CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyface76

IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)

 Close [Copy link]
Post time 27-10-2005 02:45 PM | Show all posts

Episode 114 - Summary

Karri dan Ivan tiba tepat pada masanya bila Nea hampir menutup gate. Nea bertanya apa yang mereka mahukan darinya. Karri menyuruh Ivan menjawab soalan Nea. Ivan merayu supaya Nea tidak meneruskan saman terhadapnya. Tidak ada apa-apa yang akan terjadi kerana Nea hanya membuang masa saja. Nea membalas dengan mengatakan Ivan sudah berbohong dan jangan harap agar dia berdiam diri saja. Karri cuba mempertahankan Ivan dan berharap Nea akan dapat pembalasan dari segala apa yang dia cuba buat terhadap mereka.

Nea masih menyatakan yang dia tidak melakukan perkara yang tidak baik. Merekalah yang hipokrit dan penipu. Ivan cuba menghalang Karri dari meneruskan perbalahan ini dan mengajaknya pergi dari situ. Karri masih berkeras yang percakapan mereka belum selesai lagi. Tetapi Nea mahu mengakhiri nya disitu juga dan mahu berjumpa dengan mereka di court. Ivan cuba menghentikan tetapi Karri masih tetap mengelak dan masih mahu bergaduh. Karri akan menyaman Nea atas segala yang dilakukan terhadap keluarga Ivan dan sekiranya mereka tidak dapat memulangkan wang yang digunakan untuk restaurant, Nea sekeluarga akan meringkuk dalam penjara. Jawab Nea walaupun mereka bukan orang berada tetapi dia yakin dia akan mengalahkan Ivan. Karri pula masih belum selesai lagi, dia sempat mengata yang Nea bukan saja seorang yang begitu desperate sehingga sanggup merosakkan hidup mereka. Nea meninggikan suaranya dan membalas yang Karri lah yang paling desperate kerana dia sanggup melibatkan dirinya dengan manusia yang dia tidak kenal langsung... seorang penjenayah. Ivan dan Karri meninggalkan tempat itu dan Yolanda tiba. Nea sudah mula menangis.

Nea bertanya mengapa dia yang dicemuh sedangkan dialah mangsa. Yolanda cuba memujuk dan berkata mereka sengaja mencemuh kerana itu saja cara mereka melawan. Yolanda menunjukkan suratkhabar dengan gambar Ivan didalamnya.....PRIDE OF THE FILIPINOS Ynares Brings top Young Enterpreneur of Asia and the Pacific Award...Yolanda berkata dia akan membalas dendam bagi pihak Nea.

Malam anugerah untuk top 10 enterpreneur....Ivan tiba bersama Karri dan Roden. Orang ramai bersalaman dengannya. Nampak sekali mereka agak riang. Akhirnya mereka mengumumkan penerima yang terakhir, current president of the Ynares Consolidated Industry...Mr. Ivan Ynares...Semua orang bangun dan ebrtepuk tangan. Ivan memeluk Karri dan berjalan menaiki pentas. Anugerah diberikan kepadanya. Roden dan Karri begitu berbangga sekali. Ivan memulakan ucapannya. Di pertengahan ucapannya itu, Yolanda dan Nea pun muncul. Ivan terhenti dari bercakap dan memandang kearah Karri. Karri menoleh dan ternampak Nea bersama Yolanda.

Ivan tidak dapat meneruskan ucapannya. Orang ramai tertanya-tanya. Ketika itu Gab berada disitu dan berkata kepada temannya yang itulah si Nea, perempuan yang pernah dia tulis dalam suratkhabar. Nea mula mendapat perhatian. Mereka mengambil gambarnya. Mereka datang dekat kepada Nea dan bertanya samada dia datang kesitu semata-mata untuk membuatkan Mr Ivan Ynares membayar segala dosanya memperkosa Nea. Peluang Nea itu untuk membuat kenyataan samada Ivan Ynares yang melakukannya. Jawablah pertanyaan mereka. Nea hanya berdiam diri. Dengan penuh semangat Yolanda yang menjawabnya. YA! DIA YANG MEMPERKOSA NEA...SI IVAN YNARES. Ivan tidak mampu berkata apa-apa dan juga tidak mampu berbuat apa-apa.

Yolanda masih meneruskan lagi kenyataannya. Roden menjerit dan berkata itu semua bohong. Jangan percaya pada orang yang tidak berhati perut itu. Roden mula bertekak dengan mereka. Karri pula cuba menghalang pihak press daripada mengambil gambar Ivan. Ivan masih diatas pentas masih terkejut. Tetapi dia turun akhirnya dan cuba pergi dari satu dan mengelak daripada diambil gambarnya. Roden masih mengamuk. Yolanda masih terjerit-jerit...ANAK KAU SEORANG RAPIST..KAMU SEMUA PENIPU!!

