CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adorabelle1985

Aku perempuan yang Panas Baran

  [Copy link]
Post time 15-5-2012 07:53 PM | Show all posts
TT, ko kte silap2 ko tampar bf ko dlu sblum bf ko ? Hahaha. cer la try wat, aku nk tgk. Lelaki ni ko tak boleh duga la. Mungkin dia dah banyak bersabar dgn ko, dan nnt tahap kesabaran dia dah sampai tahap max, haa, ko tunggu lah tgk apa yg jadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2012 07:55 PM | Show all posts
assalam...dear..bila sy bc kisah awk ni..sy terbayang dri sy yg dulu...tula sifat sy be4 kahwin...sy pantang ditegur..org wat slh ckit..cpt melenting..sy pnh sepak terajang budak laki yg jauh lebih besar n tggi dr sy..sy punya hangin n berani lain mcm..x pk apa impak pd dri sy utk jngka ms pjg..apa nak jd..jadikla..pedulik hape..tula sifat sy dulu...ikut pala sndiri je..tp pas kahwin..sifat sy tu berkurangan tp byk lg x kurang..suami sy byk bersabar dgn sy..smp la skg da 5 thn kahwin..pns baran sy da kurg..sy lak cool kan org..sy msh hangin tp x teruk cm dulu...mgkin umur sy makin meningkat..setiap kali nk hangin..sy akan selawat ke atas nabi byk2..sebanyak yg bole..smp tenang...istighfar byk2..pk +ve jgk! be optimistic! jgn nmpk slh org lain je..sblm slhkan org lain..tgk dri sndiri dulu...ini penting sbb spaya kita jgn pk dri kita perfecto je..selain dr tu..mcm rakan2 lain ckp..ambilla wuduk...lapangkan dada..ikhlaskan hati..dr segi pemakanan sy setuju dgn rakan2..kurgkan pengambilan daging...tu akan buat tekanan darah tinggi...darah panas tu...so renung2kan n selamat beramal....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 11:52 PM | Show all posts
Lantak ngkau laa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 01:38 AM | Show all posts
salam TT.

panas baran... sebenarnya aku ni panas baran gak. bekas la. suatu masa zaman muda2 dahulukala. ko kalau marah, setakat mulut memaki hamun je kan? aku lagi teruk kot. siap membelasah dinding lagi. aku rasa tangan aku ni banyak tulang jari yg retak dah kot. sampai kawan2 & family aku pun naik takut kot2 la 1 day aku akan terbelasah orang sampai mati sbb aku punya panas baran (serious ni).

masa aku panas baran dulu la kan, macam2 la orang bagi tips. suruh banyakkan istighfar & zikir tu biasa la kan. ada yg siap suruh tukar warna cat bilik. lepas tu jangan pakai baju warna merah, oren, kuning. kalau barang2 dalam bilik tu, simpan/buang segala yg warna terang2 gitu. haha. walaupun sedikit, warna2 ni ada kaitan la jugak. so aku tukar warna cat bilik jadi biru gelap. kurang la sikit rasa 'panas' tu bila lepak dalam bilik. sekarang ni bilik aku warna kelabu, aman bahagia rasanya duduk dalam bilik. lagi satu, orang selalu pesan, jangan makan daging merah. daging merah ni buat badan panas. bila badan panas, memang la cepat & senang rasa nak marah je. so, kurangkan makanan2 yg buat badan ko panas. daging merah, cili2, sambal2, lada2, rempah2. pemakanan tu penting & ada kaitan sebenarnya. orang kata we are what we eat. mungkin ada betulnya juga. lepas tu, pastikan ko cukup rehat (tidur) & cukup bertenaga setiap hari. selalunya kalau badan & minda kita letih, kita cepat nak rasa marah. jadi, cukupkan la tidur tu. bab2 tenaga tu, kalau rasa2 macam tak cukup bertenaga, ambik la vitamin apa2 ke (rujuk kepada pakar kesihatan dulu ya).

