CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: joe1983

Berita Kematian

[Copy link]
 Author| Post time 30-5-2006 07:17 AM | Show all posts
Edisi Timur: Kami terima berita duka


KUANTAN: 揝aya kerap hubungi Zuraidah kerana hendak tahu perjalanannya tetapi gagal. Beberapa minit kemudian, suaminya cuba menghubunginya semula tapi gagal juga.

揚ada fikiran saya kemungkinan kawasan yang mereka lalui tidak mempunyai liputan.

揃agaimanapun, berita sedih pula kami dapat,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2006 07:18 AM | Show all posts
Edisi Timur: Ibu pengsan 30 minit

Oleh Rosliza Mohamed dan Shahrul Nizam Mohamad

KOTA BHARU: Seorang ibu pengsan hampir setengah jam selepas mengetahui dia kehilangan tiga anak, seorang menantu dan dua cucu sekelip mata yang terbunuh dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat Gambang, Kuantan, kelmarin.  

Adik mangsa Nor Zahyah Mohd Zain, 22, berkata, ibunya, Zainab Abdul Rahman, 56, sebelum itu terpaksa disuntik doktor dari klinik berdekatan rumah yang dipanggil bertujuan menenangkannya.

揑bu sebenarnya sudah tahu kerana ketika itu ramai jiran mula bertandang ke rumah. Selepas suntikan, barulah kami menceritakan kemalangan itu tetapi bukan keseluruhannya.

揃agaimanapun, naluri dan desakan ibu membuatkan ia terbongkar dan terus pengsan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2006 07:18 AM | Show all posts
Edisi Timur: Padah terjun but kereta

Oleh Shaarani Ismail
am@hmetro.com.my

DUNGUN: Seorang lelaki yang terjun dari but kereta dipercayai bagi menyelamat diri daripada penculik, maut selepas tiga hari tidak sedarkan diri akibat kecederaan teruk di kepala.  

Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan Che Hamzah Che Ismail, berkata kejadian berlaku di Kilometer 99, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Paka 23 Mei lalu.

揟iada sebarang identiti pengenalan diri ditemui pada lelaki itu dan polis juga gagal mengesan sebarang maklumat daripada cap jari mangsa.

揗angsa parah di kepala dan kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka oleh seorang jururawat yang kebetulan melihat kejadian berkenaan.

揗angsa kemudian dihantar ke Hospital Dungun berikutan kecederaan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Terengganu untuk rawatan susulan.

揚emeriksaan awal doktor mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan memerlukan alat bantuan pernafasan serta terdapat kesan calar pada muka dengan lebam dan bengkak pada kedua-dua mata, bibir bengkak serta berkemungkinan turut mengalami patah leher.

揝elain itu, mangsa turut mengalami kecederaan dalaman berikutan terdapat kesan retakan teruk pada tengkorak yang dipercayai kesan hentakan daripada objek tumpul,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2006 07:19 AM | Show all posts
Edisi Selatan: Bapa lemas dalam kolam

Oleh Ahmad Othman

KOTA TINGGI: `Jaga diri dan nama keluarga baik-baik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2006 07:20 AM | Show all posts
Edisi Timur: Pengimpal maut tertimbus pasir

Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Seorang pemandu jengkaut sempat memberitahu sepupunya supaya berwaspada ketika melakukan kerja mengimpal paip dalam lubang sebelum sepupunya itu maut tertimbus pasir, di Gong Kedak, Pasir Puteh, di sini pagi semalam.

Kejadian berlaku pada jam 10.15 pagi ketika mangsa, Wan Sulaiman Wan Jusoh, 23, berada dalam lubang sedalam kira-kira satu setengah meter untuk melakukan kerja mengimpal paip.

Pemandu jengkaut terbabit, Mohd Azemi Hassan, 36, berkata kejadian berlaku terlalu pantas selepas dia menasihati arwah sepupunya itu supaya berhati-hati ketika berada dalam lubang berkenaan.

揝aya terkejut apabila tanah berpasir itu tiba-tiba runtuh dan menimbuskan arwah yang memakai pakaian lengkap, termasuk alat perlindungan muka ketika kerja mengimpal paip dilakukan.

揝aya kemudian mendapatkan bantuan dua lagi rakan, Shukri Jusoh, 36, dan Wan Ibrahim Wan Dollah, 34.

揗alah, saya turut menggunakan jengkaut untuk mengorek sedikit pasir yang menimbus arwah sebelum ternampak kaki kirinya,
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 10:40 AM | Show all posts
salam

terima kasih saudara joe
kerana mengingatkan kematian
yg esok, mungkin sampai kepada kita
tetapi perhatikan PESAN NABI ini:
SESUNGUHNYA MALAIKAT MAUT MENJENGUK BANI ADAM
LIMA KALI SEHARI
DAN DIA MENGENALI KAMU
LEBIH DARI KAMU MENGENALI DIRI KAMU SENDIRI

dan persoalannya:adakah kita kenal DIA dan TUGASNYA..............
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.338779 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list