CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: fleurzsa

Rasulullah saw telah mentafsir Keseluruhan Kandungan Al Quran

[Copy link]
Post time 23-11-2006 02:37 AM | Show all posts
Salam Sejahtera Damat, semua.

Maaf kerana lambat memberi respon.


Diatas kesuntukan masa, saya cuma ringkaskan dgn menyentuh beberapa perkara untuk kita melihat sejauh mana kebenaran dari sandaran yg saudara bawakan.

Saudara membawa rujukan dari Q58:8 dan mengatakan ianya menyentuh fungsi ucapan salam hormat sebagai kaedah untuk mengenalpasti identiti seseorang.  Ini saudara lihat dari pengamatan 2 baris ayat yg berikut:,
dan mereka berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari rasul? Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka memberi salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu;


Kunci pada pemahaman konteks pesanan dari Q58:8 dapat dilihat bila fokus yg sama diberi kpd penghujung Q58:8 itu sendiri, i.e
dan mereka berkata, "Mengapa Allah tidak mengazab kita kerana apa yang kita mengatakan?"* Cukuplah bagi mereka Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu kepulangan yang buruk!


Persoalan mengenai  perkara pokok ttg perkataan yg disebutkan (i.e apa yang kita mengatakan?"*) dapat dilihat dari pembacaan menyeluruh Q58:1-2,

Secara ringkas:

Q58:1-2  dikisahkan ada wanita yg mengadu kpd Tuhan.  Mereka diceraikan semata2 kerana ucapan yg mengatakan wanita2 ini ada ciri2 ibu kpd suami mereka.  Ucapan sebegini dikatakan sebagai oleh Tuhan sebagai satu bentuk pembohongan.  

Q58:3-4 adalah penalty bila melanggar arahan dari Q58:1-2.

Q58:5-6 menerangkan ciri2 kafir dalam menolak panduan dari Tuhan.

Q58:7  menerangkan percakapan yg terlindung dari Tuhan.

Q58:8  saudara tidak melihat pertailan Ucapan sebegini dgn  percakapan rahsia.  Tuhan menjelaskan bilamana ucapan2 ini dilakukan dan digunakan sandaran kpd tindakan susulan mereka, ia adalah sebenarnya membawa ciri2 berikut:

"wayatanajawna bial-ithmi"/and they interchange pleasurable conversation with the sin/crime,

"waalAAudwani"/and the transgression/aggression,

"wamaAAsiyati alrrasooli"/and disobedience (to) the messenger,

Q58:9  Hindari dari berahsia untuk melakukan kejahatan.

Q58:10  Amalan berahsia as per Q58:9 adalah amalan syaitan.

Jika dilihat konteks menyeluruh Q58:1-10, ucapan yg diucapkan oleh misbeliever bukanlah merujuk kepada satu bentuk ucapan salam pengenalan diri.  Tetapi larangan Tuhan kpd manusia dari menghukum sesuatu tanpa sandaran dari panduan yg diberi oleh Pencipta kita.  

Kita boleh lihat dari contoh Q58:1-2 yg pada dasarnya mungkin ada substancenya, i.e berkahwin dgn wanita yg bercirikan atau menyerupai ibu kita.  Asas ini jika digunakan untuk menceraikan wanita dikira sebagai "wayatanajawna bial-ithmi"/and they interchange pleasurable conversation with the sin/crime,.

Ini TIDAK ada kaitan dgn ucapan "Salamun Alaikum" yg kita bincangkan sebelum ini.

Meletakkan sesuatu amalan dan menghadkannya kpd sebutan Arabic menjadikan konsep islam itu sebagai tidak universal.  Islam itu TIDAK Arab.  Dan akhir sekali, Tuhan itu TIDAK Arab.

Salam Sejahtera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2006 12:26 AM | Show all posts
Salam M5 dan semua,

Saya rasa terdapat sedikit salah faham antara pos saya yang ke-58 dengan pos saudara M5 yang ke-61. Apa yang saya cuba petik dari ayat 58:8 ialah bagaimana Allah mengajar kita mengenal-pasti orang-orang yang melakukan apa yang saudara maksudkan sebagai Ucapan sebegini dan percakapan rahsia agar kita berhati-hati dengan mereka.

Saudara juga mengatakan;
Ini TIDAK ada kaitan dgn ucapan "Salamun Alaikum" yg kita bincangkan sebelum ini.

Pada ayat 58:6 itu terdapat ungkapan yang membawa maksud, 揳pabila mereka datang kepada kamu, mereka memberi salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 03:10 PM | Show all posts
salam
dan salam
dan sekali lagi salam

kebaikan
kesejahteraan
keafiatan
kedamaian
kemakmuran....................