banyak la sebenarnya yg ko boleh amalkan untuk dapatkan ketenangan. minum banyak air untuk buang segala yg tak baik dalam badan. & sebelum minum tu, baca la Bismillah & selawat. kerap mandi untuk bersihkan & sejukkan badan. lepas tu sentiasa berada dalam wudhu'. ni bab2 spiritual. bila kita bersih & suci, susah benda2 tak baik ni nak dekat. maksud aku, syaitan la. kemarahan ni biasanya dikaitkan dengan syaitan, kan. syaitan ni dikaitkan juga dengan api. panas. jadi selalu2 la sejukkan diri & hati ko. bila rasa nak marah je, cepat2 cari air. minum air sejuk banyak2. sapukan air kat muka sambil beristighfar. ambil wudhu' sekali. lepas tu duduk diam2 kat bawah kipas/aircond. tenangkan diri. tarik nafas dalam2 & hembuskan kemarahan tu keluar daripada diri ko. kalau nak bacaan khusus yg ko boleh amalkan, ikut sunnah Rasulullah, baca أعوذ بالله من الشيطان الرجيم (aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yg direjam). amalkan.

kita ni kadang2 bila marah, kita tak sempat nak fikir biasanya. apa yg kita cakap & apa yg kita buat masa marah tu, selalunya kita akan menyesal bila dah terlepas kata atau terbuat. kita kata TER. tak sengaja la kononnya. tapi itu la.... cuba lepas ni ambil masa, bertenang & fikirkan dalam2. niat nak berubah tu dah ada, kan? jadi berusaha la. sambil banyakkan berdoa. kita, bila nak berubah, perlukan orang2 disekeliling yg boleh bagi sokongan. & kita perlukan orang2 yg baik di sisi kita. jadi, jauhi dulu sesiapa yg selalu sangat nak cuba uji kesabaran kita. kalau orang2 atau perkara2 yg tak best terjadi juga, hadapi dengan tenang. hadapi dengan senyuman.

fikirkan apa yg bakal kita hilang bila kita ikutkan sangat perasaan marah tu. bukan sahaja orang2 sekeliling akan jauhi. tapi kita juga akan hilang maruah diri. integriti. hormat. so.... berusaha la, okay? semoga berjaya.




yg aku ni pulak, dah hilang aku punya panas baran, dah jadi terlalu 'cool' pulak dah. sampai ada yg complaint ala2 'tak ada perasaan' gitu. masalah betul la.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 08:55 AM | Show all posts
waktu nk marah tut try makan gula2
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 08:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by puccafan at 16-5-2012 09:00

khas utk TT

http://www.youtube.com/watch?v=Ta1B_4a6JAI
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2012 09:07 AM | Show all posts
meybi ko lapa
sbb tu asek nak marah2
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 09:09 AM | Show all posts


teting2.baru nk belajar tepek bideo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2012 09:11 AM | Show all posts
aku pon baran...tp time ngndong nih..
mood baek sgt....

aku siap penah betumbuk ngn laki aku sbb aku maraah dia bawak keta denjeres..
aku dah takut dah..
tp aku je lah tumbuk dia...
kalu dia tumbuk aku..koma 7 hari lah kot..dgn kuasa dia tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 09:58 AM | Show all posts
entah2 ko kena buat org kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:37 AM | Show all posts
teman penah time teman marah sgt2 teman pegi mandi...
lepas tu tros teman demam paneh..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 12:43 PM | Show all posts
Reply 64# NEMESIS

lupa nak tambah semalam. beberapa tips lagi. sbb orang yg panas baran ni biasanya ada energy lebih. menghasilkan tenaga yg amat besar bila rasa2 nak marah tu. marah perlukan tenaga, dengan nak kerut2 muka tu lagi, dengan nafas lajunya, jantung pun denyut lajunya, dengan bertempik jerit2 tu semua menghasilkan & memerlukan tenaga yg banyak & besar. so, bila rasa2 nak marah tu, kalau la kita ni bukan jenis yg bawa tasbih ke hulu ke hilir, ataupun jenis yg 'tak ada la alim sangat', ataupun nak cuba pendekatan lain, boleh je. salurkan energy tu kepada benda2 lain.

