CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: piut_tok_dewa

Persatuan Bola Sepak Perak muflis ????

[Copy link]
Post time 28-11-2008 08:29 AM | Show all posts
teman volunteer jadi pengurus  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2008 08:42 AM | Show all posts

Reply #61 Gemukkkkkkk's post

Teman dengor jwt bancuh ayor ada kosong weh
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 08:44 AM | Show all posts
ekekekekeke teman tak kisah.  gaji buta tu, setakat bancuh ayor kosong  
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 11:20 AM | Show all posts

KOSMO 01 DIS 2008

Pertahanan Perak masih goyah


KARATHU (kanan) terpaksa bertungkus-lumus memantapkan skuad Perak menjelang Liga Super Januari depan.

--------------------------------------------------------------------------------



"PERTAHANAN Perak masih goyah kerana ketiadaan pemain berpengalaman."

Demikian pengakuan jurulatih Perak, M. Karathu yang sedang bertungkus-lumus memantapkan skuad Seladang menjelang saingan bola sepak Liga Super yang bermula 3 Januari depan, lapor KAMARUDDIN ISMAIL.

Menurutnya, kekuatan sesebuah pasukan banyak bergantung dengan kemantapan benteng pertahanan kerana ia akan memudahkan pergerakan pada semua posisi.

"Dalam bola sepak, pertahanan memainkan watak utama. Jika mereka berjaya memainkan peranan dengan berkesan, pemain pada posisi lain akan lebih bersemangat, sekali gus memudahkan mereka mengatur gerak.

"Kegagalan benteng pertahanan membendung serangan lawan akan mengecewakan semua pemain," katanya.

Walaupun jurulatih itu mempunyai sembilan pemain pertahanan, tetapi hanya S. Subramaniam yang dianggap memiliki pengalaman.

Subramaniam pernah diturunkan bersama-sama K. Nanthakumar dan Chan Wing Hoong dalam kesebela- san utama skuad Seladang musim lalu.

Lapan pemain pertahanan lain dalam skuad Perak musim depan ialah Mohd. Fauzi Ariffin, Mohd. Arif Fazlie Sai- din, Mohd. Syazwan Mohd. Roslan, K. Puvindren Naidu, Chun Keng Hong, Mohd. Hafiz Abd. Rahman, A. Varathan dan Benedict Martin.

Karathu memberitahu, pemain berkenaan masih perlu- kan pendedahan bagi memantapkan tahap keyakinan masing-masing.

"Saya tiada pilihan kecuali membentuk mereka menjadi pemain berkualiti."

Jurulatih itu percaya, benteng pertahanan Seladang akan tetap berbisa jika semua pemain mengikuti arahan yang diberikannya.

Seperti pasukan lain, Perak juga akan mengadakan bebe- rapa perlawanan persahabatan untuk menilai kemampuan serta mengenal pasti kelemahan yang perlu diatasi segera.

"Saya percaya menerusi perlawanan persahabatan kelak ia akan mendedahkan kelemahan yang ada dalam skuad ini," katanya.

Perak akan menentang pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam perlawanan persahabatan di Stadium Perak, Ipoh, Rabu ini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 28-11-2008 08:25 AM
tak tau le.  teman pun tak faham apa krisis sebenar dalam pasukan perak ni.  tapi teman akan cuba support jugak.  lagipun sabtu malam, teman takde aktiviti lain.  nak dating pun takde calon  


Mike tengah bagi hint kat orang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 12:00 PM | Show all posts
Team yang banyak pemain muda ni sesuai la dibagi pada M Karathu atau Khaidir Buyong. Nak sambar Azrai Khor, rasanya tak termampu dek Perak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2008 02:12 AM | Show all posts
karathu masa jadi coach kelantan dulu, dia create budak2 muda gak, up budak2 kelantan masa tu...

manatau perak mampu buat kejutan, cam hull city..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 11:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2008 11:17 AM | Show all posts

UTUSAN MALAYSIA 18/12/8

Perak cari pasukan handal uji pemain
IPOH - Perak perlukan perlawanan bermutu tinggi bagi menguji pemain-pemain muda Seladang menjelang permulaan Liga Super pada 3 Januari depan.

Jurulatih Perak, M. Karathu menyatakan bahawa perlawanan sedemikian mampu memantapkan persembahan anak buahnya.

Sehubungan dengan itu katanya, Perak akan mengadakan siri perlawanan persahabatan persahabatan dengan Perlis, Selangor dan Kelantan tidak lama lagi.

''Saya beranggapan ketiga-tiga pasukan itu mempunyai ramai pemain yang berpengalaman yang mana membolehkan pemain muda Perak menimba pengalaman," jelas Karathu semalam.

Beliau percaya perlawanan dengan Perlis, Selangor dan Kelantan akan memberi banyak pendedahan yang berguna kepada pemain-pemainnya.

Skuad Seladang akan diuji oleh Perlis pada hari Jumaat ini dan Kelantan pada 26 Disember depan yang mana kedua-dua perlawanan itu dijalankan di Ipoh.

Perak juga akan beraksi dengan Selangor di Shah Alam pada 23 Disember ini.

Karathu terpaksa bekerja keras bagi membentuk skuad Seladang apabila kehilangan semua pemain berpengalaman yang berpindah ke negeri lain.

Sebelum ini, Perak mencatat keputusan selesa menumpaskan pasukan Liga Perdana, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS ) 3-0 pada 26 November lalu.

Selepas itu, barisan muda Perak mampu mengekang kemaraan para pemain berpengalaman KM-Naza dengan mencatat keputusan seri 1-1 pada 10 Disember lalu.

KM-Naza telah menyenaraikan pemain-pemain berpengalaman seperti Akhmal Rizal Rakhli, Liew Kit Kong, K Rajan dan Anuar Jusoh dalam perlawanan tersebut.

Karathu gembira dengan persembahan yang dipamerkan oleh pemain-pemain muda Perak yang bertambah baik dalam kedua-dua perlawanan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 08:05 PM | Show all posts
Teman ada dgr jgk pasal tak bayo gaji pemain nih. Sebab kawan teman kabo, si Nanthakumar tuh nak pindah team (tataula dah pindah ke belom, teman idok le ikut sgt hal bola neh)..Tak sangka pulak muflis...isk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.087310 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list