ITU PUN NAK DI PERTIKAIKAN???????????
apo nak dikato........ manusia tetap manusia
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 03:37 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 27-11-2006 03:10 PM
salam
dan salam
dan sekali lagi salam

kebaikan
kesejahteraan
keafiatan
kedamaian
kemakmuran....................

ITU PUN NAK DI PERTIKAIKAN???????????
apo nak dikato........ manusia tet ...


Salam OB, mempertikaikan sesuatu sebenarnya tiada penyudah
Tetapi jika membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain untuk dinilai dari sisi positif
Memberi hasil yang positif.............

ALLAH AL 'ALEEM
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 06:16 PM | Show all posts
Originally posted by M5 at 23-11-2006 02:37 AM
Salam Sejahtera Damat, semua.

Maaf kerana lambat memberi respon.


Diatas kesuntukan masa, saya cuma ringkaskan dgn menyentuh beberapa perkara untuk kita melihat sejauh mana kebenaran dari sa ...



Salam semua............

Sekadar memberi pendapat untuk dibuat pertimbangan...............

Suka untuk saya membentangkan dahulu terjemahan mengenai awal surah Al-Mujadallah, semuga kita lebih jelas mengenainya.

Bismillahirrohmanirrohiim
1.        
Sesungguhnya Allah telah mendengar aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah, sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
2.        
Orang-orang yang "ziharkan" isterinya dari kalangan kamu: isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan, sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
3.        
Dan orang-orang yang "ziharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan, maka hendaklah  memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua  bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran. Dan, Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
4.        
Kemudian, sesiapa yang tidak dapat, maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka  itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
5.        
Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina,
6.        
Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah, lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan, Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu.
7.        
Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
8.        
Tidakkah engkau memerhatikan akan orang-orang yang telah dilarang daripada perbuatan berbisik-bisik, kemudian mereka berbalik melakukan perbuatan yang telah dilarang itu serta mereka berbisik-bisik berkenaan dengan melakukan dosa dan pencerobohan serta kederhakaan kepada Rasulullah? Dan lagi apabila mereka datang kepadamu, mereka memberi salam hormat bukan dengan lafaz salam hormat yang diberikan Allah kepadamu; dan mereka berkata sesama sendiri: "Sepatutnya bukankah kami segera diseksa oleh Allah disebabkanyang kami ucapkan itu?" Cukuplah untuk mereka neraka Jahannam, yang mereka akan dibakar di dalamnya; maka itulah seburuk-buruk tempat kembali.
9.        
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah; dan berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertaqwa. Dan hendaklah kamu tetap bertaqwa kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan.
10.        
Sesungguhnya perbuatan berbisik itu adalah dari Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.

Dan sebagai perbandingan ini pula sebuah lagi terjemahan sebagai perbandingan:

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

58:1. Allah telah mendengar ucapan wanita yang berdebat dengan kamu mengenai suaminya, dan mengadu kepada Allah. Allah mendengar perbualan kamu berdua; sesungguhnya Allah Mendengar, Melihat.

58:2. Orang-orang antara kamu yang menzihar isteri-isteri (berkata kepada isteri-isteri, "Kamu, kepadaku, adalah seperti punggung ibuku!") mereka, mereka bukanlah ibu-ibu mereka; ibu-ibu mereka hanyalah yang beranakkan mereka, dan mereka benar-benar mengatakan satu ucapan yang mungkar, dan dusta. Namun begitu, sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun.

58:3. Dan orang-orang yang menzihar isteri-isteri mereka, kemudian mereka menarik kembali apa yang mereka telah mengatakan, mereka akan memerdekakan seorang hamba sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dengan itu kamu ditegurkan; dan Allah menyedari apa yang kamu buat.

58:4. Tetapi sesiapa yang tidak mendapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin - itu, supaya kamu mempercayai Allah dan rasul-Nya. Itulah hudud (had-had) Allah; dan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang pedih.

58:5. Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan rasul-Nya akan dikecewakan sebagaimana orang-orang yang sebelum mereka dikecewakan. Sesungguhnya Kami menurunkan ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas; dan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.

58:6. Pada hari apabila Allah membangkitkan mereka kesemuanya, kemudian Dia memberitahu mereka apa yang mereka telah buat. Allah menjumlahkannya, dan mereka melupakannya. Allah saksi atas segala sesuatu.

