CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyface76

IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)

 Close [Copy link]
Post time 14-10-2005 09:07 AM | Show all posts

Episode 108 - Summary

Roden menelefon ke kedai buku untuk bercakap dengan Jasmin. Dia mahu berjumpa dengan Jasmin malam nanti. Sekiranya Jasmin menyintai Oliver lebih baik dia pergi berjumpa dengan Roden. Jasmin agak gusar mengenangkan itu. Dia memandang Oliver yang menoleh kearahnya sambil tersenyum.

Jasmin memberitahu Oliver yang dia tidak akan balik bersama malam itu kearana dia harus bertemu dengan Hazel. Oliver juga menyatakan yang dia terpaksa ke drug store untuk membeli ubat ayahnya dan dia akan menelefon Jasmin kemudian.

Jasmin mengambil teksi dan bertemu dengan Roden disatu Restaurant. Roden sudah menanti dan memberi isyarat supaya Jasmin masuk. Roden memandang Jasmin dan kemudian tersenyum. Jasmin bertanya mengapa penting sangat perbincangan mereka itu dan mengapa Oliver tidak perlu tahu akan perjumpaan mereka berdua. Roden bertanya berapa harga cinta Jasmin terhadap Oliver. Jasmin terkejut dengan soalan itu.

Roden mengulang soalan itu lagi...berapa yang Jasmin perlukan untuk menjauhi anaknya, bukankah wang yang dicari oleh mereka bersaudara daripada anak-anaknya? Jasmin cuba mempertahankan dirinya dan menjawab mungkin Roden sudah tersilap tafsiran. Dia tidak memerlukan wang. Roden melawan balik dan berkata memang bijak sungguh mereka adik beradik kerana mereka tahu siapa yang mereka akan jadikan mangsa. Jasmin tetap bertahan dan berkata yang dia menyintai Oliver sepenuh hati dan sampai bila-bila dia tidak akan meninggalkan Oliver dan bertanya sekiranya Roden sudah tidak ada apa untuk merendahkannya lagi, dia mahu pergi sekarang. Roden mengingatkan Jasmin yang ini cuma permulaan kerana selepas ini jika mereka bertemu lagi, mungkin air mata darah yang akan mereka terima pula.

Jasmin berjalan keluar sambil menangis dan mengingati kata-kata nista yang dikeluarkan oleh Roden Ynares. Telefonnya berdering dan dia perlu menjawab. Oliver ditalian dan bertanya tentang research yang perlu dibuat oleh Hazel. Jasmin tidak mahu menunjukkan yang dia sedang menangis dan berkata "I love you" pada Oliver dan dijawab mesra oleh Oliver. Setelah itu Jasmin terus menangis tanpa henti sambil mendakap telefonnya.

Perkara itu berlanjutan hingga kerumah dan Jasmin masih lagi bersedih didalam biliknya. Nea masuk dan bertanya apa yang telah terjadi padanya, sekiranya dia bergaduh dengan Oliver. Jasmin menafikannya. Dia cuma menyatakan yang dia berasa kurang enak. Nea memerhatikan adiknya dan Jasmin berkata yang dia merindui ayah mereka. Nea menasihati adiknya...walau dimana ayah mereka berada sudah tentu dia tidak suka melihat Jasmin bersikap demikian. Jasmin terus meletakkan kepala nya diatas riba Nea dan kini kedua-dua mereka pula mengalirkan air mata.

Hazel dan Nat..sedang berbual, berjenaka dan Nat mahu hidup mereka penuh dengan tawa..enjoy life to the fullest dan terus menyanyi.

Roden dan detective....Detective itu berkata yang dia tidak melihat Ivan di restaurant, cuma Nea dan pekerjanya yang ada disitu. Lelaki itu diberikan 50k oleh Roden dan sekarang dia mahu lelaki tersebut mengintip di Pages & Brews dan memberikan alamat kedai buku tersebut.

Oliver dan Jasmin berbual didalam kereta. Oliver menceritakan tentang ayahnya dan berkata nampak ada perbezaan yang ketara sekali dengan ayahnya. Roden sering bertanya tentang Jasmin dan Oliver menjawab yang hubungan dia dan Jasmin amat baik sekali. Oliver perasan yang Jasmin tidak bersemangat langsung dan bertanya samada dia ada tersilap cakap dan kalau Jasmin mahu, dia boleh turun sebentar untuk bersama Jasmin. Jasmin menjawab yang dia tidak apa-apa dan menyuruh Oliver pulang supaya dapat berehat dengan sepenuhnya. Jasmin keluar dari kereta dan terus masuk kedalam rumah.