Di kedai buku pula Daphne dengan segera datang dan memberitahu kawan-kawannya yang abang dan kakak Oliver dan Jasmin didalam TV.. ada kekecohan berlaku.

Karri dan Ivan berjalan meninggalkan tempat itu dan diikuti oleh Roden yang ketika itu sedang bercakap dalam telefon dan mengarahkan supaya mereka meneruskan rancangan supaya menjatuhkan perempuan tersebut.

Oliver, Jasmin dan Daphne menonton TV, ada berita terkini. Pihak media sedang mengambil kenyataan Nea Fontanilla yang menuduh Ivan Ynares, salah seorang penerima anugerah sebagai orang yang memperkosanya. Salah seorang perempuan yang menonton berkata sepatutnya rapist itu dihukum bunuh saja dan jawab lelaki pula bagaimana nak pastikan samada mereka berkata benar atau tidak. Oliver dan Jasmin pula pergi berasingan.

Karri membuat satu presscon, ramai yang dia cuba telefon dan menjemput. Sementara itu Ivan tidak senang duduk. Karri Mahu Ivan untuk mengawal dirinya semasa presscon nanti. Oliver juga berada disitu hanya memerhatikan mereka. Karri siap mengajar Ivan apa yang perlu dia cakap nanti. Ivan nampak gusar. Karri masih sibuk melayan panggilan telefon dan berkata segala yang dikatakan oleh Nea adalah dusta kerana Nea hanya cuba memperdayakan mereka semua demi mendapatkan wang. Ivan menengking Karri supaya berhenti daripada bercakap demikian . Karri lakukan ini semua demi untuk melindung Ivan dan dia tidak mahu Ivan meninggikan suaranya terhadapnya.

Nea, Jasmin, Hazel, Yolanda dan Vonnie... Jasmin bertanya mengapa Nea lakukan semua itu. Nea tidak sengaja ia jadi begitu. Yolanda pula berkata memang patut keluarga Ynares diberi satu pengajaran. Tiada tapi, tapi ..itu semua idea darinya. Bagus juga ia terjadi, at elast jika terjadi apa-apa yang tidak baik terhadap mereka, seluruh dunia akan tahu siapa yang mungkin menjadi dalangnya. Yolanda merasakan dirinya bijak.

Oliver bertanya samada Ivan sudah berbincang dengan Nea. Dia tidak mengerti perangai Nea yang cuba mengejar sesuatu. Yang paling sakit sekali kerana nea adalah kawan nya juga dan kini dia pula yang membuat skandal pula. Ivan meminta maaf. Tetapi bagi Oliver, Ivan tidak melakukan kesalahan dia cuma tidak faham mengapa Nea boleh menjadi begitu desperate, dia yang memulakan dan mengapa Nea sanggup lakukan ini terhadap mereka. Ivan masih berdiam diri.

Di presscon, Ivan, Karri, Oliver dan Roden hadir bersama. Karri yang banyak bercakap dan mengapa Nea buat ini sedangkan mereka banyak membantu dia. Kononnya Karri telah memberikan 1 juta pesos untuk membuka restaurant, ini pun kerana atas permintaan Ivan yang merasa kesian melihat keluarga Nea. Yang paling teruk sekali Nea begitu obsess dengan Ivan dan mungkin kerana menyintai Ivan dia sanggup berbuat apa saja. Dia masih tidak mempercayai betapa teruk sekali perangai Nea. Ivan masih lagi berdiam diri dan termenung. Susana akhirnya muncul.

Di rumah Nea mereka semua menonton TV. Oleh kerana terlalu marah, Yolanda mengutuk cara mereka, itu style lama. Semasa interview dengan Oliver, dia berkata yang keluaraga nya akan bersatu untuk melepaskan abangnya dari skandal tersebut. Keluarganya juga dikenali dan dihormati dalam dunia perniagaan. Ramai yang mengenali mereka dan boleh membuktikan bahawa mereka bukanlah penipu. Jasmin terhenti.

Dalam interview bersama Karri pula, dia berkata yang dia yakin boyfriend nya tidak bersalah. Dia mengenali Ivan sejak kecil lagi dan sudah tentu Ivan tidak akan pernah melakukan perkara terkutuk itu.

Dirumah pula, Vonnie dan Yolanda begitu geram sekali dan berkata begitu tebal sekali muka Karri mengata mereka cuba mencaroi pasal sedangkan mereka adalah mangsa. Agak susah jika tidak mengenali wartawan. Sekarang mereka pula di letak pada trial by publicity.

Susana bertanya mengapa Nea membuka skandal ini, kenapa mereka cuba membuat kecoh dengan keluarga Ynares? Roden bertanya Susana samada dia pulang untuk menguruskan anaknya. Susana menafikannya dan dia tidak faham mengapa. Roden menyatakan yang Susana ada sedikit musykil dengan Ivan, apa jenis ibu, lebih baik dia pulang semula ketempat asalnya. Kalau dia ada disitu pun tak guna, keadaan menjadi lebih keruh. Ivan masih termenung.

