangan nya sudah berjalan....."Dah lama aku mencari Jasmin...sekarang aku dah jumpa dengan dia semula...kami masih belum lagi berpisah"
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2005 09:02 AM | Show all posts

Episode 88 - Summary

Third sedang bermain billiards bila dia berkata yang dia sudah lama mencari Jasmin dan baru sekarang dia menemui gadis itu semula dan menyatakan mereka masih belum lagi berpisah. Kemudian kawan Third pula bertanya, bagaimana pula dengan Oliver...Third cuma tersenyum.

Di bar, Hazel, Jasmin, Oliver dan Nat berada sama. Hazel mahu meninggalkan mereka untuk bersedia untuk set persembahannya. Jasmin mengekori adiknya ke ladies room dan Oliver pula mengusik Jasmin supaya tidak lama kerana dia akan merindui Jasmin nanti. Kini cuma Nat dan Oliver yang tinggal untuk berbual. Oliver bertanya sekiranya Nat menyukai Hazel. Nat mengaku dia suka Hazel cuma dia tidak tahu apa perasaan Hazel terhadapnya. Oliver memberikan panduan sekiranya dia melihat kedalam mata perempuan tetapi perempuan itu mengelak bermakna perempuan itu suka kepadanya. Nat hanya tersenyum.

Third mengenang kembali waktu silam mereka semasa mereka kecil lagi. Ketika itu mereka berada dihadapan see-saw dan berjanji yang mereka sentiasa akan mengingati antara satu sama lain walaupun mereka berpindah rumah atau berpisah.

Persembahan hazel sudah tamat. Dia pergi mendapatkan Jasmin di meja nya tetapi Oliver dan Nat tidak ada disitu. Tiba-tiba terdengar suara, lampu dipadamkan. Sekarang mereka akan menyaksikan dua orang lelaki yang paling kacak di dunia entertainment. Bila spotlight dibuka, Oliver dan Nat sudah berada di stage dan mula menari. Jasmin dan Hazel tertawa riang. Begitu juga para penonton sungguh enjoy sekali. Berbagai aksi yang mereka lakukan dan sungguh menghiburkan dan mereka mengajak semua orang untuk berdansa sama.

Zsazsa sedang review accounts untuk kedai buku. Business mereka itu sudah mencapai angka juta sekarang dan dia berkata sekiranya dia tidak apat memiliki Oliver, dia akan mengambil bahagiannya dari kedai buku itu.

Yolanda, Hazel dan Jasmin sedang menikmati sarapan pagi. Kedua-dua Hazel dan Jasmin bertanya khabar tentang kakak Nea mereka dan Yolanda menjawab yang Vonnie ada memberitahu bahawa Nea mungkin akan lama di Tagaytay. Nea juga berpesan kepada adik-adiknya supaya jangan balik lewat malam. Mereka meminta maaf. Telefon berdering dan Hazel mahu menjawab tetapi Yolanda menghalangnya. Yolanda menjawab dengan penuh mesra sehinggakan Hazel dan Jasmin hanya memandang antara satu sama lain. Yolanda juga telah memelahankan suaranya ketika berbual didalam telefon.

Kini Ivan dan Oliver sedang membuat sauna bath. Masing-masing tidak berbaju dan hanya bertuala saja. Ivan gembira sekali kerana Oliver sudah kembali seperti sedia kala. Jawab Oliver dia sendiri rasa gembira tetapi Oliver perasan yang sejak kebelakangan ini Ivan seperti resah gelisah...mungkin kerana ayah mereka. Tetapi Ivan berkata ianya disebabkan oleh Karri. Buat masa ini mereka sedang bergaduh dan ada masanya kata Ivan dia lebih suka mengelakkan Karri. Oliver pula berkata banyak sebenarnya faktor yang menyebabkan mereka jadi begitu...insensitive....familiarity....ada masa mereka tidak mengambil kisah tentang pentingnya partner mereka. Mungkin juga Ivan yang membuat salah atau Ivan tidak perasan yang ianya boleh melukakan hati Karri. Ivan tidak menjawab dengan segera. Oliver mengajak abangnya kerana banyak lemak-lemak sudah dikurangkan disitu.