Yolanda sedang menanti di telefon. Telefon berdering dan Roden berada ditalian. Yolanda bertanya mengapa Roden mesti menelefonnya lagi, bukankah hubungan mereka sudah putus. Roden menjawab semuanya sudah berakhir antara mereka berdua dan juga penipuan yang dibuat oleh Yolanda terhadapnya. Dia akan membuat hidup Yolanda dan anak-anaknya porak peranda. Yolanda menentang dengan keras...sekiranya Roden berbuat demikian dia akan melawan sehingga mati. Jasmin terdengar perbualan Yolanda dengan Roden. Kini Jasmin pula bersemuka dengan ibunya dan menyatakan kerana perbuatan Yolanda, mereka sekeluarga diheret sama...dia tak malu dengan memori ayah mereka...dia tidak malu dengan diri sendiri....dia tidak fikir akan kebahgiaan anak-anaknya...Yolanda tidak dapat menahan kata-kata Jasmin dan terus menangis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2005 09:09 AM | Show all posts

Episode 109 - Summary

Jasmin terserempak dengan ibunya yang sedang bertikam lidah dengan Roden dalam telefon. Jasmin tidak menyangka sama sekali oleh kerana perbuatan Yolanda, mereka adik beradik diheret sama dalam masalah peribadi Yolanda. Yolanda cuba menerangkan kepada Jasmin yang dia begitu kesunyian dan sedih bila ayah Jasmin meninggal. Mereka tidak patut menyalahkannya kerana hanya Roden yang berada disampingnya untuk bercakap dan menemaninya. Sekarang Jasmin tahu yang Yolanda cuba mempergunakan Roden dan kerana itu Yolanda rasa marah dan bertanya samada Jasmin akan memberitahu saudara nya yang lain betapa kotornya ibu mereka. Jasmin tidak menjawab dan terus masuk kedalam biliknya.

Jasmin menangis sendirian didalam bilik. Dia tidak perasan kakaknya telah masuk kedalam bilik dan memerhatikan keadaannya yang dalam penuh kesedihan. Nea begitu bimbang. Dia mahu membantu adiknya tetapi dia tahu Jasmin tidak akan berkata apa-apa mengenai masalah yang dihadapi nya sekarang. Jadi Nea hanya membiarkannya.

Nea memberitahu Vonnie yang dia amat bimbang dengan keadaan dan tingkah laku Jasmin ketika ini. Vonnie berkata mungkin hanya Lovers Quarrel antara dia dan Oliver. Nea mahu percaya akan kata-kata itu tapi hatinya berkata ada sesuatu yang tidak kena.

Di kedai buku, Oliver tiba bersama ayahnya. Jasmin tidak menunjukkan sebarang reaksi dihadapan Roden. Roden cuba mengambil hati Oliver dengan memuji Jasmin..cantik, bijak dan hardworking. Kini Third pula muncul dan dia terus meluru mendapatkan Jasmin. Roden perasan akan perbualan Third dan Jasmin dan dengan sengaja cuba membuat Oliver sedar dan merasa cemburu terhadap Jasmin. Oliver berkata yang Third adalah kawan mereka. Tetapi Roden sengaja menyemarakkan api dan memesan kepada Oliver supaya sentiasa berhati-hati dengan Jasmin dan Third. Oliver seperti termakan umpan ayahnya.

Crispy menyerahkan satu bungkusan makanan kepada Nea. Nea berkata yang dia akan singgah ke kedai buku untuk memberikan makanan tersebut kepada Jasmin dan meminta Vonnie dan Cripsy menjaga kedai.

Third perasan yang Jasmin begitu senyap sekali. Dia tahu Jasmin ada masalah dan cuba untuk bercakap tetapi Jasmin lebih suka menyimpan masalah itu sendirian.

Karri telah mengadakan satu surprise party untuk Ivan di office. Ivan berjaya menjadi salah seorang top 10 usahawan di asia pasifik.

Oliver memperkenalkan Third kepada ayahnya. Oliver, Third dan Daphne terpaksa meninggalkan Roden dulu kerana mereka perlu pergi ke satu book signing untuk buku Third yang baru. Selepas ketiga-tiga mereka pergi, Roden merenung kearah Jasmin yang sedang bekerja.

Semasa di party tersebut, Karri memberitahu Ivan yang keluarga mereka akan menjadi lengkap. Doktor Karri mengatakan yang dia sudah baik dan besar kemungkinan dia boleh mengandung. Ivan gembira mendengar berita itu cuma dari raut wajahnya dia masih memikirkan sesuatu.

Roden menyuruh staff yang lain untuk keluar lunch. Setelah mereka pergi, Roden meletakkan tanda CLOSE pada pintu masuk kedai. Jasmin menghampiri Roden dan berkata bahawa ada rules and regulation di kedai buku itu yang staff tidak boleh mengambil waktu rehat mereka sama-sama.