Jasmin meminta bantuan Third untuk mendapat pertolongan kawan wartawannya. Mereka perlu melawan kerana dia takut pada akhirnya mereka pula yang jadi anggap sebagai orang jahat. Dia amat memerlukan pertolongan sekarang sekiranya Third sanggup membantu.

Peguam Ivan memberitahu satu berita baik. Dia sudah meneliti kes yang difailkan oleh Nea Fontanilla. Bukti yang ada pada Nea adalah medical. Sepatutnya sekarang mereka sudah boleh meraikan kejayaan kerana Nea hanya membuang masa...dan lagi mereka juga ada memegang bukti yang boleh melepaskan Ivan dari kes ini. Ivan boleh menarik nafas panjang.
Ivan sudah mabuk, menangis dan membaling botol minumannya. Roden muncul dan bertanya apa yang terjadi. Ivan terus meraung. Dia takut dikurung dan meminta ampun dari ayahnya. Apa yang Nea kata adalah benar belaka. Dia telah mengambil kesempatan terhadap Nea. Roden begitu marah sekali. Ivan sudah berlutut dihadapan ayahnya dan memohon ampun. Roden tidak dapat mempercayai dia mendengar pengakuan ini dari Ivan sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2005 05:26 PM | Show all posts
jahat betul si roden tu....tak habis2 nak sakitkan hati nea....

si karri pun cam nak wat jahat jugak kat nea...sian nea
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2005 07:13 AM | Show all posts
Originally posted by KuAnne at 27-10-2005 02:45 PM
Karri dan Ivan tiba tepat pada masanya bila Nea hampir menutup gate. Nea bertanya apa yang mereka mahukan darinya. Karri menyuruh Ivan menjawab soalan Nea. Ivan merayu supaya Nea tidak meneruskan s ...


Chakk...adeh..dah lama tak masuk..makin menarik nampak citer ni...:hmm:SELAMAT ARI RAYA SUME..MAAP ZAHIR AJE ..HEHEHE...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2005 07:57 AM | Show all posts

Episode 115 - Summary

Roden dan Ivan masih meneruskan lagi perbualan mereka. Roden tidak menyangka Ivan sanggup lakukan perkara terkutuk itu. Ivan merayu supaya ayahnya tidak membiarkan dia...dia tidak mahu dipenjarakan. Roden bertanya sebab itu kah Ivan pergi buat seketika dulu. Ivan menjawab yang dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan dan dia tidak tahu kemana dia hendak tuju. Roden menekan kan lagi mengapa Ivan tidak berfikir panjang akibat perkara itu dia masih membawa nama keluarga mereka. Ivan mengaku dia cuba menahan dirinya tetapi dia tidak sengaja begitu cepat sekali masa berlalu ketika itu. Ivan masih merayu lagi pada ayahnya. Ivan begitu tertekan dan terus meraung. Roden memberitahu anaknya supaya cerita itu tidak terlepas pada sesiapa pun termasuk, Oliver, ibunya dan Karri. Dia berjanji akan memastikan yang Ivan tidak dikurung, dia sanggup mati kerana itu dan mereka berdakapan sambil menangis.

Nea masih lagi meneruskan kehidupannya dengan membuat catering. Dia telah perg kepejabat dan memberikan sample masakannya kepada boss tersebut. Makanan itu terjatuh dan terkena baju Nea. Lelaki itu menasihatkan Nea untuk menukar pakaian dan dia ada sediakan pakaian wanita. Selepas itu lelaki itu bertemu dengan seseorang yang memberinya wang. Semasa Nea sedang menyalin pakaian dia terperasan ada seseorang dibelakang cermin. Nea dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dan dia menghampiri cermin itu dan menelitinya. Nea berbual dengan Vonnie yang dia rasa lain semasa pergi bertemu dengan bakal pelanggan di pejabatnya. Vonnie berharap janganlah ada negative vibes pada business mereka.

Jasmiin dan Oliver sedang makan bila Third menelefon.

Nat dan Hazel sedang berbual dirumah bersama Nenek Nat. hazel mengusap muka Nat dan ada rambut yang terjatuh diatas muka Nat. Hazel mengalirkan air mata bila Nat mengatakan sesuatu padanya.

Theme song bermain di background.... Oliver di billiard table, Jasmin didalam bilik tidak dapat melelapkan matanya. Nea sedang berbincang dengan peguamnya, Ivan didalam bilik dan masih gelisah. Tidak lama selepas itu, Nea masuk kebilik Jasmin dan Jasmin mengusap rambut kakaknya, Ivan pula sudah tidur dan Oliver menyelimutkan abangnya.