contohnya masak. aku dulu, kalau rasa2 macam dah start nak build up rasa marah/rage tu, aku akan ajak mak aku buat kek. atau buat cookies. lepas tu aku akan lepaskan geram dengan pukul telur & kacau adunan butter tepung bagai tu. guna tangan & senduk tau, bukan mixer! haha. seriously rasa sangat puas hati dapat membantai butter. tapi lepas tu kena marah dengan mak aku pulak sbb aku ni suka buat je, tapi aku tak suka makan kek & cookies.

lagi satu tips. orang kata, dekatkan diri dengan Pencipta, kan? & kita boleh dekatkan diri dengan ciptaanNya. contoh yg paling dekat - alam. dekatkan diri dengan alam. orang kata, pokok2 yg menghijau tu selain hikmah penciptaannya di segi saintifik, ada juga peranannya kepada emosi. kita akan rasa tenang bila terpandang benda2 hijau ni. rasa lebih segar sbb dekat & banyak sumber oksigen. so jalan2 la sekejap kat tempat2 yg banyak pokok. taman2 bunga ke. lagi bagus kalau taman tasik. sbb bunyi air pun sebenarnya boleh jadi terapi juga. sbb tu la kebanyakan orang kalau tengah jiwa kacau atau sedih, mereka akan pergi ke tepi pantai. just dengar bunyi ombak tu pun akan menenangkan jiwa. ataupun, ko ada pet tak? kalau ada bela pet, habiskan masa dengan pet tu. kalau bela kucing, salurkan energy tu dengan belai2 & cakap2 dengan kucing. kita sayang kucing kita, kan. takkan la kita nak cekik2 kucing tu pulak. belai2 slowly, lama2 rasa marah tu akan hilang. aku pun selalu je menghadap akuarium mak aku, kadang2 sampai sejam. tengok ikan berenang2 tu memang menenangkan jiwa.

lagi satu yg agak berkesan juga, main game. haha. game yg paling berkesan mesti la game genre fighting. rasa puas hati dapat membelasah orang. game genre shooting pun ok juga. ambik machine gun, pakat tembak2 sampai habis peluru. ataupun game racing. langgar je kereta2 orang lain kalau nak lepas geram. ikut minat masing2 la kan. macam aku, aku akan main game puzzle. sbb nak main game puzzle ni perlukan kita berfikir dengan tenang. kadang2 tu aku bantai je main bejeweled blitz dekat facebook. dengar bunyi letupan2 tu memang memuaskan hati la. haha. terpulang la pada kita, genre game macamana yg boleh buat kita release tension & anger tu.

lain orang, lain caranya kan. macam orang2 yg aku kenal, kebanyakannya buat cara yg lain2. tapi ada juga yg ambil pendekatan yg membahayakan & memusnahkan diri. contohnya merokok. atau bantai makan banyak2. atau keluar rumah bawa kereta laju2. yg ni semua memang bahaya. kalau yg merokok & makan2 tu pulak, mungkin akan ada kesan jangka panjang pada badan & kesihatan kita. jadi pandai2 la pilih kaedah mana yg kita nak guna. pandai2 fikir, masing2 pun dah besar kan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 02:01 PM | Show all posts
Anger is brief madness. So TT boleh jadi gila kalau berterusan panas baran....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 02:22 PM | Show all posts
bagi aku, panas baran ni semua berpunca dari dalam kepala kau sendiri. bila kau marah, kau akan berfikir yang bukan2 pada orang yang kau marah tu padahal belum tentu itu betul. contoh cam kau cakap orang potong kereta pun kau hangin. padahal mungkin dia ade sebab urgent ke ape ke yang buat dia kena cepat. semuanya depends pada ape yang kau fikir. benda ni jadi makin teruk apabila kau dah naik angin, pastu kau tambahkan lagi macam2 dalam fikiran kau sampai benda ni jadi lebih teruk.