Jasmin dan Hazel saling usik mengusik di dalam bilik. Jasmin bertanya samada Hazel menyayangi Nat...dia menafikannya. Bila ditanya oleh Hazel pula, Jasmin yakin yang Oliver akan menjadi last love nya dan Hazel pula berharap yang Nat akan menjadi first boyfriend nya. Mereka meneruskan lagi usikan antara satu sama lain.

Jasmin dan Oliver kini tiba di kedai buku. Zsazsa menyuruh Jasmin pergi kerana dia mahu berbincang sesuatu dengan Oliver dulu. Dalam perbincangan itu, Zsazsa menunjukkan segala computation dan shares nya dalam syarikat itu. Zsazsa mahu mengeluarkan shares nya itu dari kedai buku. Oliver bertanya mengapa Zsazsa tahu yang operasi business kedai buku itu akan lumpuh sekiranya zsazsa membuat begitu. Jawab Zsazsa yang Oliver tahu apa yang harus dilakukan, juga ayah Oliver sudah mengetahui rancangan Zsazsa kerana dia sendiri mahu melihat Oliver jatuh. Tetapi dia masih mahu memberikan Oliver chance....choose her or leave jasmine....dia berkata lagi yang dia akan memberikan Oliver masa tetapi kena berfikir dengan baik.

Vonnie dan tukang masak seperti tidak bersefahaman. Vonnie menengking kerana tukang masak itu kerja lambat dan ramai pelanggan terpaksa menunggu. Cook itu membalas balik kerana dia tidak faham apa yang dikatakan oleh Vonnie. Karri kini muncul untuk meleraikan mereka berdua. Tukang masak tersebut mahu meninggalkan restaurant itu dan Vonnie pula tidak kisah kalau cook itu pergi. Jadi cook itu pun pergi dan Karri cuba untuk menghalangnya.

Oliver sungguh sibuk sekali dengan segala urusan paperwork. Jasmin masuk kedalam office kerana dia perlu mendapatkan tandatangan dari Oliver dan sekali gus bertanya tentang perbincangan Oliver dan Zsazsa tadi. Jawab Oliver mereka berbincang dan perlu membuat keputusan. Bila ditanya oleh Jasmin sekali lagi jika Oliver ok...dia berkata semuanya ok. Namun setelah keluar dari office itu, Jasmin masih tidak puas hati dengan jawapan Oliver.

Vonnie tidak mendengar rayuan Karri. Karri juga berkata agar Vonnie balik awal dan biarlah Karri sendiri menguruskan tempat itu. Vonnie masih lagi komplen. Karri cuma bimbang sekiranya tidak ada tukang masak, pelanggan akan lari. Tetapi Vonnie masih tidak mahu mengaku kalah. Karri tidak dapat menahannya lagi dan menengking Vonnie pula. Karri tidak berhak menghalau Vonnie kerana dia bukan boss disitu.

Vonnie mengemaskan barang-barangnya dan Ivan sendiri nampak. Dia bertanya apa yang sedang berlaku disitu dan mengapa customers mula beredar dan juga Vonnie kenapa dia harus pergi. Ivan mahu mereka berbincang. Kata Vonnie dia bersendirian disitu dan dialah yang terpaksa menjaga restaurant tersebut....dan menyuruh Ivan bertanya pada girlfriend nya sendiri kenapa Vonnie harus pergi. Sekiranya Nea berada disitu sudah tentu perkara sedemikian tidak akan berlaku. Tidak jauh dari situ Karri memerhatikan Vonnie dan Ivan dan Ivan pula tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Ivan dan Karri sudah tiba dirumah Karri dan kini mereka pula yang bersoal jawab. Ivan mahu penjelasan mengapa Karri menyuruh Vonnie pergi kerana mereka tidak berhak melakukan demikian. Karri menjawab yang dia juga berhak kerana duitnya digunakan untuk operasi restaurant itu. Ivan menyatakan apa Nea akan fikir bila dia menyuruh Vonnie pergi. Jawab Karri walaupun betul kata Ivan tetapi Vonnie tidak patut merendah-rendahkan Karri. Ivan meneruskan lagi...kerana dia bukan seperti Nea. Mengapa semuanya kerana Nea, Karri sungguh geram dengan nama itu. Ivan tahu, itu semua bukan kerana restaurant tetapi Karri cemburu akan Nea dan bertanya apa yang Karri mahu dia lakukan... dia mahu Ivan meninggalkan restaurant supaya dia tidak berjumpa dengan Nea atau untuk mengelakkan Nea....Ivan terus pergi meninggalkan Karri menangis sendirian.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2005 09:02 AM | Show all posts