58:7. Tidakkah kamu merenungkan bahawa Allah mengetahui apa yang di langit, dan apa yang di bumi? Tiga orang tidak berbicara rahsia bersama, melainkan Dia yang keempat antara mereka, dan tidak juga yang lima, melainkan Dia yang keenam antara mereka, dan tidak juga yang kurang daripada itu, dan tidak yang lebih banyak, melainkan Dia bersama mereka, di mana mereka berada; kemudian Dia memberitahu mereka apa yang mereka telah buat pada Hari Kiamat. Sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu.

58:8. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang dilarang daripada pembicaraan rahsia, kemudian mereka mengulangi apa yang mereka telah dilarang padanya, dan mereka berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari rasul? Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka memberi salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu; dan mereka berkata, "Mengapa Allah tidak mengazab kita kerana apa yang kita  mengatakan?" Cukuplah bagi mereka Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu kepulangan yang buruk!

58:9. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berbicara rahsia, maka janganlah berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari rasul, tetapi berbicararahsialah dalam ketaatan dan takwa, dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.

58:10. Pembicaraan rahsia adalah daripada syaitan, supaya orang-orang yang percaya bersedih; tetapi ia tidak memudaratkan mereka sedikit pun, kecuali dengan izin Allah, dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal).


Akan disambung..............
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 06:16 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 27-11-2006 06:16 PM



Salam semua............

Sekadar memberi pendapat untuk dibuat pertimbangan...............

Suka untuk saya membentangkan dahulu terjemahan mengenai awal surah Al-Mujadallah, semuga kita  ...


Sambungan..................

Sdr M5: Q58:1-2  dikisahkan ada wanita yg mengadu kpd Tuhan.  Mereka diceraikan semata2 kerana ucapan yg mengatakan wanita2 ini ada ciri2 ibu kpd suami mereka.  Ucapan sebegini dikatakan sebagai oleh Tuhan sebagai satu bentuk pembohongan.

Saya:  Sebenarnya pada pendapat saya pengaduan itu adalah kepada Nabi SAW.  Atas sifat MAHA MENDENGAR, lalu ALLAH memberikan panduan untuk diikuti, bukan pada masa itu sahaja, tetapi kekal sehingga kiamat. Ucapan itu adalah dari mulut suami, samada kerana masih kafir(pada masa itu) atau kerana jahil(masa dulu, kini dan selamanya) dan perempuan yang mengadu itu adalah perempuan yang beriman. Manakala terjemahan sebagai berdebat saya rasa ianya adalah diluar konteks.  Ucapan yang keluar dari mulut suami berkenaan zihar itu tidak sepatut berlaku jika pihak suami terutama pada masa kini.  Lalu ALLAH  Ma'afkan perbuatan itu atas IhsanNya walaupun ianya satu perbuatan yang mungkar penuh dusta.

M5: Q58:3-4 adalah penalty bila melanggar arahan dari Q58:1-2.
Saya: Setuju.

M5:Q58:5-6 menerangkan ciri2 kafir dalam menolak panduan dari Tuhan.
Saya: Sebagai tambahan, ini adalah amaran secara khusus untuk setiap manusia dan jin yang kafir terhadap ALLAH.  Amaran sebegini juga terdapat pada surah-surah lain didalam Al-Quran.  Setuju.

M5:Q58:7  menerangkan percakapan yg terlindung dari Tuhan.
Saya: Pada sisi saya, tiada sesuatu apapun yang terlepas dari MAHA MELIPUTI PENGLIHATAN dan PENDENGARANNYA.  Mungkin terlindung dari manusia tidak kira siapa, tetapi mustahil terhadap ALLAH, kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU.

M5: Q58:8  saudara tidak melihat pertailan Ucapan sebegini dgn  percakapan rahsia.  Tuhan menjelaskan bilamana ucapan2 ini dilakukan dan digunakan sandaran kpd tindakan susulan mereka, ia adalah sebenarnya membawa ciri2 berikut:

"wayatanajawna bial-ithmi"/and they interchange pleasurable conversation with the sin/crime,

"waalAAudwani"/and the transgression/aggression,

"wamaAAsiyati alrrasooli"/and disobedience (to) the messenger,

Saya: Perihal menziharkan isteri berakhir pada ayat [4] dan bentuk hukuman pada [5] dan [6] adalah juga untuk diambil sebagai hukuman yang juga valid kepada kita.

Maka Ucapan sebegini adalah ucapan menziharkan isteri, manakala ucapan atau percakapan rahsia yang berunsur negatif mahupun positif sentiasa tidak terlepas dari MAHA MENDENGAR, lalu pada pandangan literal saya tiada perkaitan antara keduanya jika hendak dikaitkan dengan perbuatan menzihar isteri oleh sisuami, namun kedua-duanya adalah perbuatan berdosa dari sisi yang sama.