ingat, panas baran tak boleh bawak kau pegi mane2. buat hidup kau merana lagi ade lah. kau baran kat keluarga, hidup kau tak berkat. kau hangin kat kawan2, kawan2 menjauh dari kau, kau hangin kat orang lain, lama2 orang benci kau. satu lagi tak mustahil jugak boleh mencederai diri kau. bila kau hangin kat orang yang sama2 panas baran silap boleh bawak bergaduh nanti. kalau dengan perempuan boleh la kau lawan balik. tapi kalau laki?

bagi aku, kalau nak redakan panas baran kau, kena mulai dari diri sendiri. ubah cara berfikir dan mental kau. jangan prejudice dengan semua orang. nak jadi camtu senang. banyakkan membaca dan ambil tahu tentang kesusahan orang lain. kat dalam dunia ni penuh dengan carita2 kesusahan orang lain. anak2 yang susah tak sekolah, orang2 sakit yang takde duit nak berubat, kelaparan, dan macam2 lagi berita yang boleh meluluhkan hati bila kita ambil tahu. secara tak lansung, benda ni akan melembutkan hati kau. akan buat kau lebih open minded dan buat kan kau lebih bersyukur dan akan menghilangkan panas baran kau yang tak tentu pasal tu. cuba lah tt. semoga kau berjaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 03:25 PM | Show all posts
lawannya ko kena dapat laki baran plak....

agak2 apa jadi ek...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 03:27 PM | Show all posts
bace cite tt ni, aku rase nasib baikla baran aku xde smpai mcm tt..aku ni jenis baran tp care aku luahkan, aku akn masam muke je..mmg org xsuke tp lebih baik dr aku kuarkan kate2 yg xelok..pastu aku p la mandi ke, buat keje lain ke..satu lagi feveret aku skrg klu aku marah sgt, aku cite kat kuseng2 aku..aku ngadu kat dekor ape yg aku xpuas ati..even dekor xbley jawab dgn bahase manusie, tp dr pndgn mate aku taw dekor dgr ape yg aku ckp tu..

kdg2 klu da marah sgt, aku masuk bilik air nangis2 smpai aku puas ati..lantak p la klu kuar toilet org nengok muke aku bengkak ke..lega sket ati..sbb aku xbley pndam lame2 mcm xde pape yg jd..die jd luke kat ati aku..so, bile nangis or ckp dgn kuseng aku rase lega sket..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2012 05:59 PM | Show all posts
Reply 40# adorabelle1985

org cakap la kan,bukan aku yg cakap..panas baran adalah salah satu faktor tersekatnya jodoh...contohnya, kalau kita dah plan nak kawen,tb2 banyak pulak halangannya...kalau yg masih single,bila ada org je nak dekat,tb2 xjadi...so,moral of the stori jangan panas baran,carilah jalan untuk mengubatinya
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 07:53 PM | Show all posts
dalam pada banyak-banyak kes marah tuh...ade tak kawan-kawan yg berjauh hati dan taknak tegur TT....sbb TT x sedar ape yg TT cakap, maybe ade yg tergus hati dgn kata-kata TT.....
timah rase, TT nih tak bertemu buku dgn ruas...sbb tuh TT bermaharajalela marah sana sini if tak kena skit....semua org ikut je apa TT buat....sbb tuh TT makin naik lemak...maaf TT, jangan marah timah...timah cakap ape yg timah rase je....harap TT dah berubah kearah lebih sabar.....ape-ape pun bawak berbincangggg....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 09:41 PM | Show all posts
Cuba pegi cek doc. Boss aku pun ada penyakit sama mcm ko. Actually found out ada kurang satu jenis hormon. He is on medication skang
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 11:00 AM | Show all posts
Cuba pegi cek doc. Boss aku pun ada penyakit sama mcm ko. Actually found out ada kurang satu jenis h ...
snoopy Post at 16-5-2012 21:41



sejenis penyakit gak ke? aku pn nk check la...tp aku bkn setiap ms nk marah sbb ngn staffs aku ok je smp diaorg kata aku ni tersangat la penyabar....tapi kdg2 aku rasa nk marah tak tau punca smp rasa dada ni panas/sakit...tekanan darah selalu check xpnh pn tinggi sbb tekanan darah aku sokmo rendah smp doc srh masuk hosp..tapi aku rasa normal je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.090400 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list