CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BabeYSHa

MISTERI GADIS GHAIB TIAP KALI SENJA

  [Copy link]
Post time 30-10-2010 12:00 PM | Show all posts
salam pagi kak ea..
melinda_gordon Post at 30-10-2010 11:20


hilang pulak missayeen dia belum sempat merisik berita ke...


berita kat mps bukan mcm ci  semuanya latest dari mainstream papers - yg kita minat nak tahu apa yg tersirat ..walaupun kes ni  ramai yg tak percaya ..ramai yg perlekehkan skrg ... kes ni bukan seratus peratus tipu  .. masih terselit misteri yg berkaitan  ..pandangan dan input 'forumer'2  berkenaan yg dinanti2....

untuk yg tak percaya ..yg nak baca shj ,tak minat berinteraksi...ikut lah berita terkini  kat board berkenaan seperti ci yg hanya upate berita shj



@ bicha n mod sepail- bolehlah  splitkn posting gaduh , OT dan yg masuk komplen sesaje.. alamk posting ni pon  termasukla yea....kena splitlah kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2010 12:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by Casturi at 30-10-2010 12:12

bhkt@bharian.com.my
2010/10/29


Misteri konon disorokkan di Gunung Jerai terbongkar

KUALA TERENGGANU: Misteri kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya disorok 慗in Islam' di Gunung Jerai, Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam. Siti Balqis sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam pada jam 9 malam, sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang. Ketika di situ, Siti Balqis, 22, tinggal di rumah seorang sahabat pena perempuan yang dikenalinya menerusi laman berkenalan sebuah majalah remaja pada 2005, tetapi tidak pernah bertemu sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata Siti Balqis juga sudah membeli tiket untuk pulang ke kampungnya esok.

揇engan penemuan ini, polis menganggap kes ini selesai dan polis tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak,?katanya pada sidang media sebelum menyerahkan Siti Balqis kepada ibunya, Norizan Said, 47, di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di Kampung Raja di sini, semalam. Hadir sama sahabat penanya, Norwaniza Ramli, 19.

Kamaruddin berkata, polis mendapat maklumat mengenai gadis itu apabila bapa sahabat pena Siti Balqis menghubungi polis daerah Jelebu selepas terbaca berita kehilangan misteri gadis itu dalam akhbar ini.
Polis juga mendapat petunjuk gadis itu berada di Negeri Sembilan selepas semakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya pada jam 5 pagi Isnin lalu mendapati pencawang terakhir ialah di Kuala Klawang.

Pada Isnin lalu, Norizan memberitahu menerima SMS daripada anaknya pada jam 5 pagi yang mendakwa berada di Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata laporan Norizan di Balai Polis Jertih pada jam 1.30 pagi Isnin lalu, antara lain menyebut melihat anaknya menaiki kereta Perodua Kembara milik keluarga pada jam 8 malam.

"Berikutan laporan itu, kita menjalankan siasatan kes orang hilang dan meliputi semua aspek termasuk sama ada gadis berkenaan melarikan diri atau dilarikan," katanya sambil menambah kereta itu ditemui di Stesen Bas Jertih pada jam 1 tengah hari Isnin.

Norizan ketika ditemui terkejut dengan penemuan itu kerana sebelum ini anaknya menghantar SMS dan memberitahu berada di Gunung Jerai dan dibawa jin berbulu serta yakin anaknya berada di gunung berkenaan berdasarkan gerak hatinya.

Norwaniza pula berkata, dia selalu berutus surat dan menghubungi Siti Balqis tetapi hanya bertemu selepas kenalannya itu datang sendiri ke rumahnya Isnin lalu.

"Saya tidak menduga pertemuan ini rupanya dengan seorang gadis yang sering dilaporkan ghaib kerana sebelum ini Siti Balqis tidak pernah menceritakan kisahnya,?katanya.

Di KUALA KLAWANG, ibu Nurwaniza berkata gadis itu mengajaknya dan anaknya ke Seremban, Selasa lalu dan menggunakan wang sendiri membeli pelbagai makanan dan pakaian bernilai RM279, termasuk tiket bas untuk pulang ke Terengganu.

Ramlah Meon, 60, berkata beliau pelik melihat Siti Balqis kerap SMS dan apabila ditanya dimaklumkan ia di hantar kepada kawannya.