Episode 89 - Summary

Karri begitu terluka dengan keputusan komfrotasinya bersama Ivan. Dia tidak menahan perasaannya dan mula membaling barang-barang yang ada dihadapannya. Ivan pula memberhentikan keretanya disatu parking space kosong lalu mengeluarkan segala ketidakpuasan hatinya sehingga hon keretanya berbunyi tanpa hentinya.

Daphne singgah kerumah Third untuk melihat illustrations yang mereka akan gunakan nanti untuk buku yang akan di publish oleh kedai buku mereka. Daphne juga menyatakan yang teman-temannya di kedai buku juga rasa tidak sabar lagi hendak berkenalan dengan Third terutama sekali Oliver dan Jasmin. Bila nama Jasmin disebut, Third tersenyum.

Yolanda masih lagi melayan Roden dalam telefon dan tanpa segan silu mengatakan orang-orang dirumahnya tidak mengambil kisah tentang dirinya. Jadi Roden cuba memujuk dan berjanji akan membawa wang supaya Yolanda dapat pergi shopping bagi menghilangkan rasa sunyinya. Roden tidak perasan yang Susana sedang memerhatikannya dari atas tangga dan bila Roden meletakkan telefon dia terkejut bila Susana berkata..."I gave you the best years of my life Roden and all I asked you was to love me in return....walaupun sedikit....was that too much to ask for?"

Kawan sekerja Jasmin sudahpun balik bila Zsazsa muncul dalam kedai buku itu semula. Zsazsa memberi amaran kepada Jasmin sekiranya dia tidak meninggalkan Oliver dan pergi dari kedai buku itu, Zsazsa akan menarik shares nya dari situ iaitu sebanyak 70%.

Roden ternampak Susana membawa bag pakaian keluar dari bilik. Roden rasa gembira kerana dia fikir Susana akan meninggalkannya. Tetapi fikirannya meleset sama sekali kerana Susana memberitahunya yang pakaian Roden yang ada dalam bag itu semua dan dia juga menghalau Roden dari rumah.

Di kedai buku semula, Jasmin masih merayu kepada Zsazsa. Zsazsa menjadikan Jasmin serba salah dan dia yakin Jasmin tidak sanggup melihat Oliver menjadi papa kedana kerana kehilangan kedai buku tersebut. Dia menggunakan taktik emotional blackmail dan sekiranya Jasmin menyayangi Oliver, dia akan meninggalkan kekasihnya itu. Oliver pula muncul kali ini dan menghampiri Zsazsa dan meminta agar mereka pula yang berbincang kali ini.

Susana sudah menjadi semakin berani dihadapan Roden. Dia berkata yang dia akan file separation dan dia akan mengambil alih segala business mereka dan akan meletakkan Oliver untuk menguruskannya. Roden amat marah sekali dan cuba memukul isterinya tetapi Susana memberi amaran yang dia akan mengambil Ivan sebagai peguamnya supaya anak-anak mereka dapat melihat sendiri segala keburukan ayah mereka. Roden menjadi talut dan bertanya Susana apa yang dia mahu. Susana cuma meminta agar Roden meninggalkan rumahnya.

Secara lembut Oliver memujuk Zsazsa supaya tidak mengeluarkan shares nya dari business mereka. Zsazsa rasa gembira kerana dia fikir Oliver telah memilihnya dan dia tahu kedai buku itu akan menjadi cripple tanpa shares nya yang besar itu. Zsazsa bertanya semula apa akan jadi pada Jasmin sekiranya dia tidak menanggalkan sharesnya itu.
zsazsa: If you want my money Jasmin mesti dibuang...you can't have the best of both worlds Oliver!!!