Maka perbuatan mereka memberi salam hormat dengan tidak mengikut cara ALLAH memberi salam hormat adalah satu cabaran yang sengaja dilakukan untuk menempelak keRasulan dan keNabian Muhammad SAW, lalu mereka mengejek-ejek Baginda dengan menanyakan kenapa tiada "instant punishment" tehadap mereka.  Natijahnya pada saya berikutan ayat ini, ialah sebenarnya ALLAH mahukan kita mengucapkan SALAM seperti yang ALLAH ucapkan kepada malaikat-malaikat, Nabi-nabi, Rasul-rasul serta orang berIman dan berTaqwa serta juga ucapan salam  yang akan ALLAH ucapkan kepada penghuni syurga kelak!  Pada saya apa beratnya untuk mengucapkan Salam seperti apa yang ALLAH ucapkan iaitu SALAMUN ALAIKUM padahal telah berbuih-buih mulut kita dengan air liur tatkala mengaku KeEsaanNya ALLAH, namun masih nak mengelak-elak suruhanNya dengan pelbagai alasan.

M5: Q58:9  Hindari dari berahsia untuk melakukan kejahatan.
Saya: Kejahatan wajib dihindari baik secara rahasia mahupun secara sembunyi.  Perbuatan  kearah kejahatan pada kedua-dua keadaan tetap memberi dosa.  Walaupun ALLAH membenarkan percakapan secara berbisik dengan syarat perbuatan itu untuk menghala kearah kebaikan, namun ALLAH jua mengingatkan kita bahwa perbuatan itu sebenarnya adalah dari perbuatan syaitan.  Ingatkah bagaimana Adam diarahkan keluar dari syurga hasil dari kejayaan syaitan yang membisikkan sesuatu yang dilarang oleh ALLAH perbuatan berkenaan?

M5: Q58:10  Amalan berahsia as per Q58:9 adalah amalan syaitan.
Saya: Setuju. Sebagai tambahan, walaupun pembisikan itu atas perkara yang baik, namun alamat zahir yang diterima sekeliling berbaur negatif dan sebaiknya dihindari.

Kesimpulan saya, ayat 1-4 zihar
ayat 5-6, bentuk hukuman akibat zihar
ayat 7-10 mengenai perbicaraan rahsia yang ALLAH larang kerana kesannya sama sahaja, iaitu menimblkan prejudis walaupun atas perkara kebaikan
Ayat 8, ada kaitan mengenai cara memberi salam yang AFDAL. Jika tidak apakah maksudnya tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu

[ Last edited by  ayyohpeen at 27-11-2006 07:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2006 01:29 PM | Show all posts
Assalamualaikum ...

lama tak jenguk board nih...
tertarik dengan perbincangan surah Al-Mujaadalah..
dan saya nak membuat sedikit pembetulan tentang statement saudara M5 dibawah


Originally posted by M5 at 23-11-2006 02:37 AM
Q58:1-2  dikisahkan ada wanita yg mengadu kpd Tuhan.  Mereka diceraikan semata2 kerana ucapan yg mengatakan wanita2 ini ada ciri2 ibu kpd suami mereka.  Ucapan sebegini dikatakan sebagai oleh Tuhan sebagai satu bentuk pembohongan.  



kisah nih menceritakan seorang wanita (Khaulah) yg diziharkan seperti perceraian adat jahiliah...
jadi wanita ini mengadu kepada Rasulullah dan meminta fatwa daripada baginda...
bukan mengadu kepada Tuhan...
kemudian turun ayat2 ini...

Originally posted by M5
Q58:3-4 adalah penalty bila melanggar arahan dari Q58:1-2.


kalau kita fikir dengan lebih mendalam...
"penalty" ini adalah lebih kepada 'pertolongan' dari Allah kepada hamba-Nya...
di mana Allah sentiasa "menyediakan jalan" untuk mereka yg benar2 ingin bertaubat dari kemungkaran/kesalahan/kejahatan yg ia lakukan...


kisah ni amat menarik kalau kita betul2 fahami...
tentang betapa Allah itu Maha Adil,Maha Pengampun dan Maha Penyayang terhadap setiap makhluk-Nya...
tak kira siapa pun orang itu ...
walaupun seorang hamba (sehingga pengaduannya didengar/dipedulikan/diperhatikan)..


wallahu'alam bissawaf



[ Last edited by  karengkang at 30-11-2006 01:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 03:37 PM | Show all posts
Salam sejahtera karengkang, damat, ayyohpeen , semua

Terima kasih kerna sudi berkongsi pendapat.