揝iti Balqis beritahu dia tinggal bersama ibu saudaranya selepas ibunya meninggal dunia dalam kemalangan November tahun lalu. Dia turut beritahu rumahnya besar dan ada tujuh bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang," katanya.

Ramlah berkata, pembohongan Siti Balqis terbongkar apabila anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu datang ke rumahnya, kelmarin, berikutan SMS diterima ibu Siti Balqis menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama Nurwaniza.

Beliau berkata, ketika menyelongkar beg pakaian Siti Balqis, mereka menemui lebih 20 kad sim yang masih aktif, sejumlah wang, beberapa kad ATM dan sebuah kotak kecil berisi 10 batu delima dalam kain kuning.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:10 PM | Show all posts
Reply 965# Casturi


    giler ke hape budak nie? sampai 20 sim kad die ade...pastu berangan ade pembantu umh..

iskk...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:20 PM | Show all posts
Reply 963# rayyanrafael


    owh yeah masa Ustat Sharhan bukak bungkusan hitam tu dia ade komen skit kan...katanya ni mcm keje orang..

Pasal Balkis ni ,mb memang dia perlukan kaunseling sbb yelah selama dia 'sakit' nih kan jadi cm anti social..
n some more dgn gangguan yg jd..mb dia alami post traumatic stress disorder...
Symptoms tu dah ade...bengis , delusional states( mak dia citer dia duk lam bilik yg di hias kain kuning n berbau harum)
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:22 PM | Show all posts
Reply 967# Nadyne


    kat mn nak bc yg update news ni nadyne?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:23 PM | Show all posts
dah jumpee..

Ibu mahu anak jalani pemeriksaan pakar psikiatri

JERTIH: Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang didakwa sering ghaib dan mengalami gangguan makhluk halus kini berubah sikap apabila berperangai bengis serta enggan makan dan minum selain tinggal dalam bilik khas yang dihias kain kuning serta berbau harum. Ibunya, Norizan Said, 47, berkata perubahan sikap anaknya itu disedari selepas dibawa pulang dari Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, kelmarin dan puncanya mungkin kerana emosi tertekan akibat gangguan berterusan dialami gadis berkenaan. 揝aya akan berusaha apa saja kaedah perubatan supaya dia dapat kembali menjalani kehidupan normal. Saya juga akan membawanya mendapatkan pemeriksaan dengan pakar psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, esok,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2010 12:25 PM | Show all posts
Reply  rayyanrafael


    owh yeah masa Ustat Sharhan bukak bungkusan hitam tu dia ade komen ski ...
Nadyne Post at 30-10-2010 12:20



    Mungkin juga buatan orang. Tapi dalam paper semalam ada kata dia SMS ibunya
kata kena larikan ke Gunung Jerai, walhal dia sendiri naik bas ke N9. (Nak jadi penyokong
N9 kowt masa lawan Kelate nanti ). Itulah yang menimbulkan kemuskilan dengan
lain-lain kehilangannya. Kalau betulla jin @ syaitan tu boleh colek dia dan larikan dia
ke Kedah dan lain-lain tempat, minta je hantarkan ke Mekah, boleh buat haji @ umrah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:25 PM | Show all posts
kiranya dia ke yg mencuri batu permata tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2010 12:27 PM | Show all posts
Kita sibuk kat sini tguk org gaduh  ..rupanya kat CI lagi best ..ada forumer cousin si siti ni ....

nick puteri7 -- nak baca dari pandangan dia pulak pasal kes ni ....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:27 PM | Show all posts
yup yang tu lah....kan perenggan pertama tu sebut
"selain tinggal dalam bilik khas yang dihias kain kuning serta berbau harum"
hmm mcm dia alami delusional la kn...

harap2 bukan setakat khidmat Dr Psychology jer..tapi Kaedah rawatan Islamic pun diteruskan jgk ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:37 PM | Show all posts
kepada yang kata budak neh menipu sebenarnye keluar jumpa bf la apa la tu, aku dare to challenge you, go to her house and see for yourself. balqis neh sepupu aku, we called her 'kaklong' sebab dia anak sulung. jadi aku rasa agak insult la kalau nak kata dia menipu ke apa.