Oliver tidak mahu menjawab tentang kehendak Zsazsa itu tetapi...

Oliver: Jasmin is my world..

Jasmin dan Zsazsa sama-sama mengalirkan airmata. Seorang kerana gembira dipilih dan seorang lagi kerana telah gagal dalam pilihan tersebut.

Oliver: Kalau aku tidak dapat menahan kau...it's been a pleasure doing business with you..

dan Oliver cuba berjabat tangan dengan Zsazsa tetapi dia menolak.

Oliver: Kau menyuruh aku memilih dan aku memilih dia kerana dialah yang aku cintai.

Zsazsa begitu kecewa dengan jawapan Oliver dan terus saja pergi dari situ. Selepas itu, Jasmin masuk dan meminta maaf dari Oliver kerana perkara yang berlaku. Bagi Oliver tidak ada sesuatu pun atau sesiapa pun dapat menggantikan atau ditukar dengan orang yang dia kasihi. Mereka memeluk erat satu sama lain dan mata mereka menunjukkan kebimbangan.

Di dalam satu meeting Oliver berkata kepada Daphne dan Jasmin tentang hasil bookstore tidak mencukupi untuk menjalankan operasi kedai tersebut. Memang mereka agak teruk bila Zsazsa mengeluarkan shares nya dari situ. Jasmin bertambah bimbang lagi.

Ivan memujuk Vonnie untuk kembali ke restaurant. Vonnie cuma akan balik bila bestfriend nya balik semula ke restaurant. Sekarang ini menjadi masalah Ivan kerana dia tidak tahu dimana Nea berada. Juga kerana Nea tidak menjawab telefonnya. Vonnie hanya mendengar kata-kata Ivan..

Vonnie: Satu saja yang aku tahu kenapa Nea pergi kerana dia menyintai kau.

Ivan terkejut dengan kenyataan Vonnie.

Ivan: Apa kau kata?

Vonnie cuba menarik balik kata-katanya tadi.

Vonnie: ya?

Di dalam kedai buku semula, Oliver, Jasmin dan Daphne cuba bergembira bila mereka akan publish buku Third secepat mungkin supaya mereka boleh bertahan. Mereka sungguh positive sekali dan berharap rancangan mereka akan berjaya. Oliver akhirnya membuat keputusan supaya dapat bertemu dengan Third supaya mereka boleh close deal dan menjadi publisher buku Third.

Third menjawab telefon dan Jasmin berada ditalian.

Jasmin: Is this Ricardo Fernan III?

Third: yes, who's this?

Jasmin: This is Ms. Fontanilla of Pages & Brews.

Third: Jasmin?

Jasmin terkejut bila namanya disebut....

Jasmin: Awak kenal saya?

Third cuma tersenyum dengan soalan Jasmin itu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2005 09:03 AM | Show all posts

Episode 90 - Summary

Ada sedikit replay daripada episode semalam...
Jasmin menelefon Mr Ricardo Fernando III dan sudah tentu si Third yang menjawabnya. Jasmin memperkenalkan dirinya sebagai Miss Fontanilla tetapi bila Third menyebut nama Jasmin, dia agak terkejut dan bertanya Third samada dia mengenali Third atau pernah melihatnya. Third menyatakan bahawa Daphne banyak bercerita tentang Jasmin kepadanya. Jasmin mahu tetapkan satu meeting dengan Third. Third mahu Jasmin memanggilnya Third dan tidak Mr Fernando kerana dia masih muda. Selepas itu Jasmin cuba mengingatkan kembali nama Third.

Vonnie dan Ivan juga sedang berbual. Vonnie memberitahu Ivan dia tahu mengapa Nea pergi kerana dia menyintai Ivan. Ivan agak terkejut dan bertanya sekali lagi kepada Vonnie. Vonnie tidak dapat menjawab dengan segera. Ivan meneruskan perbualan mereka dan memesan kepada Vonnie supaya memberitahu Nea yang dia diperlukan di restaurant itu. Setelah Ivan pergi, Vonnie rasa menyesal kerana terlepas cakap tadi.