Susana kini pergi ke rumah Nea dan Yolanda yang membuka pintu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2005 07:58 AM | Show all posts

Episode 116 - Summary

Susana mahu berbincang dengan Nea mengenai Ivan. Dia berkata mungkin Nea telah salah anggap. Sekiranya Ivan telah mengambil kesempatan, dia sendiri akan membantu Nea. Dia yakin Ivan tidak lakukan kerana dia juga adalah kawan anak-anaknya. Nea tetap dengan jawapan nya yang Ivan telah melakukan satu jenayah. Yolanda menghalau Susana supaya balik kepada keluarganya yang tidak berguna itu dan mereka tidak memerlukan drama Susana dirumah mereka. Susana masih merayu kepada Nea. Namun Nea berkata janganlah Susana membuang masa, lebih baik dia jaga dan observe anak nya sendiri. Jadi Susana terpaksa juga pergi.

Ivan masih lagi terbaring akibat mabuk. Karri tiba dan melihat keadaan Ivan sedemikian. Karri cuba mengejut Ivan tetapi kepala nya masih sakit. Karri sungguh tidak puas hati dengan tindakan Ivan yang hanya mabuk tidak kira masa sedangkan dia terpaksa menjawab segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Ivan. Ada masa dia terfikir juga yang Ivan memang bersalah kerana dia tidak berbuat apa-apa pun. Ivan mahu mencapai botol arak tetapi dirampas oleh Karri dan menghalangnya dari minum lagi. Sepatutnya mereka ada tempat untuk pergi hari itu tetapi Iavn telah membiarkan Karri tertunggu-tunggu, jadi mereka terpaksa postpone jadual mereka esok dan mengingatkan Ivan supaya tidak membiarkan perkara ini berulang lagi.

Keluarga Fontanilla berkumpul. Yolanda tidak dapat terima yang tidak cukup Ynares cuba menjatuhkan mereka sekarang ada pula tambahan lagi. Sekiranya Susana datang lagi, dia sendiri akan menentang walaupun dia lumpuh (yeah right!!) Vonnie tiba dengan penuh keriangan tetapi bila melihat rupa seorang demi seorang dia tertanya juga. Jawab Nea yang Mrs Ynares baru saja pulang. Kata Vonnie untuk apa? supaya support anaknya rapist itu... tapi itu bukan hal sebenar dia kesitu. Vonnie memberitahu mereka satu berita baik yang esok mereka boleh membuka restaurant semula.

Roden memerhatikan gambar-gambar. Dia berkata dia mampu menukar cerita yang sebenar. Dia akan membuktikan yang Ivan tidak bersalah.

Nea dan Jasmin bertemu dengan peguam mereka. Nea bertanya mengapa kesnya masih belum dihadapkan, mereka mempunyai bukti. Jawab peguam yang pihak lawan telah melakukan sebaik-baiknya supaya dapat menghalang kes ini diteruskan. Mereka juga sanggup merasuah fiscal nya. Jasmin sanggup berbincang dengan fiscal. Jawab peguam mereka sudah lakukan semuanya. Oleh kerana mereka tidak berwang, jadi pihak fiscal tidak mahu mendengar kata-kata mereka. Nea berkata Ivan dan ayahnya sanggup menggadaikan jiwa mereka tetapi dia tidak akan mengaku kalah.
Sebelum peguam pergi dia sekali lagi meyakinkan Nea yang dia akan cuba membantu. Nea menangis dan Jasmin seperti memikirkan sesuatu

Oliver tiba di kedai buku dan bertanya pada Daphne dimana Jasmin. Daphne menjawab yang Jasmin hanya bekerja sekerat hari. Oliver tahu tapi sepatutnya sebelah petang dan sepatunya dia berada disitu sekarang. Daphne berkata mungkin emergency. Oliver juga mencari Third. Semalam dan hari ini dia tidak muncul. Daphne berkata mungkin Third sedang menguruskan sesuatu.

Karri menyediakan pakaian Ivan sementara itu dia mengajar Ivan bagaimana hendak bercakap dan apa yang perlu dia lakukan. Karri tidak mahu Ivan menunjukkan yang dia mempunyai masalah dihadapan pekerjanya dan juga jangan berikan stockholders untuk merasa musykil dengan keupayaan Ivan. Namun Ivan masih menunjukkan sifat tertekannya.

Oliver bertanya sekiranya Jasmin kehilangan cellphone nya kerana dia tidak dapat dihubungi. Jasmin menerangkan telefon nya sudah kehabisan battery jadi dia juga tidak dapat menelefon keluar. Dia tidak clock-in kerana ddia tahu dia terpaksa keluar, lebih baik dia dikira tidak hadir saja. Oliver menegaskan banyak kerja yang perlu Jasmin selesaikan, namun Jasmin menjawab yang dia ada satu perkara mustahak yang perlu diuruskan dan tidak boleh ditangguhkan. Oliver tidak benarkan Jasmin absent di tempat kerja, dia berbuat demikian kerana boyfriendnya dan kalau boleh jangan satukan antara hal pribadi dan kerja. Jasmin menjawab sebab itu dia memilih untuk absent dan lebih dari itu dia tidak pernah mengambil kesempatan kerana Oliver adalah bossnya, cuma mengambil peluang sebagai seorang pekerja untuk mendapatkan time off.