memang kalau takat baca berita kat paper etc, mende neh nampak macam tak logik tapi kalau dah lalui sendiri baru percaya. tengah2 jaga, kita pandang tv jah... kalih tengok dia..dia sudah takde. tempat2 yang kemudian dia dijumpai tu pulak kekadang unexplainable.

contoh dia dah hilang dari petang (right before your eyes), kemudian jumpa balik... atas siling. can u explain how she got there? nak bawak turun kena pakai tangga etc. dia naik camne? ada satu kes tu, masa dia hilang, dia claimed dia rasa dia kat tempat berlumpur. bila dia "dihantar" balik, jumpa kat tangga dapur, dia penuh dengan lumpur. yang paling sadisnya, time dia dijumpai, most of the time dia tak sedar. nak sedarkan dia pun amik masa.

yang pasal kubur tu, actually malam buta, dia ilang. dia boleh sms mak dia cakap dia kat mana, explainkan tempat tu macam mana, mak dia pergi kubur memalam buta but couldnot find her pun.  then bila lewat nye dia "dipulangkan", dia boleh cerita nampak mak dia masa mak dia pergi cari dia. cuma dia tak der suara untuk panggil.

http://eforum6.cari.com.my/redir ... 02&pid=40635880

one thing je, aku tak setuju famili banyak percaya kat bomoh. ada la bawa jumpa ustaz. yang ustaz paper tak highlite lak. duk cakap jumpa bomoh je. huhuhuh.

menjawap soalan yang dikemukakan tu..

1. Memang biasa dia kalau 'dihilangkan' ni, hilang dengan handphone2 sekali ke?  
kalau time dia nak "diambil" tu, dia tengah pegang handphone. depa ilang sekali la. macam baju la. kalu time tu pakai baju hijau, dia pergi dengan baju tu la.  kalau tak pegang, takde la magik berlaku dia sempat amik handphone dia. heehehe.


2. Pernah tak korang berjaga 24 jam, mata memerhati tanpa beralih(take turn, make sure mesti ada orang yg sentiasa memerhati), dan dia tiba tiba hilang, vanish begitu sahaja?
kalau berjaga dan pandang dia 24jam, dia tak ilang lah. tapi tak boleh leka langsung. it like sekelip mata leka skit, dia dah takde even before that dia ada elok je sama dgn kita. berita tu cakap ilang setiap hari but sebenarnye takdelah setiap hari. cuma bila ilang tu kekadang lama menjangkau berjam-jam. adik laki dia selalunye berlari keliling rumah time dia ilang azankan.. sepupu kami dan pakcik pun sama. tapi penat pusing takde jugak.

3. Sepupu kau ni, byk orang ubatkan dia. Dia sendiri, amalkan tak bacaan ayat2 Al Quran?
memang ada baca quran2 tuh.

http://eforum6.cari.com.my/redir ... 02&pid=40641815


bicha klu tak leh quote psoting dari bod lain ..nnti delete ...tapi ... cerita disebalik  camni yg nak tahu kan .... yg beria2 baca dan ikutikan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:45 PM | Show all posts
Reply 974# ea208964

gud job kak ea!
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:47 PM | Show all posts
Kita sibuk kat sini tguk org gaduh  ..rupanya kat CI lagi best ..ada forumer cousin si siti ni ....  ...
ea208964 Post at 30-10-2010 12:27



    thanks ea utk info ni....berkampung lagi la lina kat CI....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:49 PM | Show all posts
yup yang tu lah....kan perenggan pertama tu sebut
"selain tinggal dalam bilik khas yang dihias kai ...
Nadyne Post at 30-10-2010 12:27



    lina rasa..dia ada sakit rohani dan jasmani...melibatkan spiritual.. bila dah kena ganggu..jiwa pun kacau...lama2..boleh mental...tapi punca akar umbi ni..kena selidik juga la..tak boleh salahkan pada Balqis 100%....