Di kedai buku...Jasmin menyatakan yang mereka akan bertemu nanti dan mengucapkan selamat tinggal. Begitu juga dengan Third yang tersenyum bila meletakkan telefon. Jasmin berfikir kembali sambil memegang lay out untuk cover buku PETER PANIKI.....

Di rumah keluarga Ynares, Roden menyatakan yang dia tidak dapat berpindah kerumah lain dan kerana itu Susana mahu dia menurut segala kemahuannya, lalu membaling botol wine dan mujur Roden dapat menyambutnya...dan Susana pun pergi. Roden rasa geram dan berkata "BITCH!"

Karri masih menantikan Ivan dan cuba untuk menghantar text tetapi tiada jawapan...memang dia cuba bersabar. Teman Karri sendiri berkata supaya Karri jangan give in dan membiarkan saja si Ivan. Ivan pula berada dalam gereja and deep in prayers.

Daphne menyerahkan kepada Oliver dan Jasmin buku Peter Paniki of The Dark Horror by Ricardo Fernando III. Oliver menyukainya dan bertanya berapa copy yang perlu dicetak. Jawapannya 10000 copies. Sambil Jasmin meneliti buku tersebut dia pun bangun dan berkata nama itu cukup familiar baginya tetapi dia ingat-ingat lupa. Oliver menyebut nama itu berkali-kali dan mungkin itu nama ex-boyfriend Jasmin. Jasmin terhenti...

Oliver mengusik dan memaksa Jasmin mengakui yang itu mungkin ex-boyfriend nya. Jasmin mengaku dan terus pergi. Oliver mengekorinya, kalau itu cuma ex...jadi? Kenapa Jasmin rasa cemas. Boleh dilihat dalam mata Jasmin... excitement! Boleh juga dikatakan itu adalah rahsia mereka. Jasmin agak geram dengan kenyataan Oliver lalu berkata...sukahati Oliver la kalau dia hendak percaya..dan Oliver menjawab yang Jasmin cepat melenting bila diusik.

Hazel gembira dapat melihat video dari Nat masa sunset dan bertanya samada Nat banyak mengambil gambar sunset. Jawab Nat itu cuma kebetulan kerana dia lebih banyak mengambil gambar sunrise....Kerana sunset agak sedih bila keadaan sekeliling akan menjadi gelap dan seakan-akan dia menjadi helpless. Hazel juga mengaku yang dia juga takut gelap. Jadi Nat meneruskan lagi dan berkata sekiranya mereka didalam kegelapan dan membantu satu sama lain kan lebih bahagia lagi... dan terus memegang tangan Hazel.

Tidak lama selepas itu ada seorang lelaki cuba merampas camera... mereka menjerit...mujur ada seorang lelaki membantu mereka dan menumbuk pencuri tadi. Dia memulangkan camera itu kepada mereka. Tetapi Hazel sungguh marah sekali kepada Nat kerana tadi dia sibuk memegang-megang tangan Hazel dan bila peristiwa itu berlaku Nat melepaskan tangannya begitu saja. Jawab Nat yang Hazel mampu melakukan sendiri dan dialah hero. Sambil menjerit Hazel berkata patut Nat yang menyelamatkan barang itu daripada dicuri dan Hazel terus meninggalkan Nat bersendirian.

Hazel mengadu kepada Jasmin yang Nat tidak mampu protect Hazel dan walaupun sedikit Nat tidak memberikannya. Jawab Jasmin mungkin Nat mengamalkan WORLD PEACE...lalu Hazel menyatakan yang Nat adalah seorang yang pengecut.

Nat dan neneknya sedang berbual ditepi pool. Nat berkata yang biarlah Hazel menganggapnya pengecut. Kalau dia menumbuk pencuri tadi sudah tentu orang itu akan membalas dengan sepakan. Nenek bersetuju dengan tindakan cucunya yang patut dibuat oleh lovers of peace. Nat meneruskan lagi, kalau dia mati bukan kerana sakit tetapi kerana bertumbuk, itu tidak elok langsung dan terus menyuap chocolate cake kedalam mulutnya.

