CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: lanesra

[Tempatan] Wanita hamil lima bulan antara yang maut dalam nahas di Kuala Nerus. Nasi dagang

  [Copy link]
Post time 27-5-2019 10:55 AM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 10:57 AM | Show all posts
benda2 mcm ni jadi time nak raya & nak puasa mmg sedih
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:03 AM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:25 AM | Show all posts
Innalillah. kenapa lately ni bnyk cite kemalangan mostly maut dekat area pantai timur ya?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Inalillahiwainnahirojiun... .. Allah...hancur keta...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:34 AM | Show all posts
sejak my abah kerja polis kat Setiu 1998-2003,jalan sungai tong - belara ni memang dah banyak korban nyawa. jalan di sekitar situ,nampak tenang,lurus dan aman. tapi kalau kita terlaju bwk kereta,cuba nak memotong,sangat2 bahaya. dari jauh mcm clean,clear tak nampak ada kereta. bila nak overtake,tiba2 ada kereta muncul di sebalik selekoh di laluan bertentangan. masa abah handle kes,ada kereta kancil accident, terputus 2,mayat tercampak ke dalam gaung sebelum sampai area sg tong. jenuh mencari mayat. bila jumpa,mayat dlm keadaan x sempurna. hati2 klu sesiapa nak balik kampung n kena lalu kaw sg tong - belara
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-5-2019 08:02 PM | Show all posts

Tiga beradik jadi anak angkat PERKESO Terengganu

KUALA TERENGGANU - Tiga anak kepada pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Setiu, Sabtu lalu menjadi anak angkat kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Terengganu.

Tiga beradik itu ialah Nurul Nadirah Anuar, 14 Muhammad Adib Anuar, 18 dan Nurul Umiraf Anuar, 19.

Ketiga-tiga mereka adalah anak kepada Anuar Said, 59 dan Che Khasliza Che Hussin, 53 yang maut dalam kejadian kemalangan yang berlaku jam 9.20 pagi itu.

Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin berkata, ketiga-tiga beradik itu kini menjadi anak angkat kedua PERKESO Terengganu selepas anak angkat pertama, Muhammad Khairul Haziq, 5, yang terlibat dalam kejadian sama yang meragut nyawa seluruh ahli keluarganya.

"Tiga waris termasuk seorang mangsa kemalangan (Nurul Nadirah) layak mendapat pencen penakat sebanyak RM900 sehingga usia mereka 21 tahun.

"Ketiga-tiga mereka juga layak menjadi anak angkat PERKESO Terengganu," katanya ketika menyampaikan bayaran dan melawat mangsa kemalangan (Nurul Nadirah) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Nurul Nadirah patah kedua belah paha dan cedera di muka serta masih dirawat di hospital itu.

Sementara itu, anak sulung pasangan itu, Nurul Umiraf, 19, berkata, dia bersyukur kerana menerima sumbangan itu kerana ia dapat membantu mengurangkan bebanan kewangan setelah kehilangan tempat bergantung.

"Saya bersyukur atas sumbangan ini kerana ia membantu meringankan bebanan kewangan keluarga setelah kehilangan kedua ibu bapa kami," katanya.

Kejadian kemalangan di Kilometer 31, Jalan Kuala Terengganu-Setiu berhampiran Kampung Pakoh Jaya, Kuala Nerus itu meragut nyawa dua pasangan suami isteri termasuk seorang wanita yang sedang hamil lima bulan.

Nahas itu membabitkan dua kenderaan iaitu Proton Wira Aeroback dan Peugeot.

Turut terkorban ialah pemandu dan penumpang, iaitu Hafiiz Mohd Ibrahim, 29, dan isterinya, Siti Nur Shahila Asla, 26, yang hamil anak sulung mereka.

Keempat-empat mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian kerana cedera parah akibat tersepit dalam kenderaan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 08:02 PM | Show all posts


'Tiada lagi peneman setia saya'

KUALA NERUS - "Dia menjadi peneman setia saya. Apabila waktu makan, dia tunggu saya untuk makan bersama dan ketika berbual, dia suka urutkan kaki saya. Selepas ini tiada lagi semua itu,".

Begitu cerita Ibrahim Hashim, 66, bapa kepada Hafiiz Mohd, 29, yang maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di KM 32, Jalan Kuala Terengganu-Setiu, berhampiran Pakoh Jaya Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira kira 9.20 pagi itu, Hafiiz dan isterinya, Siti Nur Shahila Asla, 26, menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian selepas Wira Aeroback dinaiki bertembung dengan kereta Peugeot.

Pemandu Peugeot, Anuar Said, 57, dan isterinya, Che Khasliza Che Hussin, 53, turut terkorban manakala anak perempuan pasangan itu, Nurul Nadirah, 14, yang parah dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

“Raya tahun ini juga seperti hilang seri bagi kami apabila kehilangan ahli keluarga, Hafiiz juga beriya-iya mahu menyambut hari raya di rumah dan sempat membeli baju raya buat saya dan isteri,” katanya.

Ibrahim ditemui di rumahnya di Taman Seri Kenanga di Padang Nenas di sini ketika menerima kunjungan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Terengganu, Farihah Che Husin hari ini.

Sementara itu, isterinya Esah Abas, 66, yang pastinya turut merasai kehilangan itu reda dengan ujian yang menimpa mereka ketika umat Islam bakal menyambut ketibaan Syawal tidak lama lagi.

"Setiap kali sambutan hari raya saya akan sediakan nasi dagang kerana arwah gemar makan nasi dagang. Dia juga ibarat 'penunggu' di rumah ini kerana tinggal bersama untuk menjaga kami," katanya.

Sementara itu, Farihah pula berkata, PERKESO menyampaikan faedah pengurusan mayat berjumlah RM2,000 dan faedah pencen bulanan berjumlah RM379 sebulan kepada ibu bapa Allahyarham.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols ada kenalan yg mati eksiden, tercampak dari kereta da terlanggar signboard tepi jalan putus kepala.
Punca dari bwk laju kt selekoh(keletihan pon ye gak). X pakai seat belt patu tingkap terbukak...tu yg terkeluar dan tercampak..
Selalu terfikir....adakah nyawa dia da xde tu sbb pedal tekan laju ...atau pon tekan pedal laju sbb msa tu struggle nyawa sedang diambil.
Mmg dari sejak tu selalu meols terpikir benda2 gini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayunya dah nak raya ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
lanesra replied at 27-5-2019 08:02 PM
'Tiada lagi peneman setia saya'

KUALA NERUS - "Dia menjadi peneman setia saya. Apabila waktu  ...

Ya Allah sedihnya tgk gambar org tua dia.... Arghhhh....
Muka mereka mcm sedih sgt nak terima duit 'hasil' anak meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 06:47 AM | Show all posts
maaf nk tanya..
baby dlm perut meninggal sekali la..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 06:49 AM | Show all posts
sedihnya citer pakcik..
anak yang baik Allah bagi pinjam sekejap
peneman keluarga..sanggup juga menantu duduk dgn mertua..
mulianya hati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.075854 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list