Vonnie dan Nea berada dalam restaurant. Vonnie komplen kenapa tidak ada orang yang masuk kedalam restaurant mereka walaupun untuk minum kopi. Lebih baik agaknya mereka tutup saja. Kemudian Crispy tiba dan berkata macamana orang nak datang, mereka takut nak masuk dan memberikan Nea suratkhabar untuk dibaca.

Third, Gab dan Jasmin sedang berbincang. Jasmin berkata mereka telah melampau membuat kakaknya begitu. Third menegaskan sekiranya fiscal mula menekan mereka, dia akan ambil tindakan...(sambil memegang tangan Jasmin) Gab menyuruh mereka mengambil kesempatan dengan isu kemudian menggunakan simpati dari pihak media. Jasmin menjawab yang dia tidak mahu sama sekali kakaknya dimalukan.

Oliver berkata dia tidak sengaja, yang penting baginya Jasmin tidak dibuang kerja, salah ke itu. Jawab Daphne yang Oliver semakin menjadi unreasonable dan dia tidak tahu apa yang dilakukan. Kerana perkara kecil mereka dah naik radang. Daphne menyarankan supaya mereka berbincang dan bercuti. Oliver meminta Daphne menjaga kedai sementara dia keluar ambil angin.

Jasmin dan Third didalam kereta. Jasmin mennagis tetapi tidak mahu ditunjukkan kepada Third. Third menasihatkan dia supaya jangan terlalu fikirkan tentang kakaknya dan ini semua akan berlalu. Dan lagi jangan terlalu memikirkan Oliver, sudah tentu dia memahami Jasmin. Kata Third sebelum dia menghantar Jasmin ketempat Nea, dia akan membawa Jasmin kesatu tempat dimana dapat menggembirakan Jasmin.

Dalam newspaper....Para pekerja mula kecoh......'Mafia Enterpreneur awardee accused with rape'....dalamnya mengandungi gambar Nea, disebelah pula gambar Ivan. Ivan dan Karri muncul dan memerhatikan mereka semua. Mereka menyimpan akhbar itu dan meneruskan kerja masing-masing. Karri memberitahu Ivan yang mereka akan lunch bersma selepas meeting. Karri pergi dan Ivan pula menghala ke office nya sambil di lihat oleh pekerjanya.

Oliver teringat kata-kata Jasmin yang tidak sekali-kali dia menggugat kedudukan Oliver sebagai bossnya.

Third dan Jasmin berada dalam park. Third berkata yang amat sukar seklai perkara yang dilakukan oleh Jasmin iaitu menangis tetapi menahan airmata dari jatuh. Mungkin bila ia jatuh kerana terlalu banyak dia akan tenggelam dan tidak mampu berenang tapi tak mengapa kerana dia sanggup menjadi lifesaver nya. Jawab Jasmin memang mungkin dia akan lemas dan dia takut akan perkara yang berlaku dan mungkin dia dan Oliver tidak terdaya melawannya. Third cuba memujuk dan berkata yang Jasmin mampu mengatasi masalah kerana mereka sedang bercinta. Jasmin bersandar pada bahu Third dan mengucapkan terimakasih kerana menjadi kawan yang berada disampingnya. Third berjanji akan sentiasa menjaga Jasmin. Oliver pula muncul dan Third dan Jasmin bangun.

Oliver bertanya mengapa mereka berada bersama. Jawab Third yang mereka ada perkara mustahak yang dibincangkan. Oliver bertanya lagi apa yang penting sangat sehingga dia tidak mengetahuinya., apa mereka buat disitu dan apa yang diuruskan. Third menyuruh Oliver mendengar dulu. Oliver tidak mahu Jasmin masuk campur. Third meminta maaf. Sekiranya dia tidak pergi kesitu dia tidak tahu dimana Jasmin berada. Inikah perkara penting yang mesti diuruskan? Sebab itu dia tidak menghalang Jasmin pergi tadi kerana dia tahu Jasmin akan bertemu dengan Third. Kini Jasmin yang menjawab dan berkata Third hanya membantu dia. Oliver bertanya lagi kerana Oliver tidak mampu membantu? Jawapan yang diberikan adalah ya. Ini kerana kakaknya. Dia mahu dapatkan justice. Oliver mahu membawa Jasmin pulang tetapi Jasmin menolak kerana dia datang bersama Third dan dia akan pulang bersama Third. Mereka hanya berpandangan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2005 07:58 AM | Show all posts

Episode 117 - Summary

Selepas Jasmin menolak untuk pulang bersama Oliver, Oliver dengan marahnya pergi bersendirian. Pada pendapat Third sepatutnya Jasmin mengikut Oliver supaya perkara itu tidak dibesarkan lagi. Jasmin menolak kerana dia tahu mereka akan terus bergaduh lagi.