Hazel masih tidak puas hati kerana jika snatcher itu mempunyai pisau, sudah tentu dia mati dan Nat masih tidak cuba protect dirinya. Jasmin cuma tertawa dengan gelagat adiknya yang bertindak seperti budak kecil dan Hazel berkata memang dia muda lagi. Lalu Jasmin berkata walaupun Hazel masih muda mungkin Hazel dulu yang akan berkahwin. Hazel mengaku yang fikirannya belum matang lagi kerana dia masih lagi membaca buku kanak-kanak dan dia mengambil buku dari tangan Jasmin yang ditulis oleh Ricardo Fernando III. Kata Hazel nama itu cukup familiar baginya. Jasmin juga berkata demikian.

Third berbual dengan kawannya. Third bertanya samada Jasmin masih mengingatinya lagi. Kenapa Third tidak mahu memperkenalkan dirinya secara menyeluruh....jawab Third yang dia lebih suka special...

Hazel membaca buku tersebut...."terbang....lari....terbang.....ik...ik...ik...ik..." Hazel bangun si..ik ik....adalah Ricardo Fernando III yang menjadi first love Jasmin....Jasmin melihat wooden see-saw....dan kemudian ada flashback semasa mereka kecil lagi sedang bermain see-saw....Jasmin mula cemas.

Third masih berbual dengan kawannya dan kawan itu berkata yang sungguh dia kurang bernasib baik yang bila dia bertemu dengan Jasmin semula, Jasmin sudah pun mempunyai Oliver. Jawab Third, dia tidak kira ada berapa Oliver dihadapannya, dia akan tetap memenangi Jasmin semula...kerana dialah waktu silam dan menjadi waktu kini dan seteusnya future untuk Jasmin.

Jasmin berkata tidak..kerana mustahil. Hazel berkata itulah dia yang selalu diceritakan oleh Jasmin dulu. Kata Jasmin patutlah dia kenal nama itu. Hazel nampak yang kakaknya gelisah dan mengusik mungkin first love nya kembali. Jasmin menyatakan yang dia mempunyai Oliver sekarang dan tidak akan menukarnya. Hazel pergi dan Jasmin masih mengingati peristiwa silamnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2005 09:04 AM | Show all posts

Episode 91 - Summary

Daphne, Oliver dan Jasmin sedang menyiapkan buku "Peter Paniki" yang akan di publish oleh syarikat mereka. Kata Jasmin patut la nama itu familiar baginya kerana dia pernah berjumpa dengan jejaka tersebut 8 tahun dahulu di see-saw dan pernah diceritakan kepada Oliver. Oliver juga teringat itulah cinta pertamanya. Daphne mengatakan perkara itu sudah berlalu begitu lama dan tak mungkin akan bersambung kembali.

Nea meminta nasihat dari salah seorang nuns disitu dan bertanya sekiranya ia menjadi kesalahan yang besar sekiranya menyintai seseorang yang sudah menjadi milik orang lain.

Ivan pula meminta nasihat dari paderi sekiranya dia bersalah sekiranya menyintai orang lain...walaupun dia tidak mengaku tetapi dia tetap menyukainya, bolehkah hati nya menyintai dua orang pada masa yang sama?

Jawab nun, keadaan Nea agak sukar kerana dia tahu yang Ivan sudah dimiliki oleh Karri dan dia tidak boleh memaksa untuk mendapatkan apa yang dia kehendaki. Jawab paderi pula, Ivan perlu menggunakan fikirannya daripada menggunakan hatinya. Dia perlu memilih antara Karri dan Nea. Dia tidak boleh pilih kedua-dua wanita itu sekali gus untuk dicintai sama rata kerana salah satu daripada mereka berdua mesti dicintai lebih dari itu. Tidak adil pada Nea, Karri dan juga pada Ivan... Mereka semua akan terluka.

Kata Nea dia lebih terluka bila melihat Ivan tunduk kepada Karri kerana dia tahu Ivan masih menyintai Karri. Nea merasa malu untuk mengaku yang dia pernah terfikir agar Ivan dan Karri berpisah supaya dia pula diberi peluang untuk bersama dengan Ivan pula. Dia rasa dirinya begitu zalim dan dia rasa dirinya begitu tamak sekali.