kena kenal pasti..kenapa dia boleh jadi mcm tu....takkan tiba2 jadi camtu kan..mesti ada sebab musababnya....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:52 PM | Show all posts
Salam semua,
Pasal balqis ni, aku takkan maafkan dia buat masa ini. NOT FOR NOW, NOT TODAY. Dia seorang yang GILA, berniat jahat dan berhati kotor. Dia pemusnah hidupan orang lain. Semua org sibuk hal dia, tapi terlupa, kawan dia Norwaniza iaitu adik aku, adik bongsu aku. Yang paling aku sayang, yang paling bernilai lebih dari batu permata nilam apatah lagi batuan permata yang balqis beli di tepi jalan itu. Adik aku jadi mangsa kepada penipuan Balqis ini. Semua org sibuk nak beri khidmat pakar rundingan psychiatric pada budak nih, tapi adik aku? Ada mak dia datang mohon maaf atas perbuatan khianat anak dia? Aku percaya, mak dia adalah DALANG segala Tok dalang bagi semua konspirasi ini. Dengan niat mendapat nama dan simpati rakyat, derma mencurah curah.. maka bolehlah membayar hutang 50k kat deti tu kan?
20 sim kad digunakan hanya untuk memainkan adik aku dan memecah belahkan keluarga aku. Tak padan dengan orang yang berbadan kecil, sekali kena tempik, terkencing dalam seluar. Tapi otak dia sangat geliga dalam menginaya orang. Untuk keluarga Balqis, bukan balqis sahaja yang memerlukan rawatan sakit jiwa, tapi buat emak dia juga.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:53 PM | Show all posts
bicha klu tak leh quote psoting dari bod lain ..nnti delete ...tapi ... cerita disebalik  ca ...
ea208964 Post at 30-10-2010 12:37



    great ea!! thanks ...sharing info..

mod ..bagi la skit tacang kat ea ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2010 12:55 PM | Show all posts
lina rasa..dia ada sakit rohani dan jasmani...melibatkan spiritual.. bila dah kena ganggu. ...
linamys Post at 30-10-2010 12:49



    setuju dgn lina ... daripada mencaci cerca budak ni ... jgn tetiba tak de komersial value ..semer dump her mcm tu je ... tapi nmpk doktor2 pensyarah cerdik pandai dah masuk campur baguslah ..tapi jgn tolak dari spiwwritual juga ...jgn ego ilmu dari  bidang2 masing2w... ni bukan pertandingan nak buktikan ilmu siapa betul ilmusiapa salah ....






* salam ceeemmm..

lama tak nmpk ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by N_R at 30-10-2010 13:14

Oh ye, duit derma yang hilang dalam Al-Quran tu, mungkin balqis sendiri yang sebat. Dan dalam akaun dia masih banyak lagi, duit tu digunakan diantaranya membawa keluarga aku ke Seremban dan menjamu mereka dengan pelbagai makanan termasuk KFC. Buatkan birthday party utk anak buah aku. Dia buat tu demi mendapat kepercayaan keluarga aku yang dia anak seorang berada. Kalau aku berada dikampung ketika itu, sudah tentu aku akan sorokkan dia di Gunung Telapak Buruk di Jelebu tu, biar betul betul ghaib kali ni.!
Buat keluarga Balqis, selagi trauma adik aku dan luka di hatinya tidak pulih, tiada redha aku terhadap kamu. Dan ingatlah, doa orang terinaya akan terus sampai kepada penciptanya. Ooh tidak lupa barang dapur seperti ketam yang dia belikan tu, mungkin emak aku akan sedekahkan kepada yang lebih memerlukan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by linamys at 30-10-2010 13:00
Salam semua,
Pasal balqis ni, aku takkan maafkan dia buat masa ini. NOT FOR NOW, NOT TODAY. Dia seo ...
N_R Post at 30-10-2010 12:52


N_R...mcm mana boleh tau yang Balqis berhutang sebanyak 50K....

apa yang telah dibuat Balqis smp menganiaya keluarga N_R? menipu yg mcm mana...memecah belahkan keluarga yang bagaimana ?

Kami nak tau juga berita dan cerita dari pihak adik awak...

Apa yg saya baca...yg ni 1st time Balqis jumpa adik awak...dan mmg betul selama ni mereka selalu berhubung dan tak pernah bertemu muka ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 01:00 PM | Show all posts
yup betul tu Lina...spiritual(ruhiyyah) dia sakit...

Ea thanks sbb quote posting cousin balkis...

Errr....N_R adik awak ker yg jadi sahabat pena nye si Balkis...ape yg dia buat sampai u marah sngt...:-s hmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196656 Replies : 4557
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7079 Replies : 50
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30146 Replies : 220
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.076849 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list