Roden sedang bercakap bila Oliver pulang dengan penuh muram. Oliver mengaku dihadapan ayahnya yang dia bergaduh dengan Jasmin. Roden memahami perasaan anaknya dan cuba memberikan nasihat kepada Oliver. Dalam pada itu, Susana hanya memerhatikan gelagat Roden yang mengambil kesempatan untuk berbaik dengan anak-anaknya.

Kawan Third merasa gembira kerana Third boleh mengambil peluang untuk memisahkan Oliver dengan Jasmin. Tetapi Third seolah-olah mengubah fikirannya kerana dia mahu Oliver dan Jasmin berbaik semula kerana dia tidak sanggup melihat Jasmin menangis.

Roden dan Susana bergaduh lagi mengenai rancangan Roden terhadap anak-anak mereka. Susana menentang dan berkata setelah kes Ivan selesai, mereka pula akan berpisah dan dia akan memberitahu tentang hubungan Roden dan Yolanda kepada anak-anak.

Hazel meninggalkan Nat sebentar bersama neneknya. Mereka berbual dan Nat berkata yang dia ingin memohon kepada tuhan untuk memberikannya walau seminggu tanpa sakit supaya masa seminggu itu dia dapat menggembirakan Hazel.

Karri terdengar bisikan pekerja di office Ivan. Karri berdepan dengan orang-orang yang membawa mulut itu yang cerita mengenai Ivan itu tidak betul. Ivan terdengar Karri bercakap dihadapan pekerjanya dan dengan pantas, Ivan berjalan pergi. Karri ternampak Ivan dan terus mengejarnya.

Jasmin tidak senang hati didalam biliknya dan dia asyik memandang kearah celphone nya. Akhirnya dia menghantar message kepada Oliver untuk meminta maaf diatas kejadian yang berlaku tadi dan berharap mereka boleh berbincang. Oliver membalas dan menulis mereka sedang berbincang sekarang.

Oliver perasan abangnya masuk kerumah dengan pantas dan bertanya kepada Karri apa yang berlaku. Karri menjawab yang Ivan terasa bila para pekerja nya bercakap belakang mengenainya.

Dirumah keluarga Fontanilla cellphone Nea asyik berdering dan berbagi-bagai orang yang memanggilnya dan cuba bercakap tidak senonoh kepadanya. Rupanya ada yang meletakkan nama dan telefon Nea didalam akhbar dan berkata yang dia memberikan khidmat untuk goodtimes.

Nea begitu marah sekali dan dia telah pergi kerumah Ynares untuk mencari Roden. Roden keluar dan mereka mula bertikam lidah. Oliver tiba dan cuba meleraikan pergaduhan mereka berdua. Dengan marah juga Oliver mahu Nea hentikan perbuatan mengganggu abangnya kerana walau apa yang dilakukan oleh Nea, Ivan tetap memilih Karri dan bukan dirinya. Nea tidak menyangka Oliver sanggup berkata demikian terhadap kawan baiknya. Nea menampar muka Oliver dan berkata mulai dari hari itu dia akan memutuskan segala hubungan mereka sebagai kawan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2005 07:59 AM | Show all posts

Episode 118 - Summary

Nea kini sedang bercakap dengan Oliver dan dia berkata yang sudah lama tali persahabatan antara mereka terputus sejak Oliver mula mempertikaikan dan menuduhnya cuba membuat kecoh antara Ivan dan Karri. Bagi Nea itu tidak sukar kerana dengan keputusan yang dibuat itu dia dapat melupakan mereka semua dan Nea pergi sambil menangis.

Susana dengan bangganya berkata yang Roden sudah bertemu buku dengan ruasnya. Roden menyuruh Susana daripada mengatanya. Susana mahu Roden membiarkan Nea dan Ivan tidak bersalah. Dia tidak mahu Roden melakukan sesuatu yang boleh menekankan lagi Ivan. Roden tidak mahu Susana masuk campur dalam rancangannya. Jika Susana tidak menghormati lagi nama keluarga Ynares, sekurang-kurangnya biarlah dia mengasihani anak nya sendiri.

Nea memeluk kawan baiknya Vonnie sambil menangis. Jasmin bertanya apa yang sudah terjadi dan apa yang sudah dilakukan oleh ayah Oliver terhadapnya. Jawab Vonnie bukan Roden tetapi Oliver yang melukakan hati Nea. Entah apa-apa yang dia katakan pada Nea hanya untuk mempertahankan ayahnya sendiri. Jasmin terpaku.

Third dan Gab kini berada dirumah Nea. Nea bertanya sekiranya dia perlu berhadapan dengan pihak media kerana dia masih didalam trauma sejak hari anugerah itu. Jasmin berkata itu perlu untuk kes mereka. Third menambah lagi, terutama sekarang kerana pihak fiscal mahu melengah-lengahkan lagi kes tersebut. Gab menyatakan sekarang Ivan pula cuba memperbaiki namanya dan menunjukkan suratkhabar...'RAPE ALLEGATIONS NOT TRUE - SAYS YNARES'....bila Nea membacanya dia terus bersetuju dengan cadangan mereka.

