CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 25-10-2004 11:09 AM | Show all posts
Sambungan....

Mengapa terjadi begitu? Sebab abaikan ilmu dan tidak timba ilmu. Sedangkan ilmu penyuluh, macam mana hendak jadi pahala. Ertinya  yang bahaya ialah dia bersalah tetapi tidak rasa bersalah.  Dia tersilap bila ditegur, dia marah dan tidak nampak kesalahannya, dia sebut salah orang itu ini. Apa-apa yang hendak dibuat mesti ada ilmu, ada minda, kalau tidak, niat baik pun tidak guna.

Begitulah besarnya erti hidup dan erti mati sebab itu selepas bangun tidur kita puji Tuhan, diingatkan selepas bangun tidur ini nak jumpa Tuhan. Kalau  begitu kena ubah sikap. Pertama cari ilmu dan tanya kawan serta berbincang.

Kalau ada kerja rasmi, kerja itu boleh jadi taqwa. Bila ada jawatan rasmi di kedai, mesti kita berfikir di kedai ini aku nak cari taqwa, di sekolah inilah hendak cari taqwa. Seterusnya jika di  pertanian,  di bakeri dan lain-lain. Tapi adakah kita fikir begitu. Yang difikir..."Aku buat kerja ini adakah dapat duit?" Tak ikhlas sebenarnya.

Sebab itu kena jadi pemurah dengan tenaga, ilmu, wang ringgit, dengan apa yang ada. Tapi masih tamak. Tapi sudu, garpu jadi besar, kerusi jadi besar, meja jadi besar, padahal itu hendak dikorbankan untuk dapat taqwa dan dapat iman. Taqwa itu bukan angin, bukan habuk. Sudu, piring jadi bergaduh, kalau kereta lagi besar, rumah lagilah besar.

Jadi kena takut dengan Tuhan, kena taqwa dengan Tuhan kalau sebesar habuk.. mesti jadi taqwa, kalau orang faham erti hidup dan erti mati dan akan berhadapan dengan Tuhan.

Sekian,  kalau ada salah silap itu dari Abuya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 9-11-2004 11:00 AM | Show all posts
:ah: Kita start kuliah seterusnya ok...

JUDUL: "HENDAKLAH KAMU MEMBACA ATAS NAMA TUHAN-MU"

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih Tuhan, dengan izin Engkau, ini merupakan rahmat dari Engkau, kita masih dapat bertemu. Selawat dan salam kepada nabi besar Rasulullah SAW, manusia yang paling bertaqwa, paling berjasa, kerananyalah kita dapat Islam, dapat Iman, dapat ibadah, dapat ikut berjuang, dapat mempromosikan Tuhan, dapat memperkenalkan syariat Tuhan. Marilah kita banyak bersyukur kepada Tuhan, kemudian banyak berselawat kepada Rasulullah SAW.

Sdra/ri yang dikasihi sekelian,

Umat akhir zaman ini bukan sahaja orang bukan Islam, umat Islam pun dan termasuk pemimpin dan ulamaknya sudah jauh drp matlamat hidup sepertimana yang dikehendaki oleh Tuhan. Tuhan sekadar disebut-sebut begitu sahaja dan bukan dari hati. Islam hanya sebagai slogan bukan untuk diamalkan. Terutama apa yang berlaku dikalangan pemimpin.

Maka sebab itulah kemurkaan Tuhan pun datang ke atas kehidupan manusia yang berbagai-bagai bentuk dan sangat menakutkan. Ia terjadi dengan tujuan sama ada nak menghukum manusia atau pun nak menyedarkan manusia. Ia mengingatkan manusia agar kembali kepada Tuhan. Namun demikian manusia masih lagi nak kembali kepada diri masing-masing dan bukan nak kembali kepada Tuhan. Buktinya apabila nak menyelesaikan sesuatu masalah manusia merujuk dengan akal semata-mata, bukan wahyu Tuhan.