Ivan berkata yang dia agak tamak. Dia tidak fikirkan yang orang yang penting dalam hidupnya akan terluka. Dia tamak kerana dia tidak sanggup berkorban tentang perkara yang berlaku dan dengan mudah bergaduh dengan Karri. Paderi itu berkata mungkin kerana pergaduhan itu boleh membuka mata Ivan bagaimana pentingnya Karri padanya. Mungkin Tuhan cuba menunjukkan yang dia dan Karri are meant for each other.

Nea berkata mungkin yang sebaiknya dia cuba menyembunyikan perasaannya terhadap Ivan supaya dia tidak memijak orang lain dan tiada yang terluka. Nun memberikan pandangannya yang lebih baik diberi cintanya kepada orang yang lebih berhak...adik-adiknya lebih memerlukan kasihsayang dari nya dan juga perhatiannya dan sudah tentu sekali mereka akan membalas kasih sayang itu dengan rela hati.

Karri dalam keadaan yang tidak terkawal. Dia membaling frame gambar, juga layout kerjanya dan terus menangis. Kawan baiknya berada disitu untuk mententeramkannya. Dimana pergi Ivan yang dicintainya...kenapa Ivan membuat begitu terhadap Karri. Dia tidak faham mengapa begitu cepat Ivan melepaskannya.

Telefon berbunyi dirumah keluarga Fontanilla. Hazel yang menjawabnya. Nat berada di talian. Hazel terus meletakkan telefon meninggalkan Nat yang cuba bercakap.

Jasmin sudah menelefon Third atau belum...Oliver mengingatkan Jasmin samada mereka akan mengambill lelaki tersebut atau tidak. Jawab Jasmin yang boyfriend nya sunggu cemburu sekali. Sambil memicit belakang Oliver, Jasmin menyatakan yang walaupun Third dan dia akan bertemu kembali, dia mungkin tidak kenal lagi lelaki itu. Lalu bertanya apa agaknya rupa Third sekarang... Oliver cuba mengusik dengan mengatakan rupa Third yang tidak senonoh... dan Jasmin tahu Oliver berkata demikian kerana dia cemburu..namun demikian mereka meneruskan usikan mereka antara satu sama lain.

Nat berada didapu sambil membantu neneknya untuk meletakkan icing pada cake yang mereka buat. Nenek menyuruh Nat memujuk Hazel tetapi kata Nat, Hazel tidak mahu bercakap dengannya lagi. Nenek suruh Nat berjuang kerana perempuan memang suka jual mahal pada lelaki yang mereka suka. Pada pendapatnya Hazel memang menyukai cucunya si Nat....jadi Nat pun mula bersiap sedia untuk "fight!"

Di luar kedai buku, Oliver bertanya kepada Daphne sekiranya Third lebih tampan darinya. Jasmin berada dibelakang mereka dan mendengar perbualan mereka tanpa mereka sedari. Jawab Daphne yang cuma Jasmin saja yang menganggap Oliver tampan, baginya Third terlalu tampan. Jawab Oliver, apa yang ada pada Third dia juga memilikinya dan lebih dari itu...kalau difikirkanya...dan tiba-tiba dia ternampak Jasmin dan terus menukar topik perbualan....Dia terlupa untuk memberitahu supaya mereka lebih bersedia dengan persiapan untuk berjumpa dengan Third nanti. Mereka perlu buat extra effort. Mereka pun masuk kedalam kedai dan Jasmin cuma tersenyum.

Third dan kawannya berada didalam park sedang memerhatikan see-saw. Kawan nya bertanya sekiranya dia sudah bersedia berhadapan dengan Jasmin. Flashback antara Third dan Jasmin semasa mereka kecil. Mereka berjanji di hadapan see-saw yang dia tetap akan mencari Jasmin walaupun mereka sudah berpindah rumah. Jawab Third dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan Jasmin.

Di sekolah, Nat sudah menantikan Hazel...