Jasmin sedang menunggu Oliver. Karri tiba di kedai buku dan bertanya dimana Oliver berada. Jasmin menjawab yang Oliver tidak ada dan bertanya apa yang Karri perlukan. Karri menunjukkan suratkhabar dan dia akan menunggu Oliver. Jasmin sudah mahu beredar bila Karri bertanya samada Jasmin mahu menunggu bersamanya. Dia masih menganggap Jasmin sebagai future sister-in-law nya. Jasmin tidak suka Karri bermuka-muka. Jawab Karri dia tidak kisah apa yang mahu Jasmin katakan....she's being polite for Oliver's sake....Jasmin bertanya lagi samada Karri datang situ kerana Oliver atau kerananya sebab dia dah jemu orang bergaduh dengan kakaknya dan kini dia pula dijadikan mangsa marah orang lain. Karri berkata dia tidak marah pada Nea tetapi dia mahu berikan pengajaran sebab apa yang dia buat adalah salah, menggunakan orang lain, seorang opportunist. Jasmin pula membalas yang dia tidak perlu berfikir panjang lagi mengapa Karri begitu cemburu terhadap kakaknya sebab dia tahu dia akan kalah dan kakaknya lebih mempunyai sikap yang bijak daripada Karri. Oliver tiba dan terdengar kata-kata yang keluar dari Jasmin kepada Karri.

Karri berkata dia datang situ untuk memberikan suratkhabar kepada Oliver. Dia tidak tahu yang dia akan mendengar kata-kata hinaan seperti itu dan Karri terus pergi.

Ivan sudah baring diatas katil bila telefonnya berdering. Dia menengking dalam telefon yang dia tidak akan masuk kerja hari itu. Dia meberitahu Roden yang dia tidak mahu pergi kerja kerana orang ramai hanya akan mengumpat. Dia tidak mahu melihat mereka. Roden berkata dia lakukan semuanya supaya Ivan tidak dipenjarakan lalu keluar dari bilik Ivan.

Oliver bertanya apa yang Jasmin lakukan pada Karri. Jasmin menjawab kenapa Oliver tidak bertanya apa yang Karri lakukan pada dirinya. Oliver tahu yang Karri tidak akan berbuat apa-apa. Sebab itulah kata Jasmin, Karri datang hanya untuk mengganggu secara personal. Supaya Jasmin mendengar secara personal bila dia mencemuh kakak Nea nya. Jasmin bertanya lagi, apa yang Oliver sudah lakukan terhadap Nea. Jawab Oliver dia tidak melakukan perkara yang tidak baik cuma dia cuba menentang Nea demi keluarganya. Oliver meneruskan lagi yang Karri tidak kurang ajar, yang kurang ajar adalah Nea.

Nea bersendirian, berfikir dan menangis...

Jasmin mahu Oliver menarik kata-katanya yang kakaknya bukan kurang ajar. Oliver berkata sebab itu dia pergi kerumah hanya untuk membuat skandal. Jasmin dengan geram menjawab sekiranya Nea diserang sudah tentu dia akan membalas balik kerana abang Oliver tidak mahu membayar kesalahannya. Oliver meneruskan lagi yang Nea begitu desperate sekali, masa hari anugerah dia telah muncul untuk membuat skandal sekali lagi, sudah gila dan sengaja mahu merosakkan hidup abangnya.

Ivan masih didalam bilik...sakit kepala dan membaling gelas...

Jasmin menjawab yang mereka telah memalukan keluarganya semasa presscon keluarga Ynares. Entah berapa kali dia berkata yang Ivan adalah seorang penipu, dia sudah mengambil kesempatan terhadap Nea. Mengambil kesempatan??? tanya Oliver...tidak ada orang akan membeli cerita rekaan kakaknya. Jadi semua orang yang tidak tahu turut terlibat sama.

Karri didalam kereta sedang bercakap dengan Andy. Sukar baginya menerima tekanan ini dan segala apa yang dilakukan terhadap Ivan. Dia tidak akan benarkan sesiapa pun menjatuhkan mereka.

Jasmin meneruskan lagi...seperti yang dilakukan oleh ayahnya terhadap orang yang tidak mampu menentangnya. Oliver tetap berkata ayahnya tidak melakukan perkara yang tidak baik.

Roden sedang bercakap dengan seseorang ... dia memberikan duit.