Dulu kita dengar waktu kita tak begitu faham sangat tentang Islam, sekali sekala kita dengar cerita dari Quran bagaimana orang dahulu, umat-umat kepada Rasul dan Nabi-nabi, umat nabi Nuh, nabi Idris, nabi Musa, nabi Lut, nabi Isa, kita rasa pelik kenapa degil sangat. Padahal Tuhan dah hempuk, Tuhan dah hukum, Tuhan dah datangkan berbagai-bagai bencana, namun tak sedar dan tak insaf juga. Bahkan mereka makin memusuhi orang-orang Tuhan, yakni pasa rasul dan nabi.

Kalau tak diiuji, dibala, disusahkan munasabahlah, tapi sudah disusah-susahkan, mengapa begitu degil juga. Tapi rupanya apa yang berlaku sekarang, watak manusia sama sahaja. Kalau dulu degil, sekarang pun degil. Kalau dulu orang ancam orang membawa Tuhan, sekarang juga orang mengancam orang membawa Tuhan. Kalau dulu pemimpin-pemimpin besar sangat menentang Tuhan, begitu juga rakyat biasa pun menentang Tuhan, sekarang sama, kerajaan Amerika dan pro Amerika semua menentang, termasuk rakyat jelatanya pun menentang Tuhan cuma dalam bentuk yang tak sama.

Baru kita tahu, rupanya manusia ini, bukan saja zaman dulu, dizaman kita ini pun degil. Bahkan pada pandangan Abuya, orang sekarang lagi jahat dari dulu, kenapa? Orang dulu jahat tak kaitkan dengan Tuhan dan tak kaitkan dengan Islam. Sekarang orang buat jahat jual nama Islam dan Tuhan.

Islam di kedepankan hanya disegi cakap, tapi perbuatannya sangat bertentangan dengan ayat Tuhan. Orang bodoh, orang awam dan orang jahil tentang Islam jadi terkeliru. Dulu orang tak terkeliru.

Contoh: Namrud yang menentang Islam bukan atas nama Islam. Firaun yang menentang Islam bukan atas nama Islam dan Abu Jahal menentang Islam bukan juga atas nama Islam sedangkan zaman sekarang pemimpin buat kemajuan dan pembangunan atas nama Islam, tapi semuanya menentang Islam. Supaya orang lupa kemungkaran dan supaya orang tak nampak kejahatan pemimpin maka Islam dijadikan slogan.

Islam disebut-sebut dalam syarahan. Mesti orang akan anggap yang disyarahkan itulah Islam sedangkan perbuatannya, yang orang tak tahu itulah yang menghancurkan Islam. Ini lagi bahaya. Orang buat jahat atas nama Islam, orang buat mungkar atas nama Tuhan dan orang hancurkan Islam atas nama Islam, maka ini lagi rakyat tertipu. Inilah bala akhir zaman dan inilah pancaroba akhir zaman.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 9-11-2004 11:10 AM | Show all posts
Sambungan...

Kalau seseorang Islam itu ikhlas, yang bukan Islam tak boleh nak komen apa-apa pun. Kalau umat Islam ikhlas maka cara nak hidup, cara nak maju, cara nak membangun, cara nak berjuang senang dan simple sahaja. Tuhan dah beritahu, cuba kita lihat dalam surah A Alaq; "Hendaklah kamu membaca atas nama Tuhanmu".

Mengapa Tuhan tak kata hendaklah kamu maju atas nama Tuhan,mengapa Tuhan tak kata hendaklah kamu berjuang atas nama Tuhan, mengapa Tuhan tak kata hiduplah atas nama Tuhan, membangunlah atas nama Tuhan, berekonomilah atas nama Tuhan, tapi mengapakah Tuhan memilih perkataan; "bacalah atas nama Tuhan"?

Di sini ada dua perkara kita nak bahas.

Pertama tentang membaca dan kedua tentang Tuhan. Dari sini ia akan menjadi global, menyeluruh dan syumul. Pendek saja ayatnya, perbahasannya ialah berkenaan membaca dan Tuhan.