Roden: Kau tau Nak, aku tahu Oliver amat menyayangi aku. Dan sudah tentu dia akan menurut segala kata-kata aku walau apa yang aku katakan pada dia. Kau tahu juga yang dah lama dia mahukan kami jadi close. At this point I do believe walau apa aku katakan dia akan buat dan dia akan ikut seperti jauhi dirinya dari kau sebab you should know that blood is thicker than water.

Jasmine: Jadi awak beruntung kerana Oliver menjadi anak awak.

Roden: Yes that's true tapi aku dapat katakan betapa ruginya anak ku kenapa satu Fontanilla pulak yang dipilihnya..seorang anak driver yang tidak ada disposition dalam hidup ..seorang yang suka menggunakan orang lain...seorang penipu.

Jasmine: LEBIH BAIK AWAK TARIK BALIK KATA-KATA ITU SEBELUM SAYA HILANG SEGALA HORMAT YANG ADA PADA SAYA UNTUK AWAK..DEMI MENGINGATI AYAH SAYA YANG SAYA SAYANGI.

Nea melintas jalan dan menuju ke kedai buku dimana Jasmin bekerja.

Roden masih terus cuba menghina Jasmin..

Roden: Memang betul apa yang aku katakan...keluarga kau macam litah...ayah kau cuba menipu ibu kau..tak cukup pulak tu...dia menipu pulak ibu tiri kau.

Nea tiba dan dia melihat dan mendengar arguments dari mereka berdua.

Roden : Dan sekarang pula kakak kau pula cuba menggunakan anak sulung ku...sama saja kamu semua..semua penipu..You're so pathetic.

Jasmine: Awak yang lebih kesian sebab cuba memaksa diri awak untuk mendapatkan seorang yang sudah tentu tak suka pada awak. Mommy tidak cinta pada awak...AWAK MENGGUNAKAN WANG UNTUK MEMBELI CINTANYA...KAN ITU LEBIH KESIAN?!!

Roden terasa dengan kata-kata Jasmin kerana memang benar kata-kata nya dan tidak semena-mena dia menampar Jasmin. Nea begitu terkejut dengan perbuatan Roden terhadap adiknya dan ternyata muka Nea penuh dengan kemarahan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 09:13 AM | Show all posts
Guys..anne x dan nak pastekan screencaps...so hopefully this video will help ok...

Episode 106 (10-10-05)

http://ialsa.com/IALSA101005.wmv

Episode 107 (11-10-05)

http://ialsa.com/IALSA101105.wmv

Episode 108 (12-10-05)

http://ialsa.com/IALSA101205.wmv
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 09:14 AM | Show all posts
hi yuri...welcome to this thread...kalo ada apa2 yg menarik utk dikongsi bersama...masukkan la apa yg patut...;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2005 10:34 AM | Show all posts
hai anne,....sapa kata aku tak masuk...ada gak jenguk2 kat sini...tapi takde benda baru dapat nak masukkan...kau tahulah ada sesetwengah website aku tak leh m,asuk opis blok...

harapkan kau aje...huhuhu sedar tak sedar dah sampai ep 109....lama lagi ke cite nie agaknya arr??
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 12:19 PM | Show all posts
entahlah..tp mcm dah dendam roden dan nea dah bermula...watch out!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2005 07:45 AM | Show all posts

Episode 110 - Screencaps

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2005 07:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2005 07:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2005 07:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2005 07:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2005 08:35 AM | Show all posts
huhhuu cite nie makin lama makin bestlah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2005 07:51 AM | Show all posts
aah mmg best...x sabar2 rasanya nak tau apa yg terjadi kat keluarga ynares dgn fontanilla ni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2005 07:53 AM | Show all posts

Episode 111 - Screencaps

2day punya screencaps tak best la baby...anyway anne pastekan gak la supaya ko tak kempunan :cak:

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2005 07:54 AM | Show all posts
ha itu aje lah screencapsnye...Sikit bona kan? Anyway summary belum ada lagi ok...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2005 08:30 AM | Show all posts
Episode 109 - (13-10-05)

http://ialsa.com/IALSA101305.wmv

Episode 110 - (14-10-05)

http://ialsa.com/IALSA101405.wmv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2005 08:33 AM | Show all posts
huhhuu nasib baik ada kau anne dapat gak aku tahu pasal cite nie....salamat
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2005 11:51 AM | Show all posts
Episode 111 - (17-10-05)

http://ialsa.com/IALSA101705.wmv
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2005 07:46 AM | Show all posts

Episode 112 - Screencaps

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2005 07:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.079850 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list