Jasmin menuduh yang otak Oliver sungguh sempit sekali. Apa yang dia lakukan tempoh hari terhadap Third. Oliver berkata dia cuma menentang kerana dihadapan matanya sendiri mereka berdua berhubungan. Jasmin sudah mengatakan beberapa kali yang Third hanyalah seorang kawan. Kini Oliver menjerit "BULL**** with that friend!!" Dihadapan nya sendiri Jasmin dan Third cuba mempermainkan dia.....mereka sengaja memusingkan kepalanya...membuat dia jadi bodoh. Jasmin membalas...sekira itu yang Oliver mahu dengar...."Baiklah! aku menipu kau, aku menipu diri aku sendiri yang kita berdua akan terlepas dari terjerat sama dengan masalah mereka...yang semuanya dalam keadaan baik ...yang aku fikir aku mampu menghimpun segala kasih sayang yang datang pada kita berdua." Sekarang Oliver menuduh ini semua salah Jasmin dan juga salah Third. Memang tebal sekali muka Oliver.

Oliver masih tidak yakin dengan kasih sayang Jasmin....jika tidak ada apa yang ditunjukkan...jika dia tidak sanggup memberi...tidak akan ada pengorbanan. Jasmin membalas dengan berkata yang Oliver begitu angkuh. Tiap-tiap kali dia akan berkata yang dia lebih menyayangi, dia sentiasa mahu menang, lebih memberi. Oliver menengking, memang betul semua itu. Jasmin menengking balik kerana dia menyangka itu yang betul...kerana Oliver begitu lokek dengan kasih sayangnya. Jasmin tidak akan membuang masa dan hidupnya dengan orang seperti Oliver jadi lebih baik mereka mengakhiri hubungan mereka sekarang. Kedua-dua mereka terpaku.

Jasmin berkata dia mungkin tidak mampu menyintai orang seperti Oliver lagi. Oliver menjawab sebab jasmin sudah mempunyai orang lain, sebab itu dia gagahkan dirinya dan berkata yang dia tidak yakin dengan Oliver lagi....jangan Jasmin bimbang yang sudah tentu sekali dia tidak akan bercinta dengan orang yang menipu...dia sedar..seperti kakaknya juga menipu. Jasmin terus menampar muka Oliver......Oliver pergi dan masuk kedalam keretanya...Jasmin terus menangis didalam bilik.

Ivan sedang berjalan di lobby bila dia diserbu oleh wartawan yang mahukan kenyataan darinya. Ivan menolak mereka dan dengan pantas berjalan.

Nea membayar gaji kepada pekerjanya termasuk Vonnie, Crispy dan tiga lagi pekerja lelaki dan meminta maaf kerana lewat. Mereka tahu Nea dalam kesempitan dan catering mereka tidak dapat diteruskan. Dan mereka juga tahu restaurant mereka tidak ada orang yang masuk sejak peristiwa tembakan dulu. Merke memahami keadaan Nea dan Nea mengucapkan terima kasih.

Karri tiba dan cuba menghampiri Nea...

Vonnie mahu menyerang tetapi dihalang oleh Nea dan Crispy. Karri berkata yang dia berhak sepenuhnya untuk datang kesitu. Nea bertanya tidakkah Karri jemu cuba membeli prinsip hidupnya? Karri berkata yang dia hanya menurut kata-kata Nea yang dia akan mengambil segala duit nya. Jadi dia akan mengambil haknya itu dan menghalau Nea dan pekerja-pekerjanya dari restaurant itu....dan berkata.."Biar kau sedar sekarang!!"
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2005 08:01 AM | Show all posts

Episode 119 - Screencaps

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2005 08:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2005 08:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2005 08:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2005 08:06 AM | Show all posts
Episode 117 - 25 October 2005

http://ialsa.com/IALSA102505.wmv

Episode 118 - 26 October 2005

http://ialsa.com/IALSA102605.wmv
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2005 04:50 PM | Show all posts
PANJANG BETUL CITE NIE...DAH EP 118 PUN RASANYA CITE NIE MASIH PANJANG LAGI....TAPI SEMAKIN MENARIK...

TUK ANNE YG RAJIN MELETAKKAN CITER ...SCREENCAP....VIDEO...AKU UCAPKAN BEBANYAK TERIMA KASIH.....

SELAMAT HARI RAYA AKU UCAPKAN TUK SEMUA....ANNE KALAU FREE NANTI UPDATE LAH CITE NIE YE....

DAPAT MASUK CARI PUN 9/11....

SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2005 10:21 AM | Show all posts

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!!

DI SINI MIC NAK AMBIL PELUANG NAK WISH KORANG SUME SHR AIDILFITRI...
LAMA X BORAK NGAN KORG, NTI KALU ADA MASA MIC SINGGAH JENGUK2 KORG KAT SINI YE...
IALSA MKN MENDEBARKAN MMG XLEH MISS...
SO KEEP ON SUPPORT THIS TELESERYE OK!
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2005 02:17 PM | Show all posts
Aku rasa.. ni soap last Bea ngan Jlc kot?!..... uhmm.. :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2005 05:59 PM | Show all posts

IALSA EPISODE 120 SCREENCAPS...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2005 06:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2005 06:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2005 06:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2005 06:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.068928 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list