Kalau membaca, apabila dibahas dengan akal, kita gunakan falsafah akal, itu pun akan dapat jawapan. Apa yang Abuya maksudkan? Tuhan kata belajar. Bila belajar dapat ilmu. Dari ilmu inilah kita boleh membangun. Tidak ada ilmu tak boleh berjuang.Tak ada ilmu tak boleh maju. Tak ada ilmu kita tak boleh bangunkan ekonomi dan tanpa ilmu tidak boleh dibangunkan pendidikan. Maka itulah  maksud yang sebenarnya.

Sebab itu Tuhan pilih perkataan paling tepat tapi isinya syumul. Sumber dari situ semuanya, nak maju dari ilmu, nak berjuang dari ilmu, nak bangunkan ekonomi dengan ilmu, nak bangunkan pendidikan dengan ilmu, nak bangunkan kebudayaan dengan ilmu. Ilmu diperolehi dari belajar. Jadi jika tak ada ilmu tidak boleh berbuat.

Cantiknya Tuhan, kalau Tuhan kata hendaklah kamu membangun atas nama Tuhan tidak syumul, kalau kamu berjuang atas nama Tuhan tidak syumul, hendaklah kamu berekonomi atas nama Tuhan tak syumul, hendaklah kamu berkebudayaan atas nama Tuhan tak syumul, tapi bila dikatakan hendaklah kamu membaca atas nama Tuhan barulah syumul. Hasil membaca tentulah pandai, hasil membaca tentulah memperolehi ilmu. Tak membaca ertinya tak belajar, tak pandai dan tak ada ilmu.

Kalau tak pandai dan tak ada ilmu, macam mana nak maju, macam mana nak hidup, macam mana nak membangun, macam mana nak berkebudayaan, macam mana nak bangunkan ekonomi, macam mana nak cantikkan dunia? Ertinya akal kita boleh menerima bahawa dalam hidup ini kalau hendak maju walau disudut mana pun mesti bertitik tolak dari ilmu dan ilmu itu adalah hasil daripada belajar.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 10-11-2004 03:28 PM | Show all posts
Sambungan...

Cantiklah Tuhan apabila menyebut di situ "hendaklah kamu baca atas nama Tuhanmu". Tuhan kaitkan dengan namaNya dan membaca atas nama Tuhan. Jadi kalau belajar bukan atas nama Tuhan, di mana drp belajar itu mendapat ilmu, dari hasil ilmu itu pula boleh maju, boleh membangun, boleh berjuang, boleh berekonomi dan boleh berkebudayaan maka akan rosak dunia dan manusia akan huru hara, kenapa?

Kerana kemajuan di sudut manapun dia sangat mempengaruhi individu, sangat mempengaruhi peribadi, tinggi sikit mempengaruhi keluarga, elok sikit lagi mempengaruhi etnik dan elok sikit lagi mempengaruhi bangsa. Kalau zaman sekarang ini pula, elok sikit lagi jika ada ideologi akan mempengaruhi kelompok yang ada ideologi.

Jadi kalau belajar nak maju, nak buat itu ini atas nama peribadi, itu dah ada unsur perpecahan, sebab atas nama peribadi itu ada kepentingan diri. Di situ dah ada persaingan. Kalau nak maju dan nak membangun sangat merbahaya. Itu baru dua orang, kalau dua kelompok, dua etnik, banyak etnik, dua bangsa, banyak bangsa, dua ideologi, banyak ideologi tak haru biru ke?

Sebab itu Tuhan ingatkan seolah-olah dari perkataan Iqra' ia bersifat umum dan syumul. Seolah-olah Tuhan berkata: Belajarlah, majulah, berjuanglah, membangunlah, berekonomilah, berpendidikanlah, berkebudayaanlah, mentadbirlah, berhiburlah, kena dibuat atas nama Aku. Dunia ini Aku punya, kamu semua pun Aku punya, sebab itu kalau nak bertindak dari sudut manapun mesti dengan cara Aku, jangan cara kamu, jangan sekali-kali.

Disinilah indahnya. Tuhan telah beri satu formula dan anak kunci kepada manusia yang berbagai-bagai keluarga ini, berbagai etnik dan bangsa. Iaitu apabila nak bangunkan dunia, melalui ekonomi, kebudayaan, kemajuan, supaya tidak bergaduh, tidak berkepentingan dan tidak berperang sesama sendiri maka mestilah dibuat atas nama Tuhan.