Di kedai buku, semua mereka sedang sibuk dan risau. Kata Oliver janganlah mereka terlalu excited. Jasmin bertanya apa yang sedang dikunyah oleh Oliver, jawabnya bubble gum ... kalau dia cute mengunyah bubble gum dan mungkin serupa dengan Third. Jasmin tidak menyukainya dan bertanya sekiranya Oliver cuba mencari pasal...jawab Oliver.."ya"...Jasmin meneruskan mengatur buku-buku lalu Oliver memegang tanganya dan bertanya samada Jasmin sudah melupai si hantu itu. Jasmin berkata tak perlu Oliver bimbang lagi kerana dia tidak akan melepaskan Oliver lagi..mereka tidak mahu perkara yang lama berulang lagi.

Para pelajar mula mentertawakan Nat yang mengenakan costume matahari. Hazel melihat Nat yang mula membuat 'rap' sabil menari-nari ..."engkaulah cahaya...engkaulah yang memenuhi hari ku" Hazel tidak menyukainya dan terus pergi. Pelajar lain menyorak dan Nat meneruskan lagi.

Di kedai buku, Daphne masih lagi kelam kabut. Dia perlu membuat photcopy. Oliver pula ternampak Jasmin sedang membetulkan rambutnya. Oliver tidak selesa dan berkata yang Jasmin cuba mencantikkan dirinya. Dalam pada Oliver berjalan-jalan, dia ternampak ada orang datang...mungkin ini orangnya sebab seperti muka tikus mondok..ada orang masuk...bukan Third yang datang tetapi kawannya dan membawa bunga dan cherry balls dan diberi kepada Jasmin. Jasmin cuma mampu memandangnya. Lelaki itu disuruh oleh oleh bossnya si Mr Ricardo Fernando III dan meminta maaf kerana tidak dapat hadir dan meminta copy contract. Oliver memanggil Daphne untuk menyiapkan contract. Lelaki itu juga menyampaikan satu card kepada Jasmin yang datangnya dari Third agar mereka dapat bertemu sebelum dia menandatangani contract tersebut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2005 09:05 AM | Show all posts
Sorry guys...screencaps x dan nak paste link ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2005 12:39 PM | Show all posts
huhuhu rindu aku ngan cite nie....lama tak dapat masuk sini sebab komputer aku rosak...huhhu ini pun pakai yg temporary punya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2005 12:42 PM | Show all posts
aik dah habis ke cite nie??
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2005 03:55 PM | Show all posts
Diet in ASAP05



Courtesy of D3 fans'
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2005 03:58 PM | Show all posts
Diet & Tin tin







Courtesy of D3 fans
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2005 04:01 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2005 04:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2005 04:04 PM | Show all posts


Courtesy of D3 fans
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2005 04:06 PM | Show all posts
baby...citer ni belum habis la...cuma anne dah lama tak masukkan screencap kat sini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2005 04:30 PM | Show all posts
huhuh ingatkan dah habis...heheh best nengok couple nie...heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2005 11:51 AM | Show all posts
lama x follow cite ni, ye la sbb bz memanjang je...
ala ate anne, xde caps ke...
nasib baik ada sinopsis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2005 12:12 PM | Show all posts
hai michily...lama tak muncul..rindu kat kau...hehhe

iyalah tak best pulak screencaps takde...ada benda nie best sikit sambil baca citer....

video pun takde lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 08:24 AM | Show all posts
lamanya x jenguk forum ni...dah jauh ke belakang rupanya.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 08:28 AM | Show all posts

Latest episode

Episode 103 - Screencaps


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 88133 Replies : 812
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 297706 Replies : 7388
Perangkap halus kewangan :Buy Now Pay Later galak rakyat Malaysia berhutang.Anda setuju?
YgBenarPerangkap halus kewangan :Buy Now Pay La
Views : 8096 Replies : 24
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 10548 Replies : 85
Tiktok, suke ke tak?
MrsVeneerTiktok, suke ke tak?
Views : 21321 Replies : 132
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 12981 Replies : 173
MBTI (Personality Test)
GingerlyMBTI (Personality Test)
Views : 6415 Replies : 52
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20258 Replies : 95
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14874 Replies : 62
Resepi goreng pisang ringkas
BoomibulatResepi goreng pisang ringkas
Views : 10415 Replies : 93

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.160724 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list