Originally posted by karengkang at 30-11-2006 01:29 PM

kisah nih menceritakan seorang wanita (Khaulah) yg diziharkan seperti perceraian adat jahiliah...
jadi wanita ini mengadu kepada Rasulullah dan meminta fatwa daripada baginda...
bukan mengadu kepada Tuhan..
kemudian turun ayat2 ini...


Setakat ini saya dahulukan terjemahan yg menjelaskan kenapa saya memilih untuk mengatakan wanita tersebut ada mengadu kpd Tuhan mengenai kemelut rumahtangga beliau.  
Kerana kesuntukan masa, saya akan panjangkan terjemahan ini pada masa yg terdekat.


Transliteration
Qad samiAAa Allahu qawla allatee tujadiluka fee zawjiha watashtakee ila Allahi waAllahu yasmaAAu tahawurakuma inna Allaha sameeAAun baseerun


Literal
God had heard (the) statement/declaration/saying (of) who argues/disputes with you in (about) her husband and she complains to God, and God hears/listens (to) your (B)'s discussion/debate, that truly God (is) hearing/listening/seeing/knowing .


Salam Sejahtera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2006 05:43 PM | Show all posts
salam

sedangkan SALAM punsusah nak DITAFSIRKAN
walaupun merupakan SALAH SATU NAMA NAMA YANG BAIK
dan walaupun hanya kerana KEBAIKAN
dan tiada yang TIDAK BAIK

dan walaupun seseorang hanya memahami SALAM ini
mungkin dia lebih mendapat petunjuk
berbanding dgn seorang lagi YANG HAFIZ AL QURAN
dan mungkin belum sampai PETUNJUK DAN HIDAYAH....
dan perbincangan hanya sekadar PESAN MEMESAN
dan INGAT MENGINGATI
AMAL MAKRUH NAHI MUNGKAR...........
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by M5 at 30-11-2006 03:37 PM
Salam sejahtera karengkang, damat, ayyohpeen , semua

Terima kasih kerna sudi berkongsi pendapat.



Setakat ini saya dahulukan terjemahan yg menjelaskan kenapa saya memilih untuk mengatakan  ...


Salam M5 dan semua.............
Walaupun ada sekelumit beza mengenai perkara mengadu dan mendengar, namun hikmahnya(pengajaran) saya terima seperti yang M5, damat dan kerengkang bentangkan.  Walaupun hala tumpu damat pada asalnya mengenai lafaz SALAM yang ALLAH kehendaki dari kita, iaitu SALAM yang HAQ dari ALLAH, namun atas keperhatinan M5 untuk meluaskan bentangan beliau untuk menunjukkan perkaitan ayat-ayat berkenaan dan kupasan kerengkang mengenai pengajaran sebagai panduan dari ayat-ayat berkenaan amatlah baik.  Perbezaan sekelumit itu bukanlah menjadikan pengajaran dari ayat-ayat berkenaan terpinggir, malah itulah matlamat kita dalam memahami ayat-ayat dari ALLAH.
ALLAH MAHA MENYAKSIKAN..........

Sayugia juga saya memperturunkan terjemahan versi Inggeris dibawah:

[Shakir 58:1] Allah indeed knows the plea of her who pleads with you about her husband and complains to Allah, and Allah knows the contentions of both of you; surely Allah is Hearing, Seeing.
[Yusufali 58:1] Allah has indeed heard (and accepted) the statement of the woman who pleads with thee concerning her husband and carries her complaint (in prayer) to Allah: and Allah (always) hears the arguments between both sides among you: for Allah hears and sees (all things).
[Pickthal 58:1] Allah hath heard the saying of her that disputeth with thee (Muhammad) concerning her husband, and complaineth unto Allah. And Allah heareth your colloquy. Lo! Allah is Hearer, Knower.

Ketiga-tiga terjemahan memang ada perkataan mengadu(complaint) kepada ALLAH, iaitu selepas perempuan itu mengenengahkan(pleads atau disputes) masaalah mengenai sikap suaminya.  
MOTIF utama ialah ZIHAR.

Lalu saya dapat fahami, bahawa M5 mengambil complaints to ALLAH sebagai point, sedangkan saya dan kerenkang mengambil kira bahawa perempuan itu pleads atau disputes kepada Nabi SAW dan kemudian saya akui saya terlepas pandang turutan ayat bahawa siisteri juga 'complaints' kepada ALLAH selepas dia pleads atau disputes kepada Rasulullah SAW.  Minta ma'af kepada M5.  Ampuni dan Berkati kami semua ya ALLAH.

[ Last edited by  ayyohpeen at 1-12-2006 10:15 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.086590 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list