Bersambung....
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 10-11-2004 03:32 PM | Show all posts
Sambungan....

Tuhan itu pengikat, anak kunci perpaduan. Jadi kalau semua orang, semua etnik, semua bangsa, membangunkan dunia walau disudut dan aspek manapun atas nama Tuhan, dia terikat atas dasar Aku kata Tuhan. Ia akan maju dengan selamat, membangun dengan selamat, berekonomi dengan selamat dan berkebudayaan dengan selamat. Sebab masing-masing semuanya menuju kepada Tuhan. Tidak ada permusuhan dan tidak ada pergaduhan.

Tetapi kalau individu buat atas nama peribadi, buat atas nama keluarga, berapa ratus juta keluarga yang ada, masing-masing dengan namanya. Membangun atas nama etnik, bayangkan berapa ribu etnik yang ada? Masing-masing menggunakan dunia sebagai gelanggang, masing-masing etnik hendak bergaduh, tak teruk ke, tak perang ke, tak haru biru ke?

Bayangkanlah kalau bangsa antara bangsa, ideologi dengan ideologi, nak rebut dunia yang hanya satu saja. Fikirlah kita buka gelanggang silat tapi tak diprogramkan, tak disistemkan dan diperaturkan. Siapa suka boleh main, kalau serentak main, macam mana? Silat Sunda, silat Jawa, masing-masing bersilat. Maka bergaduhlah di gelanggang itu.

Dunia ini gelanggang tempat manusia bersilat, nak menyajikan macam-macam kemajuan, kalau tak didisiplinkan atas nama Tuhan, masing-masing buat tanpa ilmu pengetahuan.Maka hasilnya inilah yang terjadi sekarang, akibatnya tidak ada siapa yang senang. Manusia yang sakit dan kepayahan.

Bersambung....
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 10-11-2004 03:37 PM | Show all posts
Sambungan....

Maka kalau umat Islam ikhlas, jelas sebab dah diberitahu, nak buat apa pun mesti ada ilmu, nak buat apapun mesti atas dasar Tuhan atau kerana Tuhan. Maka hasilnya kemajuan pun dapat, dunia pun dapat, wang pun dapat, keselesaan pun dapat, pembangunan pun dapat, selamat dan menyelamatkan dan tak ada pergaduhan. Sebaliknya dengan menggunakan dunia ini di mana masing-masing nak maju dan membangun, berbuat atas dasar diri, keluarga, etnik dan bangsa maka akan haru biru dan berlakulah pergaduhan dan peperangan.

Apalah erti maju jika dalam huru hara dan ketakutan. Apalah erti maju jika perang terus berlaku dan apa erti maju jika penyakit dan gejala sosial pun terus bertambah. Tuhan datangkannya untuk menghukum manusia yang derhaka dengan Tuhan. Apalah ertinya dunia cantik tetapi akhlak tak cantik. Orang tengok pun merasa takut.

Jadi kalau orang  Islam, pemimpin Islam, ulama Islam buat apapun mesti atas dasar ilmu. Yang kedua; mesti atas nama Tuhan, bukan atas nama peribadi, bukan keluarga, bukan bangsa, bahkan bukan atas nama Negara.

Jadi kalau manusia bertindak membangunkan dunia walau di aspek manapun, jika bukan atas nama Tuhan, iaitu atas nama selain Tuhan sama ada atas nama peribadi, keluarga, etnik, bangsa dan negara, maka itulah dikatakan syirik dengan Tuhan. Orang sangka Syirik itu menyembah berhala sahaja. Itu syirik orang bodoh, tetapi syirik orang cerdik bukan macam itu.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 10-11-2004 03:44 PM | Show all posts
Sambungan...

Syirik orang bodoh nampak, syirik orang cerdik tak nampak. Iaitu syirik orang cerdik, syirik orang pandai, syirik orang ada otak. Sama-sama syirik tetapi satu bodoh dan satu pandai. Kalau berjuang bukan atas nama Tuhan syirik. Membangunkan ekonomi bukan atas nama Tuhan syirik, bangunkan kebudayaan bukan atas nama Tuhan syirik, bangunkan pendidikan bukan atas nama Tuhan syirik, buat kemajuan bukan atas nama Tuhan syirik. Ini syirik orang pandai, syirik orang berilmu. Sebab itu dunia huru hara, masing-masing nak berjuang untuk keluarga, untuk etnik, untuk bangsa dan untuk Negara. Akhirnya bergaduh dan berperang.

Memang dunia bertambah maju tapi sentiasa di dalam peperangan. Memang maju tapi dalam ketakutan, dalam kebimbangan. Memang dunia maju tapi dalam bahaya. Apalah ertinya itu semua. Kalau kita bandingkan sejarah zaman kuno dengan zaman moden ini, oleh kerana manusia dah cerdik-cerdik tapi sudah ditekan ketakutan dan kebimbangan, maka waktu ini ramai orang bunuh diri daripada dulu. Kita tak dengar orang dulu bunuh diri.

Sejak 4000 tahun dahulu kita tak dengar orang bunuh diri. Tapi zaman orang pandai sekarang, zaman membangun, ramai orang bunuh diri... kenapa? Kerana kemajuan itu tak boleh mengubat orang yang sakit jiwa. Kalau ditekan oleh kebimbangan, bila dikelilingi oleh ketakutan, maka jalan keluarnya adalah bunuh diri. Tapi ini tak  berlaku di zaman orang bodoh dulu.

Jadi dunia boleh selamat, manusia boleh selamat, pembangunan boleh selamat, bila dibangunkan atas nama Tuhan atau bila dibuat atas nama Tuhan. Sebaliknya apabila dibuat bukan atas nama Tuhan berlakulah bala bencana besar dalam kehidupan. Sebab itu buatlah apapun, majulah, membangunlah tapi biarlah atas nama Tuhan, sesuai dengan apa yang Tuhan kehendaki daripada orang yang menyembahNya, bahawa hidup mati itu sesungguhnya kerana Allah, kerana Tuhan.

Sekian dari Abuya.
Reply

Use magic Report

zachry This user has been deleted
Post time 13-11-2004 09:24 PM | Show all posts
Syorkan Sheikh Akasyah buat satu web dan kumpulkan takzirah2 dari Abuya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 25-11-2004 11:45 AM | Show all posts
Originally posted by zachry at 2004-11-13 09:24 PM:
Syorkan Sheikh Akasyah buat satu web dan kumpulkan takzirah2 dari Abuya.


Terimakasih byk atas cadangan yg baik tu. Tapi saya rasa tak perlu sbb laman web rufaqa dah ada. Meskipun tdk semua tarbiah Abuya boleh didpti di sana...yg lain2 tu saya akan cuba taipkan di sini.

Lagipun majoriti dr kita di sini byk habiskan masa di sini jadi lebih baik saya tetap selitkan tarbiah2 Abuya di sini.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 25-11-2004 12:03 PM | Show all posts
Wokeh kita start with new tarbiah...

Judul : Umat Islam Umat Pertengahan

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam memperjuangkan cita-cita kita dan dalam hendak memperjuangkan cita-cita Islam memerlukan ilmu yang mendalam dan ilmu yang seni. Mesti memahami ilmu dunia dan mesti memahami ilmu akhirat. Kalau tidak, Islam itu tidak dapat diperjuangkan dengan tepat.

Sebenarnya waktu ini, Islam telah disalahgambarkan. Islam telah disalahtafsirkan. Bahkan Islam telah disalahertikan. Hingga Islam dipandang begitu buruk oleh masyarakat dunia terutama orang-orang bukan Islam disebabkan oleh kesalahan umat Islam sendiri. Umat Islam yang mempersembahkan Islam dengan tidak tepat samada dari segi Tauhid, Ibadah atau akhlak, yang mana dengan kesalahan ini menjadikan umat Islam samada  menjadi pasif atau militan. Kini, kedua-dua golongan ini sangat ditakuti.

Golongan pertama iaitu pasif membawa kepada kemunduran umat Islam. Golongan kedua iaitu militan lagi menakutkan. Mereka nampak ganas dan kasar sedangkan ajaran Islam begitu cantik dan indah. Kalau Islam itu dapat dipersembahkan secara tepat, orang bukan Islam pun boleh menerima sekalipun mereka tidak masuk Islam.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 25-11-2004 12:49 PM | Show all posts
Sambungan...

Di sini, diperjelaskan sedikit dari sudut pandangan Islam antara dua golongan ini dengan membawa pandangan yang ketiga. Kita harap pandangan ketiga ini adalah yang tepat. Dan pandangan ketiga inilah yang kita sedang perjuangkan. Selain daripada secara tidak langsung untuk membetulkan pandangan pertama dan kedua, serta hendak memperlihatkan kebenaran Islam yang sebenarnya. Ini penting supaya imej Islam itu pulih semula dan supaya kalau orang bukan Islam walaupun mereka tidak masuk Islam tetapi mereka boleh menerima kewujudan Islam dan umat Islam. Juga supaya Umat Islam kembali kepada Islam yang sebenar.

Di sini dibawakan satu ayat Al Quran. Mungkin ayat itu sudah diketengahkan sebelum ini iaitu ayat yang memperkatakan bahawa umat Islam itu adalah umat pertengahan. Ayat itu bermaksud:

"Demikianlah kami (Tuhan) menjadikan kamu (Umat Muhammad) adalah umat yang pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan Rasul menjadi saksi ke atas kamu."

Ulasan dalam ayat ini ialah yang pertama; Tuhan memberitahu bahawa umat Nabi Muhammad itu umat pertengahan. Yang kedua; umat Muhammad mesti buktikan kepada manusia. Dan yang ketiga; Rasul melihat apa yang dibuktikan oleh umat Islam.

Jadi 3 perkara ini yang akan cuba diperkatakan. Moga-moga Allah memberi ilmu supaya kita dapat faham bersama. Untuk kita hayati ilmu itu dan boleh diaplikasikan (apply) dalam hidup kita, lebih-lebih lagi boleh diaplikasikan dalam perjuangan kita. Maka, kita seolah-olah secara tidak langsung sedang belajar mentafsir Al Quran berdasarkan ayat yang disebut di atas.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2004 09:50 AM | Show all posts

himpunan tarbiah abuya

Saudara Akasyah, plz sbg blk tarbiah ini saya ternanti2 ni...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 26-11-2004 04:15 PM | Show all posts
Originally posted by tarbiah at 2004-11-26 09:50 AM:
Saudara Akasyah, plz sbg blk tarbiah ini saya ternanti2 ni...


Maaf lambat sambung...sbb server semlm slow betul...

Sambungan...

Mari kita cuba huraikan dan memperjelaskannya. Moga-moga akan terserlah Islam yang sebenarnya. Bukan Islam yang kiri dan bukan yang kanan. Bukan juga Islam yang pasif dan bukan yang militan. Tetapi di tengah-tengah antara dua golongan ini.

Allah memberitahu kita dalam ayat tadi bahawa Tuhan menjadikan umat Muhammad itu umat pertengahan. Apa yang dimaksudkan dengan 憄ertengahan
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2004 03:57 PM | Show all posts
saudara Akasyah,teruskan bercatat, supaya kita lebih memahami apa tujuan sebenar kita di bumi Allah yang indah ini.

Maaf saya katakan,saya memintak tolong sesiapa yang kurang senang dengan catatan saudara Akasyah,sila jangan timbulkan perkara2 yang boleh mendatangkan pepecahan.

ALLAH itu maha BENAR.

Baca dan memahami.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2004 09:26 PM | Show all posts
Originally posted by TUKANGKEBUN at 27-11-2004 03:57 PM:
saudara Akasyah,teruskan bercatat, supaya kita lebih memahami apa tujuan sebenar kita di bumi Allah yang indah ini.

Maaf saya katakan,saya memintak tolong sesiapa yang kurang senang dengan catat ...

betul tuh!!! amik kebaikan dan mesejnyer.. jgn nak cari kesalahan pulak..perkara yg boleh ditafsirkan sendiri dipersebsar2kan... gunakan pemikiran kita yg dianugerahkan tuhan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2004 08:47 AM | Show all posts
Harap Akasyah sambung baik kuliah ni.....

[ Last edited by tarbiah on 29-11-2004 at 08:52 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 29-11-2004 10:14 AM | Show all posts


Maaf bebanyak pada sahabat semua....terlambat sambung...

Sambungan...

Mari kita cuba huraikan dan memperjelaskannya. Moga-moga akan terserlah Islam yang sebenarnya. Bukan Islam yang kiri dan bukan yang kanan. Bukan juga Islam yang pasif dan bukan yang militan. Tetapi di tengah-tengah antara dua golongan ini.

Allah memberitahu kita dalam ayat tadi bahawa Tuhan menjadikan umat Muhammad itu umat pertengahan. Apa yang dimaksudkan dengan 憄ertengahan抂/b]? Kalau kita menganggap bahawa umat Muhammad itu datang ke dunia sebagai umat pertengahan, itu tidak logik kerana umat Muhammad ini di hujung zaman dan di hujung usia dunia. Jadi, jelas bukan itu yang dimaksudkannya.

Kalau yang dimaksudkan umat Muhammad itu datang sebagai umat pertengahan di antara umat ke umat, dengan sendirinya kenyataan itu ternafi kerana hakikatnya umat Muhammad ini berada di hujung usia dunia. Rasullullah adalah Rasul yang terakhir maka umat ini adalah umat yang terakhir. Kalau itu yang dimaksudkan, kenyataan tadi batal dengan sendirinya. Jadi, bukan itu maksudnya.

Jadi, apa yang Allah maksudkan tentang umat Muhammad ini umat pertengahan ialah umat yang sederhana, tidak terlalu ke kiri dan tidak terlalu ke kanan. Maksudnya, ajaran yang Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad adalah ajaran terakhir daripada seluruh ajaran yang disampaikan kepada nabi-nabi. Kalau ianya boleh difahami dan menjadi ilmu serta boleh dihayati, diaplikasi dan boleh diperjuangkan, umat Islam tidak akan menjadi pasif dan tidak militan. Inilah yang dimaksudkannya.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 29-11-2004 10:18 AM | Show all posts
Sambungan...

Kenapa? Kalau kita baca sejarah dunia, kedatangan agama-agama atau kedatangan ahli-ahli falsafah ke dunia yang masing-masing ada peranan yang sangat berbeza. Kedatangan ahli-ahli agama sebelum Rasullullah membawa agama yang betul-betul berbentuk ibadah selain daripada masalah-masalah aqidah yakni soal hati. Soal-soal lahirnya adalah benar-benar ibadah seperti sembahyang dan puasa. Ia tidak ada hubungan dengan dunia. Tidak ada hubungkait dengan kemajuan dan pembangunan. Soal dunia ini kalau hendak dibuat boleh dibuat tetapi kalau tidak dibuat, tidak mengapa. Kerana soal dunia tidak dianggap agama.

Sebab itu kalau kita baca sejarah pengikut Rasul-Rasul selain Nabi Muhammad, mereka banyak membentuk ibadah semata-mata dan aqidah. Dan juga berbentuk uzlah. Mereka mengatakan bahawa mereka adalah hamba Tuhan semata-mata. Itulah yang kita lihat dalam sejarah.

Kemudian ajaran falsafah pula diterima oleh pejuang-pejuang untuk dijadikan ideologi perjuangan mereka dan menjadi izzah perjuangan mereka yang terlalu berbentuk keduniaan. Mereka hanya memikirkan bagaimana hendak maju dan keduniaan. Sedangkan Tuhan tidak diambil kira. Jadi ibadah tidak ada langsung.

Jadi, golongan pertama terlalu menjurus kepada akhirat dan golongan yang kedua sangat berbentuk keduniaan. Tetapi masya-Allah, maha besar Tuhan, ajaran yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad saw sebagai Rasul yang terakhir, pemimpin dari Tuhan untuk dunia yang terakhir membawa ajaran yang merangkumi kedua-duanya sekali. Ertinya, bukan hanya ibadah menjadi ibadah dan bukan hanya ibadah menjadi agama. Tuhan mahu umat Muhammad menjadi maju tetapi diIslamkan. Membangun kemudian diIslamkan. Berkemajuan kemudian diIslamkan. Segalanya mengikut peraturan-peraturan dari Tuhan. Akhirnya apa sahaja yang dilakukan dengan meletakkan agama itu sebagai asas, ia tetap agama, diberi pahala, mendapat keredhoan Tuhan dan mendapat kasih sayang Tuhan.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 29-11-2004 10:22 AM | Show all posts
Sambungan...

Apabila dunia yang dibangunkan, kemajuan yang dibangunkan dan tamadun yang dibangunkan diaplikasikan dan diislamkan mengikut ajaran-ajaran Tuhan maka di sini dapat dua keuntungan. Itu juga ibadah dan itu juga kemajuan. Itu juga ibadah dan itu juga tamadun. Itu juga ibadah dan itu juga pembangunan.

Ertinya, keseluruhan hidup termasuk pembangunan kemajuan itu sudah menjadi agama. Jadi, ianya tidak boleh dipandang dalam dua bentuk lagi, ia sudah menjadi agama. Maksudnya, ibadah, kemajuan dan pembangunan, semuanya yang dilakukan berlandaskan ajaran agama Islam mendapat pahala, keredhoaan dan kasih sayang dari tuhan. Inilah yang dimaksudkan umat Muhammad itu umat pertengahan. Tidak dunia semata-mata dan tidak akhirat semata-mata. Akhirat dan dunia digabungkan. Yang akhirat tetap akhirat, yang dunia pun bernilai akhirat. Yang akhirat menjadi ibadah dan diberi pahala. Kemajuan dunia pun sudah menjadi ibadah. Kemajuan itu juga sudah menjadi ibadah.

Kalaulah fahaman ini dapat dipersembahkan kepada masyarakat, Islam menjadi sangat cantik dan indah. Akhirat dan dunia tidak ada pemisahan dan tidak ada bezanya. Semua itu menjadi agama. Itulah yang dimaksudkan dalam satu ayat yang lain yang bermaksud:

"Sesungguhnya agama itu semuanya untuk Allah."

Maksudnya, siapa yang ada di dunia ini, selagi diusahakan oleh manusia, ia menjadi agama. Agama untuk keredhoan Tuhan. Inilah cantiknya ajaran Islam yang disampaikan kepada Rasullullah saw. Kalau begitulah yang kita faham dengan hanya berdasarkan dari satu ayat yang pendek kemudian dapat dipersembahkan, diperjuangkan dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan kita, ia sangat cantik. Tidak timbul pasif dan tidak timbul militan kerana Islam membawa kasih sayang.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 29-11-2004 10:25 AM | Show all posts
Sambungan....

Kalau pembangunan, kemajuan dan tamadun dapat dibangunkan atas dasar Tuhan, ia sudah menjadi kepunyaan bersama dan dapat diagih-agihkan kepada semua. Semuanya mendapat rahmat dan tidak ada monopoli. Tidak cantikkah dan tidak indahkah Islam yang begini?

Itu yang dimaksudkan dan kalau dapat dipersembahkan dengan cara ketiga ini, orang bukan Islam pun tidak sakit hati. Bahkan mereka mendapat manfaat bersama. Mereka boleh bernaung dalam pemerintahan Islam.

Tetapi entah apa salahnya, kita pun tidak tahu. Di mana silapnya? Ada golongan Islam yang pasif sangat. Bila disebut agama, mesti mundur keadaannya. Bila disebut orang agama, mesti tidak ada kemajuan. Bila disebut Islam mesti bermaksud pasif. Di mana silapnya? Tidak diketahui siapa yang membawa ajaran ini sedangkan ajaran Rasullullah itu 憉mmatan wassatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205510 Replies : 4931
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6260 Replies : 87
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30583 Replies : 224
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21685 Replies : 65
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3633 Replies : 27
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7397 Replies : 52
Cara mudah utk dapat berat ideal
tomazCara mudah utk dapat berat ideal
Views : 9115 Replies : 38
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10817 Replies : 43
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3498 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.062247 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list